Wednesday, August 27, 2008

Macam Realiti TV

Tahniah DSAI..emm YB DSAI kerana berjaya memenangi pilihanraya Permatang Pauh. Aku ke Permatang Pauh hari Ahad yang lalu, dan begitu yakin yang BN tidak mudah untuk memenangi pilihanraya itu.

Rata-rata rakyat Permatang Pauh sangat fanatik dengan DSAI. Maklumlah beliau telah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1982. Keburukan dan kelemahan DSAI bukan menjadi faktor pengukur untuk mereka memangkahnya.

Aku rasakan kemenangan DSAI di Permatang Pauh tak jauh beza macam kemenangan di Akademi Fantasia. Orang mengundi kerana populariti, bukan kerana kebolehannya memimpin.

Memang tak dapat dinafikan, DSAI seorang yang hebat. Tetapi sepatutnya pengundi mengambil kira juga faktor peribadi beliau. Kalau peribadi buruk macam mana kita nak yakin beliau boleh menjadi pemimpin yang baik?

Monday, August 25, 2008

Nafsu Sarakah, Tipu Pengundi

Untuk meraih sokongan, DSAI akan lakukan apa sahaja. Pelbagai gimik dan cakap-cakap retorik politik memang merupakan permainan DSAI. Matlamat menghalalkan cara.

DSAI cukup masak dan pandai berlakon, memperdaya rakyat dengan pidato, meyakinkan betapa hebatnya sokongan yang diterima. Pada DSAI berlakon dan menipu sudah menjadi makanan sehariannya.

Menipu tidak jadi hal. Apa yang penting, orang yang dengar ceramah seronok dan terhibur. Sebab itu taktik perang saraf berterusan PKR 'menuju putrajaya 16 September 2008' penuh dengan tipu muslihat.

Matlamat mereka supaya rakyat terpedaya DSAI akan jadi PM jika menang di Permatang Pauh. Peduli apa jika wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak banyak kali menafikan mereka akan melompat parti menyokong DSAI.

Dalam ceramahnya, DSAI berkata wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan menyertai beliau sebaik sahaja melangkah ke Parlimen minggu depan, DSAI berkata demikian walaupun beliau tahu ia adalah satu pembohongan.

Rakyat harus cepat insaf dan sedar, ahli Parlimen BN dari UMNO di Sabah semuanya hanya 13 orang dan daripada jumlah itu seorang darinya adalah menteri penuh, manakala dua adalah timbalan menteri dan seorang Timbalan Speaker.

Jika 11 MP BN dari UMNO lompat sertai pembangkang, seperti yang dinyatakan oleh DSAI ini bermakna salah seorang daripada mereka ialah orang yang telahpun mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Kalaupun benar ini berlaku, DSAI masih kekurangan 20 orang lagi MP untuk memungkinkan beliau boleh membentuk kerajaan menggantikan kerajaan BN sekarang.

Bak kata seorang MP sabah, "tak ada katak dalam politik Sabah. kami tidak akan meninggalkan BN kerana kami tahu BN telah banyak membangunkan negara, menyatu padukan rakyat dan kami akan terus menyokong BN untuk terus memajukan Sabah"..

Jadi, pengundi Pematang Pauh, jangan la terpedaya.

Tuesday, August 12, 2008

Siapa Yang Kata DSAI Bersalah?

Memetik kata-kata Presiden PAS, Hadi Awang .. "Kita perlu bersimpati kepada mereka yang dizalimi walaupun kepada mereka bukan dari ahli parti kita," katanya.

Tambahnya lagi, menurut Islam seseorang itu tidak bersalah selagi dia belum didapati atau berjaya dibuktikan bersalah.

Persoalannya, siapa yang mengatakan DSAI bersalah? Yang sedang dibincangkan ialah 'pertuduhan'. Ada orang buat laporan polis bahawa dia kena liwat oleh DSAI.

Dan perlu diingat, dulu DSAI orang UMNO juga. Dia telah dituduh macam-macam oleh pemimpin dan pengikut PAS. Orang UMNO tak ada yang tuduh dia macam-macam. Nak dijadikan cerita, tuduhan yang selama ini dibuat oleh pemimpin PAS termasuk Mat Sabu, menjadi kenyataan. Dan atas kesalahan itu, DSAI telah dipecat dari UMNO kerana UMNO tidak boleh terima pemimpin yang macam itu.

Yang peliknya, setelah DSAI dipecat, dia telah bersekongkol dan menjadi kawan baik PAS.

Dan sekarang dia tidak berada dalam UMNO lagi. Tuduhan terhadapnya berlaku lagi. UMNO pun tak kata dia bersalah. Malangnya pemimpin dan pengikut parti pembangkang telah mendahului mahkamah. Meraka dah buat keputusan bahawa DSAI tidak bersalah. Mereka dah buat keputusan bahawa mahkamah tidak adil. Mereka dah kata polis tak betul. Jadi siapa yang betul?

Bukan kah secara tidak secara langsung, mereka dah mengatakan hanya DSAI sahaja yang betul?

Saturday, August 9, 2008

Apa Salah Bendera Kita?

Kerana merahkan nyamuk, kelambu dibakar. Itu bidalan orang tua-tua untuk menggambarkan kebodohan orang melayu dulu membuat keputusan.

Keadaan itu telah menjadi kenyataan sekarang ini. Kerana marahkan pemimpin UMNO, ada orang telah menghasut rakyat untuk mengebarkan bendera Malaysia secara terbalik.

Timbul persoalan kepada kita. Siapakah mereka ini? Adakah mereka sebenar-benar pejuang yang inginkan perubahan? Adakah mereka ini sebenarnya pejuang yang anti korapsi dan anti salah guna kuasa? Adakah mereka ini sebenarnya yang mempunyai idea untuk menjadikan Malaysia akan lebih baik jika ditadbir oleh pemimpin yang mereka puja?

Atau adakah sebenarnya mereka ini musuh dalam selimut yang ingin melihat bangsa melayu hancur di bumi mereka sendiri. Ingin melihat Malaysia hancur asalkan hati mereka puas? Lu fikir la sendiri...

Cara Pemimpin dan Pengikut Pembangkang Berpolitik

Melihat kembali sejarah DSAI semasa berada di dalam UMNO telah dikutuk dan dihina oleh pemimpin dan penyokong PAS, seperti mana Pak Lah dan Najib dikutuk dah dihina sekarang ni. Malah ada yang sanggup menterbalikkan gambar pemimpin negara itu, hanya kerana meraka itu orang UMNO. Ramai pemimpin PAS ketika itu, terutama Mat Sabu telah menjaja prihal salah laku Anwar disetiap penjuru negara. Dalam ceramah-ceramahnya, dia dengan lantang telah menuduh Anwar sebagai seorang yang mempunyai tabii yang pelik. Karpal Singh pula telah mendesak supaya Dr Mahathir menyiasat tentang kebenaran tuduhan yang dilemparkan kepada timbalannya (Anwar)

Malangnya bila UMNO memecat ANWAR kerana kesalahan yang dia lakukan, pemimpin PAS telah menatang Anwar seperti dewa. Hilang semua tuduhan yang mereka sendiri lemparkan terhadap Anwar semasa Anwar masih menjadi timbalan perdana menteri. Segala yang Anwar katakan sekarang ini dianggap seperti wahyu dari Allah.

Tidak mustahil jika diandaikan satu hari nanti, ditakdirkan Najib yang kebelakangan ini menjadi mangsa serangan dari pembangkang, di pecat dari UMNO kerana kesalahan yang dia lakukan, mereka pasti akan berebut-rebut bentangkan karpet merah untuk Najib, dan selepas itu mereka akan akan menunjung Najib seperti dewa-dewa, seperti yang korang lakukan kepada Anwar. Tuduhan yang selama ini dilemparkan kepada Najib pasti akan dilupakan.

Bukti yang cukup nyata masa Tun Dr Mahathir menjadi PM, apa penghinaan yang mereka tak pernah lemparkan kepadanya? Fraun, diktator, Pukimak dan segala macam lagi. Segala yang hina itu adalah Dr Mahathir. Tetapi setelah Dr Mahathir bersara, tambahan pulak dah keluar dari UMNO, tak ada pun yang hina Dr Mahathir lagi. Malah PAS dah menawarkan agar Tun Dr Mahathir masuk PAS. Di kebanyakan tempat Dr Mahathir berceramah, ramai pula penyokong dan pemimpin PAS yang menyambutnya.

Kesimpulan aku ialah, seseorang itu akan mereka anggap salah, hina, korapsi dan segala macam lagi jika dia tidak berada dalam kelompok korang. Tetapi bila dia berada dalam group korang, dialah dewa dialah wali. Itulah politik, tetapi rakyat bawahan tidak faham itu semua. Mereka mudah terpedaya dengan permainan politik parti pembangkang. Yang akan menjadi mangsa ialah jenerasi akan datang.

Thursday, August 7, 2008

DSAI Memang Hebat...

Hebatnya DSAI mengatur startegi. Sebab itu hendak tidak hendak kita kita mengakui bahawa DSAI memang seorang yang hebat. Hebat berpidato, sehingga belum ada orang yang mampu menandinginya apatah lagi meyainginya. Betul kata kebanyakan orang, selepas Sukarno, dan sekarang Anwar, belum ada tanda-tanda kelahiran seorang lagi yang sehebat mereka di Nusantara ini.

Kepintaran DSAI tidak dimiliki oleh hampir kesemua pemimpin besar di Malaysia ini, samada dari kalangan UMNO atau pun PAS. Kalau ada yang mempunyai pandangan jauh di Malaysia ini ialah Tun Dr Mahathir, yang mampu melihat sejauh 2020. Malangnya selain tidak aggresif, Tun juga tidak mahir untuk 'merasuk' pemikiran rakyat. Itulah kelebihan orang bernama Anwar Ibrahim.

Beliau pernah berkata, masih ada banyak masa untuk beliau mengumumkan hasrat untuk bertanding dipilihanraya. Malah beliau ada masa yang lama sejak menyambut 100 hari pemerintahan PR dibeberapa buah negeri. Belau juga ada banyak masa untuk mendakwa Tan Seri Musa Hassn dan Gani Patail. Masa yang panjang sejak dibebaskan dari penjara dibiarkan begitu sahaja.

Tup tup timbul tuduhan liwat oleh bekas pembantunya. Beliau lantas membuat dua tuduhan rasuah kepada ketua polis negara dan peguam negara. Dan atas kebolehannya merasuk pemikiran rakyat, maka pengikut-pengikutnya telah percaya bahawa ketua polis dan peguam negara adalah orang yang rasuah. Jadi apa-apa yang berlaku kepada DSAI selepas ini, walau dengan apa bukti sekali pun, walau 'malaikat' sekalipun jadi hakim, dan jika terbukti DSAI bersalah, rakyat dan penyokong DSAI akan mengatakan penghakiman terhadap DSAI adalah tidak betul dan berat sebelah.

Kemudian DSAI mengumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil. Secara logiknya, kalau benar-benar dia tidak bersalah, dia sepatutnya tunggu sehingga keputusan mahkamah diperolehi dan jika dia didapati tidak bersalah, maka ketika itulah masa yang paling sesuai untuk menggayang BN. Beliau hanya perlu menggunakan isu itu dalam kempen pilihan raya, sudah cukup. Rakyat akan terima bahawa memang ada konsprasi untuk membunuh karier politik Anwar.

Malangnya kenapa beliau tergesa-gesa nak bertanding? Jawapannya terlalu mudah. Ketika ini siasatan terhadap beliau sudah siap dan pada bila-bila masa beliau akan didakwa dimahkamah. Nah..beliau dan juak-juaknya akan beritahu rakyat bahawa memang kerajaan zalim dan tidak demokrasi. Menangkap orang yang ingin bertanding dalam pilihan raya.

Nampak tak? Sebab itu aku kata DSAI memang hebat...

Siapa Yang Sebenarnya Tertekan?

DSAI telah pun didakwa di mahkamah dan seperti dijangka, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Aku tak tahu siapakah sebenarnya yang tertekan sekarang ini. Pihak kerajaan, polis, dan PR nampaknya semua tertekan.

Pihak kerjaan tertekan kerana isu dakwaan ke atas DSAI akan digunakan sebaik mungkin oleh PR untuk mendakwa kononnya kerajaan merasa takut kerana DSAI telah berada di ambang kekuasaan dan telah menawarkan diri untuk bertaning di Permatang Pauh, yang kalau menang akan menempatkan DSAI di Dewan Rakyat.

Pihak polis tertekan kerana, selama ini pihak pembangkang terutamanya PKR telah melebalkan polis seperti anjing kerajaan, tidak profesional, rasuah dan sebagainya. Malah pemimpin PR telah begitu berjaya meyakinkan rakyat bahawa segala tuduhan kepada pihak polis adalah benar belaka. Dalam keadaan dimana pihak polis berhak menangkap dan menahan DSAI, pihak polis nampaknya terlalu berhati-hati sehingga meresahkan banyak pihak, terutamanya orang yang tidak terlibat dengan politik, pemerhati dari dalam dan luar negara dan mereka yang sentiasa berminat mengikuti perkembangan kes ini. Hari ini bila DSAI dihadapkan ke mahkamah, PR telah membuat ugutan akan melancarkan demostrasi rakyat jika DSAI tidak dibenarkan dijamin.

Sebenarnya dalam PR melalui pemimpin-pemimpin kanan mereka asyik menuduh kerajaan dan polis, nampaknya mereka lebih berkuasa dari polis dan kerajaan. Mungkin secara tidak sengaja, dan mungkin juga kerana takutkan tekanan dari pengikut PR, akhirnya DSAI dibenarkan ikat jamin.

Dalam pada itu, pemimpin PR sebenarnya juga tertekan. Mereka sedang dalam dalema sebenarnya. Antara berhadapan dengan realiti dan kuasa yang sedang dalam dakapan. Tanpa bermaksud menghukum DSAI bersalah atau sebaliknya, ramai dari pemimpin PR sebenarnya telah pun mengetahui atau setidak-tidaknya percaya bahawa DSAI memang bersalah dalam kes liwat. Ramai dari pemimpin PAS telah terang-terang mengutuk DSAI semasa beliau memegang jawatan TPM dengan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan. Masalahnya sekarang, DSAI adalah boss mereka. Hendak tidak hendak mereka terpaksa akur dengan DSAI. Malah dalam banyak hal, PAS kelihatan lebih takut kepada DSAI bila menolak mentah-mentah 'plan perdamaian'yang diusulkan oleh UMNO untuk perpaduan orang melayu dan islam.

Friday, August 1, 2008

Babak Kedua Mengambil Tempat

Semalam kertas siasatan kes liwat DSAI telah diserahkan kepada pejabat peguam negara, walaupun masa yang diambil terlalu lama. Seperti ada sikap terlalu berhati-hati.

Masa yang begitu lama telah menyebabkan DSAI berjaya melakukan tipu helahnya sehingga terkeluarnya apa yang dikatakan sijil kesihatan Saiful yang menggambarkan seolah-olah Saiful tidak pernah diliwat.

Dan kesempatan itu telah digunakan oleh DSAI untuk mengelirukan rakyat. Walaupun pada hakikatnya, laporan Pusrawi itu tidak memberi apa apa kesan terhadap penyiasatan polis, yang nyata kertas laporan berkenaan diserahkan kepada pejabat peguan negara dua hari selepas kejadian laporan itu tersebar diinternet. Seolah olah ada usaha untuk menangguhkan penyerahan laporan berkenaan. Kenapa setelah kisah laporan Pusrawi itu tersebar luas, baru laporan siasatan diserah kepada pejabat peguam negara?

Apa pun keadaannya, diharapkan siasatan yang dijalankan telah mendapat bukti-bukti sahih yang tidak boleh dipertikaikan oleh DSAI dan orang ramai. Kalau DSAI tidak bersalah, maka siasat lah pula Saiful. Kenapa dia membuat laporan palsu. Sebaliknya jika DSAI bersalah, hukumlah dia dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu.

Bersatukah UMNO dan PAS

Pada peringkat awalnya semua kelihatan sangat menarik. Penyatuan orang islam dan melayu. PAS yang selama ini dilihat sebagai parti yang agak extrimis, telah mampu duduk semeja dengan UMNO yang dianggap liberal. Namun demi penyatuan orang islam dan melayu, mereka mampu mengenepikan idologi masing-masig.

Namun lama kelamaan kelihatan seperti ada yang tak kena. Kalau niat dan baik, kenapa harus ada dolak dalik dan tarik tali? Adakah mungkin ada syarat yang dikenakan antara satu sama lain. Maka bila pihak yang satu lagi tidak mahu menunaikan permintaan maka pihak yang satunya mula merasakan harus dikaji semula penyatuan tersebut.

Dalam banyak hal aku lihat UMNO lebih berlebih kurang. Di Perak dan Selangor misalnya, bekas MB sanggup tidak dilantik sebagai exco, apatah lagi sebagai MB. Mereka sanggup mengiktiraf pemimpin dari PAS untuk menjadi MB.

Tetapi kelihatannya PAS seperti sayang untuk meninggalkan PR. Mungkinkah ada arahan dari pihak-pihak tertentu untuk PAS menarik diri dari menyertai pakatan bersama PAS?

Presiden PAS yang terkenal dengan sikap keras hatinya, pada mulanya kelihatan sudah bersedia untuk bersama-sama dengan UMNO, tetapi semalam menolak sebarang usaha kerjasama dengan UMNO dan BN? Kenapa boleh begitu? Adakah kepentingan parti/peribadi mengatasi kepentingan ummah?

SAHABAT-SAHABAT AM