Thursday, September 24, 2009

Kita Lihat Sejauh Mana Mereka Akan Bertindak Untuk Membuktikan Merekalah Ahli Syurga Yang Sebenar

Petikan di bawah ini AM copy dari blog House PK. AM tak nak ulas banyak kerana rasanya semua orang boleh mentafsir sendiri apa yang tersirat disebalik kejadian alaun khas imam dan bilal yang tidak dapat diagihkan pada masa yang telah ditetapkan.

Cuma satu je yang dapat dijelaskan bahasa sebenarnya pemimpin UMNO sentiasa berbaik sangka kepada orang PAS dengan melantik mereka memegang jawatan tinggi dalam kerajaan walaupun tahu risikonya. Malangnya PAS tetap PAS. Orang PAS ada ada hati dan naluri. Ada nafsu dan perasaan. Cuma bagaimana mereka mengawal nafsu dan perasaan mereka, tepuklah dada tanyalah iman. Sebab itu adanya syurga dan neraka.

House PK wrote:

Dalam Buletin Utama tadi, si Md Nor dengan muka bersalahnya telah mengatakan itu bukan salah dia, mungkin tersangkut kat bahagian daerah kot, mungkin ada masalah teknikal kot! Itu saja jawapan kau Md Nor? Wajibnya kau mesti meletakkan jawatan kau! Memang sah kau sabotaj!

Sementara itu Dr Zambry telah meminta JAIP supaya menyediakan satu laporan penuh untuk diteliti apakah yang sebenarnya terjadi! Begitu juga Setiausaha Politik MB Perak, Saudara Ismail Saffian mempersoalkan dimanakah sebenarnya duit tersebut sangkut?

Memang sah ini adalah perbuatan sabotaj! Inilah kejahatan PAKATAN HARAM KOMUNIS yang terlampau!

Berita terdahulu:

Pada awal Ramadhan MB Perak Dato Seri Dr Zambry telah mengumumkan semua bilal dan tok siak di negeri Perak akan diberi bonus Raya sebanyak rm500, mereka sepatutnya menerima duit tersebut 2 minggu sebelum raya!

Seperti yang telah dijanjikan duit tersebut telah pun diserahkan kepada JAIP untuk pengagihan kepada mereka, namun hingga ke saat ini duit tersebut tidak diterima oleh mereka yang sepatutnya, dimanakah duit tersebut sangkut sebenarnya?

Bilakah mereka akan mendapat duit yang sepatutnya mereka dapat sebelum hari raya itu? Apa yang kami rakyat marhaen ingin tahu ialah dimanakah sangkutnya duit tersebut? Apa yang berlaku sebenarnya? Mari kita lihat apa yang berlaku.

Tahukah anda siapa pengarah JAIP? Tidak lain dan tidak bukan Md Nor Al Hafiz bekas calon PAS yang pernah bertanding suatu masa dahulu di bawah tiket PAS dan beliau nasih lagi setia dengan PAS hingga ke hari ini, cerita ini bukanlah fitnah atau tohmahan, tetapi ini adalah satu lagi taktik permainan kotor pakatan haram di Perak!

Mereka telah menyalahgunakan agensi kerajaan dengan sewenang-wenangnya kerana mereka mempunyai ‘orang’ mereka yang masih berkhidmat di agensi kerajaan! Inikah dianya ISLAM PAS? Menganiaya orang demi kuasa? Buat apa sahaja asalkan mereka dapat berkuasa?

Tidakkah anda merasa jijik melihat perangai pakatan haram ini? Mereka sanggup merosakkan nama baik MB Perak yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab beliau seperti yang telah janjikan, tetapi disebabkan perangai syaitan pakatan haram, keseluruhan tok siak dan bilal-bilal tidak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka!

Kepada Pengarah JAIP, kalau kau ada maruah, sebaik-baiknya kau letakkan jawatan dan berambus keluar dari JAIP, orang yang berpelajaran tinggi seperti kau sepatutnya tidak membuat perbuatan keji dan mungkar sebegini! Buat malu Al Hafiz je kau ni Md Nor oi!

Tahukah kamu perbuatan menganiaya orang ini adalah dosa besar? Oh aku terlupa Md Nor, sebab kau ahlul PAS dan kau syurga dah confirm kan? Apa saja kau buat semuanya HALAL kan? TAK AMANAH betul kau ni Md Nor!

Sampai bila lagi rakyat harus ditipu oleh pakatan haram ini? Apakah anda semua masih tidak sedar akan perangai sialan pakatan haram ini? Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi merosakkan nama baik Dato Seri Zambry! Kesian Dr Zambry! Teraniaya disebabkan oleh manusia yang tidak amanah!

Kita nantikan apa jawapan JAIP dalam hal ini!

1 comment:

Anonymous said...

Oooooo..... patut lah bila aku balik kampong ghaya baghu ni, bilal dan siak di mesjid kampong aku dok mghungut kata depa tak dapat duit raya yang di janjikan oleh YAB MB Perak sabelum raya tuuu....

AM, aku harap semua bilal dan siak semua mesjid seluruh Perak tahu perbuatan kotor Md Noor Al Hafiz yang dok kerja lagi di JAIP tu.

"Apa kejadohnye keghoje meke ni Md Nor!!!!.... tak sedor ke keghoje meke tu kghoje setan. Jahat betoi le meke ni. Hati kamu PAS lagi, tak gune meke kghoje lagi di JAIP tu, beghenti le. Aku berdoa, kamu ni akan di laanat Allah. Patutlah bilal dan siak dok meghungut nak bagi duit peteghah pun tak dak duit, apa lagi lah nak beli dageng makan ghaya. Tak dak hati peghut lah mekome ni. Oiii... Md Nor, beghambuih kamu sekarang ni juga dari JAIP tu".

AM, seru semua anak2 qariah mesjid seluruh perak, buat sembahyang hajat, bagi Md Nor ni mati tekangkang macam katak dalam longkang....

Heeeiiiii.... gegham sungguh aku.

SAHABAT-SAHABAT AM