Saturday, August 1, 2009

Adilkah Demostrasi?

Sebelum tanya adilkah, AM ingin tanya cerdik pandai islam dalam PAS, adakah dalam mana-mana juzuk al-quran yang menyuruh kita berdemostrasi dan merusuh? Kalau ada, sila tunjukkan.

1. Adilkah demostrasi kepada peniaga-peniaga disekitar Jalan Tunku Abd Rahman dan Chaw Kita yang terpaksa menutup kedai ataupun risiko tidak ada business tiap kali berlakunya demostrasi?

2. Adilkah demostrasi kepada pengguna jalan raya yang terpaksa berbaris panjang melalui sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis?

3. Adilkah demostrasi kepada orang-orang berkecuali yang takut untuk kepusat bandar untuk urusan peribadi?

4. Adilkah demostrasi kepada negara yang akan mendapat pandangan negatif dari pelancong-pelancong luar?

5. Adilkah demostrasi kepada keluarga kita, jika mereka terpaksa ke lokap polis untuk menjamin kita, jika ditakdirkan kita tertangkap?

6. Adilkah demostrasi kepada akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah, sedangkan kita hanya menurut kata hati dan mengabaikan otak yang sepatutnya berfungsi untuk membuat keputusan?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM