Tuesday, March 3, 2009

Kelakarnya...

AM akan cuba 'menaturalkan' diri untuk menulis topik ini. Berkenaan persidangan haram yang dilakukan oleh DUN Perak. Dibawah pokok.

Adakah ini ketentuan tuhan? Adakah hati-hati mereka sudah ditutup oleh Allah Taala? Tidak adakah seorang pun dikalangan mereka yang boleh memberi nasihat atau setidak tidaknya memberi pendapat kepada Nizar Jamaluddin? Paling tidak pun, PAS yang katanya mempunyai ramai ulamak dan ustaz, tidak adakah yang boleh memberi nasihat secara islam, iaitu "bersabar dan berserah kepada Allah?"

Katakanlah BN sememangnya telah menggunakan tektik kotor untuk mengambil Perak dari tangan pembangkang. Tindakan sepatutnya yang perlu diambil oleh mereka ialah dengan mengikut lunas yang betul. Ikut undang-undang. Tunggu keputusan mahkamah. Kenapa harus terburu-buru? Kerana walaupun cara pengambilan kerajaan oleh BN kelihatan tidak 'gentlemen', tetapi mereka masih mengikut undang-undang yang sah.

Dengan mengadakan sidang DUN dibawah pokok jelas menunjukkan sikap dan standard pemikiran pemimpin pembangkang. Macam budak darjah enam pun ada. Tidakkah mereka boleh berfikir, bahawa yang boleh mengadap sultan, untuk memohon pembubaran DUN adalah Menteri Besar yang sah. Dalam kes ini, Nizar bulan lagi Menteri Besar. Atas kapasiti apa beliau akan mengadap sultan untuk memohon pembubaran DUN itu?

SAHABAT-SAHABAT AM