Wednesday, September 16, 2009

Nerakalah Tempatmu Wahai Anak..


JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Itulah yang tersiar dalam harian metro hari ini. Agaknya apakah jenis manusia yang sedajal itu sifatnya. Agaknya ada kah lagi sanak saudara yang menyambutnya di kampung dan menghidangkan dia dengan kuih muih dan rendang, setelah mengetahui apa yang telah dia lakukan terhadap ibunya? Kalau adalah orang yang sanggup bersalaman dengan manusia itu, maka berkongsilah dosa dengan orang yang tidak akan mencium bau syurga itu.

Bayangkan berapa ramai yang menyumpahnya setelah membaca berita kekejaman dia, yang disiarkan dalam akhbar. Moga dia berbahagia menyambut hari lebaran tanpa ibunya disisi.

1 comment:

hilbert said...

Salam sejahtera...

Kasihan si ibu di buat begitu...

Tidak pernah dibuat orang untuk menderhaka kepada ibu sendiri seperti itu..

...tak tau nak cakap apa dengan perkara seperti itu...harap anak orang tua itu segera bertaubat.

SAHABAT-SAHABAT AM