Wednesday, October 7, 2009

A Samad Said Pejunga Bangsa Atau Pengkhianat?


"Keputusan kabinet Julai lalu, memansuhkan akta itu (PPSMI) secara berperingkat sehingga 2012 ini nampaknya masih meletakkan Umno BN terus dalam tanggapan bersalah"

Itu ayat terakhir dalam tulisan/berita dalam akhbar Harakah di bawah tajuk "Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!"

Rupa-rupanya isu itu belum habis. Setalah majoriti rakyat yang beranggapan bahasa inggeris tetap perlu, tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang tergesa-gesa memansuhkan dasar itu, seolah-olah tertekan dengan gesakan segelintir orang, tetapi pihak-pihak tertentu masih memainkan isu tersebut terutama ketika kempen pilihanraya.

Tidakkah mereka boleh bersabar. Sesuatu dasar itu tidak boleh dengan sewenang-wenang dipinda dan dihapuskan. Ianya memerlukan masa. Sebenarnya mereka faham, cuma mereka kehabisan modal untuk kempen pilihanraya. Ini bukan masalah kerajaan masih menimbang, tetapi kenyataannya kerajaan telah pun mengalah dan sudahpun membatalkan PPSMI. Apa yang mereka hendakkan lagi. Malang sungguh para cendikiawan seperti A Samad Said dengan rela telah dipergunakan oleh parti politik untuk kononnya memperjuangkan bahasa Melayu.

Persoalannya benarkah mereka memperjuangkan bahasa Melayu? Kenapa diam semasa pihak-pihak tertentu meletakkan papan-papan tanda tulisan cina dan india bersama-sama tulisan Melayu? Kemana mereka selama ini yang tidak pernah pun mendesak kerajaan dan pihak-pihak tertentu agar menurunkan papan tanda perniagaan yang ditulis dengan huruf cina dengan begitu besar?

Dimana A Samad Said ketika ramai ahli politik yang cakap melayu pun tergagap-gagap sedangkan Malaysia sudah merdeka 52 tahun? Dimana A Samad Said ketika anak-anak muda lebih gemar menggunakan bahasa pasar (dan bahasa sms)sebagai bahasa perantaraan setiap hari? Di mana A Samad Said ketika bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan sebagai bahasa penghantar antara bangsa yang bukan bangsa Melayu, tetapi mereka lebih gemar menggunakan bahasa inggeris? Pernahkah A Samad Said atau GMP, menganjurkan seminar atau kempen-kempen kesedaran agar Bahasa Melayu dimartabatkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia?

Kenapa bila kerajaan berhasrat untuk mendidik anak melayu yang ketinggalan jauh dalam bahasa inggeris (sedangkan bangsa lain sudah fasih berbahasa inggeris sejak sebelum masuk sekolah) GMP dan A Samad Said beria benar menentang?

Hendak memertabatkan Bahasa Melayu atau takut orang Melayu lebih pandai dari mereka?
Harap orang-orang melayu akan cepat sedar tentang niat tersirat orang-orang ini. Ya, mungkin A Samad Said juga dan GMP tidak sedar bahawa mereka telah diperalatkan oleh orang-orang tertentu agar menghalang hasrat kerajaan untuk memajukan rakyat Malaysia (dibaca orang Melayu)

Jangan ikut negara Jepun atau Korea. Memang betul mereka menggunakan Bahasa Jepun/Korea setiap hari, tetapi mereka faham bahasa inggeris. Mereka membaca bahan-bahan bacaan yang berbahasa inggeris dan mungkin bahan rujukan dalam bahasa Jepun juga telah banyak dicetak. Adakah inya juga berlaku dengan bahasa Melayu.

Cukupkah berbahasa Melayu jika buku-buku rujukan di universiti kebanyakannya masih berahasa Inggeris. Adakah A Samad Said dan GMP bersedia untuk menyediakan juru-juru bahasa untuk membantu anak-anak melayu menterjemahkan buku rujukan yang berbahasa inggeris ketika mereka berada di universiti nanti?

Malanglah bagi orang yang mempunyai ilmu, tetapi telah menggunakan ilmu tersebut untuk menyesatkan orang lain.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM