Monday, August 31, 2009

Apa Orang Indonesia Berkata Tentang Kita?

Sempena Hari Kemerdekaan ini AM nak nasihatkan diri sendiri dan seluruh rakyat Malaysia agar sayangilah negara kita, kerana kita sahaja yang boleh menjaga dan mempertahankan negara ini dari dijajah semula. Jangan kerana marah kita korbankan maruah negara dan tontonkan kepada orang luar siapakah kita sebenarnya. Bila baca blog luar negara, mereka tidak pernah memuji kita dan menggambarkan kebaikan yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sebaliknya cacian dan kejian belaka. Kenyataannya orang kita yang membuat onar. Demi fahaman politik sempit, ada antara kita yang sanggup membakar bendera Malaysia dan ditonton, tanpa ditegah oleh rakan-rakannya.


Memang kita akan marah jika orang luar menghina kita tetapi sebenarnya kita sendiri membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka menghina dan mengejek-ejek kita. Kita suka bergaduh sesama kita walaupun akibat perlanggaran kecil,

Kita tidak mempunyai sivik, membaca sambil memandu,

dan tidak mempunyai semangat setiakawan dan kesukanan. Kita tidak sanggup menerima kekalahan

Ada antara gambar tersebut telah disiarkan dalam media Malaysia, tetapi telah disiarkan dalam blog mereka dengan memberi keterangan yang sangat menyakitkan hati. Rakyat Malaysia digambarkan terlalu daif sehingga sanggup mencuri kasut di masjid,

Tidak bermoral hingga sanggup merosakkan harta awam.

Meletakkan kereta sesuka hati,




Lebih malang lagi, pemimpin negara kita juga mereka hina.

Untuk baca lebih lanjut dan nak rasa sakit hati, bacalah selanjutnya dihttp://rasasayange-malaysia.blogspot.com/ kemudian banding-badingkan apakah perbezaan antara sebahagian dari kita dengan orang asing tersebut.

Friday, August 28, 2009

Ong Tee Kiat, Satu Wajah Dua Hati.

AM tidak mengenalinya secara peribadi, apatah lagi mempunyai pertalian saudara dengan beliau. Juga bukan ahli parti MCA. Tetapi kerana dia merupakan ahli parlimen Pandan tempat AM bernaung, maka sedikit sebanyak AM tahu hati budi Ong Tee Kiat.

Tee Kiat seorang yang keras hati dan sanggup berbuat apa sahaja untuk terus berkuasa dan kelihatan seperti sebuah 'kristal' (meminjam kata-kata Chua Soi Lek). Mungkin ramai yang tidak tahu, di Parlimen Pandan Tee Kiat memenangi pilihanraya tahun 2008 dengan majoriti agak membangkan sedangkan dua DUN di bawah Parlimen Pandan yang diwakili oleh UMNO dan Gerakan mengalami kekalahan kepada PAS dan DAP.

Ini bukan tuduhan atau fitnah. Ramai ahli UMNO di Pandan telah mendengar dengan telinga sendiri Tee Kiat berkata, kemenangannya di Pandan bukan atas pertolongan UMNO tetapi kerana sokongan NGOs. Sebelum Parlimen Pandan, Tee Kiat adalah Ahli Parlimen Ampang Jaya tetapi setelah adanya pecahan bahagian beliau berpindah ke Parlimen Pandan.

Memang beliau sering muncul dimajlis-majlis NGO dan memberikan bantuan, sedangkan jika UMNO Bahagian mengadakan majlis, beliau tidak pernah hadir walaupun majlis itu dihadiri oleh MB Selangor. Beliau pandai mengambil hati NGOs terutamanya NGO cina dan dari parti yang bukan dari BN. Yang penting baginya, kedudukannya mesti dijaga. Hubungan dengan parti komponen lain, tak perlu dipedulikan.

Dalam satu majlis baru-baru ini dia ada berkata, "dalam soal moral, saya konsistan. Tak kira parti kerajaan atau parti pembangkang, jika buat silap saya tetap akan tentang". Bunyinya memang keilhatan tegas. Ada yang berpenapat sebenarnya bila dia sebut parti kerajaan, yang dimaksudkannya itu ialah pemimpin UMNO.

Semasa pilihanraya 2008, dimerata tempat di kawasan Parlimen Pandan boleh kelihatan kain rentang dalam pelbagai bahasa yang berbunyi, "Bagi Parlimen Kepada BN dan Bagi States (DUN) Kepada PR". AM tidak mahu menuduh siapa sebenarnya yang membuat kain rentang berkenaan, tetapi yang jelas semacam ada satu kompromi antara beliau (secara peribadi) dengan parti pembangkang.

Berkenaan isu Soi Lek, AM cukup pasti bahawa kes DVD Soi Lek bukan lagi menjadi isu dalam masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat cina. Ini terbukti beliau tetap menang bila bertanding jawatan timbalan presiden walaupun ketika itu isu bekenaan DVD lucahnya masih lagi panas. Dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kedengaran di sana sini bahawa isu moral bukan lagi menjadi percaturan rakyat untuk memilih pemimpin. Kebenaran itu telah dibuktikan dengan kemenangan DSAI walaupun isu moral Anwar bukan kecil anak. Malah lebih besar dari kes Loi Lek. Jadi kenapa MCA beria sangat memecat Loi Lek hanya dengan alasan untuk memulihkan imej MCA?

Sejauh manakah Tee Kiat memperjuangkan isu moral sedangkan tuduhan terhadap beliau yang dikatakan menerima RM10 juta belum lagi terurai? Sebenarnya beliau takut dengan bayang-bayang sendiri. Beliau takut Soi Lek akan lebih popular dari dirinya.

Wednesday, August 26, 2009

BN/UMNO Kalah Lagi...Memang Salah Sendiri...

Itulah kenyataannya. BN kalah lagi. Kali ini dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Kenyataannya sedih bercampur malu, walaupun bukan mengaibkan. Itulah proses demokrasi. Setidak-tidaknya BN sentiasa menghormati suara rakyat. Kalau itu yang dikehendaki rakyat, biarkan sahaja.

Ini bukan salah sesiapa. Bukan salah petugas yang tak buat kerja atau salah PM yang baru beberapa bulan mentadbir negara.

Kenyataannya Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS. Ketaksuban rakyat di sana terhadap PAS dan Anwar Ibrahim, sudah sama dengan taksub kepada dewa-dewa, jikapun tidak sampai ketahap tuhan.

Apa yang ingin AM katakan ialah, cara BN/UMNO memilih calon dan sikap ahli-ahli BN sendiri yang nampaknya belum banyak berubah. Harap-harap mereka akan berubah sebelum terlambat. Jika pihak pembangkang kata BN/UMNO tidak akan berubah, biarkan. Yang penting ahli UMNO dan BN kena berusaha untuk berubah.

Pemilihan calon yang mempunyai masalah, diketika UMNO kadang kala lambat (atau tidak ada langsung) membuat persediaan menjawab semula tuduhan-tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak lawan. Pada hari penamaan calon, pihak lawan telah mengetahui 'masalah' yang dihadapi oleh Rohaizat. Itulah satu-satunya senjata yang mereka gunakan sepanjang kempen. Tidak ada satupun isu tempatan atau 'dasar parti' yang digunakan oleh mereka. Tidak mungkin orang BN sendiri tidak tahu masalah itu sebelum memilih Rohaizat sebagai calon? Atau adakah sikap 'tak apa' akan terus menebal dalam jiwa orang BN? Dulu boleh la, letak siapapun BN akan menang tetapi sekarang ini perkataan itu digunakan pula oleh pembangkang. Letak calon yang tidak pernah menang sebelum ini pun, mereka boleh menang dengan majoriti 5 ribu lebih.

Keduanya sikap sebahagian pemimpin BN sendiri yang dulu hanya dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan nampaknya kini boleh dilihat dimana-mana. UMNO/BN kena mengaku walaupun ianya pasti akan menjadi bahan jenaka pihak lawan. Orang BN/UMNO mempunyai sikap irihati dan bersikap 'biar putih mata dari berputih tulang'. Bila tidak terpilih menjadi calon, orang-orang UMNO/BN mula berpuak-puak dan berkira-kira untuk mensabotaj calon yang terpilih. Dan jika puak mereka yang terpilih, puak yang satu lagi juga akan melakukan perkara yang sama.

Perkara ini tidak berlaku dalam PR. Walaupun pada peringkat awal mereka berebut-rebut untuk meletakkan calon pilihan mereka, tetapi bila pucuk pimpinan telah memilih calon yang sesuai, mereka semua akan akur dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon pilihan mereka.

Kesimpulannya, jika rakyat sudah muak dengan sesuatu benda itu, janganlah benda yang sama juga kita hidangkan.

Tuesday, August 25, 2009

Ustaz Nasaruddin Hasan Al-Tantawi Berbicara Tentang Hukum Mengumpat


AM sering tertanya tanya, dimanakah sebenarnya kebenaran? Siapakah yang benar dan siapakah yang berdusta. Kenapa Tuhan tidak menunjukkan kebenaranNya agar umat islam tidak terus-terusan bertelagah dan mencari penyinar.

Memang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, tetapi kadang-kala hati yang lemah imannya ini sering bertanya, sampai bilakah kita akan menunggu datangnya hikmah itu.

Tidak tahan rasanya bila melihat hukum agama dipermain-mainkan oleh golongan yang mengaku ulamak dan tinggi ilmu agaman tetapi sebenarnya sedang mencari perencah untuk menyedapkan hujah bagi menegakkan apa yang di perkatakan.

Di sini AM ingin 'copy and paste' tulisan ketua pemuda PAS Ustaz Nasaruddin Hassan yang cukup panjang. Sesiapa yang rajin boleh la baca dan pergilah tanya ustaz untuk mendapat kepuasan hati. AM telah ringkaskan untuk memudahkan dibaca, tanpa membuang atau menambah fakata yang memungkinkan maksudnya tersasar.

Hukum mengumpat

Mengumpat ialah mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[1] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut

AM : AM tidak hendak mempertikai apa yang diperkatakan oleh Imam Al-Ghazali, tetapi benarkah itu yang dikatakan ditulis oleh Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Sama-samalah kita baca.

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

AM : Membuat aduan itu bukan dikatagorikan sebagai mengumpat. Contoh,kita membuat aduan ke balai polis mengatakan kita didera, itu bukan mengumpat. Harap Ustaz Nasarudin faham istilah mengumpat yang sebenar.

2. Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

AM : Tidak pernah ada dalam sejarah tamadun manusia (di Malaysia) yang mengatakan ada niat megumpat. Mengumpat tetap berdosa walau apa sekalipun niatnya, malah dalam islam, jika mendengar orang mengumpat kita hendaklah menjauhkan diri kerana mendengar orang mengumpat juga adalah berdosa.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

AM : Seperti juga kes pertama, mengadu kepada mufti tidak boleh dikatagori sebagai mengumpat.

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

AM : Jika benar kita memang seorang pendakwah atau sekurang-kurangnya boleh berperanan sebagai pencegah kejahatan/kemungkaran, cukuplah sekadar kita menasihati para muslim agar jangan membuat benda-benda mungkar dan dilaknati Allah. Jika perlu sertakan sekali perkara-perkara mungkar yang dimaksudkan (tidak perlu mengumpat orang lain)

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

AM : MasyaAllah. Bagaimana Ustaz menterjemah. Bila seseorang menzahirkan kemungkaran yang beliau telah lakukan kepada kita, bermaksud dia begitu yakin dan percaya kepada kita, sekurang-kurangnya memberi nasihat bagaimana untuk bertaubat. Kenapa pula kita perlu menghebahkan kepada masyarakat? Dimanakah kejujuran kita?

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


AM : AM tidak ingin mentafsir apa-apa. Tetapi jika seorang ustaz boleh mengatakan seperti apa yang diperkatakan oleh ustaz Nasaruddin, percayalah beliau sebenarnya tidak mengikut apa sebenarnya yang diajar oleh agama islam. Bayangkanlah berapa ramai orang yang membaca blognya termasuk golongan muda yang baru belajar mengenal hukum. Dan bayangkan jika tulisan Ustaz Nasaruddin dijadikan panduan apa agaknya yang terjadi kepada jenerasi muda?

Permatang Pasir..Tunjukkanlah KuasaMu Ya Allah..

Hari ini rakyat seluruh negara diuji lagi. Walaupun yang memangkahnya adalah pengundi di DUN Permatang Pasir tetapi seluruh negara akan berdebar-debar menunggu keputusannya malam nanti. Jangan ada yang terlepas maghrib atau tidak pergi tarawikh, sekiranya keputusan lambat diumumkan, sudahlah.

Kedua-dua calon cukup teruja untuk menang dan kedua-dua penyokong parti yang bertanding berkempen 24jam diblog masing-masing.

Walau apapun keputusannya, itulah ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu. Jika Dia hendak calon BN menang maka menang lah Rohaizat dan jika Dia hendak PAS menang, maka akan menanglah calon PAS itu.

PAS tidak perlu mendabik dada jika mereka menang dan BN tidak perlu terlalu yakin jika menang.

Apa pun AM berdoa agar Allah dapat menunjukkan kuasaNya kali ini, agar penyatuan bangsa melayu dapat dihidupkan dan kecucian agama islam dapat dipertahan.

Friday, August 21, 2009

Wang Palsu Bertaburan Di Permatang Pasir

Ini cerita lucu di Permatang Pasir.

Duit dimasukkan dalam sampul surat dan diletak dibawah pintu berserta nota meminta pengundi pangkah calon tertentu.

Kita tidak boleh tuduh sesiapa lakukannya. Ops...penyokong pembangkang sudah pasti akan tuduh itu adalah kerja UMNO. Bukankah selama ini mereka tuduh pemimpin UMNO rasuah (walalaupun mereka letak RM100 dalam surah yasin masa tahlil dan bagi kepada penduduk - itu dianggap sedekah)

Tak kisah la itu kerja siapa tetapi yang pasti jika itu dilakukan oleh wakil parti politik tertentu, sah-sah dia bodoh. Bukan begitu cara nak bagi rasuah supaya orang beri sokongan. Kena jumpa terus pengundi berkenaan dan bukan letak bawah pintu. Wang palsu pulak tu.

Jika masih ada orang yang percaya, pemberi rasuah akan memberi rasuah dengan cara macam itu, sah-sah dia yang bodoh.

Kenapa letak bawah pintu? Takut dituduh memberi rasuah? Jawapannya mudah, kerana yang letak duit bawah pintu itu bukan pememberi rasuah. Sebaliknya dia membuat kerja untuk beri bukti bahawa pihak yang satu lagi telah memberi rasuah. Jika nota tersebut meminta penerima duit itu pangkah parti A, sudah pasti yang meletakkan sampul surat itu datangnya dari parti B dan sebaliknya jika dalam nota itu meminta pangkah parti B, maka sudah pasti itu kerja parti A. Ia bertujuan untuk memberi gambaran bahawa, parti yang dimaksudkan itu telah memberi rasuah kepada pengundi.

Perbuatan itu tidak lain tidak bukan, dilakukan untuk memburuk-burukkan parti yang minta dipangkah (oleh nota berkenaan). Tak kisah la, jika nota itu tertulis 'pangkahlah PAS', confirm itu kerja orang UMNO dan sebaliknya jika nota itu berbunyi 'pangkahlah UMNO' maka confirm itu kerja orang PAS.

AM tak bacapun nota berkenaan, tapi rasa-rasanya AM tahu apa isi kandungannya dan minta undi parti mana. Jadi orang-orang Permatang Pasir tak perlu pening kepala fikir panjang untuk megetahui siapa yang buat kerja kotor itu.

Ramadhan Datang Lagi

InsyaAllah esok umat islam akan mula menunaikan rukun islam ketiga, puasa dibulan Ramadhan. Bila bulan Ramadhan, syaitan dan iblis akan dirantai oleh Allah agar tidak menganggu umat islam menjalankan ibadat.

Itu semua orang tahu.

Sebenarnya kita ini umpama kuda sarkas yang diajar siang malam untuk berlari dalam satu bulatan dan diikat dengan tali pada satu pancang di tengah bulatan itu. Bila tiba hari pertunjukan, kuda akan berlari dalam bulatan, walaupun ketika itu tali yang mengikatnya pada pancang sudahpun dibuka.

Sebab itu bila tiba bulan puasa kita masih dapat melihat orang-orang islam masih terus melakukan perbuatan-perbuatan yang dimurkai Allah sedangkan syaitan sudahpun dikurung. Sebabnya, mereka itu telah dihasut dan dididik oleh syaitan sepanjang sebelas bulan dan walaupun pada satu bulan Ramadhan syaitan tidak lagi menggoda mereka, amalan terkutuk itu akan terus diamalkan. Seperti juga kuda sarkss tadi.

Lalu AM teringat kata-kata ustaz masa kecil dahulu. Syaitan itu terdiri dari beberapa peringkat dan kedudukan. Bagi orang-orang kecil dan jahil, syaitan yang menggoda mereka hanyalah yang berpangkat prebet sahaja, sedangkan orang-orang yang tinggi ilmu agamanya akan sentiasa digoda oleh syaitan-syaitan yang berpangkat general.

Sebab itu jika kita kaitkan kisah ini dengan senario politik tanah air, kita boleh lihat dengan jelas, bagaimana orang-orang yang bergelar tok guru dan ulamak boleh dengan sewenang-wenangnya mempermainkan hukum agama mengikut kehendak hati mereka dan mengkikut situasi tertentu. Orang-orang yang ramai pengikutnya ini, telah memudahkan kerja syaitan, kerana apa yang keluar dari mulut ulamak biasanya akan dengan mudah dipercayai oleh pengikut tanpa perlu menapisnya terlebih dahulu.

Marilah kita sama-sama menggunakan bulan yang penuh dengan keberkatan ini untuk memohon agar Allah memberikan taufik dan hidayat kepada kita agar kita dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Agar kita dapat membezakan antara kebenaran dan kemungkaran. Marilah kita memohon agar Allah s.w.t menunjukkan kepada kita siapakah yang benar dan siapakah yang sedang membawa kita kejalan kehancuran.

Wallahualambissawab..

SAHABAT-SAHABAT AM