Saturday, August 1, 2009

Antara Keadilan Dan Parti Keadilan Rakyat

Ada yang kata, AM join UMNO dan meninggalkan PKR kerana tidak mendapat layanan baik dari PKR. Tak mendapat duit dan tak mendapat imbuhan. Sebenarnya dalam UMNO pun AM tak mendapat apa-apa imbuhan untuk meneruskan hidup. AM ada kerjaya sendiri. Duit poket sendiri keluar adalah, bukan saja dalam UMNO malah masa dalam PKR dulupun duit banyak mengalir keluar. Paling tidak pun, sekali dengar ceramah kena campak $$$ dalam karung yang disediakan. Itu tak termasuk risiko lain, kena kejar FRU kena gas pemedih mata dan macam-macam lagi.

Lucunya, ramai orang yang mengaku reformis sekarang ini, tidak wujudpun masa zaman demostrasi jalanan, tak pernah pun merasa kena gas pemedih mata, tak pernah kena belantan FRU, tetapi menyalak sana sini mengatakan dialah reformis sebenar. Silap-silap mendaftar sebagai ahli pun tidak pernah. Ada yang baru dapat kuasa sekecil hujung jari, dah berani rampas 'car wash' kepunyaan warga emas, potong mangga dewan dan tukar dengan mangga baru, sedangkan yang pegang kunci asal adalah orang mereka juga dari JKP yang dilantik oleh PBT. UMNO pegang kunci dewan berpuluh tahun tak pernah pun berebut-rebut kunci.

Lalu AM bertanya kepada mereka, apa yang mereka tuntut dan apa yang mereka perjuangkan. Keadilan? Keadilan yang macam mana? Keadilan untuk siapa?

Untuk mencari keadilan tidak perlu masuk parti Keadilan. Untuk memperjuangkan islam tidak perlu masuk PAS. Jangan mempergunakan perkataan 'adil' dan 'rakyat' (apatah lagi menggunakan perkataan 'Islam') untuk kepentingan peribadi. Masalah peribadi jangan dibawa ke dalam politik. Selesaikan masalah peribadi terlebih dahulu jika ingin berbakti kepada masyarakat. Politik bukan untuk membesarkan tembolok. Tak kiralah orang PKR ke atau orang UMNO.

Semua masih ingat tentang kumpulan yang menggelarkan diri mereka skuad berani bogel di Selangor. Mula-mula memang nampak mereka memperjuangkan sesuatu untuk membela rakyat. Rupa-rupanya dari sumber yang dipercayai (dari orang PKR sendiri) mereka itu kita telah senyap. Sebab? Sebab dah dapat projek menguruskan Up Town. Keadilan kah sebenarnya yang mereka cari? Keadilan untuk siapa? Untuk perut sendir la, apa lagi...

2 comments:

jasadbeku said...

cari maksud politik dulu,bila politik dicampur dgn tahi..habislah...


nota: baca novel SHIT_shahnon ahmad..Mahathir pun serik dengan fakta dalam buku itu.

jasadbeku said...

ermmmmmmmmmm baca blog kamu seperti kamu seorang je jnis berfikir....
habistu yang 500 orang lebih yang ditangkap itu jnis tidak pakai otak ke?ermmmmmmmmm pelik sungguh kamu...
itu namanya perjuangan,bro.


kamu fikir balik,apakah negara kitra ini sebenar-benarnya demokrasi? atau kukubesi?

SAHABAT-SAHABAT AM