Tuesday, August 18, 2009

Ada Pekung Tersembunyi Di Dadamu?

Rasanya air liur Tok Guru Nik Aziz yang terpercik ketika dia membela Anwar Ibrahim, yang dituduh pengkhianat orang melayu, belum lagi kering.

Hari ini pihak pembangkang menggunakan Harakah untuk memburuk-burukkan calon pilihanraya Permatang Pasir, Rohaizat Othman. Mereka kata, imej Rohaizat telah tercalar kerana telah digugurkan keahliannya oleh majlis peguam.

Rasanya tak perlu Rohaizat jawab. Kalau benar dia melakukan penyelewengan seperti yang didakwa oleh PAS, sudah lama dia diheret ke mahkamah? Sebelum ini tak ada siapapun kenal dia. Dia bukan sesiapa. Kenapa tak ada laporan polis dibuat terhadap Rohaizat?

Itu isu pertama. Isu kedua ialah, jika benarpun dia dipecat dari majlis peguam, apa kena mengena dengan peranannya sebagai wakil rakyat? Bukankah Nik Aziz sendiri kata, kalau nak kutuk, kutuk lah dasar parti, jangan kutuk batang tubuh orang itu. Yang nyata Rohaizat Othman telah diserang kanan dan kiri sejak hari penamaan calon lagi. Itulah cara berpolitik PAS.

Orang Permatang Pasir kena ingat, kalau mengikut sejarah lepas mereka kata, mereka tak hairan jika orang nak kata Anwar Ibrahaim kaki liwat atau pengkhianat bangsa. Mereka kata Anwar Ibrahim yang mereka hendak jadi wakil mereka di parlimen, maka mereka pilih juga Anwar Ibrahim. Jadi jika benar Rohaizat boleh menjadi wakil mereka, kenapa tidak mereka pilih Rohaizat?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM