Monday, September 14, 2009

Mercun...Salah Siapa?


Berbuih-buih mulut pemimpin agar ibubapa menasihati anak-anak supaya jangan bermain mercun. Saban tahun ada sahaja yang putus jari dan hampir buta mata disebabkan oleh mercun.

Walaupun setiap kali menjelang perayaan, berkontena mercun dan bunga api dirampas, tetapi kita boleh lihat mercun dan bunga api dijual dipasar-pasar juadah dan kedai runcit, yang boleh dibeli dengan mudah oleh kanak-kanak. Malah ada ibubapa yang menjadikan mercun dan bunga api sebagai barang keperluan wajib menjelang hari raya, seperti juga wajibnya mereka membelikan pakaian baru kepada anak-anak.

Kadang-kala terfikir, salah siapakah yang menyebabkan mercun boleh didapati semudah membeli air tebu dan roti john di pasar juadah? Dimanakah pegawai-pegawai penguatkuasa yang ditugaskan untuk mengawal penjualan mercun? AM pernah bertanya kepada pegawai penguatkuasa yang ditempatkan dikawasan pasar juadah yang tidak berbuat apa-apa bila ada orang menjual mercun. Mereka kata "tak boleh buat apa-apa, mereka pun nak cari duit raya gak".. mudah sangat jawapan mereka.

Kesimpulannya, selagi orang yang ditugaskan untuk mengawal dan mencegah, tidak menjalankan tugas, maka sampai bilapun undang-undang akan terus menjadi undang-undang. Mercun akan mudah didapati menjelang setiap perayaan. Tidak seperti di Singapura yang telah lama mengharamkan mercun, kerana setiap orang memainkan peranan. Pegawai penguatkuasa akan merampas mercun yang dijual dan mendakwa penjualnya manakala ibubapa dan guru mengajar dan mendidik anak-anak tentang bahaya bermain mercun.

Di Malaysia orang lebih mudah menuding jari. Yang pasti pihak kerajaan akan sentiasa dipersalahkan bila berlaku sesuatu.

2 comments:

The Story Teller said...

Bro

Setakat ni, yang aku tahu, di Malaysia ni je berlaku tragedy Mercun.

Di tempat lain, tak kedengaran pun.

Apa pun, segalanya bermula dari rumah. Ibubapa memanikan peranan penting dalam mendidik anak anak.

Kesian budak tu.. raya kat hospital dia

Anonymous said...

pandapat sy la..

mercun sedia ada adalah selamat sebenarnya..
sering kita dengar yang putus tangan adalah angkara mercun buatan sendiri..
anak2 org malaysia ini terlebih pandai dan kreatif, sehinggakan sanggup mengubahsuai mencun untuk lebih power dan kuat..

SAHABAT-SAHABAT AM