Thursday, October 22, 2009

Dulu Kini Dan Selama-lamanya...

AM tertarik dengan satu tulisan dalam blog AntiBarua...mungkin boleh direnung-renungkan.

UNTUK RENUNGAN SELURUH UMAT MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI...

1. DULU DAP SEORANG DIRI BERJUANG MENGHAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU MELALUI MALAYSIAN MALAYSIA, SEKARANG PUN MEREKA MASIH MEMPERJUANGKAN MALAYSIAN MALAYSIA DIBANTU PULA OLEH PAS DAN PKR YANG TAK MENGAKU MELAYU.

2. DULU DAP MENGHINA ISLAM LANGKAH MAYAT DULU, SEKARANGPUN MASIH MENGHINA ISLAM DENGAN MEMPERDAGANGKAN AYAT QURAN, MENGHALALKAN ARAK, MENGATAKAN ISLAM GANAS DIPERTAHANKAN PULA OLEH PAS DAN PKR

3. DULU DAP BERARAK SEBAB MENANG DALAM PILIHANRAYA, SEKARANGPUN MEREKA MASIH BERARAK DENGAN DIBANTU OLEH BALACI-BALACI BARUA MELAYU PAS DAN PKR

4. DULU DAP PARTI PERKAUMAN KERANA MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG CINA SAJA SEKARANGPUN DUK UTAMAKAN KAUM CINA SAJA, MELAYU PAS DAN PKR GIGIT JARI SAJALAH...TUKANG BARING ATAS JALAN BOLEHLAH

5. DULU DAP MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU (SULTAN SELANGOR) SAMPAI KARPAL SINGH KENA TAMPAR DEK KIAI ARSHAD (ORANG NEGERI TEMAN NI) SEKARANG PUN KETUA PEMUDA DAP MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU DISOKONG OLEH PAS DAN PKR (HARAM JADAH PARTI AJARAN SESAT DAN PARTI DAJJAL MATA SATU)

6. DULU JADI PEMBANGKANG SEKARANG PUN DAN SELAMANYA (INSYAALLAH) AKAN TERUS JADI PEMBANGKANG WALAUPUN DISOKONG OLEH BARUA PAS DAN PKR

7. DULU JADI SAMSENG SEKARANG BELA SAMSENG, BELA ALONG, BELA PUSAT JUDI, BELA PELACUR... APA NAK TAKUT PAS BOLEH KELUAR FATWA SEMUANYA HALAL.. KALAU TAK TAK SOKONG PAS... PAS MELUKUT DI TEPI GANTANG JE... KUAT TAKEBEER SAJA... CEPAT MABUK KUASA

8. DULU HINA ULAMA-ULAMA SEKARANG PUN DUK HINA ULAMA KECUALI ULAR DALAM SEMAK YANG DAP DAH BAGI MAKAN KENYANG-KENYANG, KALAU TAK PUN UGUT SIKIT JE... KECUT SEMUA ULAMAK PAS NI

9. DULU RACIS SEKARANG BERTAMBAH RACIS SEBAB YANG KENA SEMBUR AIR GATAL DULU MELAYU PAS DAN PKR JUGA, DIA ORANG SEMBUNYI DALAM BANGUNAN TAK ADA TELOQ NEGERI DUA BUTIR

8 comments:

Anonymous said...

1.Umno pun sama jugak la maknanya berjuang 1malaysia....? tiru DAP ka.....?
2.Dap dok hina sapa yang ajar...? orang islam sendiri macam umno la yang dok ajar hina isalam contohnya umno dok hina hukum hudud..walhal hukum hudud dari Allah......
3.Umno pun berarak jugak tapi berarak kepala lembu...hi..hi..hi.....
4.Mic, Mca bukan parti perkauman ka...? bila Mca, Mic perjuangkan nasib melayu...?
5. Sama lah umno pun dok hina raja2 melayu..contohnya "kami nak deris natang", penghapusan imunity raja sapa yang hapuskan...?
6. Umno tak jadi pembangkang ka di P.pinang, kedah, kelantan dan selangor...?
7.Ala sapa yang memerintah lebih 50 tahun di malaysia ni.....? sebelum ni tak dak ka samseng, pelacur dan judi di negeri umno/bn memerintah...? di johor tak dak ka pusat judi, di pahang tak dak ka...?
8. sapa yang pecat bekas mufti selangor dulu tu semata2 isu model...?
alahai....senang nya jawab saolan2 kau ni budak2 sekolah boleh jawab....macam ni ja ka tahap pemikiran orang umno main tuduh tampa fakta dan bukti kukuh.......

Pejuang Tulin.....

AnakMerdeka said...

Anonyomous, tulisan itu AM ambil dari blog lain, bukan AM yang kata. Kat baris pertama pun AM dah tulis AM copy dari blog lain.

Keduanya, kalau nak kata UMNO pun buat, masa UMNO perintah pun ada pelacuran, dan macam-macam lagi PAS nak beri alasan, jadi apa bezanya PAS dengan UMNO? Bukankah selama ini PAS kata mereka lebih baik dari UMNO? Bukankah mereka semua ahli sufi?

Ketiganya, MIC, MCA dan UMNO memperjuangkan nasib bangsa masing-masing. Kemudian mereka akan duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian. Manakala pula, PAS terus hilang suara, hilang telur dan hilang segala-galanya sejak bekerjasama dengan DAP. Malah sekarang DAP dah jadi wakil PAS untuk membaca ayat-ayat sudi alquran. Apa pemimpin PAS buat?

Keempatnya isu raja. UMNO pinda perlembagaan kerana pada satu ketika, ada kerabat raja yang lakukan perbuatan yang melampaui batas hingga ada yang sanggup membunuh, jadi ini akan mencemarkan nama baik keturunan raja. Ditambah pula, kemungkinan kerabat berkenaan akan ditabal menjadi sultan atau raja negeri berkenaan pada satu hari nanti. Jadi sebelum perkara lebih buruk berlaku, dipindanya perlembagaan agar kerabat raja tidak boleh sewenang-wenang lakukan jenayah.

Itu bukan menghina raja seperti yang makhluk-makhluk dari parti pembangkang lakukan. Dulu pun orang PAS taat dan hormat raja, tetapi sejak berimamkan DAP, dah jadi lain. Sedangkan menghormati raja dan pemerintah itu juga dituntut oleh Islam. Bukankah PAS itu parti islam?

Anonymous said...

ala, memang la ko kopi je artikel ni, tp kalu ko tak sokong dan ia kan mesti ko tak kopi artikel ni kan. Senang cite hati ko tu dah memang berkarat dengan umno tu sebab tu apa yang orang lain buat sume tak betul kat mata ko

rabbani said...

Mengubah Fikiran Pendek Lagi

Sempit Yang Memandulkan Iman

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/content/view/882/72/

KEJAHATAN TIDAK MELAHIRKAN KECUALI KEBURUKAN

Amat malang, semakin ramai manusia hari ini lebih suka melihat manfaat yang dekat dan pendek, kesenangan sementara dan mudah akibat tertipu dek kebodohan sendiri.

RASUAH

"Mengapa kau beri dan ambil rasuah?"

"Jika tak beri rasuah, masakan syarikat aku boleh hidup?"

Itu alasan aqal pendek serta bingung seorang peniaga. Tidak dilihatnya jenayah rasuahnya itu secara meluas iaitu secara ‘big picture' yang akhirnya akan terkena kesan buruknya kepada perniagaannya sendiri, melalui pelbagai cara. Malang apabila dia hanya mampu melihat begitu pendek, ringkas dan tersekat.

Lupa bahawa sebuah masyarakat perniagaan yang korup menjauhkan perkembangan skill dalam sesebuah perniagaan. Mengundang pekerja yang korup juga, dan melarikan pelanggan. Ya, jangka pendek mungkin boleh mendabik dada, namun tunggu kesan buruknya kelak.

Rasuah bukan sahaja ditegah Islam malah disedari kesan buruk dan besarnya oleh pengusaha dan peniaga di Negara maju seperti Sinagapura, Amerika, UK, Jepun, Eropah dan lainnya. Mereka sedar, ZERO-RASUAH adalah pra-syarat untuk menjadi negara maju dari sudut ekonomi serta memandaikan masyarakat kerana perolehan kontrak adalah hasil kebijaksanaan dan kualiti kerja dan bukan hasil kebodohan beri rasuah.

TIPU

"Mengapa kau menipu, mengatakan barang ini rosak?

"Saja, supaya aku dapat semula duit aku dan boleh nak beli yang lain free"

demikian alasan kurang bijaknya. Apa yang dilihat hanyalah kepentingan diri sendiri, dia lupa tindakan buruknya itu satu hari mampu menjadikan dirinya sebagai mangsa pula.

Pernahkah anda ditipu sepanjang hidup? Tatkala itu tentu kita terfikir, mengapalah dia sanggup menipu kita, bukan? Justeru, jangan sesekali melakukan kepada yang lain.

ZINA

"Mengapa kau berzina dengan isteri, anak orang, kakak orang?"

"entahlah, aku rasa tak tahan nafsu dan terdorong dek nafsu, tapi seronok jugak" mungkin itu tegas seorang penzina perosak masyarakat yang patut dihukum bunuh sampai mati. Tidak disedarinya, perangai buruk itu merosakkan kaum wanita, selain mendorong ke arah lahirnya sebuah masyarakat bebas zina. Satu hari akan sampai kepada anak dan isterinya serta menambah peluang besar untuk diri dan keluarga, mati akibat AIDS dan lain-lain penyakit kelamin.

Malang apabila yang difikir hanya keseronokan seketikanya, tidak difikir tekanan perasaan ibubapa si wanita, suaminya, anak, dan lebih dari itu, tidak difikir perasaan Rasulullah s.a.w yang akan dijadikan tempat bergantung untuk syafaat di akhirat kelak.

AnakMerdeka said...

Anon, semasa AM menyertai PKR dulu, AM memang ikut nafsu dan perasaan. Sebab itu rata-rata penyokong parti pembangkang penuh dengan emosi dan nafsu.

AM baru setahun jagung mengikuti perjuangan UMNO. Bacalah posting-posting AM yang lalu, orang UMNO pun AM bantai.

Yang betul kita kena sokong, yang salah jangan ikut.

Anonymous said...

PAS PKR mahupun UMNO sama sahaja. Masing2 memporakperandakan bangsa Melayu, menjahanamkan agama Islam. Sbb tu dulu Inggeris assign bidang politik pada melayu, senang nak dihancurkan kemudian hari...

Yang ada mufti dikudakan. ada ulama digula-gulakan. Ada harta dan kuasa bermaharajalela, yang tak ada apa, jadi balaci bangsa sendiri..

Bangsa lain tepuk tangan tepi panggung sambil sorak keseronokan.

Dihunus keris nampak semangat juang. pastu sarung pulak balik sambil minta maaf.

Yang satu tuh seru juang bangunkan bangsa, agaknya ditegur tuan gembala, terus tunduk putar kenyataan.

yang ada nampak mulia, umurnya tua dah mula melatah. pengganti2 pulak mmg tak boleh pakai.

Apa nak jadi?

Jagat.Nusantara

Musafir Kelana said...

kesian-kesian...silap kiblat...

DPR said...

apa la yang anon marahkan sangat...syukur la malaysia ni aman damai...rumah kita ni aman anon...rumah kita ada penjaga anon..macam rumah anon..anon sendiri jaga..elok2 jaga..ada sawang kasi buang,ada habuk kasi sapu...anon jangan marah2 sangat...anon kena berpolitik secara matang..ingat anon..kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa/agama di rumah kita ni.

SAHABAT-SAHABAT AM