Thursday, February 25, 2010

Apakah Pengertian Maulidur Rasul Kepada Kita?


Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ianya tidak sama seperti memperingati hari lahir kita, hari lahir kekasih, hari lahir ayah ibu dan orang tersayang yang lain.

Hari memperingati kelahiran, biasanya akan diraikan bersama orang yang terlibat. Sebaliknya kita memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tanpa kehadiran baginda. Tanpa meniup lilin dan tanpa ada potong kek harijadi.

Lalu bagaimanakah caranya kita meraikan hari kelahiran kekasih Allah itu? Sekadar berarak dan mengadakan jamuan? Atau cukup sekadar berselawat, berzanji dan mendengar ceramah berkenaan kebesaran baginda? Lepas itu habis?

AM secara peribadi beranggapan semua yang kita lakukan itu hanyalah simbolik. Yang lebih penting dan maha penting ialah, bagaimana kita menghayati dan menuruti segala ajaran yang telah baginda turunkan kepada kita.

Bila kita ditegur kerana kelakukan kurang baik, kita lantas berkata "ala kita bukan nabi.." Apakah maksudnya? Adakah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah itu tidak perlu kita ikuti hanya kerana kita bukan nabi?

Satu-satunya perbuatan nabi yang biasa diikuti ialah, bila ada niat nak kahwin dua, kerana nabi mempunyai isteri lebih dari satu. Untuk mengelakkan si isteri terus marah, si suami akan berkata "ala, sedangkan nabi ampunkan umat"...

Sebab itu ada yang jahat mulut akan berkata, "Bab kahwin nak ikut nabi, tetapi perangai macam babi.."

Para alim ulamak dikatakan sebagai pewaris nabi. Tetapi adakah mereka telah berusaha untuk melakukan perkara-perkara yang diajar oleh nabi untuk mendidik umat islam yang lain? Atau adakah mereka masih juga mengatakan bahawa mereka bukan nabi dan tidak mungkin dapat melakukan perkara-perakara seperti yang dilakukan oleh nabi?

Nabi Muhammad S..A.W adalah contoh terbaik untuk menyatupadukan umat. Banyak contoh Rasulullah tunjukkan untuk berhadapan dengan sesuatu isu besar. Ketika dalam usaha menyebarkan agama islam, bukan calang-calang dugaan dan tentangan yang baginda hadapi termasuk ancaman bunuh oleh musuh-musuh Islam.

Malangnya, dalam banyak kes, tidak nampak sedikitpun kita mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Rasulullah sentiasa bersabar ketika menghadapai dugaan yang besar, bersabar ketika menghadapi penghinaan dan tekanan dan bersabar ketika menyelesaikan masalah pertelingkahan umat islam.

Sebaliknya kita, malah yang bergelar ulamak @ perwaris nabi, akan meleting bila berhadapan dengan dugaan. Akan marah dan meninggikan suara bila menghadapai tekanan dan akan membuat pertimbangan mengikut hawa nafsu ketika menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak yang berbeza pendapat. Kemana hilangnya warisan nabi yang menyuruh kita bersabar dan adil ketika membuat keputusan?

Apalah gunanya kita sibuk-sibuk membuat banner, mengadakan kenduri dan sebagainya untuk menyambut Maulud Nabi, sedangkan dalam kehidupan harian kita, sedikitpun kita tidak menjadikan Rasulullah itu sebagai role model (selain kahwin dua).

Semoga dengan kehadiran hari memperingati ulang tahun Rasulullah S.A.W pada tahun ini, umat Islam di Malaysia akan berubah kepada mantaliti yang lebih mulia, agar umat Islam terus dihormati dan tidak lagi dikeji. Paling tidak, AM harap umat Islam di Malaysia akan dapat bersatu hati ketika berhadapan dengan sesuatu yang melibatkan kesucian agama Islam. Tanggalkan baju politik dan buangkan kasut politik jauh-jauh ketika kita berkata tentang agama. Amin.

Wednesday, February 24, 2010

Takziah...

Takziah kepada keluarga dan ahli Puteri UMNO Ampang atas kembalinya ke rahmatullah, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang, Haslinda Mohd. Zerain akibat serangan jantung pukul 11.45 pagi tadi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang dirahmati. Amin

Thursday, February 18, 2010

Punca Ulamak Tidak Lagi Dihormati...


Ada orang akan marah bila ada pihak cuba menemplak, apatah lagi kalau sampai ketahap menghina ulamak.

Tetapi sejauh manakah ulamak-ulamak tahu dan pandai menjaga dirinya dari terdedah kepada kecaman dan kritikan pihak-pihak tertentu?

Sejauh manakah ulamak-ulamak di Malaysia sebenarnya telah menjalankan tugas mereka mengikut apa yang disuruh oleh Allah S.W.T? Bukankah ulamak sepatutnya tidak perlu memihak kepada puak/golongan tertentu?

AM terpanggil untuk mengulas apa yang diperkatakan oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, bekas Mufti Perlis yang cukup glamour itu. Ulamak yang berada dalam parti politik, AM malas dah nak ulas. Semua orang tahu sendiri. Mereka itu sebenarnya 'ular dalam semak'.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan bahawa adalah 'berdosa' kiranya seorang ADUN atau MP melompat parti.

AM tahu kenyataannya itu dikeluarkan kerana kebelakangan ini kelihatan ada kecenderungan MP dan ADUN dari pakatan pembangkang yang melompat parti dan menjadi ADUN/MP bebas.

Cuma AM nak tahu, ada atau tidak 'ulamak besar' ini membuat apa-apa kenyataan (atau teguran atau amaran atau nasihat) yang serupa ketika Anwar Ibrahim melaung-laungkan bahawa ramai MP Barisan Nasional akan melompat ke Pakatan Pembangkang untuk membolehkan mereka mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Septembar? Adakah? Harammm...

Jadi siapa yang hendak disalahkan kalau ada orang beranggapan, ada sesetengah ulamak berperangai seperti pu%$*ak?

Sejauh Mana Anwar Percaya Kepada Keadilan?

Ada sesuatu yang menarik untuk direnung terhadap permohonan Anwar Ibrahim, agar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan dirinya.

Pertamanya, punca terhadap tuduhan hakim berat sebelah adalah kerana dakwaan Anwar bahawa Utusan Malaysia telah menghina mahkamah. Jika benar Utusan Malaysia menghina makhamah, kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa buat laporan kepada hakim yang sedang mendengar perbicaraan kesnya?

Keduanya, bila Anwar meminta hakim menarik diri, dengan sendirinya Anwar kelihatan 'percaya' bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin akan membuat keputusan yang adil samada beliau harus menarik diri atau sebaliknya.

Jika Anwar sudah tahu bahawa hakim akan membuat keputusan berat sebelah, apa perlunya dia memohon hakim menarik diri. Sedangkan yang akan membuat keputusan samada hakim harus menarik diri atau sebaliknya adalah hakim itu sendiri?

Tidakkah itu merupakan tindakan yang sia-sia?

Jadi pada peringkat ini, AM merasakan Anwar Ibrahim sememangnya percaya bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin akan membuat keputusan yang adil. Keputusan hakim untuk mengekalkan dirinya sebagai hakim untuk mendengar kes tersebut, bukanlah dibuat atas sebab peribadi, melainkan atas fakata dan sebab yang logik.

Cubaannya untuk mendesak hakim menarik diri, hanyalah cubaan 'minit terakhir' untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

Saturday, February 13, 2010

Haramkan Segala Perarakan.

Nampaknya Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menunjukkan kuasanya yang sebenar bila melarang perarakan Maulidur Rasul yang biasa diadakan setiap tahun.

Tahniah kepada PAS, PKR dan orang-orang Melayu yang bersekutu dengan mereka itu dari masa ke semasa.

Moga ada kepuasan di hati masing-masing.

Bagaimana agaknya jika selepas ini kerajaan Persekutuan mengeluarkan larangan terhadap perarakan Taipusam atau perarakan kematian kaum-kaum tertentu yang biasanya boleh menjadikan jalan raya sesak? Boleh kah?

Tidakkah antara kita yang boleh membaca apa yang tersirat? Apakah tidak mungkin, selepas ini ada pula larangan agar tiada lagi laungan azan di Pulau Pinang? Kita tunggu dan lihat.

Wednesday, February 10, 2010

Ehhh...Dah Kalah Pun Masih Menuntut Itu dan Ini?

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mahu kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memenuhi beberapa tuntuan mereka.

Beliau berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

Mohammad Nizar berkata gabungan parti pembangkang itu bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar itu demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya. -BERNAMA

Komen AM: Bila mereka diberi kuasa, perkara pertama yang mereka lakukan ialah merampas dewan-dewan dan harta benda milik 'kerajaan' dan menghalang orang UMNO menggunakannya. Jadi perkara pertama yang mereka harus takut ialah, Dr Zambri akan bertindak balas perbuatan kejam mereka itu.

Walau bagaimanapun, syukurlah akhrinya mereka akur juga dengan keputusan mahkamah. Ingatkan ada demostrasi besar-besaran di Ipoh hari ini?

Mengada-Ngada Sangat...

Kita tahu Karpal Singh memang antara peguam yang terkenal di Malaysia. Orang seperti dia akan berbuat apa sahaja untuk memberi kemenangan kepada anak guamnya walaupun 'dia menyedari bahawa anak guamnya bersalah'.

Yang perlu dibuktikan di mahkamah ialah bukti dan fakta mengatasi keraguan. Jadi seboleh-bolehnya peguam bela akan mencari idea agar prosiding perbicaraan itu 'terganggu' dan akhirnya menguntungkan mereka.

Tetapi dalam kes semalam, bila Utusan Malaysia menayangkan gambar katil dan berita bertajuk "Tidak Mahu Diliwat Lagi", apa kena mengenanya dengan Hakim Mohamad Zabidin.

Jika Utusan terbukti telah menghina mahkamah, buatlah laporan polis, biar polis siasat. Kenapa dicampur adukkan dengan kes Anwar yang sedang berjalan?

Lepas ini tiba-tiba ada blogers yang tulis entah apa-apa, yang boleh dikatagorikan sebagai menghina mahkamah, adakah Karpal Singh sekali lagi menuntut Hakim menarik diri?

Mengapa mengada-ngada sangat mereka ini?

Macam itu pun ramai lagi yang fanatik gila hendak memeprtahankannya? Sabar je la...

Tuesday, February 2, 2010

Berapakah Harga Maruah Kita?

Banyak benda dalam dunia ini yang orang boleh berkompromi tetapi bukan pasal maruah. Orang sanggup membunuh jika maruahnya tercemar. Orang sanggup menyaman berjuta ringgit jika ada pihak yang dianggap telah mencemarkan maruahnya.

Lalu adakah orang yang berakal di dunia ini yang sanggup dengan sengaja (atau dipaksa) menggadaikan maruahnya? Jika ada, berapakah agaknya jumlah gadaian itu?

Maruah adalah harga diri. Dalam dunia bertamadun, belum ada (rasanya) yang sanggup mendedahkan rahsia peribadinya dan menjual maruahnya hanya kerana wang ringgit, jika bukan kerana sesuatu yang bersebab. Apatahlagi jika perkara itu tidak dilakukannya.

Seorang ibu, mungkin boleh melacurkan dirinya untuk mendapat duit bagi membiayai anak-anaknya, tetapi tidak mungkin dia akan memberitahu anak-anaknya bahawa wang yang diberi kepada anak-anaknya itu adalah hasil dari duit lendir.

Kegiatannya menjual maruah itu adalah hal lain, tetapi untuk memberitahu orang bahawa dia memberi makan anak-anaknya dengan hasil pelacuran, tidak mungkin sama sekali.

Dalam kes Saiful, dia mungkin seorang gay, tetapi tindakannya memberitahu umum dan membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim adalah sesuatu tindakan berani yang tidak mungkin boleh hadir dengan paksaan atau dengan habuan jutaan ringgit.

Tetapi atas dasar bertanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang mungkin akan terus tertipu dengan tindak tanduk Anwar Ibrahim, dia nekad membuat pendedahan.

Jika ini tidak dilakukan, maka rakyat Malaysia akan mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai hobi yang pelik. Lebih dari itu, mungkin inilah 'petunjuk' dan hukuman dari Allah terhadap Anwar yang mempunyai motif dan rancangan yang sangat jahat terhadap negara ini.

Jika Anwar Ibrahim adalah seorang rakyat biasa, seorang ahli koprat atau penjawat awam yang tidak mempunyai kuasa Saiful mungkin tidak membuat pendedahan tentang salahlaku Anwar Ibrahim. Hakikatnya Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang disegani.

Siapakah Saiful yang terlalu berani membuat 'laporan palsu' terhadap orang besar seperti Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim mendakwa bahawa tuduhan itu adalah konsprasi kerajaan. Lalu penyokonnya percaya.

Persoalan mudah yang sangat mudah dijawab ialah, adakah kerajaan Malaysia terlalu bodoh melakukan konsperasi terhadap Anwar dengan menggunakan budak mentah seperti Saiful yang pada bila-bila masa sahaja boleh membocorkan rahsia?

Jika Najib terlalu hina sehingga sanggup membunuh Altantunya (seperti dakwaan pembangkang), mengapa dia tidak boleh menghabiskan sahaja riwayat Anwar Ibrahim semasa Anwar berada di luar negara. Macam-macam boleh dilakukan termasuk merancang kemalangan jalan raya atau rompakan nekad terhadap Anwar sehingga meragut nyawanya.

Adakah terlalu sukar membunuh Anwar di luar negara berbanding membunuh Altantunya di dalam negara sendiri?

Mengapa perlu membuat skrip untuk dihafal oleh Saiful yang akan ditanya bertalu-talu oleh barisan peguam hebat yang diketuai oleh Karpal Singh? Mampukah Saiful memikul tanggung-jawab yang maha berat itu semata-mata kerana mendapat habuan jutaan ringgit atau billion ringgit?

Jadi, samada kita memang tidak mampu berfikir atau ada antara kita yang rasa dirinya sanggup, jika ditawarkan sejumlah wang agar membuat laporan palsu untuk menjatuhkan pemimpin tertentu dengan mengadai maruah sendiri, maka bolehlah kita percaya bahawa Saiful memang membuat tuduhan palsu terhadap Anwar.

Jika mampu berfikir, terimalah hakikat bahawa Saiful memang telah diliwat 'secara tidak rela' oleh Anwar Ibrahim. Apapun, Saiful ada masa sebulan untuk membuktikan dakwaannya itu.

Kita tidak perlu menyebelahi Saiful jika memang benar dia membuat fitnah terhadap Anwar. Marilah kita ramai-ramai bakar Saiful hidup-hidup jika terbukti dia memfitnah Anwar Ibrahim.

Akhirnya...

Akhirnya hari perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim bertemu tarikhnya.

Setelah sekian lama Saiful Bukhari dan orang-orang yang bersimpati dengannya, serta musuh-musuh politik Anwari Ibrahim (termasuk AM) menunggu-nunggu bilakan masanya keadilan boleh menyebelahi Saiful. Akhirnya masa yang ditunggu tiba juga.

Saban kali kita lihat, Anwar Ibrahim sahaja yang seolah-olahnya mempunyai hak. Hanya dia yang meminta itu dan ini dan meminta tangguh berkali-kali. Hingga ke saat akhirpun dia sempat lagi memohon untuk ditangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan ini menandakan semua pihak berhak untuk mendapat keadilan.
Kita tidak perlu bertanya apa keputusan perbicaraan itu nanti. Sekurang-kurangnya biarlah proses keadilan itu dilaksanakan dan kelihatan dilaksanakan.

Jika keputusannya nanti mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah, bersyukurlah, tetapi jika sebaliknya maka akurlah bahawa Anwar juga manusia. Dia bukan nabi yang terlindung dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Tak parlu nak berdemostrasi dan berhimpun beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar. Cukuplah sekadar berdoa dan bersembahyang hajat.

Jika rakyat Kelantan boleh berkumpul beramai-ramai untuk melakukan solat hajat agar Allah membukakan pintu hati PM dan memberikan royalti minyak kepada Kelantan, mengapa tidak lakukan sekali lagi solat hajat agar Allah tunjukkan kepada rakyat siapa yang benar dan siapa yang salah.

Adakah penyokong pembangkang telah kecewa dan tidak lagi mempercayai kuasa Allah? Adakah mereka rasa kuasa konspirasi lebih kuat dari kuasa Allah?

SAHABAT-SAHABAT AM