Sunday, October 11, 2009

Rumusan Bagan Pinang.

Selama ini pemimpin dan penyokong parti pembangkang begitu sombong dan bongkak bila satu demi satu pilihanraya kecil diadakan dan mereka memenanginya. Malah satu-satunya kerusi DUN Batang Ai yang dimenangi oleh BN, tidak pernah disebut. Mereka selalu sebut, mereka telah menang 7-0.

Hari ini keangkuhan itu terhenti, walaupun mungkin buat seketika. Calon BN, Isa Abdul Samad memenangi pilihanraya kecil Bagan Pinang dengan majoriti besar 5,435 undi, walaupun pada peringkat awal hanya ingin mengekalkan kemenangan dengan majoriti sama atau mungkin lebih sedikit. Jika menang sekalipun, tetapi jika majoriti undi yang diperolehi lebih kecil dari semasa pilihanraya umum yang lalu, bermaksud sesuatu yang buruk sedang menanti masa depan UMNO dan BN.

AM sendiri cuak bila mengikut perkembangan dari semasa ke semasa kempen pilihanraya Bagan Pinang. Malah AM bercakap dengan rakan-rakan bahawa jika UMNO kalah juga kali ini, bermaksud nasib lebih malang akan menerima UMNO pada pilihanraya ke-13. Najib kena buat sesuatu untuk menarik semula pengundi agar menyokong BN, otherwise BN dan UMNO akan lenyap terus dari bumi Malaysia.

Pihak pembangkang menggunakan segala macam muslihat untuk memenangi hati rakyat. Bermula dengan Anwar yang tak habis-habis dengan 'isu lapuk', kronisme, nepotisme , korapsi dan macam-macam lagi tuduhan kepada kerajaan walaupun tidak pernah memberikan bukti, diikuti dengan kenyataan Nik Aziz yang sanggup menyerahkan kerajaan Kelantan kepada bangsa cina, semata-mata untuk menarik undi kaum cina, sedangkan dia sendiri tahu bahawa undang-undang tubuh kerajan Kelantan hanya membenarkan orang Melayu menjadi menteri besar, sehinggalah kenyataan Salehuddin Ayub yang mendakwa orang UMNO telah menyerang petugas-petugas mereka menggunakan parang dan besi.

Menariknya, isu undi hantu tidak menjadi bahan kempen mereka pada kali ini. Cuma PAS sejak awal mempertikaikan undi pos, walaupun telah banyak kali pilihanraya, undi pos telah memihak kepada calon pembangkang. Di Manik Urai misalnya, dilaporkan, undi yang diperolehi oleh BN/UMNO telah mengatasi PAS, tetapi setelah dicampur dengan undi pos, calon PAS telah memenangi pilihanraya berkenaan. Begitu juga dengan parlimen Wangsa Maju yang mempunyai undi pos jauh lebih banyak dari jumlah di Bagan Pinang iaitu mencecah 12,000 undi. Semua orang tahu, semasa pilihanraya umum yang lalu, calon PKR telah memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju. Jadi tuduhan yang mengatakan undi pos menyebelahi calon BN hanyalah raktorik pihak pembangkang semata-mata.

Pengundi di Bagan Pinang telah membuat keputusan bijak dengan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN. Pada pilihanraya ke-12, calon PAS mendapat 4,097 undi, tetapi kali ini undi yang mereka perolehi jauh lebih rendah berbanding yang mereka perolehi dahulu, malah tidak sampai separuh dari undi yang diperolehi oleh calon UMNO. Mereka hanya mendapata 2,578 undi sahaja manakala calon UMNO, Isa Samad memperolehi 8,013 undi. Kemana perginya baki 1,519 yang mengundi mereka dulu?

Syabas dan tahniah pengundi-pengundi Bagan Pinang. Penyokong dan pemimimpin pembangkang mungkin boleh mula mengurangkan doa agar pilihanraya kecil akan terus berlaku.

9 comments:

echah_syed said...

tahniah pada tan sri dan syabas pada BN :)

AnakMerdeka said...

Dulu laie den koban..BN monang ekau tak cayo...hehehe

Pak Tua Jaga said...

Baru 1st time baca blog ni, sebelum ni hanya tgk sjh tp isi dan fakta yg menarik mungkin lepas ni leh jadi follower, apapun BN (UMNO) kena terus berusaha jgn lak seronok hingga terlupa :)

AnakMerdeka said...

Terima kasih pak tua jaga,
AM masih baru dalam penulisan blog dan masih memerlukan tunjuk ajar terutama dari otai-otai yang lebih berpengalaman.

Sekadar berkongsi pengalaman dan meluahkan isi hati..

Apa pun selamat datang dan selamat mengulas

DPR said...

Tahniah TS Isa...selamat menjalankankan tugas yang diamanahkan...hehe,macam ni blog TS Isa plak...Tahniah juga kpd penulisan AM...cool&steady....

DPR said...

1,519 tersedar dari 'kelabu asap'

DPR said...

DPR ada juga tak puas hati dgn penyokong BN ni..bila pengerusi spr umum je zul PAS punya undi terus 'booo'...macam budak2...pemimpin BN tolong nasihat sikit penyokong anda...tak macam penyokong PAS yang gegar bertakbir dengan 1 suara tatkala calonya menang..

al-fakir said...

KEMENANGAN DAN KEKALAHAN ADALAH ADAB PERTANDINGAN....
Bagi yang MENANG, "bersyukur" dan sabarlah dalam menerima AMANAH...
Bagi yang KALAH, "bersyukur" kerana tidak dibebani dengan AMANAH...

AnakMerdeka said...

Sokong cakap Bro Ujang tu. Ada orang UMNO yang terpengaruh dan terikut-ikut budaya orang PKR dan PAS.

Janganlah boo orang kalau belum pasti bahawa boo itu tidak mungkin akan terkena ke batang hidung kita juga pada masa akan datang.

Sentiasa bersyukur dan merendah diri, itulah yang sebaik-baiknya. Banyak lagi kerja yang harus dilakukan untuk memperbaiki diri.

SAHABAT-SAHABAT AM