Tuesday, August 11, 2009

Mudahnya Orang Melayu Diperdaya...

Semalam di Negeri Sembilan, JAINS menahan beberapa individu yang dipercayai menjalankan ajaran islam tanpa tauliah dan mengajar ajaran yang dipercayai terseleweng dari ajaran sebenar.

AM cuma harap tuduhan yang mereka terima ialah mengajar tanpa tauliah dan bukan mengajar ajaran sesat. Jika benarlah itu ajaran sesat, kita semua patut sama-sama merasa malu. Betapa lemahnya iman orang melayu. Betapa mudahnya orang melayu diperdaya hanya disebabkan pemimpin/ketua yang petah berkata-kata dan membacakan sebaris dua ayat al-quran. Betapa rendahnya mentaliti orang melayu yang tidak boleh membezakan ajaran untuk kebaikan atau ajaran untuk menyesatkan.

Lantas AM teringat, bagaimana orang-orang yang bergelar ulamak, ustaz atau tok guru boleh mengeluarkan kata-kata kesat seperti anjing dan babi...mengeluarkan kata-kata jahanam dan lahanat kepada saudara seagama dan mendoakan kemusnahan kepada pihak yang tidak sependapat dengan mereka. Adakah ini semua diajar oleh islam? Betapa rendahnya mereka meletakkan kesucian agama Allah demi mengejar duniawi.

Bayangkan jika apa yang diperkatakan oleh mereka menjadi tauladan dan ikutan beribu-ribu orang pengikutnya, lalu Allah menjatuhkan azab, bukan sahaja mereka yang akan merasa tetapi orang-orang yang tidak berdosa juga akan terlibat sama.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM