Wednesday, August 5, 2009

Ambil Cermin, Lihatlah Dalam Diri

"Tidak ada PBT yang lebih besar kedudukannya daripada seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," itu kata Ronnie Liu ketika mengulas tindakannya mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Shah Alam baru-baru ini.

Lalu semalam PAS Selangor minta kerajaan negeri mengkaji kedudukan Ronnie sebagai exco dan diganti dengan orang lain. Sesuatu yang belum pernah berlaku dalam riwayat kerajaan negeri, terutamanya di Selangor sebelum ini.

Sebenarnya PAS sudah tahu lama sikap dan perangai rakan sekutunya DAP. Sebenarnya PAS juga tahu sikap orang PKR. Sebenarnya PAS sudah tahu lama apa yang tersirat disebalik kemelut yang berlaku dalam negara.

Tetapi disebabkan kuasa, mereka lupa segala-galanya. Mereka sanggup bersekongkol dengan golongan ini. Jangan terkejut bila lepas ini ada yang berkata, krisis di Selangor ini adalah perbuatan UMNO(BN) untuk melihat kerajaan PR lemah dan BN kembali berkuasa.

Mereka tidak pernah sama sekali akan menilai diri sendiri. Mereka tidak pernah akan mengaku kesilapan.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM