Friday, August 28, 2009

Ong Tee Kiat, Satu Wajah Dua Hati.

AM tidak mengenalinya secara peribadi, apatah lagi mempunyai pertalian saudara dengan beliau. Juga bukan ahli parti MCA. Tetapi kerana dia merupakan ahli parlimen Pandan tempat AM bernaung, maka sedikit sebanyak AM tahu hati budi Ong Tee Kiat.

Tee Kiat seorang yang keras hati dan sanggup berbuat apa sahaja untuk terus berkuasa dan kelihatan seperti sebuah 'kristal' (meminjam kata-kata Chua Soi Lek). Mungkin ramai yang tidak tahu, di Parlimen Pandan Tee Kiat memenangi pilihanraya tahun 2008 dengan majoriti agak membangkan sedangkan dua DUN di bawah Parlimen Pandan yang diwakili oleh UMNO dan Gerakan mengalami kekalahan kepada PAS dan DAP.

Ini bukan tuduhan atau fitnah. Ramai ahli UMNO di Pandan telah mendengar dengan telinga sendiri Tee Kiat berkata, kemenangannya di Pandan bukan atas pertolongan UMNO tetapi kerana sokongan NGOs. Sebelum Parlimen Pandan, Tee Kiat adalah Ahli Parlimen Ampang Jaya tetapi setelah adanya pecahan bahagian beliau berpindah ke Parlimen Pandan.

Memang beliau sering muncul dimajlis-majlis NGO dan memberikan bantuan, sedangkan jika UMNO Bahagian mengadakan majlis, beliau tidak pernah hadir walaupun majlis itu dihadiri oleh MB Selangor. Beliau pandai mengambil hati NGOs terutamanya NGO cina dan dari parti yang bukan dari BN. Yang penting baginya, kedudukannya mesti dijaga. Hubungan dengan parti komponen lain, tak perlu dipedulikan.

Dalam satu majlis baru-baru ini dia ada berkata, "dalam soal moral, saya konsistan. Tak kira parti kerajaan atau parti pembangkang, jika buat silap saya tetap akan tentang". Bunyinya memang keilhatan tegas. Ada yang berpenapat sebenarnya bila dia sebut parti kerajaan, yang dimaksudkannya itu ialah pemimpin UMNO.

Semasa pilihanraya 2008, dimerata tempat di kawasan Parlimen Pandan boleh kelihatan kain rentang dalam pelbagai bahasa yang berbunyi, "Bagi Parlimen Kepada BN dan Bagi States (DUN) Kepada PR". AM tidak mahu menuduh siapa sebenarnya yang membuat kain rentang berkenaan, tetapi yang jelas semacam ada satu kompromi antara beliau (secara peribadi) dengan parti pembangkang.

Berkenaan isu Soi Lek, AM cukup pasti bahawa kes DVD Soi Lek bukan lagi menjadi isu dalam masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat cina. Ini terbukti beliau tetap menang bila bertanding jawatan timbalan presiden walaupun ketika itu isu bekenaan DVD lucahnya masih lagi panas. Dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kedengaran di sana sini bahawa isu moral bukan lagi menjadi percaturan rakyat untuk memilih pemimpin. Kebenaran itu telah dibuktikan dengan kemenangan DSAI walaupun isu moral Anwar bukan kecil anak. Malah lebih besar dari kes Loi Lek. Jadi kenapa MCA beria sangat memecat Loi Lek hanya dengan alasan untuk memulihkan imej MCA?

Sejauh manakah Tee Kiat memperjuangkan isu moral sedangkan tuduhan terhadap beliau yang dikatakan menerima RM10 juta belum lagi terurai? Sebenarnya beliau takut dengan bayang-bayang sendiri. Beliau takut Soi Lek akan lebih popular dari dirinya.

1 comment:

DPR said...

Pastikan anak bangsa kita yang cukup umur 21 pergi daftar mengundi..undilah parti orang Melayu yang mempertahankan Agama,Bangsa dan Tanah Air.Kita hanya tinggak kuasa yang akan menentukan bangsa.

SAHABAT-SAHABAT AM