Wednesday, August 19, 2009

Siapa Yang Putar, Siapa Yang Belit

AM menonton clip ucapan (sidang media) Nik Aziz berkenaan isu dia mengata ahli UMNO tidak masuk syurga.

Yang ditekankan oleh Nik Aziz ialah, dia tak sebut Palestin. Nampaknya dia lebih takut Paletin marah kat dia, dari takut Allah murka kerana kata orang yang tak sehaluan dengan PAS, tidak akan masuk syurga.

Wartawan ni pun satu hal juga. Dalam zaman serba maju ini, mereka sepatutnya rakam apa yang dikatakan oleh Nik Aziz (atau sesiapa juga ahli politik). Maklumlah orang politik ni hari ini cakap lain, esok dia nafi.

Apapun, bab dia kata orang sokong UMNO tak masuk syurga (bukan ahli UMNO) dia tak nafi. Maksudnya kalau ahli UMNO (dah pasti sokong UMNO) seramai 3 juta orang, yang sokong UMNO mungkin cecah 5 juta (termasuk dari MCA, MIC dan parti komponen).

Memang Nik Aziz cukup cerdik. Cukup cerdik putar dan belit. Kalau dalam mahkamah pun dia tetap menang. Dia boleh kata yang dia maksudkan sokong UMNO yang tak akan masuk syurga itu bukanlah ahli UMNO. Ahli UMNO tak termasuk dalam golongan yang dia maksudkan sebagai penyokong. Yang sokong UMNO adalah ahli MCA, MIC, PPP, Gerakan dan lain-lain.

Dalam bab putar dan belit ini, AM memang sokong Nik Aziz.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM