Saturday, December 27, 2008

Ikhlaskah Mereka?

Sejauh manakah keikhlasan ahli-ahli sesebuah parti politik menjadi ahli, dan sejauh manakah keikhlasan pemimpin-pemimpinnya menjadi pemimpin?

Ikhlaskah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin PKR? Bukankah penubuhan PKR itu sendiri adalah hasil daripada perasaan marah Anwar bila dipecat oleh Tun Mahathir? Sejauh mana pula keikhlasan pemimpin-pemimpin PAS menjadi pemimpin? Bukankah ada pemimpin tertinggi mereka yang pernah kata, "UMNO adalah kafir, kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC" sedangkan mereka kini bekarjasama dengan DAP?

Bukankah ada pemimpin PAS berkata, boleh bekerjasama dengan syaitan untuk mencapai sesuatu matlamat, sedangkan sebagai pemimpin yang kononnya memperjuangkan agama, beliau sepatutnya lebih tahu tentang hukum-hakam dan tidak sepatutnya mendidik pengikutnya dengan perkara yang dia sendiri tahu adalah salah?

Sejauh mana pula keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli UMNO?
Mengapa ada yang sanggup menyertai parti lawan haya kerana kecewa permintaannya tidak ditunaikan atau kerana dikenakan tindakan disiplin atas kesalahan yang mereka sendiri lakukan?

Ikhlaskah PAS menerima kemasukan ahli-ahli UMNO yang telah terbuang kerana telah melakukan pelbagai kesalahan dalam UMNO sedangkan PAS selama ini melaung-laungkan pemerintahan secara islam, anti korapsi dan sebagainya, tetapi bila ada ahli UMNO dipecat atas kesalahan rasuah atau kerana keluar dari UMNO kerana cita-cita peribadi tidak tercapai, cepat-cepat PAS membentangkan red carpet untuk mereka.

Wednesday, December 24, 2008



Bila MB Perak mengumumkan akan menganugerahkan status tanah kepada pemilik kekal, kepada penduduk-penduduk kampung baru (yang majoritinya dalah orang Cina), timbul pertanyaan apakah yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Majoriti pengikut dan penyokong PAS sebenarnya tidak jelas malah ada yang tidak faham adakah parti PAS yang selama ini mereka sokong sebenar-benarnya penegak keadilan dan pejuang islam yang sebenar.

Hanya kerana bencikan UMNO dan BN, penyokong PAS sanggup menjadi pak turut kepada pemimpin mereka, yang sebenarnya sama juga dengan pemimpin-pemimpin parti politik lain, ingin berkuasa (tidak lebih dari itu).

Bila kuasa sudah ada ditangan, meraka lupa pada asas perjuangan. Mereka ketepikan perinsip yang selama ini mereka laung-laungkan. Menegakkan Islam. Jika dulu mereka tuduh UMNO kafir hanya kerana UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi tanpa segan silu mereka kini sanggup bekerjasama dengan DAP yang terang-terang mempunyai idologi yang jauh berbeza dengan mereka. DAP terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan juga mempunyai sikip extrimis perkauman yang tebal. Tetapi hanya kerana kuasa, pemimpin PAS mengarahkan pengikut-pengikutnya, pak haji, mak hajjah dan orang-orang yang kononnya lebih islam dari orang islam dalam UMNO untuk memangkah DAP dalam pilihanraya.

Hanya setelah beberapa bulan pemerintahannya, PAS (atas arahan sekutunya dari DAP) telah menganugerahkan tanah-tanah kerjaan kepada golongan yang sebenarnya diketahui oleh mereka dan orang-orang lama di negeri Perak (tentang asal-usulnya). Tidak perlulah kita nyatakan siapakah sebenarnya asal-usul penduduk kampung baru itu, kerana rakyat negeri Perak sendiri sepatutnya lebih mengetahui.

Nasib baik negara mempunya Akta Tanah Negara. Jika tidak, habis lah semua tanah-tanah milik kerjaan diagih-agihkan kepada golongan yang tidak berkenaan.

Monday, December 22, 2008

Tok Dalang Moden


Jika dituduh, dia mesti menafikannya. Jika yang menuduh itu media massa atau orang kenamaan, tindakan mahkamah mesti diambil oleh beliau terhadap pihak berkenaan.

Kenyataan AM bukan media massa dan bukan orang kenamaan, jadi dia tak boleh saman AM.

Semua orang tahu dia lah punca segala-galanya. Orang dah berani buat demonstrasi siang dan malam. Orang dah berani mempertikaikan ketuanan Melayu dan raja-raja melayu. Lebih teruk lagi, dah ada yang berani mempertikaikan agama islam. Siapa lagi kalau bukan si dia inilah dalangnya.

Peranannya serupa macam tok dalang dalam wayang kulit. Golongan berkenaan sudah pasti akan menafikan bahawa mereka itu adalah kulit-kulit lembu yang digerakkan oleh tok dalang. Mereka pasti akan mempertahankan diri bahawa merekalah penegak keadilan, merekalah penegak demokrasi.

Tok dalang ini bukan sebarang tok dalang. Ini tok dalang yang tinggi ilmu politiknya. Bak kata pepatah, baling batu sembunyi tangan. Sedikit pun orang tak tahu bahawa dialah sebenarnya dalang disebalik para demonstrasi jalanan. Dia jugalah dalang disebalik kumpulan hindraf mahupun jerit.

Orang ini tidak ada semangat patriotik. Apa yang dikejar hanyalah kuasa. Dia sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa menggadaikan maruah bangsa dan agama, asalkan mendapat kuasa.

Kerajaan harus berbuat sesuatu. Rakyat harus disedarkan dari terus menjadi mangsa penipuan orang bernama Anwar Ibrahim. Bapak kepada segala tok dalang di Malaysia.

Gila Demonstrasi Atau Gila Pengaruh?

Ketua Polis negara menggelarkan golongan yang suka berdemonstarasi ini sebagai gila demonstrasi. Mereka tidak pernah terfikir kesan yang mungkin akan timbul dari perbuatan mereka itu. Bagi mereka, asal sahaja niat dihati dapat dilepaskan, persetankan dengan undang-undang, persetankan dengan apa orang lain kata.

Sebenarnya mereka ini tidak pernah pandai menggunakan cermin untuk melihat siapakah diri mereka yang sebenar. Mereka tidak pernah tahu bahawa sebenarnya kerajaan boleh buat apa sahaja terhadap pertubuhan mereka. Tetapi bila diberi muka, diberi peluang, rupa-rupanya mereka ingat mereka telah terlalu kuat, telah mempunyai terlalu ramai pengikut.

Pihak kerjaan harus melakukan sesuatu yang lebih tegas. Jangan sampai mereka jadi seprti "kodok naik junjung". Apa juga tuntutan mereka, apa juga aslasan mereka, mereka harus ingat, orang-orang yang pro kerajaan adalah lebih ramai dari mereka.

Sebenarnya mereka terlalu angkuh bila diberi peluang berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa rakyat hanya memberi 'peluang' mereka berkuasa. Itupun kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'pemimpin terdahulu'. Jika permimpin terdahulu tidak melakukan kesilapan, sampai kiamatpun rasanya mereka tidak akan dapat berkuasa di bumi Malaysia ini.

Terjerit, Terpekik, Terlolong

Kumpulan ini nampaknya tidak pernah serik. Atau lebih tepat lagi, tak pernah tahu diuntung.

Setelah Hindraf nampaknya kurang agresif, kini muncul pula Jerit. Esok lusa muncul pulak Terpekik, Terlolong atau entah apa lagi nama yang akan mereka namakan pada kumpulan mereka. Mereka tidak pernah terfikir untuk mendaftarkan pun pertubuhan mereka itu. Bagi mereka, mereka lebih besar dari undang-undang negara.

Dan sekali lagi pihak polis dikerah untuk menangani masalah mereka.

Seperti juga HINDRAF, Jerit juga adalah pertubuhan haram. Yang peliknya, entah dimana silapnya, kita seolah-olah lupa yang mereka itu adalah pertubuhan haram. Benda yang haram sepatutnya dilayan seperti benda haram. Malangnya pihak polis masih lagi melayan mereka seperti pertubuhan berdaftar, dengan membenarkan mereka memasuki kawasan Parlimen. Apa mereka ingat Parlimen itu funfair? Atau pasar tani? Boleh suka-suka hati masuk. Boleh buat birthday parti, boleh nak berdemostrasi.

Diharap pihak-pihak yang berkenaan akan lebih agresif menangani golongan yang sememangnya ingin merosakkan dan memporak perandakan keharmonian negara. Dalang besar di belakang pertubuhan tersebut hendaklah ditahan di bawah ISA.

Tuesday, November 11, 2008

Tak Sedar Lagi, Atau Tak Mahu Berubah?

Mesyurat bahagian UMNO barupun habis. 190 bahagian seluruh negara sudah pun selesai menjalankan tanggung jawab, mengadakan persidangan bagi meneruskan hala tuju perjuangan orang melayu.

Apa yang AM ingin perkatakan disini ialah tentang sikap segelintir (ramai) pemimpin yang siang malam melalak, membicarakan tentang memperjuangkan agama bangsa dan negara, tapi dalam masa yang sama masih melakukan perbuatan terkutuk, rasuah.

Bila sebut rasuah, tentulah faham, bayar duit kepada perwakilan untuk mengundinya. Niat pertamanya dah betul, ingin menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Tetapi perbuatannya menabur duit, memamang perbuatan keji yang sepatutnya dikutuk.

Diperintkat pusat, dan lembaga disiplin, rasanya dah bertahun-tahun berkempen dan memberi amaran tentang bahayanya politik wang. Malah Tun Dr M ketika menjadi PM sudah beberapa kali menangis mengenangkan sikap orang melayu yang susah diubah. Ada yang baru lepas 'edah' kena gantung keahlian kerana rasuah masa pemilihan yang lalu, tetapi sekarang ni lakukan perkara yang sama.

Dalam pilihanraya yang lepas, BN kehilangan 5 buah negeri. Sepatutnya ramai yang dah mula bermuasabah diri, tetapi nampaknya tak sedar-sedar juga. Ada yang gagal melaksanakan tugas diperingkat negeri, tetapi demi jawatan sanggup menyogok perwakilan untuk mencalonkan namanya bertanding di peringkat pusat.

Tak cukup dengan itu, ada yang tak tak tahu malu, bergaduh dalam perhimpunan. Inikah yang dikatakan pemimpin? Inikah orang yang kononnya nak jadi pemimpin diperingkat lebih tinggi? Kalau perangai pun dah mengalahkan budak-budak, lebih baik duduk rumah, tenguk tv. Jangan memperkatakan tentang perjuangan, jangan perkatakan tentang membela nasib bangsa.

Parti pembangkang ketawa berdekah dekah melihat gelagat pemimpin UMNO. Masih tak mahu berubah.

Friday, October 24, 2008

Tarik Diri Atau Tahu Tak Layak?

Seronok bila baca seorang demi seorang individu yang nak bertanding jawatan tertinggi mengumumkan menarik diri. Yang terbaru Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menarik diri dari bertanding jawatan ketua pemuda UMNO Malaysia.

Bukan menghina atau mempersendakan demokrasi, tetapi itu lah kenyataannya bila kita tak sempat menatap wajah dicermin sebelum membuat sesuatu keputusan. Menarik diri setealah mengetahui hanya ada satu bahagian setakat ini yang mencalonkan namanya. Beliau mungkin popular di Perlis lebih-lebih lagi di bahagiannya. Tetapi popularkah dia di negeri lain? Lepas itu mulalah keluarkan kenyataan kononnya bahagian-bahagian lain mencalonkan orang yang banyak duit dan orang yang mempunyai talian darah dengan orang tertentu. Sedikit pun beliau tidak perasan bahawa beliau sebenarnya belum layak untuk bertanding.

Seorang lagi yang sepatutnya mencontohi beliau ialah Datuk Seri Khair Toyo, mantan MB Selangor. Kepimpinan beliau ditolak di Selangor. Malah beliau nyaris diaibkan di Cawangannya sendiri. Ada hati pulak nak bertanding di peringkat nasional.

Kita akui kehebatan Khair Toyo. Tetapi apakah agaknya visi beliau untuk menguatkan pemuda UMNO jika UMNO di Selangor sendiri tidak kuat lagi?

Datu Nur Jaslan pulak, harap-harap cepat sedar diri...

Friday, October 17, 2008

HINDRAF Diharamkan?

Macam pelik bila mendengar berita bahawa Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa kumpulan hindraf sebgai haram. Semua orang tahu bahawa HINDRAF itu adalah pertubuhan haram. Kenapa perlu istihar sekali lagi?

Sememangnya persatuan atau pertubuhan yang tidak berdafatar itu dianggap haram. Tak perlu nak istihar lagi dah. Kalau dah pertubuhan haram, mereka tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti dengan menggunakan nama pertubuhan berkenaan.

Tugas kerjaan dan penguatkuasa ialah memantau dan seterusnya mengambil tindakan sekiranya mereka menjalankan aktiviti dengan menggunakan nama tersebut seperti mana pihak kerjaan buat kepada kumpulan Al-Arqam, Al-Maunah dan PKM.

Kerajaan tidak perlu takut tidak popular. Majoriti rakyat memerlukan hidup yang lebih selesa, selamat dan makmur. Jangan pedulikan sikap segelintir manusia yang tidak tahu diuntung ini. Kalau kerajaan boleh mengenakan tindakan tegas kepada AL Alqam dan Al Maunah, kenapa tidak boleh kenakan tindakan yang serupa kepada Hindraf?

Monday, October 13, 2008

Siapa Kalah, Siapa Menang?

AM tertarik bila mendengar kenyataan PM tentang gelagat segelintir manusia yang bertindak seolah-olah mereka yang menang dalam PRU-12 baru-baru ini. Manakala ada dikalangan orang BN sendiri yang bertindak seolah-olah BN yang kalah.

Dalam akhbar SINAR 13hb Oktober 2008, Nik Aziz mengajak saudara-saudara dari UMNO untuk menyertai PKR ataupun PAS. Ketika orang ramai memandang sinis kepada DSAI yang konon-kononnya boleh menubuhkan kerajaan (tanpa perlu menang pilihanraya) orang yang kononnya memperjuangkan Islam, yang kononnya menjadi pakar rujuk ahli dan pemimpin PAS, boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa?

Sedar kah mereka, bahawa PR telah kalah (walaupun berjaya menambah jumlah kerusi di Parlimen). Kalah tetap kalah. Kalau kalah satu kerusi sekali pun, tetap juga kalah.
Kalau dah kalah, buat cara orang kalah.

Jangan lah kerana kononnya telah dapat mengumpul ramai penyokong, PR seperti orang gila talak. Merapu siang malam. Berangan macam mat jenin (meminjam kata-kata Haji Hadi Awang).

AM ingin beri pendapat sedikit kepada pemimpin PR, kalau benar-benar ingin menjadi pemerintah, kerjalah dengan lebih kuat, kumpulkan lebih ramai pengikut dan penyokong. Dalam pilihanraya ke - 13 nanti, buktikan kekuatan dan buktikan bahawa BN tidak mendapat sokongan rakyat. Lepas itu perintah la negara ini. Selagi belum menang, janganlah merapu tak tentu pasal.

Bagi penyokong BN pulak, janganlah jadi macam kucing kehilangan anak, kelam kabut tak tentu pasal. Buat la kerja. Banyak agenda yang harus dilaksanakan untuk membangunkan negara dan membantu rakyat. Jangan dipedulikan permainan DSAI tu. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Tuesday, October 7, 2008

Antara Realiti Dan Fitnah

Memang seronok membaca tulisan di blog yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Lebih seronok kalau tulisan itu berbentuk kutukan dan penghinaan, terutama kalau orang yang kena kutuk itu ialah orang yang kita benci.

Persoalannya sejauh mana akal kita boleh menerima berita yang kita baca. Ada yang terlalu taksub dengan penulisan di blog. Apa yang ditulis oleh bloggers dianggap sebagai wahyu dari tuhan, yang tidak boleh dipertikaikan.

Malah yang lebih menarik, ada akhbar yang sanggup mengeluarkan berita dari sumber yang diperolehi dari blog. Mungkin untuk memudahkan kerja wartawan yang tak perlu kesana kemari mencari berita.

Terbaru, akhbar harakah daily menerbitkan berita kononnya Datin Seri Rosmah membelanjakan RM7 untuk membeli jam tangan untuk diberikan kepada individu tertentu.

Sekali baca, bagi yang ingin berfikir, dimanakah logiknya? Siapa Rosmah untuk memberi jam mahal kepada orang tertentu? Andaikata dia diarahkan oleh Najib, dan menggunakan wang kerajaan, begitu mudah ke untuk mengeluarkan wang sebanyak rm7 juta? Adakah bukti pembelian jam sejumlah RM7 juta itu? Dalam dunia tanpa sepadan ini, penulis blog boleh tulis apa sahaja. Boleh tuduh apa sahaja. Penjara bagi mereka sudah menjadi seperti kedai kopi, boleh singgah pada bila-bila masa. Lagi kerap kena tangkap, lebih mashur nama mereka. Bukan boleh kena hukum bunuh pun. Malah silap haribulan, mereka akan mendapat simpati dari pengikut-pengikut mereka.

Disinilah pentingnya kita menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah. Boleh baca, tetapi fikirlah dahulu sebelum mempercayainya. Penulis-penulis blog, seperti juga Raja Petra, tidak pernah takut kepada undang-undang negara. Meraka tidak pernah takut kena penjara asalkan matlamat mereka tercapai. Kita yang kurang cerdik ini akan terfikir, "kalau berita tersebut palsu, tak mungkin mereka sanggup kena penjara". Akhirnya kita akan terperangkap dengan andaian tersebut, dan akan mempercayai bulat-bulat apa yang mereka perkatakan.

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Dikesempatan ini AM ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada rakan-rakan blogers, kalau ada kesilapan kata, terkasar bahasa semasa melayari blog.

Semoga dihari baik dan bulan baik ini, kita akan terus mengeratkan tali silaturahim antara kita, walaupun berbeza pendapat dan fahaman politik.

Kadang-kala kita susah untuk membezakan antara faham politik dan persaudaraa sesama insan. Disebabkan perbezaan fahaman politik, kita sanggup memaki nista rakan seagama dan sebangsa. Disebabkan perbezaan fahaman politik kita berpecah belah dan menjadi kelompok2 kecil, dan akhirnya menjadikan kita semakin lemah.

Diharapkan kita akan terus bersatu demi agama, bangsa dan tanah air.

Monday, September 8, 2008

Demokrasikah DSAI?

Apa yang dilaung-laungkan selama ini ialah menuntut keadilan, membersihkan demokrasi yang kononya telah dilacurkan oleh BN.

Tetapi dalam masa yang sama rakyat sekarang sedang menunggu tanggal 16hb September. Bukan hendak meraikan tarikh penubuhan Malaysia, tetapi menunggu tarikh yang dikatakan DSAI akan mengambil alih kerajaan BN.

Walaupun rasanya sukar terlaksana, tetap apa AM ingin perkatakan ialah, sedarkah apa yang beliau lakukan itu sebenarnya bukan sahaja tidak demokrasi tetapi telah mencabul hak rakyat? Jangan cakap tak serupa bikin, kata kata dulang paku serpih, kata org dia yang lebih.

Kalau PR telah cukup kuat, tentu mereka boleh menang masa PRU12 dan seterusnya menubuhkan kerajaan. Masalahnya meraka tidak cukup kuat, jadi kenalah usah lebih keras lagi agar dapat capai kejayaan yang lebih besar dalam PRU13. Kenapa nak menafikan hak rakyat? Hendak jadi pemimpin dan nak jadi pemerintah untuk rakyat kan? Kalau tak ada rakyat tak adalah pemimpin dan kerajaan. Kalau dah majoriti rakyat pilih BN untk tadbir negara, kenapa PR bersusah payah nak cukupkan korum dengan memujuk MP BN untuk sertai mereka?

Biarlah org berbicara tentang moral peribadi sahaja. Jangan sampai moral politik yang akan menentukan nasib masa depan negara juga hendak di gadaikan.

Syabas Datuk Ahmad Ismail

Tiba-tiba sahaja nama Datuk Ahmad Ismail menjadi begitu popular. Tiba-tiba sahaja orang menyebut namanya setiap hari. Semua orang tanpa mengira bangsa, membicarakan tentang Datuk Ahmad Ismail.

Isunya cuma satu, Datuk Ahmad Ismail sebagai pemimpin melayu (dan tak ramai pemimpin Melayu sepertinya) cuba membuka minda orang melayu agar tahu diri, tahu asal usul dan tahu yang hak mereka sedikit demi sedikit mula dipertikaikan oleh orang lain.

Sebenarnya Datuk Ahmad Ismail tidak sedikit pun membangkitkan isu perkauman. Sebenarnya Hindraf lebih teruk lagi membangkitkan isu perkauman bila menyebut terdapat penghapusan ektnik di Malaysia. Majlis Peguam juga lebih dahsyat bila bukan sahaja mempertikaikan ketuanan melayu di Malaysia ini, tetapi juga cuba hendak mempersoalkan agama islam.

Teresa Kok, pemimpin DAP bermulut lancang, (yang telah juga menjadi pujaan ramai orang melayu yang tak sedar diri) cukup racist. Siapa boleh lupa bila kerajaan terpaksa memohon maaf kepada kerajaan Cina, gara-gara Teresa Kok mengatakan bahawa tahanan yang kena bogel di lokap polis itu ialah warga Cina. Isunya bukan pasal mempertahankan hak asasi wanita tersebut, tetapi isu bagi Teresa ialah mangsa itu ialah orang cina..warga China. Kalau wanita tersebut ialah warga Indonesia, atau warga mynmar waimah warga malaysia sekalipun, kalau dia bukan orang cina, jangan harap Teresa akan mempertahankannya.

Ramai pemimpin kerajaan berbangsa cina, pun ramai yang tidak tahu sejarah. Ramai yang bercakap hanya untuk kepentingan peribadi.Bukan menuduh, tetapi banyak yang nampak lebih perkauman bila memperkatakan sesuatu isu. Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat semasa mengulas isu ketuanan melayu baru-baru ini juga membuat ulasan tidak tepat. Tidak mungkin Ong Tee Kiat tidak faham istilah 'ketuanan', tetapi beliau mahu istilah itu dihapuskan hanya tidak mahu bangsa lain menjada 'kehambaan'(?).

Lupakan pasal gelagat pemimpin cina di Malaysia ini. Kita lihat secara umum sikap kaum cina dan india. Kalau orang india mungkin boleh dipuji sikit tentang ketaatannya kepada negara. AM berkata begitu kerana, rata rata orang india di Malaysia sudah fasih berbahasa melayu sejak kecil lagi. Malah kalau kita bercakap dengan orang india, kita tak rasa susah hendak faham kerana mereka begitu fasih berbahasa melayu. Tetapi bagaimana dengan orang cina? Negara telah merdeka sejak 51 tahun lalu namun ramai orang cina yang lahir di Malaysia tidak fasih berbahasa melayu, malah ada lagi yang tidak faham langsung berbahasa melayu. Lebih lucu lagi, orang melayu bila berbicara dengan orang cina, terpaksa memelatkan loghat macam orang cina, semata-mata kerana hormat kepada org cina tersebut dengan harapan mereka akan mudah faham bahasa melayu.

Inikah yang orang cina banggakan dan merasakan mereka adalah warganegara Malaysia? Yang peliknya mereka terpekik terlolong kesana kemari menuntut hak sama rata dengan orang melayu. Mereka sendiri sebenarnya boleh mengukur sejauh mana tahap kesetiaan mereka kepada negara. Dalam kebanyakan hal, mereka masih menganggap mereka adalah warganegara China atau Hong Kong.

Lihat pula dari segi undang-undang. Di Malaysia ini walaupun yang melanggar undang-undang terdiri dari berbagai bangsa, namun dalam keadaan tertentu seperti pembukaan rumah pelacuran, rompakan, pusat perjudian haram, Ah Long dan macam-macam lagi jenayah masih dimonopoli oleh orang cina. Malah kadang kala pihak berkuasa kelihatan seperti takut untuk mengambil tindakan jika yang melakukan kesalahan tersebut adalah orang cina. Ini adalah hakikat, tidak ada sesiapa boleh mempertikaikannya. Di PBT pegawai penguatkuasa lebih banyak merobohkan gerai-gerai makan kepunyaan orang melayu dan orang india, dan terlalu sedikit gerai2 orang cina dirobohkan walaupun terang-terang mereka membina gerai ditempat yang tidak dibenarkan.

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat cina untuk mendidik masyarakat mereka untuk lebih mentaati dah menghormati undang-undang di Malaysia? Apa pula pemimpin-pemimpin masyarakat cina lakukan untuk mendidik masyarakat mereka agar menganggap Malaysia ini sebagai negara mereka dan mesti taat dan setia serta menyayangi dan meghormati negara sendiri? Kes remaja cina yang menukar lirik lagu negaraku baru-baru ini dengan lirik yang bidap dan kotor, dilupakan begitu sahaja. Sebab apa? Sebab ramai pemimpin cina hendak mejadi juara, mempertahankan remaja tersebut sedangkan perbuatan remaja berkenaan telah terang-terang melanggar undang-undang dan terang-terang telah menghina negara sendiri. Malah ada menteri kabinet cina yang sanggup menjadi jurucakap kepada remaja berkenaan. Dan kerajaan akur lagi.

Inilah sebenarnya sikap orang cina di Malaysia. Ini bukan hasutan. Ini adalah fakta. Rakyat wajib diberitahu fakta sebenar. Datuk Ahmad Ismail membicarakan tentang fakta sebenar kedudukan orang cina di Malaysia. Dimana perkaumannya? Sanggupkah orang cina di Malaysia mengamalkan cara hidup seperti bangasa cina di Indonesia? Berbahasa indonesia, berpakaian seperti orang indonesia, malah nampun ditukar seperti orang indonesia. Sanggupkah?

Friday, September 5, 2008

Siapa Yang Lebih Perkauman?

Sesiapa yang membaca tulisan Tun Dr M, rasanya dapat berfikir sejenak tentang betapa pentingnya perpaduan antara orang melayu di negara ini.

Kebelakangan ini orang melayu seperti berada dinegara asing. Kita diperlakukan (memperlakukan diri sendiri) seolah-olah kita sedang merempat dinegara orang lain.

Kita tidak boleh apa-apa.

Bila ketua pemuda UMNO mencium keris lambang orang melayu pada persidangan tahunan UMNO, ramai orang marah dan menuntut kita minta maaf. Akhirnya kita minta maaf.

Masa kes tahanan dibogelkan dipenjara, Terresa Kok bertempik dengan mengatakan bahawa tahanan itu adalah rakyat negara China. Akhirnya tanpa soal selidik kita memohon maaf lagi.

Baru-baru ini ada pemimpin UMNO sebut pasal ketuanan Melayu. Dia cerita pasal fakta, bahawa orang melayu memang tuan negara ini dan orang lain, termasuk cina dan india adalah pendatang. Betul la apa yg dia cakap tu, kat mana salahnya?

Kenapa org tak bising masa hindraf buat kenyataan yang mempertikaikan orang melayu? Kenapa MCA tak bising masa majlis peguam buat forum pasal islam yang terang-terang telah mempertikaikan hak orang melayu dan agama islam sebagai agama rasmi negara ini?

Kenapa bila tuan tanah bersuara, orang-orang ini sibuk mendesak tuan tahan meminta maaf? Yang hairannya, dalam kes-kes tertentu, percakapan DAP, MCA dan GERAKAN cukup senada, tetapi kita tak pernah pun dengar nada yang sama antara orang UMNO dan PAS sedangkan kita semua seagama.

Sedarlah orang-orang melayu. Samada korang UMNO, PAS atau PKR, jangan lah leka lagi. Janganlah disebabkan perbezaan fahaman politik, korang leka. Orang lain tepuk tangan melihat kita berkelahi sesama kita. Ingatlah nasib anak cucu kita bila kita semua dah tak ada lagi di muka bumi ini.

Dimana Jiwa Kita

Dah dekat semingu seluruh rakyat Malaysia meraikan sambutan hari kemerdekaan yg ke 51. Bagi golongan warga emas, tentulah dah 51 kali merayakan hari kemerdekaan. Manakala ramai lagi yang baru beberapa kali merayakannya.

Apa pun kita semua mesti dapat membezakan antara sambutan hari kebangsaan pada tahun ini dengan tahun2 sebelum ini. Tak tahu apa sebabnya, sambutan kali ini kelihatan begitu hambar. Di jalan2 raya tak ramai pemandu atau penunggang motosikal yang mengibarkan bendera di kenderaan masing-masing.

Aku tak rasa perubahan ini berlaku kerana perubahan angin politik tanahair. Malaysia ialah negara untuk semua orang, tanpa mengira fahaman politik mereka.

Adalah teramat sedih bila ada segelintir orang yang cuba menghasut orang ramai supaya mengebarkan bendera Malaysia secara terbalik. Tidak kah mereka tahu bahawa menjaga maruah dan daulat negara adalah tanggung jawab semua rakyat tanpa mengira agama dah bangsa serta anutan politik? Mengapa sampai tergamak mereka melakukan perbuatan itu?

Samada mengebarkan bendera secara terbalik, atau tidak mengebarkan langsung bendera semasa hari kenbangsaan, aku rasa tidak ada bezanya. Mereka ini tak layak untuk mengaku mereka sebagai rakyat Malaysia.

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Kepada semua muslimin dam muslimat, selamat berpuasa diucapkan. Semoga kehadiran bulan yang mulia ini akan mengeratkan lagi tali silaturahim diantara kita, tanpa mengenal perbezaan pendapat dan anutan politik.

Bulan ramadhan yang disambut oleh seluruh umat islam diserata dunia ini, merupakan bulan rahmat, bulan keberkatan dan bulan umat. Lupakanlah sejenak perbezaan pendapat. Marilah sama-sama berdoa semoga umat islam diserata dunia, dan di Malaysia khasnya, dapat hidup aman dan damai, hormat menghormati dan saling mengasihani diantara satu sama lain.

Semoga segala amalan kita diberkati dan diredhai oleh Allah swt. Amin

Wednesday, August 27, 2008

Macam Realiti TV

Tahniah DSAI..emm YB DSAI kerana berjaya memenangi pilihanraya Permatang Pauh. Aku ke Permatang Pauh hari Ahad yang lalu, dan begitu yakin yang BN tidak mudah untuk memenangi pilihanraya itu.

Rata-rata rakyat Permatang Pauh sangat fanatik dengan DSAI. Maklumlah beliau telah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1982. Keburukan dan kelemahan DSAI bukan menjadi faktor pengukur untuk mereka memangkahnya.

Aku rasakan kemenangan DSAI di Permatang Pauh tak jauh beza macam kemenangan di Akademi Fantasia. Orang mengundi kerana populariti, bukan kerana kebolehannya memimpin.

Memang tak dapat dinafikan, DSAI seorang yang hebat. Tetapi sepatutnya pengundi mengambil kira juga faktor peribadi beliau. Kalau peribadi buruk macam mana kita nak yakin beliau boleh menjadi pemimpin yang baik?

Monday, August 25, 2008

Nafsu Sarakah, Tipu Pengundi

Untuk meraih sokongan, DSAI akan lakukan apa sahaja. Pelbagai gimik dan cakap-cakap retorik politik memang merupakan permainan DSAI. Matlamat menghalalkan cara.

DSAI cukup masak dan pandai berlakon, memperdaya rakyat dengan pidato, meyakinkan betapa hebatnya sokongan yang diterima. Pada DSAI berlakon dan menipu sudah menjadi makanan sehariannya.

Menipu tidak jadi hal. Apa yang penting, orang yang dengar ceramah seronok dan terhibur. Sebab itu taktik perang saraf berterusan PKR 'menuju putrajaya 16 September 2008' penuh dengan tipu muslihat.

Matlamat mereka supaya rakyat terpedaya DSAI akan jadi PM jika menang di Permatang Pauh. Peduli apa jika wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak banyak kali menafikan mereka akan melompat parti menyokong DSAI.

Dalam ceramahnya, DSAI berkata wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan menyertai beliau sebaik sahaja melangkah ke Parlimen minggu depan, DSAI berkata demikian walaupun beliau tahu ia adalah satu pembohongan.

Rakyat harus cepat insaf dan sedar, ahli Parlimen BN dari UMNO di Sabah semuanya hanya 13 orang dan daripada jumlah itu seorang darinya adalah menteri penuh, manakala dua adalah timbalan menteri dan seorang Timbalan Speaker.

Jika 11 MP BN dari UMNO lompat sertai pembangkang, seperti yang dinyatakan oleh DSAI ini bermakna salah seorang daripada mereka ialah orang yang telahpun mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Kalaupun benar ini berlaku, DSAI masih kekurangan 20 orang lagi MP untuk memungkinkan beliau boleh membentuk kerajaan menggantikan kerajaan BN sekarang.

Bak kata seorang MP sabah, "tak ada katak dalam politik Sabah. kami tidak akan meninggalkan BN kerana kami tahu BN telah banyak membangunkan negara, menyatu padukan rakyat dan kami akan terus menyokong BN untuk terus memajukan Sabah"..

Jadi, pengundi Pematang Pauh, jangan la terpedaya.

Tuesday, August 12, 2008

Siapa Yang Kata DSAI Bersalah?

Memetik kata-kata Presiden PAS, Hadi Awang .. "Kita perlu bersimpati kepada mereka yang dizalimi walaupun kepada mereka bukan dari ahli parti kita," katanya.

Tambahnya lagi, menurut Islam seseorang itu tidak bersalah selagi dia belum didapati atau berjaya dibuktikan bersalah.

Persoalannya, siapa yang mengatakan DSAI bersalah? Yang sedang dibincangkan ialah 'pertuduhan'. Ada orang buat laporan polis bahawa dia kena liwat oleh DSAI.

Dan perlu diingat, dulu DSAI orang UMNO juga. Dia telah dituduh macam-macam oleh pemimpin dan pengikut PAS. Orang UMNO tak ada yang tuduh dia macam-macam. Nak dijadikan cerita, tuduhan yang selama ini dibuat oleh pemimpin PAS termasuk Mat Sabu, menjadi kenyataan. Dan atas kesalahan itu, DSAI telah dipecat dari UMNO kerana UMNO tidak boleh terima pemimpin yang macam itu.

Yang peliknya, setelah DSAI dipecat, dia telah bersekongkol dan menjadi kawan baik PAS.

Dan sekarang dia tidak berada dalam UMNO lagi. Tuduhan terhadapnya berlaku lagi. UMNO pun tak kata dia bersalah. Malangnya pemimpin dan pengikut parti pembangkang telah mendahului mahkamah. Meraka dah buat keputusan bahawa DSAI tidak bersalah. Mereka dah buat keputusan bahawa mahkamah tidak adil. Mereka dah kata polis tak betul. Jadi siapa yang betul?

Bukan kah secara tidak secara langsung, mereka dah mengatakan hanya DSAI sahaja yang betul?

Saturday, August 9, 2008

Apa Salah Bendera Kita?

Kerana merahkan nyamuk, kelambu dibakar. Itu bidalan orang tua-tua untuk menggambarkan kebodohan orang melayu dulu membuat keputusan.

Keadaan itu telah menjadi kenyataan sekarang ini. Kerana marahkan pemimpin UMNO, ada orang telah menghasut rakyat untuk mengebarkan bendera Malaysia secara terbalik.

Timbul persoalan kepada kita. Siapakah mereka ini? Adakah mereka sebenar-benar pejuang yang inginkan perubahan? Adakah mereka ini sebenarnya pejuang yang anti korapsi dan anti salah guna kuasa? Adakah mereka ini sebenarnya yang mempunyai idea untuk menjadikan Malaysia akan lebih baik jika ditadbir oleh pemimpin yang mereka puja?

Atau adakah sebenarnya mereka ini musuh dalam selimut yang ingin melihat bangsa melayu hancur di bumi mereka sendiri. Ingin melihat Malaysia hancur asalkan hati mereka puas? Lu fikir la sendiri...

Cara Pemimpin dan Pengikut Pembangkang Berpolitik

Melihat kembali sejarah DSAI semasa berada di dalam UMNO telah dikutuk dan dihina oleh pemimpin dan penyokong PAS, seperti mana Pak Lah dan Najib dikutuk dah dihina sekarang ni. Malah ada yang sanggup menterbalikkan gambar pemimpin negara itu, hanya kerana meraka itu orang UMNO. Ramai pemimpin PAS ketika itu, terutama Mat Sabu telah menjaja prihal salah laku Anwar disetiap penjuru negara. Dalam ceramah-ceramahnya, dia dengan lantang telah menuduh Anwar sebagai seorang yang mempunyai tabii yang pelik. Karpal Singh pula telah mendesak supaya Dr Mahathir menyiasat tentang kebenaran tuduhan yang dilemparkan kepada timbalannya (Anwar)

Malangnya bila UMNO memecat ANWAR kerana kesalahan yang dia lakukan, pemimpin PAS telah menatang Anwar seperti dewa. Hilang semua tuduhan yang mereka sendiri lemparkan terhadap Anwar semasa Anwar masih menjadi timbalan perdana menteri. Segala yang Anwar katakan sekarang ini dianggap seperti wahyu dari Allah.

Tidak mustahil jika diandaikan satu hari nanti, ditakdirkan Najib yang kebelakangan ini menjadi mangsa serangan dari pembangkang, di pecat dari UMNO kerana kesalahan yang dia lakukan, mereka pasti akan berebut-rebut bentangkan karpet merah untuk Najib, dan selepas itu mereka akan akan menunjung Najib seperti dewa-dewa, seperti yang korang lakukan kepada Anwar. Tuduhan yang selama ini dilemparkan kepada Najib pasti akan dilupakan.

Bukti yang cukup nyata masa Tun Dr Mahathir menjadi PM, apa penghinaan yang mereka tak pernah lemparkan kepadanya? Fraun, diktator, Pukimak dan segala macam lagi. Segala yang hina itu adalah Dr Mahathir. Tetapi setelah Dr Mahathir bersara, tambahan pulak dah keluar dari UMNO, tak ada pun yang hina Dr Mahathir lagi. Malah PAS dah menawarkan agar Tun Dr Mahathir masuk PAS. Di kebanyakan tempat Dr Mahathir berceramah, ramai pula penyokong dan pemimpin PAS yang menyambutnya.

Kesimpulan aku ialah, seseorang itu akan mereka anggap salah, hina, korapsi dan segala macam lagi jika dia tidak berada dalam kelompok korang. Tetapi bila dia berada dalam group korang, dialah dewa dialah wali. Itulah politik, tetapi rakyat bawahan tidak faham itu semua. Mereka mudah terpedaya dengan permainan politik parti pembangkang. Yang akan menjadi mangsa ialah jenerasi akan datang.

Thursday, August 7, 2008

DSAI Memang Hebat...

Hebatnya DSAI mengatur startegi. Sebab itu hendak tidak hendak kita kita mengakui bahawa DSAI memang seorang yang hebat. Hebat berpidato, sehingga belum ada orang yang mampu menandinginya apatah lagi meyainginya. Betul kata kebanyakan orang, selepas Sukarno, dan sekarang Anwar, belum ada tanda-tanda kelahiran seorang lagi yang sehebat mereka di Nusantara ini.

Kepintaran DSAI tidak dimiliki oleh hampir kesemua pemimpin besar di Malaysia ini, samada dari kalangan UMNO atau pun PAS. Kalau ada yang mempunyai pandangan jauh di Malaysia ini ialah Tun Dr Mahathir, yang mampu melihat sejauh 2020. Malangnya selain tidak aggresif, Tun juga tidak mahir untuk 'merasuk' pemikiran rakyat. Itulah kelebihan orang bernama Anwar Ibrahim.

Beliau pernah berkata, masih ada banyak masa untuk beliau mengumumkan hasrat untuk bertanding dipilihanraya. Malah beliau ada masa yang lama sejak menyambut 100 hari pemerintahan PR dibeberapa buah negeri. Belau juga ada banyak masa untuk mendakwa Tan Seri Musa Hassn dan Gani Patail. Masa yang panjang sejak dibebaskan dari penjara dibiarkan begitu sahaja.

Tup tup timbul tuduhan liwat oleh bekas pembantunya. Beliau lantas membuat dua tuduhan rasuah kepada ketua polis negara dan peguam negara. Dan atas kebolehannya merasuk pemikiran rakyat, maka pengikut-pengikutnya telah percaya bahawa ketua polis dan peguam negara adalah orang yang rasuah. Jadi apa-apa yang berlaku kepada DSAI selepas ini, walau dengan apa bukti sekali pun, walau 'malaikat' sekalipun jadi hakim, dan jika terbukti DSAI bersalah, rakyat dan penyokong DSAI akan mengatakan penghakiman terhadap DSAI adalah tidak betul dan berat sebelah.

Kemudian DSAI mengumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil. Secara logiknya, kalau benar-benar dia tidak bersalah, dia sepatutnya tunggu sehingga keputusan mahkamah diperolehi dan jika dia didapati tidak bersalah, maka ketika itulah masa yang paling sesuai untuk menggayang BN. Beliau hanya perlu menggunakan isu itu dalam kempen pilihan raya, sudah cukup. Rakyat akan terima bahawa memang ada konsprasi untuk membunuh karier politik Anwar.

Malangnya kenapa beliau tergesa-gesa nak bertanding? Jawapannya terlalu mudah. Ketika ini siasatan terhadap beliau sudah siap dan pada bila-bila masa beliau akan didakwa dimahkamah. Nah..beliau dan juak-juaknya akan beritahu rakyat bahawa memang kerajaan zalim dan tidak demokrasi. Menangkap orang yang ingin bertanding dalam pilihan raya.

Nampak tak? Sebab itu aku kata DSAI memang hebat...

Siapa Yang Sebenarnya Tertekan?

DSAI telah pun didakwa di mahkamah dan seperti dijangka, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Aku tak tahu siapakah sebenarnya yang tertekan sekarang ini. Pihak kerajaan, polis, dan PR nampaknya semua tertekan.

Pihak kerjaan tertekan kerana isu dakwaan ke atas DSAI akan digunakan sebaik mungkin oleh PR untuk mendakwa kononnya kerajaan merasa takut kerana DSAI telah berada di ambang kekuasaan dan telah menawarkan diri untuk bertaning di Permatang Pauh, yang kalau menang akan menempatkan DSAI di Dewan Rakyat.

Pihak polis tertekan kerana, selama ini pihak pembangkang terutamanya PKR telah melebalkan polis seperti anjing kerajaan, tidak profesional, rasuah dan sebagainya. Malah pemimpin PR telah begitu berjaya meyakinkan rakyat bahawa segala tuduhan kepada pihak polis adalah benar belaka. Dalam keadaan dimana pihak polis berhak menangkap dan menahan DSAI, pihak polis nampaknya terlalu berhati-hati sehingga meresahkan banyak pihak, terutamanya orang yang tidak terlibat dengan politik, pemerhati dari dalam dan luar negara dan mereka yang sentiasa berminat mengikuti perkembangan kes ini. Hari ini bila DSAI dihadapkan ke mahkamah, PR telah membuat ugutan akan melancarkan demostrasi rakyat jika DSAI tidak dibenarkan dijamin.

Sebenarnya dalam PR melalui pemimpin-pemimpin kanan mereka asyik menuduh kerajaan dan polis, nampaknya mereka lebih berkuasa dari polis dan kerajaan. Mungkin secara tidak sengaja, dan mungkin juga kerana takutkan tekanan dari pengikut PR, akhirnya DSAI dibenarkan ikat jamin.

Dalam pada itu, pemimpin PR sebenarnya juga tertekan. Mereka sedang dalam dalema sebenarnya. Antara berhadapan dengan realiti dan kuasa yang sedang dalam dakapan. Tanpa bermaksud menghukum DSAI bersalah atau sebaliknya, ramai dari pemimpin PR sebenarnya telah pun mengetahui atau setidak-tidaknya percaya bahawa DSAI memang bersalah dalam kes liwat. Ramai dari pemimpin PAS telah terang-terang mengutuk DSAI semasa beliau memegang jawatan TPM dengan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan. Masalahnya sekarang, DSAI adalah boss mereka. Hendak tidak hendak mereka terpaksa akur dengan DSAI. Malah dalam banyak hal, PAS kelihatan lebih takut kepada DSAI bila menolak mentah-mentah 'plan perdamaian'yang diusulkan oleh UMNO untuk perpaduan orang melayu dan islam.

Friday, August 1, 2008

Babak Kedua Mengambil Tempat

Semalam kertas siasatan kes liwat DSAI telah diserahkan kepada pejabat peguam negara, walaupun masa yang diambil terlalu lama. Seperti ada sikap terlalu berhati-hati.

Masa yang begitu lama telah menyebabkan DSAI berjaya melakukan tipu helahnya sehingga terkeluarnya apa yang dikatakan sijil kesihatan Saiful yang menggambarkan seolah-olah Saiful tidak pernah diliwat.

Dan kesempatan itu telah digunakan oleh DSAI untuk mengelirukan rakyat. Walaupun pada hakikatnya, laporan Pusrawi itu tidak memberi apa apa kesan terhadap penyiasatan polis, yang nyata kertas laporan berkenaan diserahkan kepada pejabat peguan negara dua hari selepas kejadian laporan itu tersebar diinternet. Seolah olah ada usaha untuk menangguhkan penyerahan laporan berkenaan. Kenapa setelah kisah laporan Pusrawi itu tersebar luas, baru laporan siasatan diserah kepada pejabat peguam negara?

Apa pun keadaannya, diharapkan siasatan yang dijalankan telah mendapat bukti-bukti sahih yang tidak boleh dipertikaikan oleh DSAI dan orang ramai. Kalau DSAI tidak bersalah, maka siasat lah pula Saiful. Kenapa dia membuat laporan palsu. Sebaliknya jika DSAI bersalah, hukumlah dia dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu.

Bersatukah UMNO dan PAS

Pada peringkat awalnya semua kelihatan sangat menarik. Penyatuan orang islam dan melayu. PAS yang selama ini dilihat sebagai parti yang agak extrimis, telah mampu duduk semeja dengan UMNO yang dianggap liberal. Namun demi penyatuan orang islam dan melayu, mereka mampu mengenepikan idologi masing-masig.

Namun lama kelamaan kelihatan seperti ada yang tak kena. Kalau niat dan baik, kenapa harus ada dolak dalik dan tarik tali? Adakah mungkin ada syarat yang dikenakan antara satu sama lain. Maka bila pihak yang satu lagi tidak mahu menunaikan permintaan maka pihak yang satunya mula merasakan harus dikaji semula penyatuan tersebut.

Dalam banyak hal aku lihat UMNO lebih berlebih kurang. Di Perak dan Selangor misalnya, bekas MB sanggup tidak dilantik sebagai exco, apatah lagi sebagai MB. Mereka sanggup mengiktiraf pemimpin dari PAS untuk menjadi MB.

Tetapi kelihatannya PAS seperti sayang untuk meninggalkan PR. Mungkinkah ada arahan dari pihak-pihak tertentu untuk PAS menarik diri dari menyertai pakatan bersama PAS?

Presiden PAS yang terkenal dengan sikap keras hatinya, pada mulanya kelihatan sudah bersedia untuk bersama-sama dengan UMNO, tetapi semalam menolak sebarang usaha kerjasama dengan UMNO dan BN? Kenapa boleh begitu? Adakah kepentingan parti/peribadi mengatasi kepentingan ummah?

Wednesday, July 16, 2008

Episod Pertama Telah Selesai

Akhirnya DSAI telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan keatasnya terhadap laporan kes liwat.

Mulanya aku merasa terkejut, kenapa pihak polis tidak menunggu sehingga jam 2 petang dimana DSAI dijadualkan hadir ke IPK untuk disoal siasat. Setelah memberi peluang dan ruang yang terlalu besar kepada DSAI, mengapakah pihak polis tidak boleh bersabar beberapa jam sahaja sehingga DSAI hadir ke IPK.

Tetapi bila aku fikir sekali lagi. Siapakah Anwar untuk menerima layanan yang terlalu istimewa? Malaikat maut kah dia? Kalau semasa DSAI sedang menjawat jawatan TPM pun pihak polis boleh menahan DSAI dirumahnya kenapa sekarang tidak boleh, sedangkan DSAI tidak mempunyai apa apa kedudukan pun dalam kerjaan. Kalau ada pun kedudukan, so what?

Sebaik mana pun pihak polis beri layanan kepada DSAI, penyokong2nya tetap akan mengatakan pois tidak adil, polis zalim dan sebagainya. (dalam masa yang sama asyik keluar masuk balai polis buat laporan itu dan laporan ini)

Jadi episod pertama telah selesai. Episod kedua ialah soal selidik dan penahanan reman. Diharap pihak polis akan dapat menjalankan tugas dengan telus dan berani, betul dan tepat agar keadilan dapat diberi kepada semua pihak yang terlibat.

Hari Ini Perintah Negara, Esok Harga Minyak Turun...

Aku terpanggil gak untuk memberi sedikit pendapat untuk dikongsi bersama dengan korang.

Selepas depat itu, dan disambung pagi ini aku dan rakan-rakan berbincang berkenaan debat berkenaan. Pendapat aku satu sahaja, Sabhrey Chik (sorry kalau ejaan salah) tak mampu mengalahkan DSAI dari segi pengolahan ayat dan menyampaikan fakta, manakala DSAI seperti lazimnya (sebab itu aku suka dia) mampu mengayakan bahasa, persembahan dengan mimik muka dan lengokan badan, membuatkan beliau lebih menyerlah. Malangnya rakyat bawahan (dan hampir semua dari kita) tidak dapat menilai mana satu fakta dan mana satu yang bukan.

Aku lebih suka kalau kedua pihak dapat menggunakan penedekatan yang lebih mudah difahami oleh rakyat bawahan, tanpa mengaitkan kenaikan harga minyak dengan ketirisan, IPP atau apa sahaja yang sukar difahami rakyat.

Aku ada ayat yang lebih mudah untuk difahami. Diharap korang baca (tak perlu setuju) lepas itu fikirkanlah.

Petronas menyumbangkan 60% dari keuntungannya kepada kerajaan. Manakala 60% itu hanya merupakan 30% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan. Kita andaikan begini, Petronas untung RM10,00 setahun. 60% yang petronas kena bayar kepada kerajaan ialah sebanyak RM6000. Jumlah itu adalah kira-kira 30% dari perbelanjaan yang harus ditanggung oleh kerajaan untuk rakyat termasuk sekolah, jalan raya, perubatan, masjid dan sebagainya. Bermaksud perbelanjaan kerajaan yang sebenar ialah RM18,000. Jika keseluruhan RM6 ribu itu digunakan untuk subsidi minyak maka kerajaan terpaksa mencari jalan lain untuk mencukupkan RM18 ribu itu untuk projek-projek lain (Diulangi, nilai yang aku beri itu adalah untuk memudahkan kita mengira) Maka akhirnya jika tidak mampu, kerajaan terpaksa meminjam duit dari negara luar, dan akhirnya nanti negara kita akan dibebani oleh hutang yang terlalu besar.

Pendapat aku yang kedua, aku mengandaikan keuntungan petronas hasil dari pertoleum negara itu sebagai bonus yang korang biasa dapat tiap tahun tu. Mesti kita seronok bila dapat bonus terutama bila nak sambut hari raya.

Cara yang akan digunakan oleh DSAI ialah, bila apat bonus maka kita akan membelanjakan kesemuanya untuk sambutan raya. Tukar langsir baru, tukar cat rumah, tukar perabut baru, tukar pakaian baru dan segala macam baru. Manakala cara yang diguna oleh pihak kerajaan ialah, 'berjimat duit untuk masa akan datang'. Lepas raya pun kita masih nak makan dan beli barang-barang keperluan. Hidup kita bukan untuk hari raya sahaja.

Maksudnya, jika pun ada keuntungan besar oleh Petronas, dan jumlah itu mampu untuk memberi subsidi minyak hingga ketahap paling maximum, berapa lamakah kita boleh bertahan? Kerajaan membuat perancangan untuk rakyat sepanjang zaman bukan untuk generasi yang ada hari ini sahaja. Katakanlah kerajaan bagi subsidi sekarang, sudah tentu kita seronok (walaupun belum tentu sokong kerajaan). Apa pula akan terjadi bila minyak kita dah habis dan terpaksa membeli minyak sepenuhnya dari luar. Dimanakah kerjaan hendak cari duit beri subsidi minyak? Lebih dari itu dari mana kita nak cari duit untuk membangunkan masyarakat, membina infrastruktur dan lain-lain kemudahan awam?

Aku tertarik dengan MP DAP dari Kepong berhujah di parlimen pagi tadi, yang antaranya berbunyi "kita tidak boleh terus menerus mengharapkan subsidi dari kerajaan".. Walaupun dia seorang ahli pembangkang, tetapi bila kenyataan yang benar, kita semua kena akui..

Satu lagi yang aku nak ambil contoh ialah berkenaan kerajaan Selangor. Mengapa bila berkempen mereka berjanji nak turunkan harga cukai pintu, tetapi bila dah menang mereka tarik balik janji itu? Ini bukan isu tipu atau tak tipu, sebaliknya ia adalah kerana bila sudah berada dalam kerajaan, Datuk Khalid mungkin baru dapat membaca bahawa jika diturunkan cukai pintu, akhirnya kerajaan Selangor akan muflis. Tidak cukup dengan itu, ramai pakar ekonomi berpendapat, pemberian 20 meter padu air kepada rakyat selangor, akan menyebabkan syarikat milik kerjaan negeri itu, akan kehabisan tunai dalam masa beberapa bulan sahaja. Kita tunggu dah lihat. Harap-harap jangkaan itu tidak betul. Tetapi kalau betul macam mana?. Itulah bezanya antara orang yang bercakap untuk mempengaruhi fikiran rakyat, dengan orang yang bercakap sambil memegang tanggung jawab.

Kesimpulannya, selain kita merungut kerana kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan yang lain, kita kena fikir juga beban yang terpaksa ditanggung oleh kerjaan yang akhirnya nanti memberi kesan kepada anak cucu kita dibelakang hari. Bila tidak pandai berjimat cermat, negara akan muflis dan terpaksa berhutang dengan negara luar, minyak pun dah habis masa tu, sebahagian besar dari kita mungkin sudah tak ada lagi di dunia ini. Siapa yang akan menanggut semua itu? Lain lah kita memang tidak fikir pasal itu semua dan hanya nak lepas tengkuk sendiri jer.

Tuesday, July 15, 2008

HOMOSEKS (cut and paste dari sangkabangsa blogspot)

2. Penggiat Liwat / homoseks / lesbian atau pengamal seks sama jenis, bukan perkara baru dalam dunia ini, malah pernah satu umat (umat nabi Lut a.s. termasuk isterinya) dilenyapkan dari muka bumi ini oleh ALLAH swt.

3. Kumpulan ini ada diantara kita, bergaul dengan kita, hidup bersama dengan kita sama seperti orang kebiasaan.

4. Sama seperti kumpulan pengamal seks sama jenis seperti 'penkid', lesbian, pondan, homo atau apa jua nama yang diberi, mereka mempunyai kehidupan tersendiri di luar dari kelompok masyarakat 'biasa' yang lain.

5. Mereka mempunyai rangkaian rakan2 sejenis yang luas, dan ianya terbentuk semasa mereka di kolej2, di tempat kerja atau berkumpulan di kelab2 tertentu yang dikunjungi oleh kumpulan mereka.

6. Mereka mempunyai ketagihan yang sama penggiat seks yang lain atau seperti perokok atau pengguna dadah.

7. Mereka melakukan kegiatan mereka samada secara terbuka atau tersembunyi.

8. Mereka suka bercerita berkenaan pasangan masing2 di antara mereka dan menjadi kemegahan atau kebanggaan mereka sekiranya melakukan hubungan dengan orang2 tertentu yang mempunyai kuasa atau terkenal.

9. Mereka juga manusia biasa, kecuali tabiaat tadi. Ada yang berkahwin dan mempunyai anak dsb, namun masih mengamalkan kegiatan tersebut.

10. Antara selebriti yang terkenal dalam kumpulan ini ialah elton john, george michael, boy george dll lagi.

aku nak tambah sedikit..

11. Di luar negara, kegiatan homoseks tidak merupakan sesuatu yang menghairankan, dan disesetengah negara, perkahwinan sesama jantina adalah dibenarkan.

12. Gejala (penyakit) homoseks/gay ini sebenarnya telah tersebar luas diserata dunia dan dinegara seperti Malaysia, kegiatan mereka biasanya tidak disedari kerena mereka mempunyai lokasi aktiviti mereka yang tersendiri, dan mempunyai disco sendiri untuk golongan seperti itu.

13. Di Malaysia golongan gay/homoseks terdiri dari golongan profesional, artis, ahli politik dan (jangan terkejut) golongan yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi.

14. Gay/homoseks tidak mengenal batas usia. Mereka mungkin berusia 12 tahun atau mungkin setua 70 tahun.

15. Malaysia, terdapat golongan artis yang masih popular dikatakan adalah golongan jenis ini, dan cerita dari mulut ke mulut, terdapat artis yang telah meninggal dunia juga terlibat dalam kegiatan ini.

Jadi, untuk mengatakan MUSTAHIL 'seseorang' itu terlibat dalam kegiatan homosex adalah tidak wajar sama sekali.

Debat

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hanya tunggu masanya sahaja perdebatan antara DSAI dengan Datuk Sabree Chek akan berlangsung di Dewan Bahasa Dan Pustaka jam 9.00 malam ini.

Semua pihak seudah semastinya tertunggu tunggu detik itu. Bagi pihak yang menyokong DSAI sudah pasti mereka berkehendakkan DSAI akan dapat membuat pukulan KO kepada Datuk Sabree manakala penyokong kerjaan pula berharap Datuk Sabree akan dapat menjaga maruah kerjaan disamping dapat menjelaskan sejelas-jelaskan tentang faktor kenaikan harga minyak yang selama ini dikeluhi oleh majoriti rakyat.

Sudah pasti malam ini, segala rancangan yang biasa menjadi top ranking akan ketinggalan kerana majoriti rakyat akan berpusu-pusu di hadapan tv masing-masing untuk melihat siaran yang julung-julung kali seumpamanya, pernah ditayangkan di station tv.

Walaupun tiada hadiah akan diberikan, dan tiada undian sms akan dilakukan untuk menentukan pemenang, tetapi kesan dari debat itu dirasakan amat mendalam sekali jika kedua-dua pihak dapat merungkaikan dan membahaskan isu berkenaan harga minyak ini berpandukan fakta dan bukan emosi semata-mata.

Diharapkan selepas ini, setidak-tidaknya rakyat akan faham kenapa harga minyak dinaikan. Protes memang boleh protes, tetapi yang lebih penting dari itu kita hendak tahu kenapa harga minyak naik. Kenapa tidak turun. Dan kenapa pulak Anwar kata dia boleh turunkan harga minyak sehari selepas jika ditakdirkan PR memerintah.

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, akan hadirkah Anwar ke majlis debat itu? Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Tetapi kalau tanya aku, persent untuk majlis itu menjadi kenyataan adalah amat nipis kerana pada firasat aku DSAI tidak akan hadir. Mungkin aku silap...tapi tunggu lah..

Anwar Tidak Hadir Ke IPK Untuk Beri Keterangan

Seperti yang aku sangka, dan seperti yang ramai duga, DSAI akhirnya tidak hadir ke IPK seperti yang beliau janjikan untuk memeri keterangan keatas dakwaan liwat.

Seperti yag ditulis diakhbar, alasannya ialah kerana DSAI dan keluarga rasa 'terancam' dengan tindakan polis yang datang ke rumah DSAI untuk menyerahkan surat meminta beliau hadir ke balai polis.

Aku harap pengikut DSAI yang setia boleh dapat berfikir sejenak tektik yang digunakan oleh DSAI ini. Pihak polis datang kerumah kerana menyampaikan surat. Dimanakah yang dikatakan ancaman kepada keluarganya? Beliau berkata anaknya merasa takut dengan kehadiran pihak polis kerumahnya. Takut kerana apa? Muka polis yang datang tu macam hantu raya ke? Atau pihak polis datang kerumah Anwar menggunakan kereta kebal ke?

Satu lagi DSAI mengatakan bahawa pihak polis telah melangari perjanjian dengan Anwar bahawa mereka tidak perlu menghantar surat dan Anwar akan hadir sendiri ke balai polis. Persoalannya siapakah Anwar yang pihak polis terpaksa layan itu dan ini? Perjanjian apa lagi? Selama ini aku rasa dah terlalu banyak keistimewaan yang pihak polis telah berikan kepada Anwar. Cukup-cukup lah...

Bila Anwar buat laporan terhadap KPN dan Peguam Negara, mereka dengan rela menghadirkan diri ke pajabat BPR untuk disoal siasat. Kenapa Anwar tidak boleh melakukan perkara yang sama? Kebal sangat kah dia?

Aku rasa sebenarnya Anwar memang hendak sangat kena tangkap. Lepas itu pengikutnya akan memberontak. Itulah sebenarnya yang Anwar mahukan.

Monday, July 14, 2008

Usul Undi Tidak Percaya kepada PM Ditolak...

Walaupun tak dapat dinafikan bahawa PR telah mendapat kerusi yang banyak di Parlimen, kita wajib kena akur bahawa BN tetap merupakan majority di dewan yang mulia itu.

Jika kita masih percaya kepada demokrasi, maka percayalah bahawa majority rakyat telah memilih BN untuk mentadbir negara.

Kalau dah tak percaya demokrasi dan tak percaya pilihan raya, maka PR patutlah mencari jalan seperti yang telah dilakukan dinegara-negara luar iaitu rampasan kuasa menggunakan kekerasan. Hanya itu sahaja yang boleh mencapaikan niat DSAI menjadi PM.

Sepatutnya PR patut merasa malu, rakyat dah bagi peluang tadbir lima negeri pun masih tak semenggah, ada hati pulak nak tadbir kerajaan pusat. Tak malu ke nanti kalau jadi PM tetapi dengan cara tak bermoral, beli MP BN?

Pemimpin dan penyokong PR kena faham, kalaupun usul tidak percaya kepada Pak Lah diterima, kemudian diadakan undian, PR tetap kalah kerana MP BN lebih ramai dari MP PR dan akhirnya Pak Lah tetap kat situ. Dan jikapun ditakdirkan ada org BN yang turut menyokong undi tidak percaya, dan akhirnya Pak Lah letak jawatan, maka penggantinya tetap juga dari kalangan MP BN.

Jadi aku rasa, usul undi tidak percaya kepada PM itu hanylah gimik PR untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu yang lebih panas.

Friday, July 11, 2008

Najib bersumpah nafi kenal Altantuya

Oleh Agendadaily.com
Jumaat, 11 Julai 2008

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.
Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.


Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Gajah Putih Sarkas DAP

Cendekiawan Melayu sudah berdoa
semoga anak Melayu jangan main api,
takut terbakar hatinya yang sepi.
Air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang.

Kita bukanlah keturunan yang merempat
mencari sesuap nasi.
Nenek moyang kaya raya.
Kini kan tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita.
Cinta lenyap diarus zaman.

Inilah tanah tumpah darah ku.
Tanah penuh pusaka.
Indahnya bumi kita ini.
Warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir ke tangan yang lain.

Oang Melayu merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam.
Kan lenyap perisitiwa semalam.
Tertutuplah hati terkunci mati.
Maruah peribadi dah hilang.

Nampaknya macam masih bernasib baik bila anak melayu dari Selangor, Perak dan Kedah menjadi menteri besar tetapi kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti, sama-sama kita pulikan kembali harga diri. Sudah tiada masa, jangan lah lalai, teruskan usaha. Melayu kan gagah di Nusantara

Perlukah lagu Warisan ini dikumandangkan semula. Atau relakah kita melihat pahlawan-pahlawan melayu menjadi gajah putih sarkas DAP?

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan bila Khalid Ibrahim, Ahmad Nizar ataupun Azizan menerajui Tanah Penuh pusaka ini.

Mereka umpama gajah putih sarkas yang ditelinganya sudah tercangkok kusa gembala dan juru arah sarkas. Mereka tidak boleh melangkah tanpa arahan gembalanya.

Oleh: jeramenjut

Tuesday, July 8, 2008

Apa Kata Presiden Tentang Protes Sejuta Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Protes atau bantahan terhadap sesuatu isu mesti dilakukan dengan kaedah yang betul demi menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.

Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidak memberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej.

Malah protes yang dibuat seperti 'karnival' dan mengadakan hiburan sampai ke pagi tidak mencapai matlamat yang jelas kepada rakyat dan tidak sewajarnya dibuat.

"Perlu ke pada jalan raya dan perlu menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin, itu yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas 'Himpunan Protes Sejuta Rakyat' yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya Ahad lalu yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

"Walaupun lima minit atau 10 minit, kalau protes dilakukan lima minit pun berkesan, apa yang penting ialah kita dapat menyamapaikan mesej itu kepada kerajaan dan rakyat

"Kalau suara hanya tertutup dalam stadium , hanya itu sajalah.....sekadar melepaskan geram bukan dari erti kata yang sebenar," katanya ketika ditemui Harakah dalam temubual eksklusif berkaitan isu-siu semasa di pejabat pembangkang di Parlimen pagi tadi.

"Kita perlu menghantar wakil bertemu....bukanlah tak boleh....bertemu menteri yang bertanggungjawab itu protes yang betul...kerajaan mesti terbuka dalam masalah ini," katanya.

Beliau turut merujuk kepada situasi yang berlaku di London semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini di mana kerajaan tersebut membenarkan demonstrasi.

Polis pula mengawal daripada berlaku apa-apa yang tidak diingini, ujar Presiden PAS.

"Di Amerika, begitu juga, polis tidak melakukan sebarang provokasi, polis membiarkan peserta demonstrasi menyampaikan apa yang mahu dinyatakan dan kerajaan mereka mendengar," tegasnya lagi.

Beliau turut memberikan pandangan berhubung isu-isu terkini membabitkan Pakatan Rakyat, kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kemelut politik semasa.- wann/mks.


Komen aku:

Masalahnya, pengikut pemgangkang di negara kita tak sama dengan penyokong pembangkang di negara luar yang lebih bersikap profesional. Malah protes di negara luar dilakukan secara bersama, bukan oleh parti pembangkang sahaja. Di negara luar, mereka tahu bagaimana nak protes, tetapi di negara kita, kita baru diajar bagaimana nak berdemostrasi. Dua perkara yang berbeza. Di negara luar bila buat protes mereka tak rosakkan harta awam, sebaliknya di Malaysia sekali buat demostrasi, semua peniaga terpaksa tutup kedai, lepas tu kerjaan terpaksa belanja berpuluh ribu untuk perbaiki kemudahan awam yang kita rosakkan. Di Malaysia kita bertindak ikut emosi, kita bertindak kerana marah, dan kita bertindk kerana nak jatuhkan org lain. Niat nak mintak jatuhkan harga minyak hanya gimik jer, yang lebih utama kita nak kerajaan BN jatuh. Jadi macam mana nak samakan kita dengan negara luar?

Jilat Jangan Tak Jilat

Lucu bercampur keliru. Itulah ungkapan yang boleh aku katakan berkenaan dengan perhimpunan 1 juta rakyat menentang kenaikan harga minyak.

Selain jumlah penyertaan yang tak sampai suku dari sasaran sebenar, walaupun pelbagai usaha promosi melalui internet dan sms dilakukan oleh pihak penganjur, kejadian artis jemputan (underground tuu...) melondehkan seluar dan menunjukkan punggung (bontot) kepada penonton adalah sesuatu yang diluar jangkaan dan sangat mengaibkan. Tambahan pula majlis tersebut bolehlah dikatagorikan sebagai majlis ilmu yang sepatutnya pengisiannya ialah dengan bacaan puisi, deklimasi sajak, nyanyian patriotik. Mengapakah (at first place) penganjur menjemput kumpulan underground? Kenapa tidak kumpulan rock lain seperti wings atau penyanyi seperti Mawi atau Datuk Siti Norhaliza (jika tujuannya untuk menarik lebih ramai golong muda ikut serta)

Persoalan timbul, sejauh mana penganjur memahami motif perhimpunan berkenaan dan sejauh mana pula mereka memahami sensitiviti bukan sahaja masyarakat melayu (golongan tua dan kanak-kanak) tetapi juga perasaan pemimpin dan pengikut PAS yang baru sahaja memprotes tindakan kerajaan Selangor menjemput artis Ella dan Mas Idayu atas alasan artis tersebut tidak cukup bermoral. Bermoral sangatkah artis underground yang biasanya dikaitkan dengan penyalah gunaan dadah dah alkohol?

Lebih dari itu, tidakkah pihak penganjur memberitahu artis berkenaan tentang tema dan maksud majlis diadakan? Adakah kita akan dengar nanti pemimpin PKR mendakwa yang kejadian ini juga adalah konsprasi kerajaan BN untuk mengaibkan Pakatan Rakyat?

Tiba-tiba aku terfikir, tidakkah mungkin penyokong PKR telah tersalah tafsir dan bertindak keterlaluan? Tidakkah mungkin niat penyanyi berkenaan ialah untuk mengutuk pemimpin BN yang suka menjilat punggung pemimpin tertinggi sepertimana yang sering pemimpin pembangkang tuduh, tetapi pengikut PKR telah tersalah erti yang menyangkakan penyanyi berkenaan memperli pemimpin mereka? Maka itulah sebenarnya ketentuan Allah. Niat kita mungkin bertujuan untuk mengaibkan orang lain, tiba-tiba aib tersebut jatuh ke muka kita sendiri.

Monday, July 7, 2008

Mubahalah lah..

Nampaknya keadaan semakin kalut. Tak nampak pun lagi jalan penyelesaian. Pihak polis sibuk mengumpul bukti untuk mebawa kes ke mahkamah, walaupun aku pasti penyokong-penyokong PKR tidak akan percaya apa juga keputusan, melainkan keputusan itu memihak kepada mereka. Tidak pasti bila kes ini akan disebut di mahkamah.

Bila mufti Perlis mencadangkan supaya kedua pihak bermubahalah, aku merasakan ada baik dan tak baiknya. Yang tak baiknya mestilah kerana ianya nanti akan mengaibkan bukan sahaja org yang terlibat, malah ianya juga turut mengaibkan keluarga mereka. Aku tak takut langsung jika nantinya Saiful dan keluarganya mendapat aib kerana fitnah yang dia lakukan, kerana org tak kenalpun siapa Saiful tu, tetapi yang aku amat takut jika nantinya Anwar yang terkena sumpahan itu. Kasihan pada isterinya dan kasihan pada anak-anaknya. Aib seluruh dunia.

Malangnya dalam keadaan sekarang, bila sumpah dianggap sebagai bahan mainan, nama Allah dipermainkan begitu rupa dan fitnah sudah menjadi ulam-ulaman tanpa takut kepada lahanat Allah, aku rasa kita semua kena setuju bahawa kedua mereka mesti bermubahalah.

Kita tak dengar lagi koman dari Saiful samada dia sanggup bermubahalah, tetapi yang nyata komen Anwar telah kita dengar. Dia berkata insyaAllah dia sanggup tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Yang pertama hari tu dia kata dia sanggup, asalkan dia diberitahu apakah motif tuduhan yang dibuat oleh Saiful (?). Kemudian hari ini dia kata dia sanggup asalkan dihadapan alim ulamak dari dalam dan luar negara. Disamping itu dia kata, dia dah tanya ramai ulamak, tetapi mereka (ulamak) tak benarkan dia bermubahalah.

Kita kena sedar, ramai yang tak setuju dengan mubahalah. Malah pengarah JAKIM pun nasihatkan supaya tidak diadakah mubahalah. Apakah maksudnya? Sebenarnya mereka tidak mahu ada org akan mendapat aib dari bala yang Allah turunkan kepada org yang bemubahalah jika didapati mereka itu berdusta. Alim ulamak tidak mahu semua itu berlaku, bukan kerana nak lindungi sesiapa. Tetapi kesempatan ini seperti biasa telah digunakan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya. Dia kata ulamak yang tak bagi dia bermubahalah bukan dia yang tak nak.

Tetapi dalam keadaan politik semasa di Malaysia, hendak tak hendak mubahalah mesti dilaksanakan. Jika tidak org melayu akan terus berpecah belah. Fitnah akan terus berleluasa. Biarlah seorang Anwar atau seorang Saiful mendapat bala dari Allah dan biarkan lah meraka dan keluarga meraka mendapat aib. Sekurang-kurangnya kebenaran dapat ditegakkan di dalam keadaan dimana ramai org tidak percaya lagi kepada keadilan di Malaysia. Disamping itu juga, dengan mubahalah ini, tidak ada lagi org yang akan berani buat fitnah selepas ini, kerana takut akan menerima bala yang telah ditimpakan kepada org yang bersalah dalam kes liwat ini.

Friday, July 4, 2008

Anwar akui ke kondo mewah, akan beri penjelasan lanjut

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan pernah ke kondo mewah yang dikaitakan dengan kes kontroversi terkini yang membabitkan pembantu beliau namun butiran berhubung tarikh dan kejadian terbabit akan didedahkan kemudian.

AKU NAK MINTAK DSAI BERITAHU ORG RAMAI, RUMAH SIAPA YANG DIA LAWATI DAN ATAS URUSAN APA. KENAPA NAK TUNGGU KEMUDIAN BARU NAK DEDAHKAN?

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media berhubung isu 'Najib-Altantuya' yang didedahkan oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal di pejabat KeADILan di Petaling Jaya tengah hari tadi.

BARU TADI, BALASUBRAMANIAM PRUMAL, TARIK BALIK PENDEDAHAN ITU, SIAPA NAK JAWAB SEKARANG?

"Saya mempunyai bukti kukuh dan alibi berhubung kes itu. Kita akan dedahkan dan saya hanya akan memberitahu setakat yang perlu kerana ianya membabitkan soal perundangan," katanya mengulangi pendiriannya.

SEBENARNYA DSAI MASIH PERCAYA KEPADA PERUNDANGAN MALAYSIA. TETAPI DEMI KEPENTINGAN PERIBADI, BELIAU SERING MEMBERITAHU BAHAWA UNDANG-UNDANG MALAYSIA TAK BETUL, HAKIM TAK BETUL, POLIS TAK BETUL, PEGUAM NEGARA TAK BETUL. DALAM HAL MACAM NI, TAHU PULAK SEBUT IANYA MELIBATKAN SOAL PERUNDANGAN?


"Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke sana," demikian ringkas kata Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim di pejabat lamanya di Petaling Jaya.

ADA RUMAH SAUDARA MARA ATAU PEJABAT DIA KAT KONDO ITU KE?

Mengulas laporan akhbar media perdana itu, Anwar berkata dia tidak pernah menafikan yang beliau pernah pergi ke kondo tersebut namun akan menerangkan lebih lanjut tentang isu itu kemudian.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas laporan akhbar yang sama yang mendakwa bahawa terdapat laporan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menemui bukti liwat ke atas Saiful, Anwar menjawab itu adalah masalah Saiful untuk memberi penjelasan.

"Itu masalah dia (Saiful), dia (sendiri) kena menerangkan masalah itu," katanya tenang, bagaimanapun menurut agensi berita Pengarah HKL telah menafikan yang pihaknya mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan rekod pemeriksaan Saiful.

Anwar juga enggan menjawab persoalan samada beliau membawa bersamanya Saiful dalam perjalanannya keluar negeri berikutan beberapa liputan media yang mendakwa tuduhan terhadap Anwar juga berlaku di Singapura, Bangkok dan Hongkong.

KENAPA TAK NAK JAWAB, JAWAB JER LAH ADA KE TAK..SUSAH SANGAT KE NAK JAWAB.

"Ada beberapa perkara yang dia perlu berunding dengan peguamnya dahulu kerana penyiasatan sedang berjalan. Apa yang saya boleh katakan adalah, tiada apa yang perlu dibimbangkan,"kata beliau.

TIADA APA YANG PERLU DIBIMBANGKAN? SIAPA YANG BIMBANG SEBENARNYA?

Wednesday, July 2, 2008

Cerita Singh

Aku tak tahu samada singh ni sebenarnya dari keturunan orang india atau bukan, tapi aku rasa bukan kut, kerana bahasa percakapan, budaya dan agama mereka berbeza.

Kat Malaysia ni aku suka ikut perkembangan dua orang singh. Sorang bernama Karam Singh Walia yang siang malam memperjuangkan alam sekitar dan hebat dengan pantun dan bidalan, dan seorang lagi Karpal Singh, ahli parlimen dan seorang pengamal undang-undang yang sentiasa bikin panas kat Parlimen.

Sebenarnya dari dulu masyarakat singh ni memang sungguh popular walaupun bilangannya terlalu sedikit di Malaysia ni. Bila sebut jaga, mesti singh, bila tunggu roti mesti singh, bila tunggu susu singh gak. Malah banyak lagu2 jenaka dan cerita2 mengusik selalu dikaitkan dengan singh.

Sekarang singh tidak lagi jadi jaga. Ramai jaga sekarang ni orang melayu (atau org mynmar) Kalau dinegara-negara lain, masyarakat minoriti mcm ini sudh tentu terabai atau memang sengaja dipinggirkan. Tetapi di Malaysia, kerajaan kita mempunyai sikap kesama rataan kepada semua warganya.

Dulu kita selalu dengar peribahasa 'dah bagi betis nak peha'. Mungkin Karam Singh Walia boleh terangkan dengan lebih lanjut maksut peribahasa tu. Dalam apa juga keadaan, baik dalam berkawan dan bermasyarakat biasanya kalau kita buat baik pada org tu, mereka akan ambik kesempatan dan berlebih-lebih. Kalau di negara lain, golongan minoriti macam ni, bukan sahaja tak berpeluang mempunyai wakil dalam parlimen, malah hidup mereka terseksa dan teraniaya.

Di Malaysia, bukan sahaja mereka bebas bersuara, ada wakil di parlimen, tetapi malangnya mereka ini dah lebih sudu dari kuah. Mereka bukan sahaja tak menghormati tuan negara ini, malah bertindak seolah-olah penduduk asal negara ini merempat di negara mereka.

Dalam masa org melayu masih mengamalkan budaya bertolak ansur, hormat menghormati, menjaga hati bangsa sendri dan hati bangsa-bangsa lain, ada sejenis bangsa ini telah bertindak biadap bukan shaja kepada org melayu malah kepada agama dan raja-raja org melayu. Malah kadang kala terfikir, kalau yang nak biadap atau kurang ajar tu, kalau bukan bangsa melayu sendiri, yang paling wajar rasanya ialah org cina dan india. Kerana dua bangsa inilah yang sama-sama membangunkan Malaysia bersama org melayu, walaupun hakikatnya bangsa melayu terlebih dahulu bertapak di Malaysia. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, org melayu terpaksa menerima org india dan cina sebagai sebahagian dari warga negara ini. Itulah antara jasa org melayu yang terpaksa dibayar oleh org india dan cina, dengan menghormati ketuanan melayu di Malaysia.

Malangnya sekarang ini, yang lebih biadap, yang lebih kurang ajar dan kurang asam ialah bangsa singh. Walaupun aku tetap hormati Karam singh, dan juga Sarbegeth Singh yang sibuk dengan my teamnya tu. Yang lebih menyakitkan hati, singh ini kalau bercakap lebih cenderung untuk memperkecil kecilkan org melayu malah sanggup hina dan bercakap benda yang sinis tentang hak org2 melayu. Aku tidak pasti, sejak bila pulak sejarah penempatan bangsa singh ini di Malaysia.

Kenapa leh jadi macam tu? Sebabnya org melayu juga yang memberi laluan kepada mereka. Org melayu juga yang bersekongkol dan mengundi mereka sehingga mereka begitu lancang dan biadap. Dari dulu org melayu diajar supaya hormat pada tetamu. Jika ada tetamu datang rumah, kita akan suruh tetamu tidur dalam bilik kita, dan kita tidur diluar. Kalau bercakap kena berlapik. Kalau bercakap dengan org bangsa lain, seboleh-boleh kita bengokokan lidah kita, supaya pelat macam lidah org bangasa lain yang susah menyebut perkataan melayu. Tetapi dalam kes singh ini, kita bukan sahaja membuat benda yang telah diajar oleh org terdahulu, tetapi kita benarkan bukan sahaja peha kita, malah tengkok kita dilapah oleh mereka. Sampai bila perkara ini akan berterusan? Apa agaknya akan berlaku jika singh ini dibenarkan berada di tempat yang lebih tinggi dari sekarang? Fikir-fikirkan lah..

Polis Oh Polis

Sana sini, terutama dalam blog-blog pro DSAI orang memperkatakan kononnya ada konsprasi untuk menjatuhkan DSAI seperti tahun 1998. Mereka anggap ini semua konsprasi pihak tertentu ketika DSAI diambang menjadi PM. Ada yang kata ini adalah wayang bahagian kedua yang bahagian pertamanya ditayangkan pada tahun 1998. Orang yang menjadi teraju utama cerita ini ialah Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan dan Peguam Negara Ghani Patail, selain Datuk Najib dan Rosmah.

Mereka mengatakan bahawa polis Malaysia bersekongkol dengan pemimpin BN. Mereka kata lagi, polis telah diperalatkan untuk memenuhi kehendak pemimpin-pemimpin tertentu. Maka dicananglah cerita kononnya orang tertentu telah memperalatkan anggota polis untuk membunuh Altantunya. Dan dari situ lah timbul konsprasi menjatuhkan DSAI kerana dikatakan DSAI sedang dalam proses mejelaskan kepada masyarakat tentang rahsia yang dia ketahui.

Begitu rendahnya moral anggota polis Malaysia sehingga sanggup mengadaikan profision kepolisian yang sepatutnya bertanggung jawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Yang peliknya, orang yang dituduh menggunakan polis untuk membunuh orang Mongolia bernama Altantunya itu tidak pula boleh menggunakan kuasanya untuk mengarah polis menutup kes itu dari pengetahuan orang ramai. Kerana sampai hari ini, dua pegawai polis masih lagi didakwa di mahkamah.

Dari dulu lagi memang mereka tidak percaya polis. Mereka tuduh polis macam-macam. Yang peliknya mereka masih pergi ke balai polis untuk buat aduan setiap kali timbul sesuatu isu. Ada dua perkara aku nak tanya. Pertama, kalau tak percaya polis, kepada siapakah kita hendak percaya? Keduanya, kalau tak percaya yang polis akan buat kerja secara adil, kenapa harus ke balai polis buat laporan bila timbul sesuatu kes?

Pun begitu, aku beranggapan memang ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Kita tak lupa tentang bagaimana DSAI di tumbuk oleh KP ketika itu ketika beliau dalam tahanan. Luka ditangan boleh sembuh, tetapi parutnya tetap kelihatan. Lebih teruk lagi jika luka perasaan, tidak nampak luka, tetapi bisanya kekal berpanjangan.

Oleh itu, sesuatu harus dilakukan agar reputasi polis dapat diperbaiki. Memang sukar kalau hendak minta semua org percaya kepada kita, tetapi percayalah kalau kita buat yang terbaik, lama kelamaan kebenaran tetap akan kelihatan.

Dalam kes DSAI ini, aku memang tak percaya adanya konsprasi. Oleh itu pihak polis mesti mejalankan siasatan dengan rapi, dan akhirnya nanti jika ada kes untuk dibawak ke mahkamah, pastikan tidak akan ada ruang untuk orang ramai memperkatakan sesuatu. Kes-kes seperti tarikh dan tempat yang terpaksa diubah beberapa kali ketika perbicaraan tahun 1998 itu diharap tidak akan berulang lagi.

Dalam dunia ini, kalau kita buat baik hari ini, belum tentu esok org akan ingat lagi, tetapi bila sekali kita buat silap, hingga keakhir hayat org akan sebut.

Tuesday, July 1, 2008

Oh DSAI...

Sekali lagi negara dan dunia dikejutkan dengan tuduhan kepada DSAI.

Aku masih teringat tahun 1998 bila pertama kali kita digemparkan dengan pemecatan DSAI atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Ketika itu jiwa muda aku memerontak. Mana tidaknya, pemimpin pujaan aku diaibkan sedemikian rupa, di hadapan anak dan isteri, dan di hadapan masyarakat yang selama ini melihat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan datang. Malah kalau tak silap aku, beliau baru sahaja dinamakan sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia Tenggara.

Sejak itu aku mengenali politik. Sejak itu aku mula merasakan aku wajar mendaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya. Sejak itu aku fikir, satu undi aku sudah cukup untuk menjatuhkan rejim Dr Mahathir dan menaikan DSAI. Dan ketika itu juga, aku merupakan antara orang pertama yang mendaftar sebagai ahli keADILan yang dilancarkan penubuhannya disebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Itu kisah 1998. Kisah yag berlaku 10 tahun yang lalu dan kita telah berhadapan dengan 3 kali pilihanraya.

Tahun 2008 ini aku rasa banyak yang berlaku yang sangat sukar diterima. Kekalahan BN di beberapa buah negeri, termasuk negeri maju Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, selain terus kempunan untuk menawan kembali Kelantan.

Walaupun ada sedikit tetapi aku tidak merasakan bahawa DSAI merupakan faktor utama kepada kemenangan besar PR dalan pilihanraya itu. Sebeliknya rakyat ingin pemberikan penampar sulung kepada pemimpin BN dan UMNO yanga asyik goyang kaki sambil mengorek gigi, tanpa menyedari rakyat mula mual dengan perbuatan segelintir dari mereka.

Berbalik kepada tuduhan kepada DSAI aku tidak nampak dimana bahayanya beliau kepada BN ketika ini, sehingga memungkinkan BN atau pemimpin2 tertentu dalam UMNO sanggup melakukan fitnah sedemikian kepadanya. Tidak seperti tahun 1998 dimana DSAI ketika itu dianggap musuh kepada DR M.  Sebenarnya tanpa kejatuhan DSAI pun, PKR telah mengalami penyakit dalaman yang boleh membuatkannya lemah dan tidak bermaya lagi terutama di Selangor bilamana pemimpin2 mereka telah mula bercakaran dan tuduh menuduh antara satu sama lain.

Bukan menuduh, tetapi sebenarnya aku percaya dengan tuduhan terhadap DSAI atas beberapa sebab.

1. Tidak ada orang akan membuat tuduhan (fitnah) kepada orang lain dengan tuduhan yang sama sebanyak dua kali.

2. Tidak ada orang yang sanggup mengaibkan diri sendiri membuat tuduhan kepada pemimpin besar seperti DSAI, kerana kesannya amatlah besar selain ancaman kepada nyawanya, juga keaiban kepada ibubapa dan keluarga, jika ianya tidak benar.

3.Sebilangan besar rakyat negara ini tidak pernah tahu dan tidak boleh terima bahawa sebenarnya gejala gay telah merabak dengan begitu meluas di bandar-bandar sehingga ke kampung-kampung. Banyak port gay di Kuala Lumpur yang dikunjungi bukan sahaja oleh remaja IPT, malahan juga, golongan artis, ahli koprat dan ahli politik.

4. Ada lagi nama-nama besar selain dari DSAI yang aku tahu (dari mulut ke mulut) yang terlibat dengan gejala gay. Cuma malangnya lebih ramai yang bersedia mendedahkan cerita DSAI dari yang sanggup mendedahkan kisah individu yang lain. Jangan terkejut bila satu hari nanti, ada lagi nama besar seperti DSAI yang akan tersungkur disebabkan aktiviti mereka itu.

Kesimpulannya aku pasti dan yakin bahawa DSAI bukanlah seorang wali atau malaikat yang tidak mungkin melakukan kesilapan. Sedangkan nabi melakukan kesilapan. Oleh itu berilah ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. Jika benar terimalah kenyataan, jika tidak benar kita doalah sama sama agar orang yang membuat fitnah itu mendapat sebesar-besar pembalasan dimuka bumi ini.

Thursday, June 26, 2008

RM 1 juta? Banyak tuuuu

Bila kementerian belia dan sukan mengumumkan akan memberi ganjaran sebanyak rm1 juta kepada atlit yang memenangi pingat emas di olympik akan datang, saya rasa macam ada yang tak kena. Dah kaya sangat ke? Tak terfikirke pak menteri tentang rakyat bawahan yang sedang menanggung derita akibat kenaikan harga barang makanan yang sedang ditanggung oleh rakyat yang miskin.

Memang, bagi atlit dan ahli keluarganya mereka akan merasakan ganjaran berkenaan adalah berbaloi dengan sumbangan yang mereka berikan kepada negara. Tetapi atlit juga harus sedar bahawa ahli-ahli sukan terdahulu hatta para prajurit yang berkorban nyawa semasa mempertahankan negara pun tak mendapat ganjaran sebesar itu.

Sebenarnya bukan soal besar atau tidak sumbangan kita kepada negara, kerana sebenarnya pengorbanan kepada negara itu adalah satu kewajiban kepada yang mampu dan tidak perlu meminta balasan. Siapa yang berani mempertikaikan sumbangan prajurit dan pahlawan negara ketika zaman penjajah? Tetapi pernahkah mereka meminta sebarang ganjaran?

Dalam hal atlit ini, saya rasa atlit tidak patut dipersalahkan, kerana mereka juga tidak meminta ganjaran. Cuma seperti kebiasaaan, adat kita ialah menghargai orang yang telah membuat jasa. Tetapi kenapa sampai rm1 juta? Sedangkan RM1 juta itu mampu membantu golongan yang lebih memerlukan dikampung-kampung. RM1 juta itu boleh membina sebuah masjid yang boleh digunakan oleh berpuluh-puluh orang yang memerlukan.

Mungkin kementerian belia dan sukan terlepas pandang tentang kehidupan bermewah-mewahan dikalangan segelintir atlit telah membuatkan mutu sukan negara kita berada dikedudukan yang paling mendukacitakan. Lebih dari itu, kita takut nanti semua orang yang membuat jasa kepada negara bukan dengan keikhlasan, tetapi menanti ganjaran yang akan dilimpahkan kepadanya. Lihat sahaja pemain bola sepak negara. Bandingkan pasukan negara dizaman era Mokhtar Dahari yang mampu menewaskan Korea Selatan, Jepun, Kuwit dan negara-negara besar yang lain. Apakah ganjaran yang mereka dapat ketika itu? Manakala pemain bola sepak sekarang, hidup mewah, kereta besar, kaki perempuan, kaki disco dan sebagainya kerana hidup mereka terlalau mewah - tidak setaraf dengan pencapaian mereka dipadang bola. Itu kah yang kita hendak?

Kesimpulannya, saya merasakan pihak kementerian perlu mengkaji semula anugerah yang telah dicadangkan itu memandangkankan kita sedang berada dizaman yang susah disebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan. Bukan tidak boleh beri anugerah tetapi berpatut-patutlah. Malah saya rasa rasa lebih baik mereka itu dianugerahkan dengan pingat kebesaran seperti PJK, AMN dan sebagainya kerana ianya akan kekal dan individu berkenaan boleh mengabdikannya sepanjang hayat, dan boleh menceritakannya kepada anak cucunya dikemudian hari.

Penjelasan Yang Tak Jelas

Sejak sebelum pilihan raya, semasa kempen pilihanraya malah sehingga sekarang tak sudah-sudah orang memperkatakan tentang kes Altantuya. Malah tidak dapat dinafikan, kisah berkenaan sedikit sebanyak telah memberi kesan yang besar kepada kejatuhan kerajaan BN dibanyak kawasan.
 
Agak malang bagi pihak kerajaan yang mempunyai banyak kelebihan, tidak mampu menangkis segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang, sehingga pada satu peringkat rakyat merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang itu adalah benar belaka.
 
Sehari dua yang lepas timbul lagi isu Altantuya. Dalam laporan akhbar dinyatakan bahawa PM tidak percaya dengan apa yang didakwa oleh Raja Petra. Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah, bukan masalah kita percaya atau tidak dengan apa yang ditulis oleh Raja Petra atau pihak pembangkang. Isunya ialah bagaimana kita menangkis tuduhan berkenaan. Adakah dengan berkata bahawa kita tidak percaya, maka kita mahu semua rakyat juga akan kata mereka tidak percaya?
 
Dalam kempen pilihanraya yang lepas, pihak pembangkang telah memanipulasi isu kenaikan harga barang keperluan disetiap kempen mereka. Malangnya pihak kerajaan saya lihat tidak membuat serangan balas untuk bukan sahaja menafikan apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang, tetapi seharusnya pihak kerajaan wajib mempunyai fakta dan bukti untuk meyakinkan rakyat bahawa apa yang pihak pembangkang perkatakan itu adalah tidak benar.
 
Berbalik kepada kes Altantunya, tidak perlulah akhbar menyebut 'orang kenamaan tertentu', kerana rakyat bawahan, samada mereka percaya atau tidak, telah tahu bahawa orang kenamaan yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan perdana menteri. Hendak terima atau tidak kerajaan terutamanya Pak Lah harus sedar bahawa pihak pembangkang telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa Datuk Najib terlibat dalam kes berkenaan.
 
Malah banyak gambar-gambar dimana Datuk Najib bersama Abd Razak baginda bersama wanita, dipercayai wanita mongolia tersebut tersebar luas di internet. Kerajaan atau Datuk Seri Najib sendiri harus menerangkan kedudukan sebenar. Apakah tujuan perjumpaan berkenaan, seperti yang digambarkan dalam gambar tersebut. Mengapa Datuk Seri Najib menafikan yang beliau mengenali wanita mongolia tersebut jika benar gambar yang memuatkan Datuk Seri Najib bersama Razak baginda dan wanita mongolia tersebut adalah asli dan tidak di 'super impose' oleh golongan tertentu. Jika benar ada perbuatan golongan tertentu mengubah suai gambar berkenaan, siasatan perlu dilakukan dan tindakan terhadap orang yang membuat pengubahsuaian gambar berkenaan harus diambil. Jika tidak, rakyat akan tetap dan terus percaya dengan apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang.



Apa Dah Jadi PR

Pinjam lirik lagu Salim, "Engkau bagai air yang jernih, di dalam bekas yang berdemu, akhirnya kotoran itu terlihat, kecucian terlindung jua.."

Kalau niat didalam hati tak betul, macam mana pun orang akan perasan. Tuhan akan tunjukkan tembelang kita. Aku bukan tujukan kepada orang PKR atau PAS jer..orang UMNO pun kalau jalan tak betul sama gak. Jangan kita terlalu bongkak bila berkuasa, jangan mendabik dada, "aku lah yang paling betul, orang lain semua salah."

Kisah ketidak serasian antara PAS dan PKR sebenarnya dah aku nampak masa aku berada dlm PKR lagi. PAS memang kuat walaupun tak sekuat UMNO. Tetapi PKR tak sekuat PAS pun. Dan pemimpin PKR memang menyedari hakikat ini. DAP pulak, tak lebih macam sambal belacan jer, ada bagus, tak adapun org still boleh makan nasi. Begitu lah ibaratnya. Jangan perasan dengan mengatakan kejayaan PR merampas beberapa negeri dalam PRU12 baru-baru ini menunjukan PR kuat. Sebenarnya tak. Yang buat PR menang kerana ada usaha sabotaj calon BN oleh ahli-ahli BN sendiri.

Pemimpin PKR memang tinggi darjat, tinggi ilmu dan tinggi putarbelit. Mereka menggunakan kesemua kesempatan yang ada, untuk mempengaruhi PAS dan DAP untuk membentuk satu kumpulan yang kuat. Malangnya, belum cukup untuk menumbangkan BN secara total.

Kesedarhanaan PAS yang kadang kala boleh juga buat orang keliru, dengan pendirian yang tak begitu jelas, suka mengambil sikap "tangan terbuka", terima siapa sahaja untuk bersekongkol dengannya tanpa menduga muslihat rakan niaga dan sanggup menjilat ludah sendiri, boleh membawa kesan buruk kepada imej parti yang bertunjangkan Islam itu sendiri akhirnya.

Dalam apa juga keadaan, aku lihat PKR banyak merancang, membuat spekulasi dan menganjurkan ketegangan. PAS pula seperti imejnya selama ini, seperti sedang diarah membuat kerja. Manakala DAP berperanan seperti managing diractor dalam sebuah syarikat. Semua kerja mesti dibuat mengikut telunjuknya. Kerana dia tahu, dia (DAP) mempunyai share yang banyak dalam PR.

Itulah sebenarnya PR. Pakatan Rakyat. Sebutannya sendiri memang tidak jelas. PAKATAN. Berpakat..merancang sesuatu yang belum pasti. Berpakat untuk berkahwin belum tentu kita berjaya sampai kejinjang pelamin. Aku lebih suka nama lama BA, Barisan Alternatif.. nampak lebih jelas maksud dan hala tujunya



Salam Perkenalan

Selamat datang kepada semua blogers.

Kehadiran anak merdeka adalah untuk memeriahkan lagi laman blog yang seumpama untuk sama-sama berkongsi pendapat dan idea.

Saya menjemput semua blogers, samada yang pro kerjaan dan anti kerajaan, pro keganasan dan anti keganasan, pro perdamaian dan anti perdamaian untuk sama-sama menyumbang idea, pendapat, kritikan, teguran kutukan waimah cacian yang dirasakan wajar dengan syarat kita semua hendaklah berfikiran terbuka, berbaik sangka dan mengamalkan sikap "idea ko, idea ko, idea aku idea aku"

Andaikata kita tidak boleh menerima idea orang lain, kita juga tidak sepatutnya memaksa orang lain untuk menerima idea kita.

Akhirkata, marilah kita sama-sama memberikan sumbangan idea untuk membangunkan minda anak bangsa kita.


SAHABAT-SAHABAT AM