Monday, March 8, 2010

Ulamak Penipu?

Teguran Mufti Perak Datuk Harussani terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, menarik perhatian AM untuk menulis lagi berkenaan ulamak di Malaysia.

Datuk Hurassani dikatakan menuduh Ahmad Awang sebagai orang yang menolak perpaduan, bilamana idea menubuhkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di Perak ditolak mentah-mentah oleh Ahmad Awang. Ahmad Awang dikatakan berkata, PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP dari berkerjasama dengan UMNO.

Hari ini Nik Aziz, mendakwa Harussani sebagai agen UMNO. Menariknya, beliau tidak mahu memberitahu cerita sebenar, termasuk dakwaan Harussani bahawa beliau ada berjumpa dengan Nik Aziz untuk menyampaikan idea kerajaan campuran antara PAS dan UMNO, dan Nik Aziz bersetuju (sebelum di tolak oleh Ahmad Awang)

AM tidak ingin mengulas tentang kerajaan campuran atau tentang tuduhan Nik Aziz bahawa Mufti Perak merupakan agen UMNO.

Apa yang AM ingin perkatakan ialah, ada seorang (atau dua orang) antara ketiga-tiga ulamak berkenaan yang telah menipu orang ramai.

Mungkin Harusani menipu dengan mengatakan bahawa Ahmad Awang telah menolak cadangan beliau agar PAS dan UMNO bergabung, sedangkan hakikatnya beliau tidak pun berjumpa dengan Ahmad Awang.

Nik Aziz mungkin menipu dengan seolah-olah tidak tahu bahawa mufti Perak itu ada berjumpa dengannya untuk tujuan berkenaan.

Ahmad Awang mungkin menipu, dengan menafikan Ustaz Harussani ada berjumpa dengannya, sedangkan yang sebenarnya berlaku ialah, ustaz Harussani memang ada berjumpa dengannya.

Jadi, dalam kes ini tidak mungkin ketiga-tiga ulamak tersebut bercakap bohong? Atau ketiga-tiganya bercakap benar? Mesti ada salah seorang dari meraka yang bebohong dan yang seorang lagi bercakap benar. Siapakah mereka?

Soalan AM, bagaimana seorang ulamak (tidak kiralah Harussani, Ahmad Awang atau Nik Aziz) sanggup berbohong? Bukankah mereka itu pewaris nabi?

3 comments:

Anonymous said...

pada pandangan aku..

Harunsani..apa faedah dia dapat jika dia brbohong, dia tak dapat apa2 muafaat dari mana2 pihak pun.

Ahmad Awang, Nik Aziz..ada kepentingan politik.

AnakMerdeka said...

AM tidak menuduh sesiapa. Tetapi wajarkah seorang ulamak menipu, walaupun atas sebab tertentu, terutama sebab politik?

Anonymous said...

ak bace n ak bla..
ni ke blog anak merdeka..
nak tetido ak bace~

SAHABAT-SAHABAT AM