Tuesday, February 2, 2010

Akhirnya...

Akhirnya hari perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim bertemu tarikhnya.

Setelah sekian lama Saiful Bukhari dan orang-orang yang bersimpati dengannya, serta musuh-musuh politik Anwari Ibrahim (termasuk AM) menunggu-nunggu bilakan masanya keadilan boleh menyebelahi Saiful. Akhirnya masa yang ditunggu tiba juga.

Saban kali kita lihat, Anwar Ibrahim sahaja yang seolah-olahnya mempunyai hak. Hanya dia yang meminta itu dan ini dan meminta tangguh berkali-kali. Hingga ke saat akhirpun dia sempat lagi memohon untuk ditangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan ini menandakan semua pihak berhak untuk mendapat keadilan.
Kita tidak perlu bertanya apa keputusan perbicaraan itu nanti. Sekurang-kurangnya biarlah proses keadilan itu dilaksanakan dan kelihatan dilaksanakan.

Jika keputusannya nanti mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah, bersyukurlah, tetapi jika sebaliknya maka akurlah bahawa Anwar juga manusia. Dia bukan nabi yang terlindung dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Tak parlu nak berdemostrasi dan berhimpun beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar. Cukuplah sekadar berdoa dan bersembahyang hajat.

Jika rakyat Kelantan boleh berkumpul beramai-ramai untuk melakukan solat hajat agar Allah membukakan pintu hati PM dan memberikan royalti minyak kepada Kelantan, mengapa tidak lakukan sekali lagi solat hajat agar Allah tunjukkan kepada rakyat siapa yang benar dan siapa yang salah.

Adakah penyokong pembangkang telah kecewa dan tidak lagi mempercayai kuasa Allah? Adakah mereka rasa kuasa konspirasi lebih kuat dari kuasa Allah?

2 comments:

Anonymous said...

mmmm...btul juga..
tapi kbnarannya sudah jelas..
cummaa sngaja di tutup..

Pemikir said...

awat rakyat kelantan kena solat hajat tuk saiful? awat hg tak wat sendiri? awat hang tak kumpul rakyat malaysia wat solat hajat? Rakyat kelantan wat solat hajat sebab hak mereka dinafikan. makanya dizalimi. maka, mereka guna senjata yg paling ampuh iaitu doa.

SAHABAT-SAHABAT AM