Monday, August 10, 2009

Rampas Semula Selangor?

Sebenarnya tidak timbul perkataan rampas semula. Sebenarnya Selangor memang UMNO (BN) yang punya.

Tanyalah rata-rata wakil rakyat PR, sampai sekarang ada yang tidak percaya mereka boleh menang dalam PRU 12 tahun lalu. Malah sampai sekarang, majoriti ADUN pembangkang belum tahu lagi bagaimana menjadi pemerintah jika dibandingkan dengan UMNO yang telah ada pengalaman 50 tahun memerintah.

Sikap hampir kesemua wakil rakyat PR, seolah-olah mereka bukan pentadbir, sebaliknya tindak tanduk mereka seolah-olah mereka adalah pembangkang. Bukan sahaja di Selangor, tetapi dikebanyakan negeri yang diperintah oleh PR.

Kesimpulannya, memang PR tidak boleh memerintah.

Lantas apa yang buat UMNO tidak boleh rampas semula Selangor? Sebabnya busuk hati, dengki, khianat dan segala macam busuk yang ada dalam segelintir pemimpin peringkat bahagian dan cawangan, perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Selagi ada sifat-sifat negatif itu, jangan kata PR, parti yang baru ditubuhkan seminggu, atau calon bebas sekalipun boleh menang dengan mudah.

Jika orang-orang UMNO benar-benar ikhlas, benar-benar ingin merampas semula Selangor, maka mereka kena bertindak dari sekarang. Tidak boleh tunggu esok, atau minggu depan, atau tahun depan. Orang UMNO kena cepat sedar dan belajar dari kesilapan. Jangan peduli apa parti pembangkang nak kata. Jika mereka kata orang UMNO tidak mungkin akan berubah, biarkan. Bukan mereka pun yang kita suruh berubah. Yang kena berubah ialah orang UMNO.

Jika ini berlaku, jangan kata Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sekali pun kita mampu ambil.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM