Friday, October 2, 2009

Dengar Cakap, Benarkah Sumbernya?

Denger cakap ini lebih kurang macam mengumpat. Dalam istilah perundangan, ianya disebut 'hearsay'. Dalam islam, bila kita bercerita tentang orang lain (kisah benar) itu dinamakan mengumpat, tetapi jika cerita yang kita sampaikan itu adalah cerita palsu, itu dinamakan fitnah. Kedua-duanya adalah berdosa. Dalam mahkamah, dengar cakap memang tak laku. Hakim tak nak dengarpun cerita dengar cakap.

Tetapi dalam masyarakat kita, kisah dengar cakap begitu popular dan sangat laku.
Bukan sekali AM terdengar atau terbaca orang berkata,

"aku dengar ada orang cakap bla bla bla...."

atau kalau nak lebih meyakinkan lagi,

"ayah aku kata, dia nampak dengan mata kepala dia (atau dia dengar)..bla bla bla"

dan bagi yang lebih nekad akan kata,

"aku tahu la, dia tu dengan aku siapa..korang tak tahu..bla bla bla.."

AM tertarik dengan tulisan seorang bloger yang mengulas tulisan AM di bawah tajuk "Buat Dosa, Orang Lain Tanggung...". Dia kata pakciknya yang bekerja sebagai pegawai di Kem Kemunting, bercerita bahawa 'rata-rata tahanan dalam Kem Kemunting tidak dibicarakan selama 4 atau 5 tahun. Bunyinya macam ramai sangat yang bercerita dengan pakcik dia yang bekerja sebagai penjaga Kem Kemunting. Samada begitu mudah tahanan Kem Kemunting bersembang-sembang dengan penjaga kem, itu perkara lain. Yang AM suruh dia tanya pakcik dia, berapa ramaikah orang yang dia maksudkan 'rata-rata' itu.

Yang nyata pakcik dia pun tidak faham apa itu ISA. Antara kandungan dalam ISA ialah, "menteri dalam negeri boleh menggunakan kuasanya untuk menahan seseorang yang boleh mendatangankan ancaman, tanpa bicara". Jadi nak bicara apa lagi? Mungkin nampak remeh, tetapi bila dia bercerita kepada orang lain, atas kapasiti dia sebagai 'pegawai penjara' sedikit sebanyak telah membuatkan orang tersalah persepsi terhadap ISA. Itu yang bahaya.

AM pernah ditanya oleh seorang driver orang kenamaan, samada AM berminat untuk membeli tanah seluas 100 hektar. Telan air liur dibuatnya. Manakan tidak, nak beli satu hektarpun belum tentu AM mampu, dia offer 100 hektar. Fikir punya fikir, AM rasa mesti dia dengar boss dia bersembang semasa dalam kereta berkenaan tanah 100 hektar. Biasalah jika boss bercakap dalam HP, driver kat depan akan pasang telinga. Bila dia balik, dia jumpa orang kat kedai kopi, dan tanya siapa nak beli tanah seluas 100 hektar yang bernilai puluhan ringgit sekaki persegi.

Seorang driver menteri akan bercerita seolah-olah dia faham keseluruhan organasasi kementerian berkenaan. Seorang driver DO akan berlagak seolah-olah dialah yang mentadbir sesuatu daerah. Seolah-olah dia kenal semua orang dan berkuasa berbuat apa sahaja.

Kisah pekerja penjara dan pemandu datuk tadi sebenarnya tidak ada kena mengena. Tetapi kehebatan mereka bercerita mengalahkan mereka tahu segala-galanya. Bukan bermaksud nak menghina kerjaya sebagai pemandu atau pegawai penjara, tetapi mereka ini kadang-kala boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat dengan cerita-cerita mereka. Ramai antara kita terlalu mudah percaya kepada cerita dari mulut ke mulut, apatah lagi jika yang bercerita itu berkerja di tempat-tempat yang 'selayaknya' tahu tentang perkara-perkara dalaman.

Dulu-dulu kita kata perempuan suka mengumpat walaupun sebenarnya yang mereka umpatkan hanyalah kisah-kisah kejiranan mereka. Sekarang ini lelaki lebih hebat jagi pengumpat. Sekali dengar, seolah-olah mereka boleh jual negara ini dengan sekali petik sahaja. Hebat.

4 comments:

DPR said...

dengar2 cakap ni dia punya impak besar...dalam politik ka dalam kehidupan jiran tetangga ka mahupun di dalam keluarga sanak saudara..benda ni kalau ada baka mengumpat dalam satu organisasi memang bahaya..2 sebab dosa mengumpat sama level dgn membunuh...

Cetusan said...

as-salam..

lepas dengar..cakap..
lepas tu ulas, lepas tu tambah kemudian sebar..

AnakMerdeka said...

Yang baiknya ialah, bila dengar orang cakap, kita fikir dulu. Jangan terus percaya. Selidik terlebih dahulu kebenaran cerita yang kita dengar.

Tapi kalau benda yang diceritakan itu tak penting, lupakan je. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Dan yang paling penting, jangan berperasangka jahat dan berfikiran negatif.

Anonymous said...

better dengar lepas tu diam sambil hati berzikir mengingati Allah swt. dapat juga pahala dan pembersihan jiwa

SAHABAT-SAHABAT AM