Thursday, February 18, 2010

Sejauh Mana Anwar Percaya Kepada Keadilan?

Ada sesuatu yang menarik untuk direnung terhadap permohonan Anwar Ibrahim, agar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan dirinya.

Pertamanya, punca terhadap tuduhan hakim berat sebelah adalah kerana dakwaan Anwar bahawa Utusan Malaysia telah menghina mahkamah. Jika benar Utusan Malaysia menghina makhamah, kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa buat laporan kepada hakim yang sedang mendengar perbicaraan kesnya?

Keduanya, bila Anwar meminta hakim menarik diri, dengan sendirinya Anwar kelihatan 'percaya' bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin akan membuat keputusan yang adil samada beliau harus menarik diri atau sebaliknya.

Jika Anwar sudah tahu bahawa hakim akan membuat keputusan berat sebelah, apa perlunya dia memohon hakim menarik diri. Sedangkan yang akan membuat keputusan samada hakim harus menarik diri atau sebaliknya adalah hakim itu sendiri?

Tidakkah itu merupakan tindakan yang sia-sia?

Jadi pada peringkat ini, AM merasakan Anwar Ibrahim sememangnya percaya bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin akan membuat keputusan yang adil. Keputusan hakim untuk mengekalkan dirinya sebagai hakim untuk mendengar kes tersebut, bukanlah dibuat atas sebab peribadi, melainkan atas fakata dan sebab yang logik.

Cubaannya untuk mendesak hakim menarik diri, hanyalah cubaan 'minit terakhir' untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

2 comments:

UMNOmangkuk.... said...

Nampak jelas lagi terang la berat sebelah nak cakap apa lagi...awai2 lagi bila Anuar mintak bukti pertuduhan terhadap dia hakim tolah...walhal semua pesalah apa sekalipun berhak dapat bukti tu untuk menbela diri dia...lagi satu Hakim jelas tak ambik tindakan terhadap utusan yang jelas menghina makamah....pasal laporan utusan mendahului makamah...makamah baru nak bercara utusan dok kata anuar dah bersalah.....

AnakMerdeka said...

UMNOmangkuk...awk langsung tak ada pengetahuan tentang basic undang-undang, so tak perlulah AM berhujah dengan UMNOmangkuk...

SAHABAT-SAHABAT AM