Thursday, March 25, 2010

Azmin dan Anwar Tidak Pernah Arah Zulkiflee

Azmin Ali telah menafikan dia dan Anwar Ibrahim (maksudnya PKR) tidak pernah mendakwa DS Najib terlibat dalam kes pembunuhan model Mongelia, Altantunya Saribu.
(Berita Sinar Harian).

Ini berikutan pendedahan Zulkiflee Nordin di Parlimen bahawa beliau juga pernah diarahkan oleh orang tertentu untuk membuat akuan bersumpah untuk melibatkan DS Najib dalam kes pembunuhan.

Azmin mendakwa, apa yang dilakukan oleh PKR selama ini ialah, mendesak kerajaan agar menyiasat kes tersebut secara terperinci.

Itulah cakap orang lidah bercabang.

Selama ini dalam internet dan dalam ceramah-ceramah parti pembangakang, mereka menggelar DS Najib Altantunya. Malah ada gambar super impose antara DS Najib bersama Altantunya. Apa maksudnya tu?

Dalam pilihanraya, mereka tampal poster DS Najib bersama Altantunya. Malah mereka juga mendakwa, DS Rosmah Mansor berada dilokasi ketika model itu dibunuh.

Begitu jahat dan hinanya tuduhan mereka kepada seorang Perdana Menteri, hanya kerana kemaruk kuasa.

Hari ini hanya dengan sebaris ayat, mereka menafikan yang mereka pernah menuduh DS Najib terlibat dalam pembunuhan itu.

Malangnya, ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin bertuankan orang seperti Azmin dan Anwar Ibrahim.

1 comment:

echah_syed said...

tak sabo nak tunggu cerita panas seterusnya.. :)

hukum karma itu pasti!

SAHABAT-SAHABAT AM