Friday, May 17, 2013
Siapa Sebenarnya Hantu?
Dikala pihak pembangkang, terutamanya ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ghairah menjaja keseluruh negera melalui sesi perhimpunan Blackout 505, AM ingin mengajak masyarakat merenung kemungkinan yang berlaku sebaliknya, berpandukan ‘andaian’ AM yang tidak mustahil boleh dilakukan oleh pihak pembangkang. Apapun ini hanyalah andaian, bukan tuduhan.
Pihak pembangkang begitu yakin dengan dakwaan mereka bahawa SPR adalah agen UMNO/BN dan telah melakukan penipuan termasuk mendakwa wujudnya pengundi hantu semasa proses pilihanraya.Malah dalam situasi tertentu, ada warganegara Malaysia yang tanpa usul periksa, telah dipukul kerana mendakwa mereka itu adalah warga Bangladesh yang dijadikan pengundi hantu untuk mengundi BN. Tidak kurang juga berlaku, pengundi melayu telah diprovoke oleh petugas parti pembangkang, dengan soalan samada mereka adalah rakyat Malaysia atau rakyat Indonesia dan meminta mereka menunjukkan my kad.
Andaian saya ini, berpandukan kepada beberapa kenyataan pemimpin SPR bahawa senarai pengundi yang dimiliki oleh SPR, tidak ‘link’ dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika ini benar, maka pihak SPR, terutama pekerja ‘sementara’ yang dilantik ketika pilihanraya, sudah pasti tidak dapat menentukan “keaslian” seseorang pengundi tambahan pula, mereka tidak disediakan alat pengesan keaslian mykad.
Lalu, apa akan berlaku jika ada pihak tidak bertanggungjawab, membuat kad pengenalan palsu dan diberikan kepada pengundi hantu dari Singapura, Taiwan, Hong Kong dan China untuk mengundi pembangkang terutamanya DAP?
Untuk menuduh pihak kerajaan menggunakan taktik ini adalah sangatlah sukar dan tidak masuk akal, memandangkan rupa paras orang melayu sangatlah berbeza dengan paras rupa orang Indonesia ataupun Bangladesh.
Jadi, jika AM beranggapan, perbuatan memasukkan pengundi hantu lebih mudah dilakukan oleh DAP dengan menggunakan warga China, Hong Kong, Singapura dan sebagainya, kerana rupa paras mereka sangat sama dengan orang cina Malaysia.
Dengan mengambil kira jumlah pengundi cina yang terlalu ramai ketika hari mengundi dan penampilan mereka yang ‘sangat mencurigakan’ dari segi berpakaian dan datang secara berkelompok, AM mempunyai asas untuk mempercayai apa yang AM fikirkan.
Proses ‘membuat’ pengundi hantu ini, mungkin bermula dengan persiapan rapi seperti berikut.
1. Disediakan beberapa petugas untuk menyemak daftar pengundi di website SPR dengan memasukkan dua belas digit nombor mykad. Jika nama yang dimasukkan itu didapati tidak wujud dalam senarai pengundi berdaftar SPR, maka proses ‘pengumpulan’ nombor kad pengenalan pun bermula dengan mengasingkannya mengikut katagori jantina.
2. Proses kedua ialah, dengan mencari seberapa ramai rakyat asing berketurunan cina, melalui sindiket haram, seperti pusat pelacuran, karoke dan kelab malam serta disekitar Petaling Street, Bukit Bintang, Kepong, Cheras dan sebagainya yang saya pasti terlalu ramai warga China berada disana, duduk dengan selesa tanpa ada orang mengesyaki bahawa mereka bukanlah warganegara Malaysia.
3. Proses ketiga, setalah dikumpulkan mereka itu secara berperingkat, sindiket pembuatan kad pengenalan palsu mula dijalankan. Semua orang tahu, bukan setakat kad kridit, malah wang palsu terlalu mudah untuk dicipta, jadi adakah terlalu sukar untuk membuat mykad palsu?
4. Proses keempat ialah, proses pendaftaran dengan SPR. Semua sedia maklum, SPR akan melantik wakil dari setiap parti politik untuk memudahkan proses pendaftaran pengundi baru dan pemindahan alamat. Proses ini akan digunakan sepenuhnya oleh DAP untuk mendaftarkan seberapa banyak yang mungkin, individu yang telah dikumpulkan tadi, menggunakan kad pengenalan palsu yang dibuat. Mungkin, dengan bantuan kakitangan SPR, proses pendaftaran ini akan berlaku dengan cepat. Jangan lupa, bukan semua kakitangan kerajaan adalah penyokong kerajaan. Jadi tidak mungkinkah ada kakitangan SPR yang bersekongkol dengan DAP?
5. Proses seterusnya ialah, memastikan ‘pengundi-pengundi hantu’ tersebut hadir dihari pengundian sebagai pengundi berdaftar, tanpa ada sesiapa yang boleh mempertikaikan identiti mereka, kerana mereka mempunyai ‘mykad’. Ada sesiapa bertanya? Kakitangan dan petugas SPR yang bertugas dipusat mengundi tidak ada hak untuk mempertikai atau memeriksa ketulinan mykad yang dibawa, kerana itu ‘bukan tanggungjawab’ SPR.
Berlandaskan kebarangkalian lima proses yang AM andaikan di atas maka pihak-pihak yang berkenaan perlu lebih berwaspada.Kita tidak mahu, dikala Anwar Ibrahim terpekik terlolong mengatakan ada pengundi hantu, sebenarnya mereka yang menggunakan khidmat pengundi hantu.
Tuesday, February 5, 2013
Antara Felda, Peneroka dan Mazlan Aliman
Faktanya :
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.
Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :
Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Sejak penubuhannya hingga sekarang, berpuluh ribu/beratus ribu rakyat miskin dari seluruh pelusuk negara, telah dapat mengubah nasib mereka dari kedaifan kepada hidup lebih selesa dan senang. Malah, rasanya kehidupan masyarakat di kawasan felda lebih baik dan senang dari kehidupan masyarakat luar yang tidak terpilih sebagai peneroka.
Sebenarnya jika ada peneroka yang merasakan nasib mereka tidak terbela dan merasakan mereka tidak suka ditempatkan di rancangan felda, mereka mempunyai pilihan untuk meninggalkan felda dan pulang ke kampung asal mereka.
Jadi, tidak timbul perseolan seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak bahawa, anak-anak peneroka tidak terbela, hidup susah dan tertindas di rancangan felda.
Lalu, AM tertanya-tanya, apakah motif sebenar Mazlan Aliman menghasut peneroka untuk membenci kerajaan. Sedangkan beliau adalah anak isteri kedua kepada peneroka felda dimana jika ayahnya hidup susah, beliau tidak akan mampu beristeri dua hingga melahirkan Mazlan Aliman.
Tuesday, January 22, 2013
Rapuhnya Pendirian Agama Mereka...
AM tidak bermaksud untuk bercerita secara detail tentang perkara-perkara berkenaan agama, kerana kita sudah mempunyai guru agama dan ulamak yang cukup ramai di luar sana. Mintalah pendapat dari mereka, jika kita kurang faham.
Apapun, jangan sampai tersalah memilih guru. Jangan memilih guru dari kalangan pemimpin dan ahli PAS. Mereka itu adalah munafik. Syaitan yang cukup jelas.
Baru-baru ini, bila isu penggunaan kalimah Allah hangat diperkatakan, dengan begitu tegas (raut wajahnya) Presiden PAS Datuk Sri Haji Hadi Awang dalam satu sidang akhbar bersama Datuk Sri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan islam. Keesokan harinya, Datuk Nik Aziz dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin juga membuat kenyataan untuk menyokong penuh 'kenyataan rasmi presiden'.
Adakah sesiapa (terutama penyokong PAS)yang mempertikai, atau setidak-tidaknya merasa sangsi, dengan pendirian para ulamak dan ustaz dari PAS berkenaan, ketika mereka membuat kenyataan itu?
Seminggu selepas itu, Majlis Syura mengadakan mesyuarat dan membuat ketetapan bahawa kalimah Allah, adalah hak mutlak penganut islam. Dengan tidak semena-mena, golongan yang seriang digelar ulamak dan tok guru tersebut, membuat pusingan U.
Persoalannya, mengapa perlu menunggu mesyuarat untuk membulatkan pendirian? Adakah sebelum mesyuarat, Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Nasarudin, tidak terfikir tentang apa yang difikirkan semasa bermesyuarat dengan majlis syura? Adakah pendirian berkenaan agama, perlu dimesyuaratkan terlebih dahulu untuk membuat kata putus?
Beginikah caranya pemikiran golongan ulamak PAS yang kononnya hendak menegakkan undang-undang islam di Malaysia? Masih nak percaya lagi?
AM : Menunggu-nunggu Majlis Syura PAS mengadakan mesyuarat untuk membincangkan kemelut "amat Hadi Awang'....atau Majlis Syura sememangnya bersetuju dengan amanat yang mengkafirkan ahli dan pemimpin UMNO berkenaan?
Friday, July 20, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Papa Gomo Oh Papa Gomo...
AM tak kenal siapa itu Papa Gomo. Yang AM tahu dia tu seorang bloger dan bekas penyokong kuat parti pembangkang yang (dikhabarkan)telah sedar/kecewa dengan partinya, dan sering menulis cerita sensasi berkenaan bekas partinya.
Berita terbaru, tentang kononnya ada seorang pelajar membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.
Ramai orang mula riuh rendah membicarakan perkara tersebut. Penyokong UMNO tersenyum, dan penyokong PKR/PAS mula gundah dan marah-marah. Mereka kata, satu lagi fitnah ke atas Anwar oleh UMNO.
Tetiba UMNO dapat nama busuk. Puak pakatan pembangkang sudah mula menghalakan meriam untuk menyerang UMNO, konon inilah konspirasi UMNO yang terbaru. Yang pasti, pagi ini bila AM baca akhbar, tidak adapun berita berkenaan laporan polis itu.
Hakikatnya, UMNO tidak pernah sedikitpun mendapat laba atas segala pertuduhan yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Beliau memenangi kes liwat pertama dan kedua dimahkamah, walaupun pelbagai usaha dibuat, untuk memburuk-burukkan mahkamah dan sistem perundangan Malaysia, kononnya telah dipengaruhi oleh UMNO dan kerajaan.
Malah, kes liwat kedua beliau yang muncul ketika adanya pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak sedikitpun memberi kredit kepada UMNO. Anwar Ibrahim menang besar dalam pilihan raya kecil itu. Yang teruk UMNO. Bukan sahaja kalah pilihanraya, nama UMNO terus disebut-sebut sebagai penyebab berlakunya cerita/kes tersebut.
Kini PapaGomo dalam entry terbarunya menceritakan tentang kes remaja yang membuat laporan polis kes liwat (entah yang keberapa). Yang pasti, selepas ini ada isu baru untuk pakatan pembangkang menghentam UMNO dan kerajaan.
Persoalan yang AM tertanya-tanya ialah, adakah mungkin isu liwat sengaja ditimbulkan, agar UMNO terus kelihatan busuk? Sedangkan, kalau diberi pilihan untuk memilih, rasanya UMNO lebih rela jika tidak ada isu liwat berlaku (samada benar berlaku atau sengaja ditimbulkan), kerana yang akan mendapat susah bukanlah orang yang dituduh, sebaliknya UMNO akan menanggung risikonya.
Thursday, July 12, 2012
Kedunguan Politik @ Politik Dungu
Sekali lagi, kita dikejutkan dengan kedunguan politik orang @ orang-orang yang merasa sungguh hebat berpolitik. Opss...bukan kejutan. Kisah pasangan suami isteri bercerai atau lebih tepat lagi, suami menceraikan isteri kerana mempunyai pandangan politik berbeza, telah lama kita dengar. Cuma yang terbaru ini, berlaku setelah bertahun-tahun ianya tidak berlaku.
Mengapa begitu dungu?
Apakah agaknya yang hendak ditunjukkan oleh si suami, bila menceraikan isterinya? Adakah dia merasakan bahawa orang akan melihat dia sebagai lelaki hebat? Atau, adakah dengan menceraikan isterinya, dia cukup yakin bahawa partinya akan menang besar dalam PRU13?
Itu kisah orang berkahwin. Kisah penyangak-penyangak dungu, lain pula ceritanya. Ada yang merasakan mereka cukup hebat. Kononnya, mereka adalah penyokong kuat parti. Sanggup berbuat apa sahaja demi parti. Sanggup mati demi parti? Tak mustahil...
Demi ketaksuban terhadap partinya, mereka bermusuhan dengan ahli-ahli parti lawan. Mereka meruntuhkan dan menjatuhkan bendera yang dipasang oleh ahli dari parti lawan. Mereka membuat blog, FB dan Tweeter, untuk berperang dengan ahli parti lawan. Mereka mengutuk dan memburuk-burukkan parti lawan tanpa batas...
Sedangkan sepatutnya, jika benar mereka penyokong dan pendokong kuat parti yang dianggotainya, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Tunjukkan kepada masyarakat terutama pengundi atas pagar, bahawa parti merekalah yang patut dipilih oleh pengundi. DAN kalau boleh, tarik ahli-ahli parti lawan, agar ahli-ahli parti berkenaan berpaling tadah dan menyokong parti yang mereka. Itu baru betul..
Malangnya mereka dungu. Sebab itu mereka lakukan apa yang mereka lakukan sekarang.
Thursday, April 12, 2012
Facebook vs Blog
Subscribe to:
Posts (Atom)