Wednesday, December 2, 2009

Demostrasi Jalanan, Jangan Jadikan Budaya Kita.


Dulu, demostrasi jalanan pernah diadakan di Malaysia, tetapi hanya pada isu-isu tertentu. Semasa Perdana Menteri Israel melawat Singapura, semasa lawatan pasukan kriket Israel ke Malaysia, semasa membantah pencerobohan USA ke Iraq (hanya beberapa contoh) Walaupun dianjurkan oleh parti politik, AM rasa ianya dilakukan atas semangat Malaysia. Walaupun mungkin ianya dianjurkan oleh PAS, orang UMNO pun ikut serta.

UMNO tidak menjadi 'penganjur tegar' demostrasi ketika itu (MUNGKIN) kerana, 'chif' pendemostrasi sedang selesa duduk dikerusi empuk dan berjawatan tinggi dalam UMNO.

Kebelakangan ini (setelah chif terlepas, dan menjadi sebahagian dari pembangkang)parti pembangkang mengadakan demostrasi, hampir dalam setiap permasalahan yang timbul. Hampir setiap isu.

Dulu, kerajaan mungkin rasa macam nak pitam memikirkan soal demostrasi jalanan itu yang satu ketika, hampir setiap minggu diadakan di Kuala Lumpur. Bukan setakat peniaga merungut, tetapi pelabur asing pun rasa cuak untuk melabur di Malaysia. Habis segala harta benda hancur. Malah satu ketika, para demostrasi telah memasuki PWTC, dimana terletaknya pejabat UMNO Malaysia. Alhamdulillah para penyokong UMNO tidak melakukan perkara yang sama ke atas pejabat PAS di Jalan Raja Laut itu.

Dulu AM pun seronok dengan demostrasi. Jumpa kawan-kawan dan berjalan atas jalanraya tanpa kena langgar dengan kenderaan yang lalu lalang. Maklumlah seluruh jalan raya dipenuhi oleh orang.

Tetapi betullah kata orang, pengalaman mengajar kita erti dewasa. Bila melihat para demostrasi mula memecahkan harta benda awam dan membakar kenderaan orang yang tak bersalah, AM rasa its too much.

Masa berdemostrasi, meraka tak pernah fikir bahawa mereka hanya merupakan sebahagian dari rakyat Malaysia. Tetapi mereka mengatakan bahawa mereka mewakli sura majoriti rakyat. Pirahhh.

Sejarah membuktikan bahawa kerajaan yang dibina dengan kekerasan, dengan hasutan dan dengan perasaan benci membenci, tidak boleh mentadbir dengan selesa. Contoh yang terdekat di Indonesia, Thailand dan Philippines. Pemimpin negara boleh jatuh dengan demostrasi jalanan. Tetapi sejauh mana pemimpin baru yang naik itu akan berjaya mentadbir dengan selesa tanpa gangguan dari penyokong pemimpin yang digulingkan?

Di Malaysia, belum sampai ketahap itu (menjatuhkan kerajaan), tetapi demostrasi sudah hampir menjadi budaya. Demokrasi tidak menghalang rakyat untuk bersuara dan berhimpun. Tetapi di Malaysia, rasanya demostrasi jalanan tidak begitu sesuai. Setiap negara mempunyai cara hidup dan budaya yang berbeza.

Pemimpin-pemimpin baru, bagi negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor mungkin dapat menceritakan perasaan sebenar mereka bila berhadapan dengan para demostrasi. Mereka tidak boleh menuduh para demostrasi sebagai samseng, kerana budaya itu yang mereka amalkan semasa pemerintahan BN. Jika yang berdemostrasi sekarang ini dianggap samseng, maka mereka (pemimpin pembangkang) juga adalah samseng. Mereka juga tidak boleh tuduh UMNO sebagai dalang demostrasi itu, kerana dulupun UMNO tuduh mereka sebagai dalang, tetapi mereka menafikannya.

Malah di Kelantan, rasanya demostrasi anti pemimpin merupakan yang julung-julung kali berlaku dalam sejarah Malaysia. Jika ditakdirkan Nik Aziz tertekan dengan demostrasi itu lalu meletakkan jawatan, adakah mungkin penggantinya nanti akan merasa lebih selesa tanpa diganggu gugat?

Bila berlaku demostrasi, persoalan yang selalu ditanya ialah "siapa penganjur demostrasi itu", tetapi kenapa kita tidak bertanya siapa yang memulakan budaya demostrasi jalanan? Lebih dari itu, pernahkah ada antara kita yang mula berfikir bahawa demostrasi jalanan sememangnya tidak harus dijadikan budaya rakyat Malaysia?

2 comments:

tanpa nama said...

5X2, 2X5 = 10.
semua sama...haaa
kita kena cari yang x sama.....

AnakMerdeka said...

Moh kita tubuh parti baru nak..:)

SAHABAT-SAHABAT AM