Sunday, August 2, 2009

Perdaya, Memperdaya, Diperdaya...

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”
– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Petikan di atas AM dapat dari satu blog anti kerajaan. Tak pasti siapa Dr HM Tuah Iskandar Al- Haj, tetapi tak kisahlah. Yang penting AM nak berkongsi tentang falsafah yang dinyatakan tentang pedaya dan memperdaya.

Dimanakah kita? Adakah kita orang baik yang sedang diperdaya atau adakah kita orang jahat yang sedang memperdaya? Tepuk dada tanya selera.

AM ingin mengheret coretan diatas itu keperistiwa semalam. Demostrasi menentang/menyokong ISA.

Kasihan melihat anak kecil yang tidak tahu apa-apa (sudah pasti mereka bukan orang jahat), sedih melihat wanita bertempiaran dengan tangan menutup mulut dan mata (sudah pasti juga mereka bukan orang jahat) dan juga pelajar-pelajar yang telah menghabiskan 14 tahun dialam persekolahan, selanjutnya menyambung pelajaran ke IPTA, untuk meneruskan hasrat ayahbonda dan diri sendiri menjadi orang berjaya dan bakal mengganti pemimpin negara masa depan (mereka juga bukan orang jahat)

Mengapa mereka diheret bersama? Mungkinkah kanak-kanak itu pergi sendiri ke sogo untuk bersama berdemostrasi menuntut dihapuskan ISA? Mengapa wanita diheret sama? Oh tidak.. jangan ada yang berharap, wanita dan kanak-kanak akan dijadikan perisai agar pihak berkuasa tidak boleh menggunakan kekerasan untuk meleraikan perhimpunan.

Dari tulisan-tulisan anti kerajaan, AM cukup percaya bahawa mereka semua sudah pasti dan bersedia menghadapi tentangan dari polis dan FRU. Mereka diajar cara menjawab bila disoal, mereka diajar agar menghubungi peguam dan rakan-rakan (mengapa mereka tidak diajar untuk berhubung terus dengan penganjur atau penganjur beri jaminan yang para pendemostrasi akan dilindungi dan dijamin oleh penganjur jika ditakdirkan tertangkap?) Berapa ramaikah antara ribuan yang hadir itu mempunyai atau mampu membayar peguam?

Jika pelajar-pelajar IPTA tertangkap dan mereka dibuang dari kolej, mampukah penganjur membiayai pelajar tersebut untuk belajar di kolej swasta? Jika mengikut pengalaman Cik Nora (seorang aktivis pro reformasi) jangan kata membantu wang ringgit untuk membayar denda, menjenguk beliau di dalam lokap dan bertanya khabarpun tak ada yang sanggup lakukan. Akhirnya beliau terkontang kanting keseorangan.

Jadi pandai-pandailah memilih haluan. Hendak jadi baik yang diperdaya atau hendak jadi jahat yang sentiasa memperdaya...

2 comments:

hilbert said...

Salam 1 Malaysia AM,

Semua pencinta kedamaian pasti akan merasa sangat kesal dengan peristiwa 1 Ogos semalam.

Lantas saya dah hantar komen ke blog YB Mahfuz Omar selaku YB yang juga telah turut serta bersama-sama dengan banyak wakil rakyat dari pakatan pembangkang atau juga mereka memang dalang kepada perhimpunan haram itu,..meminta beliau dan rakan-rakan beliau untuk menilai sendiri kedudukan mereka sebagai Yang Berhormat iaitu sebagai wajil rakyat selepas ini.

Sebenarnya mereka harus mengosongkan kerusi iaitu meletakkan jawatan sebagai ahli yang berhormat kerana apabila mereka sendiri telah melanggar undang-undang negara dengan menyertai perarakan haram semalam, maka secara otomatiknya mereka juga telah melanggar ikrar dan sumpah taat setia mereka kepada negara ssbgaimana yang telah mereka lafazkan semasa majlis mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat.

jasadbeku said...

Dr HM Tuah Iskandar Al- Haj?
anda tidak tahu? aduhai....:)

SAHABAT-SAHABAT AM