Monday, August 10, 2009

Wacana Pemuda PAS dan Pemuda UMNO Tak Jadi Kenyataan?

Itulah kalau buat sesuatu benda tak ikhlas. Bila kepentingan politik diletak di atas kepentingan perpaduan ummah dan agama islam.

AM awal-awal lagi menyampah bila dengar pemuda PAS mempelawa pemuda UMNO untuk berwacana. Berwacana ke, berdialog ke, bermuzakarah ke, apa ke, kalau niat tak betul baik tak payah.

Selagi PAS tak betulkan hati, tak bersihkan fikiran dan tak ubah persepsi mereka terhadap bangsa mereka dalam UMNO, hentikanlah semua itu. Buang masa... orang perak kata menghabiskan boreh.

Kalau dah alim ulamak mereka macam Nik Aziz boleh ubah-ubah pendirian, boleh hina dan kutuk bangsa seagama, boleh kata orang UMNO macam yahudi, dan pengikut mereka kata UMNO macam anjing, macam babi, buat apa orang UMNO nak lagi layan mereka tu.

Ketahuilah, ramai pengikut PAS sendiri dah mula bosan dengan pemimpin mereka. Ramai orang melayu yang cuba-cuba nak memangkah PAS dan hilang selera kepada PAS. Bukan kerana PAS itu parti islam, tetapi kerana PAS terang-terang sedang melacurkan agama mereka sendiri semata-mata untuk kepentingan politik.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM