Wednesday, August 19, 2009

Cerita Pelakon Satu Malaysia

Yang dikatakan pelakon yang baik itu adalah, pelakon yang boleh mewatakkan sesuatu watak hingga memberi kesan kepada penonton. Jika dia melakonkan watak jahat, orang akan marah, hinggakan jika terjumpa diluarpun, orang akan marah pada dia. Jika dia melakonkan watak sedih, penonton akan menangis kesedihan. Biasanya pelakon bollywood terror berlakon watak2 sedih ni. Ramai makcik-makcik dan kakak-kakak tersedu sedan mengesat air mata dan hingus, bila menonton cerita hindustan.

Di Malaysia sekarang, ada tiga orang pelakon yang cukup terror. Peminatnya bukan calang-calang. Orang itu ialah Anwar Ibrahim, Wong Chuan How dan Gobalakrisnan. Memang betul saranan PM, satu Malaysia. Tiga-tiga bangsa ada. Yang sorang singh tu dah lama tak dengar berita. Apa khabar agaknya.

Buta-buta rakyat Malaysia kena tipu. Anwar masa dalam penjara dulu, jika keluar depan public mesti guna pembalut leher dan duduk atas kerusi roda. Nampak macam uzur sangat-sangat tetapi bila balik semula dalam penjara dia boleh main badminton bersama kakitangan penjara.

Kemudain timbul pulak Wong Chuan How. Dalam bilik khidmat rakyat, masa kena soal siasat dia duduk dengan tenang, sambil gosok hidung dan gosok mata. Jika dia nak protes masa tu pun dia boleh protes. Tetapi dia pilih masa depan orang ramai. Tak tahu la macam mana reput tulang kaki dia, kerana terjatuh sedikit je boleh patah kaki.

Yang terbaru, Gobalakrisnan. Patah tangan dan juga tak boleh berjalan. Terpaksa guna kerusi roda. Sebabnya kerana dia meronta-ronta masa polis nak tahan dia kerana buat kecoh masa hari penamaan calon di Permatang Pasir. Bila depan hakim dia tunjuk muka sakit hingga tak larat untuk bercakap. Bila keluar je dari bilik mahkamah, dia boleh lak panggil wartawan, buat sidang media.

Kadang-kadang terfikir juga, tahap pemikiran yang macam mana agaknya yang ada pada orang-orang yang dengan mudah mempercayai lakonan ahli-ahli politik semacam itu?

Apapun, lakonan mereka memang world class. Wa respect sama lu..

1 comment:

DPR said...

biasa dah tengok cita kung fu..terbang sana sini..lagi dasyat cita padayapa...desyummmm..atas bumbung...desyummmm dalam semak...

SAHABAT-SAHABAT AM