Sunday, December 6, 2009

Kebebasan Media dan Bersuara.

AM tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim, bahawa media di Malaysia tidak bebas dan tidak 'memihak kepada pembangkang', atau lebih tepat lagi dikontrol oleh kerajaan.

AM rasa setiap akhbar dan ketua pengarangnya, mempunyai hak untuk menyokong siapa yang mereka rasa hendak sokong. Akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Sinar Harian merupakan bukti bahawa bukan semua akhbar memihak kepada kerajaan. Apatah lagi jika ingin menuduh bahawa media dikontrol oleh kerajaan.

AM sendiri membaca Harakah dan Suara Keadilan. Rasanya belum sekalipun AM menjumpai artikel yang boleh dikatakan 'memuji kerajaan'. Kesemua berita (rencana) hanyalah tertumpu untuk mengutuk dan memburuk-burukkan kerajaan. Jika dulu mamak meletakkan akhbar Harakah di kaunter, tetapi kini Harakah dan Suara keadilan boleh didapati di mana-mana. Malah di pasar malam juga orang menjual akhbar Harakah dan Suara keadilan.

Jika dilihat dalam Sinar Harian malah kadang kala di Utusan Malaysia dan The Star, banyak tulisan-tulisan dari lidah pengarangnya, mengkritik secara pedas, terhadap kerajaan dan menteri-menteri tertentu. Itu tidak termasuk akhbar-akhbar Tamil dan cina, yang langsung 'tak bagi muka' kepada kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, dalam blog-blog anti kerajaan setiap saat membuat tuduhan-tuduhan dan lemparan kata-kata kesat terhadap kerajaan. Rata-rata tulisan tersebut adalah tuduhan liar dan pesepsi negatif sipenulis, tanpa berfakta dan tanpa disertakan bukti.

Kelakarnya, walaupun kerajaan tidak mengambil tindakan kepada penulis blog, ramai juga yang meletakkan 'anonymous' sebagai gantinama mereka. Mungkin kerana tidak ada keberanian atau sekadar 'berhati-hati'.

Bukan setakat fitnah, malah segala bentuk cacian yang terlintas di kepala, akan ditulis oleh penulis blog. Untuk menggambarkan betapa buruknya kerajaan Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, pihak pembangkang (terutama Anwar Ibrahim) sering menuduh media dikontrol oleh kerajaan.

Bayangkan jika benar kerajaan Malaysia zalim dan menghalang kebebasan bersuara. Rasanya blog yang setiap hari kita boleh baca, yang penuh dengan kejian dan cacian, akan pasti kena block. Kerajaan boleh buat itu semua (block laman web) tetapi inilah bukti kerajaan yang mengamalkan kebebasan bersuara.

Cuma terserahlah kepada pembaca untuk menilai dan mempercayai apa yang dibaca.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM