Tuesday, August 25, 2009

Ustaz Nasaruddin Hasan Al-Tantawi Berbicara Tentang Hukum Mengumpat


AM sering tertanya tanya, dimanakah sebenarnya kebenaran? Siapakah yang benar dan siapakah yang berdusta. Kenapa Tuhan tidak menunjukkan kebenaranNya agar umat islam tidak terus-terusan bertelagah dan mencari penyinar.

Memang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, tetapi kadang-kala hati yang lemah imannya ini sering bertanya, sampai bilakah kita akan menunggu datangnya hikmah itu.

Tidak tahan rasanya bila melihat hukum agama dipermain-mainkan oleh golongan yang mengaku ulamak dan tinggi ilmu agaman tetapi sebenarnya sedang mencari perencah untuk menyedapkan hujah bagi menegakkan apa yang di perkatakan.

Di sini AM ingin 'copy and paste' tulisan ketua pemuda PAS Ustaz Nasaruddin Hassan yang cukup panjang. Sesiapa yang rajin boleh la baca dan pergilah tanya ustaz untuk mendapat kepuasan hati. AM telah ringkaskan untuk memudahkan dibaca, tanpa membuang atau menambah fakata yang memungkinkan maksudnya tersasar.

Hukum mengumpat

Mengumpat ialah mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[1] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut

AM : AM tidak hendak mempertikai apa yang diperkatakan oleh Imam Al-Ghazali, tetapi benarkah itu yang dikatakan ditulis oleh Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Sama-samalah kita baca.

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

AM : Membuat aduan itu bukan dikatagorikan sebagai mengumpat. Contoh,kita membuat aduan ke balai polis mengatakan kita didera, itu bukan mengumpat. Harap Ustaz Nasarudin faham istilah mengumpat yang sebenar.

2. Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

AM : Tidak pernah ada dalam sejarah tamadun manusia (di Malaysia) yang mengatakan ada niat megumpat. Mengumpat tetap berdosa walau apa sekalipun niatnya, malah dalam islam, jika mendengar orang mengumpat kita hendaklah menjauhkan diri kerana mendengar orang mengumpat juga adalah berdosa.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

AM : Seperti juga kes pertama, mengadu kepada mufti tidak boleh dikatagori sebagai mengumpat.

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

AM : Jika benar kita memang seorang pendakwah atau sekurang-kurangnya boleh berperanan sebagai pencegah kejahatan/kemungkaran, cukuplah sekadar kita menasihati para muslim agar jangan membuat benda-benda mungkar dan dilaknati Allah. Jika perlu sertakan sekali perkara-perkara mungkar yang dimaksudkan (tidak perlu mengumpat orang lain)

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

AM : MasyaAllah. Bagaimana Ustaz menterjemah. Bila seseorang menzahirkan kemungkaran yang beliau telah lakukan kepada kita, bermaksud dia begitu yakin dan percaya kepada kita, sekurang-kurangnya memberi nasihat bagaimana untuk bertaubat. Kenapa pula kita perlu menghebahkan kepada masyarakat? Dimanakah kejujuran kita?

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


AM : AM tidak ingin mentafsir apa-apa. Tetapi jika seorang ustaz boleh mengatakan seperti apa yang diperkatakan oleh ustaz Nasaruddin, percayalah beliau sebenarnya tidak mengikut apa sebenarnya yang diajar oleh agama islam. Bayangkanlah berapa ramai orang yang membaca blognya termasuk golongan muda yang baru belajar mengenal hukum. Dan bayangkan jika tulisan Ustaz Nasaruddin dijadikan panduan apa agaknya yang terjadi kepada jenerasi muda?

2 comments:

Anonymous said...

gilo ko mung ni, main akal semata2..mung doh la jahil..jgn menidakkan apa yg telah ditulis oleh Ulama' besar seperti Imam Nawawi atau Imama Ghazali..sapo mung nak banding ngna Imam Ghazali. Beliau ialah Hujjatul Islam. Mung apa ada? Mung jgn main akal, punah masyarakat Islam nanti baca artikel mung ni..

Anonymous said...

Setuju setuju dengan komen anonymous di atas..

SAHABAT-SAHABAT AM