Tuesday, April 13, 2010

Anwar Ingin Memalukan Zahid?

Tak tahulah. Mungkin AM silap. Tetapi apa yang ada pada Zahid Ibrahim?

Dalam keadaan politik sekarang, dimana pemerintahan DS Najib semakin mendapat reaksi positif rakyat, AM rasa meletakkan Zahid Ibrahim sebagai calon PR untuk menentang BN, bukanlah tindakan yang betul.

Memanglah, letakkan siapapun, bagi penyokong kerajaan pasti mahukan kemenangan berpihak kepada BN. Tetapi AM rasa ramai dikalangan ahli PKR sendiri dan ahli PAS memang meluat dengan Zahid Ibrahim.

Rasanya lebih elok mereka letakkan calon yang lebih popular, seperti Ketua AMK sendiri seperti yang disebut-sebut sejak bahang pilihanraya kecil mula terasa. Sekurang-kurangnya mereka masih boleh mengharap undi dari golongan muda.

Bukan terlalu yakin atau takbur. Tetapi jika Zahid Ibrahim bertanding, rasanya jentera pilihanraya BN akan lebih mudah buat kerja.

Atau mungkin ada motif lain Anwar Ibrahim meletakkan orang yang tak pernah menang dalam apa apa pertandingan itu?

Tuesday, April 6, 2010

Bekas Imam (Di Kelantan) Miliki Dadah

Yang buat AM terpanggil nak menulis tentang isu ini bukan kerana pesalah itu berada di Kelantan, negeri yang diberi jolokan Serambi Mekah dan ditadbir oleh golongan ulamak, yang selalu mengatakan orang lain semua tak betul, yang selalu merasakan pemerintahan mereka mengikut sunah rasul dan orang lain najis untuk didekati.

Yang buat AM terpanggil untuk menulis ialah kerana pesalah telah berumur 61 (tinggal 2 tahun sahaja lagi untuk mencecah usia 63 tahun, iaitu usia Nabi Muhammad wafat). Selain dari itu, dia telah empat kali menunaikan fardu haji.

Bila orang dah tahap haji, AM rasa dia akan tahu soal halal haram, setidak-tidaknya tentang duit yang digunakan untuk makan minum dan menunaikan haji.

Satu ketika dulu seorang imam di Melaka, ditangkap kerana kesalahan merogol dalam kebun getah. Kali ini edar dadah pulak.

Jangan terkejut pulak nanti bila kita dengar ada pak imam ditangkap kerana merempit, menyimpan bohsia, menjadi ahli kongsi gelap dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hendak mengharapkan orang-orang muda untuk menghormati golongan haji, imam, ustaz dan ulamak jika mereka terus menerus menunjukkan sikap buruk mereka?

Kalau mereka boleh merogol dan megedar dadah, apalah sangat dengan mengumpat, mengutuk orang dan memfitnah orang?

Nampaknya kita kena ajar ustaz-ustaz dan para ulamak bahawa, gelaran orang alim yang mereka dapat itu bukan gelaran yang diberi oleh Allah dan membolehkan mereka terus masuk syurga tanpa dakwa dakwi.

Friday, April 2, 2010

Apco Worldwide

Sekali lagi Anwar Ibrahim mendapat talian hayat baru. Kali ini dengan membangkitkan isu Apco. Kononnya Gagasan Satu Malaysia ditiru dari One Israel yang penasihatnya ialah Apco Worldwide.

Nampaknya ada 'kelembapan' untuk menjelaskan kepada rakyat, apakah itu Apco Worldwide, siapa disebalik Apco Worldwide dan apa hubungan Apco Worldwide dengan Kerjaan Malaysia.

Adakah benar Apco Worldwide dipunyai oleh syarikat Israel? Jika benar, apakah kewajaran kerajaan mempunyai hubungan dengan mereka seperti dakwaan Anwar?
Perlukah syarikat-syarikat Malaysia mempunyai hubungan terus dengan syarikat yang dimiliki oleh Israel? Atau kemungkinan ada seorang atau dua pengarah syarikat berkenaan yang berketurunan Israel?

Itulah yang sebenarnya ingin diketahui oleh rakyat.

Jika tidak, kenapa tidak ada penjelasan dibuat?

Memang betul, PM dan ahli parlimen BN telah membantah tuduhan Anwar Ibrahim dan kemungkinan Anwar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, tetapi itu adalah kerana kesalahannya mengaitkan Satu Malaysia dengan One Israel, bukan kerana menuduh Kerajaan Malaysia (syarikat Malaysia) mempunyai hubungan dengan Apco - dua perkara yang berbeza.

Dalam tulisan Anwar dan penyokong-penyokoongnya dalam FaceBook dan blog, seolah-olah menunjukkan memang ada 'perhubungan' antara Kerajaan Malaysia dan Apco Worldwide.

Kerajaan dan pemimpin UMNO harus berbuat sesuatu sebelum rakyat menjadi percaya dengan dakyah yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim.

Tuesday, March 30, 2010

Jangan Ambil Ringan 'Daulat' UMNO

Mungkin ramai yang akan gelak bila dikatakan UMNO itu ada daulatnya.

Banyak bukti bila orang UMNO buat perkara yang tidak betul, mereka akan tersungkur menyembah bumi.

Ada juga bukti bila ada orang UMNO keluar parti dan tubuhkan parti baru untuk lawan UMNO, ianya akan terkubur begitu sahaja.

Kejatuhan DS Ong Tee Kiat digelanggang sendiri adalah bukti terbaru untuk menguatkan lagi apa yang AM perkatakan.

Ramai tidak tahu, Ong Tee Kiat, walaupun berada dalam BN, tetapi sebenarnya dia anti UMNO. AM pernah tulis perkara ini lama dulu.

Bila menang pilihanraya, dia akan berkata dengan bongkaknya bahawa kemenangan dia bukan kerana sokongan UMNO.

Dalam pilihanraya yang lepas, dia main kotor. Dia berpakat dengan DAP dengan selogan "Berikan Parlimen kepada BN dan berikan DUN kepada DAP". AM tak tuduh dia berpakat secara rasmi, tetapi itulah kain rentang yang dipasang disegenap penjuru parlimen Pandan. Bila keputusan pilihanraya diketahui, dia menang di Parlimen Pandan, tetapi kedua-dua DUN dalam parlimen Pandan jatuh ke tangan pembangkang. Apakah maksudnya itu?

Mungkin sumpahan orang melayu (UMNO) telah terkena kepada Ong Tee Kiat bila dia kalah dalam perlawanan tiga penjuru merebut jawatan Presiden MCA.

Orang yang ada masalah moral masih boleh mendapat undi majoriti dan orang lama yang telah pencen pun boleh mendapat tempat kedua. Tetapi Ong Tee Kiat mendapat tempat tercorot.

Itulah bahana kalau berniat tak betul dengan UMNO.

Saturday, March 27, 2010

Bagaimana Agaknya Kalau Mereka Perintah Negara

Kita semua tahu, sejak zaman berzaman, semasa negeri-negeri di Semenanjung (kecuali Kelantan) diperintah oleh BN, hampir setiap malam ada sahaja ceramah politik diadakan oleh PAS.

Malah AM rasa seronok bila melihat orang-orang melayu berniaga air, burger, kitab-kitab dan sebagainya.

Walaupun kita tahu, kebiasaannya mereka akan menggunakan padang bola untuk membuat ceramah yang keesokan harinya kita akan dapati sampah berteraburan dan keadaan padang menjadi becak.

AM tidak pernah nampak gerai-gerai penjaja kecil dirobohkan atau diarah roboh oleh pihak berkuasa PBT ketika itu.

Satu ketika AM rasa macam UMNO ni bacul. Kadang-kala mereka buat ceramah betul-betul bersebelahan Pejabat UMNO Bahagian dan menghalakan pembesar suara ke arah pejabat UMNO sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin UMNO.

AM pernah dengar seorang ketua UMNO yang juga ADUN kawan berkata "ala biarlah mereka nak bercakap, kita buat kerja kita"

Hakikatnya, kerajaan yang dikuasai oleh UMNO tidak pernah pun menghalang ceramah-ceramah politik, walaupun bukan masa pilihanraya. Sekurang-kurangnya ramai orang melayu boleh mencari makan dengan menjual barangan mereka.

Sebaliknya, apa yang berlaku di Cheras Jaya (seperti dilaporkan Sinar Harian) semalam menunjukkan itulah sikap mereka. Baru ada kuasa sedikit, mereka gunakan sepenuhnya kuasa yang mereka ada.

Karnival yang telah diatur dan khemah-khemah telah didirikan, penjaja sudahpun membeli barang-barang mentah untuk dijual akhirnya terpaksa menelan air liur bila Ahli Majlis mengarahkan majlis tersebut dihentikan dan khemah-khemah dirobohkan.
AM dapat tahu, ahli majlisnya adalah orang Melayu.

Sekarang ini PBT tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti dulu. Ahli-ahli Majlis mereka mempunyai kuasa yang terlalu besar. Sehingga bila ada masalah dan dilaporkan kepada PBT, pegawai yang bertugas akan mengarahkan kita berjumpa dengan Ahli Majlis.

Itu baru Allah beri peluang sedikit kepada mereka untuk mentadbir negeri. Bagaimanakah agaknya jika mereka diberi peluang untuk mentadbir negara? Lu fikirlah sendiri..

Thursday, March 25, 2010

Azmin dan Anwar Tidak Pernah Arah Zulkiflee

Azmin Ali telah menafikan dia dan Anwar Ibrahim (maksudnya PKR) tidak pernah mendakwa DS Najib terlibat dalam kes pembunuhan model Mongelia, Altantunya Saribu.
(Berita Sinar Harian).

Ini berikutan pendedahan Zulkiflee Nordin di Parlimen bahawa beliau juga pernah diarahkan oleh orang tertentu untuk membuat akuan bersumpah untuk melibatkan DS Najib dalam kes pembunuhan.

Azmin mendakwa, apa yang dilakukan oleh PKR selama ini ialah, mendesak kerajaan agar menyiasat kes tersebut secara terperinci.

Itulah cakap orang lidah bercabang.

Selama ini dalam internet dan dalam ceramah-ceramah parti pembangakang, mereka menggelar DS Najib Altantunya. Malah ada gambar super impose antara DS Najib bersama Altantunya. Apa maksudnya tu?

Dalam pilihanraya, mereka tampal poster DS Najib bersama Altantunya. Malah mereka juga mendakwa, DS Rosmah Mansor berada dilokasi ketika model itu dibunuh.

Begitu jahat dan hinanya tuduhan mereka kepada seorang Perdana Menteri, hanya kerana kemaruk kuasa.

Hari ini hanya dengan sebaris ayat, mereka menafikan yang mereka pernah menuduh DS Najib terlibat dalam pembunuhan itu.

Malangnya, ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin bertuankan orang seperti Azmin dan Anwar Ibrahim.

What The &^%$#@@

Akhirnya, seperti yang 'majoriti' orang jangkakan, perbicaraan liwat DSAI ditangguhkan sekali lagi kepada 10 Mei 2010 (tarikh yang tidak pasti) Selepas ini Anwar Ibrahim tidak perlu lagi memohon penangguhan, kerana hakim boleh tangguhkan sendiri tanpa diminta.

Anwar dan penyokong-penyokongnya pasti dapat menarik nafas lega, bukan hanya kerana boleh melengah-lengahkan masa (mudah-mudahhan hingga selepas pilihanraya ke-13)tetapi juga usaha-usaha mereka untuk memberi tekanan kepada badan kehakiman dan mendapat bantuan asing, rupa-rupanya telah mendatangkan hasil.

Apa masalah hakim?

1. Tidak sihat untuk menjalankan perbicaraan?
2. Banyak lagi kes-kes yang lebih penting yang harus diutamakan?
3. Mendapat tekanan 'dari pihak ketiga'?
4. Kerana mendapat permohonan pihak pembelaan dan pihak pendakwaan?

Mungkin ramai yang gembira, tetapi kena juga fikirkan perasaan orang yang kecewa kerana 'kelembapan yang maha dahsyat di abad ini dalam proses perundangan di Malaysia'

Ya...Anwar menang lagi. Dalam dia memperkatakan mahkamah dipengaruhi oleh UMNO dan kerajaan, Anwar mendapat keistimewaan lagi. Dalam Anwar memberitahu pihak luar negara bahawa mahkamah Malaysia tidak adil kepadanya, sekali lagi mahkamah 'menyebelahinya'.

AM berharap Anwar dan Saiful diberikan keadilan yang sewajarnya. Jika memang tiada bukti, lepaskan sahaja Anwar. Biarkan Anwar meneruskan pendakwaan khazaf kepada Saiful kerana membuat dakwaan palsu.

Jika ada bukti, teruskan sahaja perbicaraan. Susah sangat ke?

Jangan buang masa dan wang rakyat.

SAHABAT-SAHABAT AM