Monday, October 13, 2008

Siapa Kalah, Siapa Menang?

AM tertarik bila mendengar kenyataan PM tentang gelagat segelintir manusia yang bertindak seolah-olah mereka yang menang dalam PRU-12 baru-baru ini. Manakala ada dikalangan orang BN sendiri yang bertindak seolah-olah BN yang kalah.

Dalam akhbar SINAR 13hb Oktober 2008, Nik Aziz mengajak saudara-saudara dari UMNO untuk menyertai PKR ataupun PAS. Ketika orang ramai memandang sinis kepada DSAI yang konon-kononnya boleh menubuhkan kerajaan (tanpa perlu menang pilihanraya) orang yang kononnya memperjuangkan Islam, yang kononnya menjadi pakar rujuk ahli dan pemimpin PAS, boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa?

Sedar kah mereka, bahawa PR telah kalah (walaupun berjaya menambah jumlah kerusi di Parlimen). Kalah tetap kalah. Kalau kalah satu kerusi sekali pun, tetap juga kalah.
Kalau dah kalah, buat cara orang kalah.

Jangan lah kerana kononnya telah dapat mengumpul ramai penyokong, PR seperti orang gila talak. Merapu siang malam. Berangan macam mat jenin (meminjam kata-kata Haji Hadi Awang).

AM ingin beri pendapat sedikit kepada pemimpin PR, kalau benar-benar ingin menjadi pemerintah, kerjalah dengan lebih kuat, kumpulkan lebih ramai pengikut dan penyokong. Dalam pilihanraya ke - 13 nanti, buktikan kekuatan dan buktikan bahawa BN tidak mendapat sokongan rakyat. Lepas itu perintah la negara ini. Selagi belum menang, janganlah merapu tak tentu pasal.

Bagi penyokong BN pulak, janganlah jadi macam kucing kehilangan anak, kelam kabut tak tentu pasal. Buat la kerja. Banyak agenda yang harus dilaksanakan untuk membangunkan negara dan membantu rakyat. Jangan dipedulikan permainan DSAI tu. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM