Friday, May 17, 2013

Siapa Sebenarnya Hantu?


Dikala pihak pembangkang, terutamanya ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ghairah menjaja keseluruh negera melalui sesi perhimpunan Blackout 505, AM ingin mengajak masyarakat merenung kemungkinan yang berlaku sebaliknya, berpandukan ‘andaian’ AM yang tidak mustahil boleh dilakukan oleh pihak pembangkang. Apapun ini hanyalah andaian, bukan tuduhan.

Pihak pembangkang begitu yakin dengan dakwaan mereka bahawa SPR adalah agen UMNO/BN dan telah melakukan penipuan termasuk mendakwa wujudnya pengundi hantu semasa proses pilihanraya.Malah dalam situasi tertentu, ada warganegara Malaysia yang tanpa usul periksa, telah dipukul kerana mendakwa mereka itu adalah warga Bangladesh yang dijadikan pengundi hantu untuk mengundi BN. Tidak kurang juga berlaku, pengundi melayu telah diprovoke oleh petugas parti pembangkang, dengan soalan samada mereka adalah rakyat Malaysia atau rakyat Indonesia dan meminta mereka menunjukkan my kad.

Andaian saya ini, berpandukan kepada beberapa kenyataan pemimpin SPR bahawa senarai pengundi yang dimiliki oleh SPR, tidak ‘link’ dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika ini benar, maka pihak SPR, terutama pekerja ‘sementara’ yang dilantik ketika pilihanraya, sudah pasti tidak dapat menentukan “keaslian” seseorang pengundi tambahan pula, mereka tidak disediakan alat pengesan keaslian mykad.

Lalu, apa akan berlaku jika ada pihak tidak bertanggungjawab, membuat kad pengenalan palsu dan diberikan kepada pengundi hantu dari Singapura, Taiwan, Hong Kong dan China untuk mengundi pembangkang terutamanya DAP?

Untuk menuduh pihak kerajaan menggunakan taktik ini adalah sangatlah sukar dan tidak masuk akal, memandangkan rupa paras orang melayu sangatlah berbeza dengan paras rupa orang Indonesia ataupun Bangladesh.
Jadi, jika AM beranggapan, perbuatan memasukkan pengundi hantu lebih mudah dilakukan oleh DAP dengan menggunakan warga China, Hong Kong, Singapura dan sebagainya, kerana rupa paras mereka sangat sama dengan orang cina Malaysia.

Dengan mengambil kira jumlah pengundi cina yang terlalu ramai ketika hari mengundi dan penampilan mereka yang ‘sangat mencurigakan’ dari segi berpakaian dan datang secara berkelompok, AM mempunyai asas untuk mempercayai apa yang AM fikirkan.
Proses ‘membuat’ pengundi hantu ini, mungkin bermula dengan persiapan rapi seperti berikut.

1. Disediakan beberapa petugas untuk menyemak daftar pengundi di website SPR dengan memasukkan dua belas digit nombor mykad. Jika nama yang dimasukkan itu didapati tidak wujud dalam senarai pengundi berdaftar SPR, maka proses ‘pengumpulan’ nombor kad pengenalan pun bermula dengan mengasingkannya mengikut katagori jantina.

2. Proses kedua ialah, dengan mencari seberapa ramai rakyat asing berketurunan cina, melalui sindiket haram, seperti pusat pelacuran, karoke dan kelab malam serta disekitar Petaling Street, Bukit Bintang, Kepong, Cheras dan sebagainya yang saya pasti terlalu ramai warga China berada disana, duduk dengan selesa tanpa ada orang mengesyaki bahawa mereka bukanlah warganegara Malaysia.

3. Proses ketiga, setalah dikumpulkan mereka itu secara berperingkat, sindiket pembuatan kad pengenalan palsu mula dijalankan. Semua orang tahu, bukan setakat kad kridit, malah wang palsu terlalu mudah untuk dicipta, jadi adakah terlalu sukar untuk membuat mykad palsu?

4. Proses keempat ialah, proses pendaftaran dengan SPR. Semua sedia maklum, SPR akan melantik wakil dari setiap parti politik untuk memudahkan proses pendaftaran pengundi baru dan pemindahan alamat. Proses ini akan digunakan sepenuhnya oleh DAP untuk mendaftarkan seberapa banyak yang mungkin, individu yang telah dikumpulkan tadi, menggunakan kad pengenalan palsu yang dibuat. Mungkin, dengan bantuan kakitangan SPR, proses pendaftaran ini akan berlaku dengan cepat. Jangan lupa, bukan semua kakitangan kerajaan adalah penyokong kerajaan. Jadi tidak mungkinkah ada kakitangan SPR yang bersekongkol dengan DAP?

5. Proses seterusnya ialah, memastikan ‘pengundi-pengundi hantu’ tersebut hadir dihari pengundian sebagai pengundi berdaftar, tanpa ada sesiapa yang boleh mempertikaikan identiti mereka, kerana mereka mempunyai ‘mykad’. Ada sesiapa bertanya? Kakitangan dan petugas SPR yang bertugas dipusat mengundi tidak ada hak untuk mempertikai atau memeriksa ketulinan mykad yang dibawa, kerana itu ‘bukan tanggungjawab’ SPR.

Berlandaskan kebarangkalian lima proses yang AM andaikan di atas maka pihak-pihak yang berkenaan perlu lebih berwaspada.Kita tidak mahu, dikala Anwar Ibrahim terpekik terlolong mengatakan ada pengundi hantu, sebenarnya mereka yang menggunakan khidmat pengundi hantu.

Tuesday, February 5, 2013

Antara Felda, Peneroka dan Mazlan Aliman



Faktanya :
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.
Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

Sejak penubuhannya hingga sekarang, berpuluh ribu/beratus ribu rakyat miskin dari seluruh pelusuk negara, telah dapat mengubah nasib mereka dari kedaifan kepada hidup lebih selesa dan senang. Malah, rasanya kehidupan masyarakat di kawasan felda lebih baik dan senang dari kehidupan masyarakat luar yang tidak terpilih sebagai peneroka.

Sebenarnya jika ada peneroka yang merasakan nasib mereka tidak terbela dan merasakan mereka tidak suka ditempatkan di rancangan felda, mereka mempunyai pilihan untuk meninggalkan felda dan pulang ke kampung asal mereka.

Jadi, tidak timbul perseolan seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak bahawa, anak-anak peneroka tidak terbela, hidup susah dan tertindas di rancangan felda.

Lalu, AM tertanya-tanya, apakah motif sebenar Mazlan Aliman menghasut peneroka untuk membenci kerajaan. Sedangkan beliau adalah anak isteri kedua kepada peneroka felda dimana jika ayahnya hidup susah, beliau tidak akan mampu beristeri dua hingga melahirkan Mazlan Aliman.

Tuesday, January 22, 2013

Rapuhnya Pendirian Agama Mereka...


AM tidak bermaksud untuk bercerita secara detail tentang perkara-perkara berkenaan agama, kerana kita sudah mempunyai guru agama dan ulamak yang cukup ramai di luar sana. Mintalah pendapat dari mereka, jika kita kurang faham.


Apapun, jangan sampai tersalah memilih guru. Jangan memilih guru dari kalangan pemimpin dan ahli PAS. Mereka itu adalah munafik. Syaitan yang cukup jelas.


Baru-baru ini, bila isu penggunaan kalimah Allah hangat diperkatakan, dengan begitu tegas (raut wajahnya) Presiden PAS Datuk Sri Haji Hadi Awang dalam satu sidang akhbar bersama Datuk Sri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan islam. Keesokan harinya, Datuk Nik Aziz dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin juga membuat kenyataan untuk menyokong penuh 'kenyataan rasmi presiden'.

Adakah sesiapa (terutama penyokong PAS)yang mempertikai, atau setidak-tidaknya merasa sangsi, dengan pendirian para ulamak dan ustaz dari PAS berkenaan, ketika mereka membuat kenyataan itu?

Seminggu selepas itu, Majlis Syura mengadakan mesyuarat dan membuat ketetapan bahawa kalimah Allah, adalah hak mutlak penganut islam. Dengan tidak semena-mena, golongan yang seriang digelar ulamak dan tok guru tersebut, membuat pusingan U.

Persoalannya, mengapa perlu menunggu mesyuarat untuk membulatkan pendirian? Adakah sebelum mesyuarat, Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Nasarudin, tidak terfikir tentang apa yang difikirkan semasa bermesyuarat dengan majlis syura? Adakah pendirian berkenaan agama, perlu dimesyuaratkan terlebih dahulu untuk membuat kata putus?

Beginikah caranya pemikiran golongan ulamak PAS yang kononnya hendak menegakkan undang-undang islam di Malaysia? Masih nak percaya lagi?


AM : Menunggu-nunggu Majlis Syura PAS mengadakan mesyuarat untuk membincangkan kemelut "amat Hadi Awang'....atau Majlis Syura sememangnya bersetuju dengan amanat yang mengkafirkan ahli dan pemimpin UMNO berkenaan?

Tuesday, July 17, 2012

Papa Gomo Oh Papa Gomo...

AM tak kenal siapa itu Papa Gomo. Yang AM tahu dia tu seorang bloger dan bekas penyokong kuat parti pembangkang yang (dikhabarkan)telah sedar/kecewa dengan partinya, dan sering menulis cerita sensasi berkenaan bekas partinya. Berita terbaru, tentang kononnya ada seorang pelajar membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Ramai orang mula riuh rendah membicarakan perkara tersebut. Penyokong UMNO tersenyum, dan penyokong PKR/PAS mula gundah dan marah-marah. Mereka kata, satu lagi fitnah ke atas Anwar oleh UMNO. Tetiba UMNO dapat nama busuk. Puak pakatan pembangkang sudah mula menghalakan meriam untuk menyerang UMNO, konon inilah konspirasi UMNO yang terbaru. Yang pasti, pagi ini bila AM baca akhbar, tidak adapun berita berkenaan laporan polis itu. Hakikatnya, UMNO tidak pernah sedikitpun mendapat laba atas segala pertuduhan yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Beliau memenangi kes liwat pertama dan kedua dimahkamah, walaupun pelbagai usaha dibuat, untuk memburuk-burukkan mahkamah dan sistem perundangan Malaysia, kononnya telah dipengaruhi oleh UMNO dan kerajaan. Malah, kes liwat kedua beliau yang muncul ketika adanya pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak sedikitpun memberi kredit kepada UMNO. Anwar Ibrahim menang besar dalam pilihan raya kecil itu. Yang teruk UMNO. Bukan sahaja kalah pilihanraya, nama UMNO terus disebut-sebut sebagai penyebab berlakunya cerita/kes tersebut. Kini PapaGomo dalam entry terbarunya menceritakan tentang kes remaja yang membuat laporan polis kes liwat (entah yang keberapa). Yang pasti, selepas ini ada isu baru untuk pakatan pembangkang menghentam UMNO dan kerajaan. Persoalan yang AM tertanya-tanya ialah, adakah mungkin isu liwat sengaja ditimbulkan, agar UMNO terus kelihatan busuk? Sedangkan, kalau diberi pilihan untuk memilih, rasanya UMNO lebih rela jika tidak ada isu liwat berlaku (samada benar berlaku atau sengaja ditimbulkan), kerana yang akan mendapat susah bukanlah orang yang dituduh, sebaliknya UMNO akan menanggung risikonya.

Thursday, July 12, 2012

Kedunguan Politik @ Politik Dungu

Sekali lagi, kita dikejutkan dengan kedunguan politik orang @ orang-orang yang merasa sungguh hebat berpolitik. Opss...bukan kejutan. Kisah pasangan suami isteri bercerai atau lebih tepat lagi, suami menceraikan isteri kerana mempunyai pandangan politik berbeza, telah lama kita dengar. Cuma yang terbaru ini, berlaku setelah bertahun-tahun ianya tidak berlaku. Mengapa begitu dungu? Apakah agaknya yang hendak ditunjukkan oleh si suami, bila menceraikan isterinya? Adakah dia merasakan bahawa orang akan melihat dia sebagai lelaki hebat? Atau, adakah dengan menceraikan isterinya, dia cukup yakin bahawa partinya akan menang besar dalam PRU13? Itu kisah orang berkahwin. Kisah penyangak-penyangak dungu, lain pula ceritanya. Ada yang merasakan mereka cukup hebat. Kononnya, mereka adalah penyokong kuat parti. Sanggup berbuat apa sahaja demi parti. Sanggup mati demi parti? Tak mustahil... Demi ketaksuban terhadap partinya, mereka bermusuhan dengan ahli-ahli parti lawan. Mereka meruntuhkan dan menjatuhkan bendera yang dipasang oleh ahli dari parti lawan. Mereka membuat blog, FB dan Tweeter, untuk berperang dengan ahli parti lawan. Mereka mengutuk dan memburuk-burukkan parti lawan tanpa batas... Sedangkan sepatutnya, jika benar mereka penyokong dan pendokong kuat parti yang dianggotainya, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Tunjukkan kepada masyarakat terutama pengundi atas pagar, bahawa parti merekalah yang patut dipilih oleh pengundi. DAN kalau boleh, tarik ahli-ahli parti lawan, agar ahli-ahli parti berkenaan berpaling tadah dan menyokong parti yang mereka. Itu baru betul.. Malangnya mereka dungu. Sebab itu mereka lakukan apa yang mereka lakukan sekarang.

Thursday, April 12, 2012

Facebook vs Blog


Rindu rasanya nak menulis macam dulu-dulu. Tapi apakan daya, skg ni ramai orang lebih selesa dgn Facebook mobile. Nak tidur FB, bangun tidur FB, sedang makan FB...sambil drive pun sempat lagi berFB...:)

Friday, October 21, 2011

Seorang Lagi Pemimpin Islam Tersungkur ke Bumi


Selepas Sadam Hussein, Hosni Mubarak, Osama ben Ladin, kini Muhamar Gaddafi dijatuhkan dan dibunuh, bukan oleh rakyatnya sendiri, tetapi oleh tentera yang bersekutu dengan NATO.

Modus operandinya sama sahaja. Mereka digambarkan sebagai pemimpin kuku besi, zalim dan menganiaya rakyat sendiri (kecuali Osama ben Ladin - dituduh sebagai perancang serangan November 11).

Apapun alasannya, cara mereka ini digulingkan menggambarkan seolah-olah tentera asing yang diketuai oleh Amarika, mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan seseorang pemimpin termasuk menjatuhkan hukuman bunuh dan bukan rakyat mereka sendiri.

Hakikatnya, mereka ini bukanlah musuh kepada rakyat negara mereka, tetapi sebenarnya Amarika dan kuasa-kuasa barat merasa amat gerun dengan pemimpin2 islam yang cukup kuat dan berani menentang mereka atau lebih tepat lagi, pemimpin yang menjadi ancaman kepada Israel.

Lalu digambarkan didada-dada akhbar, bahawa pemimpin berkenaan begitu zalim, dibenci rakyat dan harus digulingkan. Amarika akan menggunakan sebahagian dari rakyat negara berkenaan yang rela dicucuk hidung, untuk menjadi dalang meniupkan api kebencian sehingga rakyat percaya memamg pemimpin tersebut wajib digulingkan.

Di negara-negara Asia, perkara ini telahpun berlaku di Thailand, Indonesia dan sedang berlaku di Malaysia.

Bermula dengan memburuk2kan sistem perundangan, anggota polis dan pihak berkuasa. Mereka sedang cuba pula menyerang keperibadian seseorang pemimpin untuk menumjukkan kepada rakyat dan dunia bahawa pemimpin Islam di Malaysia wajib dan jatuhkan dan diganti dengan pemimpin yang lebih liberal dan tunduk kepada kemahuan Amarika.

Maka, berhati-hatilah sebelum nasi menjadi bubur.

Wednesday, October 5, 2011

Apa Motif Belanjawan Pakatan Pembangkang?

Kebanyakan akhbar hari ini mengulas dan mempertikaikan tentang budjet Pakatan Pembangkang yang diumumkan oleh ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga hari sebelum pembentangan budjet 2012 oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana menteri malaysia.

Ramai orang mempertikaikan tentang rasionalnya pembangkang mengumumkan budjet yang sememangnya tidak boleh dilaksanakan, kerana yang memerintah sekarang adalah kerajaan BN dan sudah pasti, budjet yang dibentangkan oleh PM itulah nantinya yang akan dilaksanakan.

Bak kata mantan PM, Tun Dr Mahathir, "senang mau belanja duit yang kita tak ada"..Seperti jugalah jika ada antara kita yang berkata "kalau aku kaya, aku akan belanja satu kampung makan setiap hari", atau "kalau aku jadi macam sipolan tu, aku akan sedekah duit kat seluruh penduduk kampung ini"...hakikatnya, memanglah senang berjanji itu dan ini, kerana itu hanyalah khayalan. Kita tahu, kita tak akan jadi kaya hingga mampu belanja makan orang satu kampung.

Kita kena tahu membezakan antara khayalan dan realiti.

Berbalik kepada budjet khayalan Pakatan Pembangkang, AM tidak melihat ianya hanya sebagai satu janji Pakatan Pembangkang, jika mereka ditakdirkan memerintah (jika itulah tanggapan orang terhadap budjet tersebut), sebaliknya ia lebih kepada menunjukkan sikap sebenar pembangkang di Malaysia.

Mereka lebih suka mencari jalan untuk menjadikan kerajaan yang ada sekarang ini dilihat oleh rakyat dan dunia luar sebagai begitu buruk dan jelek berbanding untuk mengkritik dan memberi buah fikiran demi kebaikan rakyat dan negara. Sebab itu, tidak pernah apa yang dibuat oleh kerajaan diterima positif oleh mereka. Mesti ada tanggapan sinis dan buruk sangkanya.

Jika benar mereka jujur menjadi pembangkang, mereka boleh mencadangkan beberapa perkara kepada PM atau setidak-tidaknya, mereka mungkin boleh mengkritik dan memberi idea ketika sesi perbahasan budjet di Parlimen selepasa pembentangan budjet oleh PM itu.

Apa kejadahnya mereka membentangkan belanjawan lain sedangkan mereka tahu belanjawan yang mereka bentangkan itu tidak kemana pun. Sekadar rektorik...wei sudah-sudah la tu...

Lim Guan Eng Penipu!!!

Dengan muka yang penuh yakin dan 'selamber', Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuduh Datuk Seri Rais Yatim berbohong dalam isu satu majlis rasmi di Pulau Pinang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Dengan muka tidak bersalah dan sungguh yakin itu jugalah LGE menuduh media masa berbohong dalam isu beliau memburuk-burukkan Johor di satu majlis di Singapura.

Dalam isu pertama, beliau telahpun memohon maaf (selepas transkrip percakapannya didedahkan oleh media masa)

Jika Datuk Seri Rais Yatim dapat membuktikan apa yang beliau perkatakan (tentang majlis di Pulau Pinang itu) maka sekali lagi dunia dapat melihat, bagaimana seorang pemimpin pembangkang yang menipu, kemudian dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak lain menipu. Itulah pemimpin yang berangan-rangan hendak mentadbir negara.

Memang semua orang tahu, antara kejayaan pembangakang (yang kelihatannya agak berkesan) ialah menyakinkan sebahagian rakyat, terutamanya penyokong mereka bahawa, media masa arus perdana sebagai pembohong, talibarut BN dan tidak boleh dipercayai. Dan ini terbukti bila ramai penyokong mereka mempercayainya dan sering menganggap berita yang ditulis dalam akhbar arus perdana adalah satu pembohongan.

Dengan itu, bila akhbar melaporkan tentang kesalahan dan pembohongan mereka, dengan senang mereka berkata "lihatlah, itulah pembohongan media arus perdana"...lalu disambut dengan tepukan dan laungan takbirrr oleh penyokong-penyokongnya.

Samada mereka merasa bersalah dan malu (bila rahsia terbongkar) itu adalah perkara lain...hakikatnya, masih ramai penyokong mereka terutama ahli PAS dan PKR yang sanggup mati demi mempertahankan pemimpin mereka itu.

Begitu pandai mereka bermuka-muka demi mendapatkan sokongan rakyat....

Monday, April 25, 2011

Isu Perkauman Berkumandang Lagi...

Seperti dijangka, tulisan pengarang utusan Malaysia dalam ruangan cuit, bertajuk 1Melayu 1Bumi, mendapat reaksi yang cukup cepat bukan sahaja dari parti pembangkang, malah dari komponan BN (MCA)..dan bukan sahaja dari kelompok ekstrimis cina, malah dari golongan melayu berhaluan kiri.

Dalam masa yang sama, sejak dulu, kini dan selama-lamanya, akhbar cina masih secara langsung atau tidak langsung, mendendangkan nada-nada perkauman sempit, tanpa ada bantahan dari mana-mana pihak termasuk orang melayu.

Orang melayu memang begitu. Berlebih kurang dan bertolak ansur. Tetapi kalau dengan bangsa sendiri (terutama jika melibatkan politik) orang melayu sanggup berbunuhan dan berpatah arang, walaupun itu bukan ajaran datuk nenek dan bukan juga ajaran agama. Yang penting, hati puas...

Lebih pelik lagi,orang yang kulitnya sawo matang dan beragama islam itu, sanggup mengeji dan memaki bangsa sendiri secara terang-terangan jika kelihatan melebihkan orang melayu.

Sedikit sahaja tulisan atau kenyataan yang melebihkan orang melayu, akan ada nantinya, kaum sendiri yang mengherdik, memaki dan mencarutkannya. Tetapi jika ada bangsa lain (akhbar lain) mencebik orang melayu, adakah yang berani bersuara?

Thursday, April 21, 2011

Cut & paste - Dialog Antara Ustaz dan Ustaz (Zulkiflee Nordin)

AM masuk blog Zulkiflee Nordin, dan tertarik dengan petikan dialog antara beliau dengan seorang ustaz lain, berkenaan isu video sex....baca lah...

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum

Nak tulis apa ni??

Dah lama sangat tak menulis, AM jadi blur...tak tahu nak tulis apa... nntilah kalau ada idea datang, AM akan tulis semula...

:)))

Salam...

Diam tak diam, dah hampir setahun tak berblog. Maklumlah dah layan FB skg ni.... Tapi nampaknya, untuk berhujah secara panjang lebar, tidak lain tidak bukan, blog la tempat yang paling sesuai..

So mulai hari ini, aku akan mula berblog semula...

Saturday, November 27, 2010

Sekadar bertanya khabar

Dah lama AM tak masuk blog, maklumlah leka dengan FB je.

Tadi AM masuk beberapa blog anti kerajaan, tetapi nampknya banyak yang dah tutup akaun atau (seperti Ustaz Zulkiflee) nadanya dah tak macam masa mula-mula buka blog dulu.

Adakah mereka hilang (tutup akaun) kerana malu (atas apa yang berlaku kepada PKR kebelakangan ini) atau telah mengaku bahawa parti yang mereka sokong selama ini memang teruk, tidak seperti apa yang digambarkan?

Wednesday, August 18, 2010

Soi Lek Beri Petunjuk Awal?

Ahli Majlis Tertinggi PERKASA yang juga merupakan bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Zahid Mohd Arip, dalam Utusan Malaysia hari ini memberi amaran kepada UMNO dan parti komponen BN yang lain agar bersiap sedia untuk menghadapai kemungkinan MCA bukan kompnen BN lagi pada PRU13.

Ini adalah lanjutan dari kenyataan Presiden MCA yang mengatakan mereka tidak takut berkerjasama dengan DAP dalam isu berkenaan kepentingan kaum cina.

Sebenarnya AM pernah cerita dalam blog ini berkenaan sikap Presiden MCA yang lalu, yang juga Ahli Parlimen Pandan iaitu Datuk Seri Ong Tee Kiat. AM cukup pasti (dan sangat pasti) kemenangan beliau dalam pilihanraya yang lalu adalah atas sokongan pengundi DAP. Ong Tee Kiat tidak boleh menang jika hanya mengharapkan undi dari penyokong BN. Ini kerana, dua DUN dalam Parlimen Pandan telah jatuh ke tangan pembangkang sedangkan di Parlimen, Ong Tee Kiat telah menang dengan bergaya. Siapa yang mengundi beliau jika bukan penyokong DAP?

AM juga pernah cerita di dalam blog ini bahawa orang cina tanpa mengira parti, boleh duduk semeja untuk 'yum seng'. Sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang Melayu. Kerana parti, orang Melayu sanggup berbunuhan sesama sendiri (ini tak pernah berlaku lagi, kerana orang melayu masih takut dengan undang-undang - mungkin takut kena hukum bunuh)

Berbalik kepada cerita Soi Lek, siapa yang tak ingat, beliaulah orangnya yang menawarkan diri untuk menjadi 'orang tengah' dalam kes Namawi (something like that) yang mengubahsuai lagu kebangsaan dengan lirik yang sungguh biadab dan kurang ajar satu ketika dulu. Nampaknya kes itu sudah senyap sekarang, maklumlah orang melayu memang mudah lupa. Sepatutnya dalam kes yang melibatkan maruah negara dan ketaatan kita kepada negara, siapapun orang itu samada seagama dan sebagsa dengan kita, kita tidak boleh menyebelahinya jika dia terang-terang telah melakukan kesalahan. Kenapa Soi Lek beria sangat mempertahankan si biadap itu? Kerana si biadap itu adalah orang cina?

Jadi bagi AM, Soi Lek bukan petunjuk awal. Orang melayu kena tahu dan cepat sedar bahawa, keikhlasan orang cina dalam mentadbir (atau sebagai pembangkang) adalah tidak ikhlas dan tidak jujur. Mereka boleh berkerjasama dengan UMNO, kerana mereka ada niat yang tidak baik, meraka akan mengambil apa sahaja peluang yang ada untuk terus menekan UMNO bagi memenuhi kehendak mereka.

Dipihak pembangkang pula DAP sebenarnya tidak ikhlas berjuang dengan PKR dan DAP. Cuma dalam kes pembangkang PKR dan DAP saling mencari peluang untuk saling memijak antara satu sama lain, manakala PAS pula (kerana perasaan benci yang teramat sangat terhadap UMNO) tanpa sedar, telah dipergunakan oleh DAP untuk sama-sama berusaha menjahanamkan UMNO, tunggak kekuasaaan orang melayu di Malaysia. Bila UMNO telah hancur, maka mudahlah bagi golongan ini untuk mencatur untung nasib orang melayu di Malaysia tercinta ini.

Dalam keadaan negara demokrasi, dimana kekuasaan politik diperolehi dalam pilihanraya, kita tidak mampu berbuat apa-apa jika akhirnya mereka menang. Ketika itu kita bukan sahaja tidak boleh menyesal, tetapi tidak gunapun mengungkap perkataan 'kesal'.

Orang melayu kena cepat sedar bahawa orang cina boleh bersatu pada bila-bila masa sahaja ketika orang melayu terlalu sukar untuk disatukan. Tengok sahaja dalam bidang apa sahaja, orang cina memang terkenal dengan sikap tolong menolong dan bantu membantu, manakala orang melayu boleh bermusuhan walaupun dalam isu yang paling remeh.

Orang melayu penuh dengan sikap dendam kesumat. Orang melayu terlalu sukar bermaaf-maafan dan orang melayu selalu menyesal kemudian. Kalau tidak, masakan ada peribahasa "menyesal kemudian tidak berguna"

Persoalannya sampai bila orang melayu akan terus berbalah?

Tuesday, August 17, 2010

Tak Serik-serik lagi..

Setakat hari ni (puasa ke 7) rasanya belum ada berita ada orang putus jari atau buta mata. Alhamdulillah.

Tetapi jika dibandingkan dengan tahun lepas, keadaan tahun ini rasanya lebih teruk. Belum masuk bulan puasa, AM dah dengar bunyi mercun. Masuk puasa pertama, dah dengar macam ada perang teluk.

Tahun lepas, tak nampak sangat orang jual bunga api dan mercun secara terbuka. Tetapi tahun ini AM nampak mercun bukan sahaja dijual di kedai dan pasar juadah, tetapi ada juga orang yang membuat business kecil-kecilan di rumah dengan menjual mercun dan bunga api.

Lepas sahaja waktu berbuka, pintu rumah pun dibuka untuk memberi laluan kepada anak-anak kecil membeli mercun.

Apa nak jadi?

Saturday, August 14, 2010

Buang Bayi...Salah Siapa?

Sedih. Itu sahaja yang ramai dari kita boleh luahkan bila membaca/mendengar berita tentang kes pembuangan bayi yang semakin berluasa sekarang. Semakin dicadangkan agar hukuman mati dikenakan ke atas pelaku, semakin menjadi-jadi ianya berlaku. Iyerlah apa nak buat, memang 'due date' dah sampai, anak dalam kandungan mesti dikeluarkan. Bukan macam duit dalam bank, boleh tangguh-tangguh pengeluarannya, bergantung kepada keperluan.

Bulan puasa tidak menjadi halangan untuk orang terus melakukan kerja terkutuk ini.

AM teringat satu ketika dulu bila kerajaan mencadangkan agar kelas pendidikan seks diadakan, ramai yang membantah. Mungkin mereka beranggapan bahawa kelas pendidikan seks adalah kelas untuk mengajar pelajar 'cara membuat anak'. Kalau begitu, memang wajar cadangan itu ditentang. Yang mereka tak tahu, kelas pendidikan seks itu adalah kelas mengajar murid tentang bahaya hubungan seks sebelum berkahwin, cara-cara pencegahan kehamilan dan yang seumpama dengannya (bukan bermaksud mengajar murid untuk melakukan seks kemudian halang kehamilan)

Walaupun kelas pendidikan seks belum diadakan lagi (kerana tentangan dari orang ramai) tetapi nampaknya anak-anak muda kita bukan sahaja telah mahir membuat anak, tetapi mahir juga 'cuci tangan' dari terpaksa bertanggung jawab atas perbuatan terkutuk mereka itu. Tindakan paling nekad dan berani. Buang sahaja anak dalam tong sampah macam buang ikan busuk atau bangkai tikus.

Dalam beratus atau mungkin beribu orang cerdik pandai dan alim ulamak dalam negara ini, tidak mungkinkah ada seorang yang benar-benar boleh memberi idea untuk mengatasi masalah ini?

Apapun bagi AM, kalau ada satu pendapat, mesti ada seribu kritikan dan komen negatif. Jadi sampai bilapun gejala ini tidak dapat diatasi.

Jadi bagi AM, cara paling mudah dan murah ialah ibubapa perlu memainkan peranan yang jelas. AM pasti ramai ibubapa yang keliru tentang peranan mereka terhadap anak-anak. Mungkin ada yang beranggapan dengan memberi wang saku, membesarkan anak sehingga berjaya, memberi makan minum dan tempat tinggal, sudah lebih dari mencukupi. Soalan yang paling kerap kita tanya dan tidak pernah ada jawapan yang memuaskan ialah, berapa ramaikah antara ibubapa yang memerhatikan gerak geri anak-anak mereka selama 24 jam sehari?

Mungkinkah ibubapa tidak tahu yang anak mereka sedang mengandung? Boleh kah kita percaya jika ada ibubapa yang tidak memandang anak mereka selama sembilan bulan sembilan hari? AM tidak percaya jika ada yang mengatakan bahawa gadis-gadis yang mengandung itu tidak tinggal bersama ibubapa atau penjaga mereka.

Maka bermula hari ini, AM harap ibubapa kenalah tahu apa peranan mereka. Tidak perlulah hendak mengada-ngada kononnya terlalu sosial dan open minded. Ada adik2 yang pernah beritahu AM bahawa ibubapa kekasihnya terlalu open minded. Mereka seperti terlalu seronok jika anak gadisnya mempunyai boyfriend. Ada yang sanggup membawa 'bakal menantu' yang masih bersekolah itu berjalan-jalan dan shopping. Apa ertinya semua itu?

Bukankah dengan cara itu seolah-olah memberi lampu hijau kepada remaja ini untuk melakukan perkara sumbang dengan tanggapan bahawa ibubapa mereka tahu hubungan mereka dan tak kisah walaupun silelaki bermalam di rumah kekasihnya ketika ibubapa gadis berkenaan ada di rumah.

Jadi tak perlulah pening kepala mencari jalan penyelesaian jika masalah sebenarnya berada di dalam rumah itu sendiri. Sepatutnya kerajaan kena lakukan tindakan terhadap ibu bapa kes pembuangan bayi ini, sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap ibubapa samseng jalanan.

Tuesday, June 1, 2010

Blog, FB, Blog, FP..

Bagi orang yang suka menulis, blog merupakan cara terbaik untuk mengeluarkan pendapat yang berjela-jela. Tetapi nampaknya FB lebih mudah dan lebih cepat mendapat respond atau jawapan dari apa yang kita utarakan.
Dalam blog, kita boleh upload banyak gambar, tetapi kat FB terhad..

Apapun kedua-duanya memang menghayalkan...hehehe

Tuesday, May 4, 2010

Kita, Polis dan Jenayah...

Sekarang ni, cerita yang paling hot sudah tentunya kisah remaja yang kena tembak oleh polis.

Rasanya lebih ramai yang ingin mencari kesempatan dari betul-betul menunjukkan simpati kepada keluarga mangsa.

Bagi sesetengah pihak, inilah masanya peluang digunakan sepenuhnya untuk menunjukkan betapa polis Malaysia adalah polis yang tidak boleh dipercayai, penjenayah berlesen dan pembunuh bertauliah. Bukankah selama ini memang mereka bersungguh-sungguh memburukkan imej polis, mahkamah Malaysia dan kerajaan Malaysia.

Jadi peluang ini tidak boleh didibiarkan lepas begitu sahaja. Lupakan tentang anggota polis yang mati ditembak penjenayah, persetankan dengan berapa ramai isteri yang kehilangan suami dan anak kehilangan ayah, semata-mata kerana ayah dan suami mereka adalah polis. Polis yang meletakkan nyawanya dihadapan sebagai benteng untuk mempertahankan 26 juta rakyat Malaysia dari diganggu gugat keselamatannya.

AM rasa ibu kepada penjenayah nombor satu Malaysia, Botak Chin atau Bentong Kali, akan tetap mengatakan anaknya seorang yang baik, berbudi bahasa dan tidak pernah melakukan kesalahan. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk mempertahankan kita selain dari ibu kandung kita sendiri?

Adakahkah antara kita atau penjenayah sebenar yang memberitahu ibubapanya bahawa dirinya adalah seorang penjenayah atau sering melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang? Jadi pelik sangatkah jika ada ibu yang sambil mengalirkan air mata memberitahu bahawa dia yang melahirkan dan membesarkan anaknya, jadi dia tahu segala-galanya tentang anaknya itu.

Apakah yang harus diperkatakan terhadap ibu yang melahirkan dan membesarkan anak-anak yang baik-baik, sedangkan dia tidak melarang sianak keluar pada jam dua pagi dan bagaimanakah anak-anak baik yang sentiasa menerima nasihat yang baik-baik boleh memandu kereta tanpa lesen sedangkan dia (mungkin)tahu bahawa usianya baru 15 tahun?

Jika kita mempunyai anak yang belum balik ke rumah walaupun ketika jam menunjukkan pukul 2 pagi, tidakkah kita patut merasa curiga bahawa anak kita mungkin mencampuri orang yang tidak sepatutnya dia campuri? Atau adakah kita sewajarnya mencurigai diri sendiri jika kita tidak merasa apa-apa pun kerana sudah pasti ada yang tidak kena dengan kita dan keluarga kita.

Opss..bukan bermaksud menambah luka hati siibu yang kehilangan anak.

Tetapi berlaku jujurlah kepada semua. Simpatilah kepada orang yang kehilangan anak tetapi dalam masa yang sama jangan diletakkan martabat polis itu lebih hina dari anjing yang menggonggong dan mengigit kaki kita. Bolehkah kita tidur lena tanpa ada polis peronda yang sentiasa meronda dipersekitaran kita dikala kita sedang bermimpi indah atau sedang baring di atas badan?

Berapa ramai anggota polis yang telah mati ketika bekerja menjaga kita dan harta benda kita. Berapa ramai antara kita yang pernah menjenguk keluarga anggota polis yang telah meninggal dunia atau adakah antara kita yang pernah menghadiahkan alfatihah kepada roh anggota polis yang telah meninggal dunia?

Berfikirlah secara rasional bukan emosional. Bertindaklah secara bijak dan bukannya hanya menemplak dan menyalak.

SAHABAT-SAHABAT AM