Thursday, March 25, 2010

Azmin dan Anwar Tidak Pernah Arah Zulkiflee

Azmin Ali telah menafikan dia dan Anwar Ibrahim (maksudnya PKR) tidak pernah mendakwa DS Najib terlibat dalam kes pembunuhan model Mongelia, Altantunya Saribu.
(Berita Sinar Harian).

Ini berikutan pendedahan Zulkiflee Nordin di Parlimen bahawa beliau juga pernah diarahkan oleh orang tertentu untuk membuat akuan bersumpah untuk melibatkan DS Najib dalam kes pembunuhan.

Azmin mendakwa, apa yang dilakukan oleh PKR selama ini ialah, mendesak kerajaan agar menyiasat kes tersebut secara terperinci.

Itulah cakap orang lidah bercabang.

Selama ini dalam internet dan dalam ceramah-ceramah parti pembangakang, mereka menggelar DS Najib Altantunya. Malah ada gambar super impose antara DS Najib bersama Altantunya. Apa maksudnya tu?

Dalam pilihanraya, mereka tampal poster DS Najib bersama Altantunya. Malah mereka juga mendakwa, DS Rosmah Mansor berada dilokasi ketika model itu dibunuh.

Begitu jahat dan hinanya tuduhan mereka kepada seorang Perdana Menteri, hanya kerana kemaruk kuasa.

Hari ini hanya dengan sebaris ayat, mereka menafikan yang mereka pernah menuduh DS Najib terlibat dalam pembunuhan itu.

Malangnya, ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin bertuankan orang seperti Azmin dan Anwar Ibrahim.

What The &^%$#@@

Akhirnya, seperti yang 'majoriti' orang jangkakan, perbicaraan liwat DSAI ditangguhkan sekali lagi kepada 10 Mei 2010 (tarikh yang tidak pasti) Selepas ini Anwar Ibrahim tidak perlu lagi memohon penangguhan, kerana hakim boleh tangguhkan sendiri tanpa diminta.

Anwar dan penyokong-penyokongnya pasti dapat menarik nafas lega, bukan hanya kerana boleh melengah-lengahkan masa (mudah-mudahhan hingga selepas pilihanraya ke-13)tetapi juga usaha-usaha mereka untuk memberi tekanan kepada badan kehakiman dan mendapat bantuan asing, rupa-rupanya telah mendatangkan hasil.

Apa masalah hakim?

1. Tidak sihat untuk menjalankan perbicaraan?
2. Banyak lagi kes-kes yang lebih penting yang harus diutamakan?
3. Mendapat tekanan 'dari pihak ketiga'?
4. Kerana mendapat permohonan pihak pembelaan dan pihak pendakwaan?

Mungkin ramai yang gembira, tetapi kena juga fikirkan perasaan orang yang kecewa kerana 'kelembapan yang maha dahsyat di abad ini dalam proses perundangan di Malaysia'

Ya...Anwar menang lagi. Dalam dia memperkatakan mahkamah dipengaruhi oleh UMNO dan kerajaan, Anwar mendapat keistimewaan lagi. Dalam Anwar memberitahu pihak luar negara bahawa mahkamah Malaysia tidak adil kepadanya, sekali lagi mahkamah 'menyebelahinya'.

AM berharap Anwar dan Saiful diberikan keadilan yang sewajarnya. Jika memang tiada bukti, lepaskan sahaja Anwar. Biarkan Anwar meneruskan pendakwaan khazaf kepada Saiful kerana membuat dakwaan palsu.

Jika ada bukti, teruskan sahaja perbicaraan. Susah sangat ke?

Jangan buang masa dan wang rakyat.

Tuesday, March 23, 2010

"Saiful Tidak Diliwat"

Sana sini orang membicarakan tentang risalah yang katanya dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Motifnya, untuk memberitahu (meyakinkan) rakyat bahawa laporan doktor Hospital Pusrawi menunjukkan Saiful tidak diliwat.

Bagi AM mudah sahaja, jika bukti yang dikatakan itu sahih, kenapa tidak bawa bukti itu ke mahkamah dan gunakannya untuk menangkis hujah pihak pendakwaan?

Yang akan membuat keputusan samada Anwar bersalah atau tidak, adalah mahkamah jadi kenapa nak buang belanja mencetak risalah tersebut dan edarkan kepada oarng ramai? Nak suruh orang ramai buat keputusan ke?

Semua orang tahu bahawa Saiful tidak diperiksa secara detail semasa di Hospital Pusrawi. Sebaliknya beliau diminta membuat laporan polis dan mendapatkan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebaik sahaja memberitahu bahawa dia telah diliwat.

Jadi bagimanakah seorang doktor yang tidak membuat pemeriksaan boleh membuat laporan bahawa Saiful tidak diliwat?

Anwar, janganlah buang masa. Pergi sahaja ke mahkamah 25hb ini dan arahkan barisan peguam bela yang bijaksana untuk soal siasat Saiful. Tanyalah apa sahaja sampai letih. Jika Anwar dipihak yang benar, insyaAllah dia akan lepas.

Marilah kita berlaku adil kepada kedua-duanya, Anwar dan Saiful, kerana selain Anwar, Saiful juga memerlukan pembelaan.

Terimalah keputusan yang akan ditetapkan oleh mahkamah nanti.

Monday, March 15, 2010

Penang a Gay Sex Services Hub

Bagi kebanyakan dari kita, bila membaca tajuk berita dalam akhbar the Star hari ini, berkenaan Pulau Pinang yang telah menjadi pusat perkhidmatan sex gay, merupakan sesuatu yang bukan sahaja mengejutkan, tetapi menjijikkan.

Tetapi mungkin sebahagian yang lain (di antara kita) merasakan itulah yang dinamakan demokrasi. Menghormati hak asasi manusia.

Kalau itulah yang diidam-idamkan oleh golongan yang kononnya inginkan hak kesamarataan, hak kebebasan bersuara dan berbuat apa sahaja, maka mereka sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega.

Golongan yang sentiasa merestui dan memberi sokongan moral kepada pejuang-pejuang hak asasi tersebut, bolehlah mula bersyukur kerana penat lelah mereka selama ini telahpun menampakkan hasilnya.

Takbirrr....

Sunday, March 14, 2010

Apa Lagi Jenayah Yang Belum Dilakukan Oleh Artis?

Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. Itu yang tertulis di dada-dada akhbar hari ini.

Sebagai seorang ibu, yang mempunyai hubungan rohani dan jasmani dengan si anak, sudah pasti dia tidak akan percaya jika anaknya dituduh melakukan jenayah tersebut. Kita tolak sahaja tanggapan yang mengatakan, "tidak mungkin dia tidak mengsyaki apa-apa keganjilan anaknya sendiri selama ini yang boleh duduk dikondominium mewah sedangkan berlakon tak seberapa"

Apapun artis adalah manusia biasa. Cuma dia jadi terkenal kerana ada rupa dan ada bakat berlakon dan menyanyi. Para peminat sentiasa merasakan artis dan selebriti sebagai seseorang yang terlalu istimewa. Segala perlakuan, pakaian dan ungkapan artis akan dijadikan ikutan. Hakikatnya, ada antara artis itu lebih haprak dari peminatnya sendiri. Ada artis siang malam bikin panas, skandal sana sini, isap ganja, mencuri, pecah rumah, mabuk, berkhalwat, memandu tanpa lesen yang sah dan sebagainya.

Apa lagi jenayah yang belum artis lakukan? Dan, mereka masih terus diminati.

Baru-baru ini bila seorang artis yang juga pengacara tv membuat kenyataan bahawa 'artis tidak boleh dijadikan idola' ramai rakan-rakan artisnya yang marah. Yang marah itu mungkin merasakan, "akulah idola kamu".

Sudah sampai masanya persatuan artis seperti Seniman, memantau kegiatan 'luar screen' ahli-ahli mereka.

Monday, March 8, 2010

Ulamak Penipu?

Teguran Mufti Perak Datuk Harussani terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, menarik perhatian AM untuk menulis lagi berkenaan ulamak di Malaysia.

Datuk Hurassani dikatakan menuduh Ahmad Awang sebagai orang yang menolak perpaduan, bilamana idea menubuhkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di Perak ditolak mentah-mentah oleh Ahmad Awang. Ahmad Awang dikatakan berkata, PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP dari berkerjasama dengan UMNO.

Hari ini Nik Aziz, mendakwa Harussani sebagai agen UMNO. Menariknya, beliau tidak mahu memberitahu cerita sebenar, termasuk dakwaan Harussani bahawa beliau ada berjumpa dengan Nik Aziz untuk menyampaikan idea kerajaan campuran antara PAS dan UMNO, dan Nik Aziz bersetuju (sebelum di tolak oleh Ahmad Awang)

AM tidak ingin mengulas tentang kerajaan campuran atau tentang tuduhan Nik Aziz bahawa Mufti Perak merupakan agen UMNO.

Apa yang AM ingin perkatakan ialah, ada seorang (atau dua orang) antara ketiga-tiga ulamak berkenaan yang telah menipu orang ramai.

Mungkin Harusani menipu dengan mengatakan bahawa Ahmad Awang telah menolak cadangan beliau agar PAS dan UMNO bergabung, sedangkan hakikatnya beliau tidak pun berjumpa dengan Ahmad Awang.

Nik Aziz mungkin menipu dengan seolah-olah tidak tahu bahawa mufti Perak itu ada berjumpa dengannya untuk tujuan berkenaan.

Ahmad Awang mungkin menipu, dengan menafikan Ustaz Harussani ada berjumpa dengannya, sedangkan yang sebenarnya berlaku ialah, ustaz Harussani memang ada berjumpa dengannya.

Jadi, dalam kes ini tidak mungkin ketiga-tiga ulamak tersebut bercakap bohong? Atau ketiga-tiganya bercakap benar? Mesti ada salah seorang dari meraka yang bebohong dan yang seorang lagi bercakap benar. Siapakah mereka?

Soalan AM, bagaimana seorang ulamak (tidak kiralah Harussani, Ahmad Awang atau Nik Aziz) sanggup berbohong? Bukankah mereka itu pewaris nabi?

Saturday, March 6, 2010

Pemecatan Zulkiflee Nordin, Siapa Yang Patut Bersyukur?

AM tidak tahu, samada harus gembira atau sebaliknya, bila mendapat tahu bahawa Ustaz Zulkiflee Nordin telah dipecat keahliannya oleh PKR.

Zulkiflee yang nampaknya begitu konsistan dalam kes penggunaan kalimah Allah, sebenarnya agak 'lembap' dalam 'kes-kes lain', yang melibatkan dasar parti atau moral ketuanya, Anwar Ibrahim.

Jika tidak kerana isu kalimah Allah, Ustaz Zul akan kelihatan mempertahankan dan 'menghalalkan' perbuatan-perbuatan Anwar Ibrahim yang melanggar hukum islam. Malah dia adalah antara penyokong Anwar Ibrahim yang paling kuat pada zaman reformasi dulu. Adakah semua yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, halal baginya?

Hikmah disebalik isu kalimah Allah itu ialah, telah ada pemimpin Islam yang mula membuka mata (walaupun segelintirnya lagi masih terus menutup mata dengan serban masing-masing). AM bersyukur.

Walaupun pada satu peringkat suma orang terasa tidak sabar untuk melihat Zulkiflee meninggalkan PKR, tetapi beliau nampaknya begitu sayang kepda perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim.

Samada Ustaz Zul gembira atau bersedih, hanya beliau dan Allah sahaja yang mengetahui. Tetapi tindakan beliau yang menunggu 'dihalau' dari PKR, dilihat sebagai satu taktik untuk menjadikan dirinya lebih glamour dari Ustaz Asri. Mungkin.

Sepatutnya dia boleh keluar sejak lama dulu, kerana pastinya dia sudah tahu bahawa Anwar bukan jenis yang boleh menerima pendapat orang lain.

Bagi segelintir pemimpin UMNO, mungkin ada yang merasa cukup selesa dan tersenyum puas. Mungkin ada yang merasakan kerja mereka semakin mudah atau mungkin ada juga yang merasakan sudah cukup kuat dan tidak perlu berbuat apa-apa selepas ini. Kalau mereka rasa perlu bersyukur, bersyukurlah.

Bagi ahli dan segelintir pemimpin PKR, mungkin mereka merasa lega, kerana duri dalam daging yang selalu menganggu 'misi' mereka, telah tercampak keluar.

DAP juga mungkin boleh 'bersyukur' kerana kerja mereka untuk menunggangi Anwar Ibrahim dan Nik Aziz selepas ini akan lebih mudah tanpa ada gangguan dari orang seperti Zulkiflee Nordin.

SAHABAT-SAHABAT AM