Saturday, January 2, 2010

Permainan Politik Yang Semakin Menjijikkan.

AM faham dan sedar, bahawa AM baru setahun jagung mengenali dunia politik. AM juga sedar bahawa punca AM berminat dengan politik adalah kerana ketaksuban yang amat tinggi kepada Anwar Ibrahim. Setelah dia dipecat, AM tiba-tiba rasa berminat untuk mengenali politik. Pada tahun itu juga AM mendaftar sebagai pemilih dengan SPR.

Sejak dari itu hingga kini, AM mula menghayati dan mengikuti perkembangan politik tanah air.

Dari dulu hingga sekarang, AM nampak dengan mata kepala sendiri perubahan demi perubahan dalam lanskap politik tanah air. AM nampak perubahan sikap dan cara parti-parti politik dan individu dalam parti-parti politik berpolitik, demi untuk mendapatkan kuasa. Ada yang melucukan dan ada yang menguji kesabaran.

Yang paling ketara AM nampak ialah, ahli politik Malaysia suka memburuk-burukkan keperibadian tokoh-tokoh tertentu, untuk menunjukkan yang mereka adalah lebih baik dari orang yang mereka cela. Dalam mereka manjadikan negara luar sebagai contoh pengamal demokrasi terbaik, sebenarnya cara mereka berpolitik tidak sedikitpun mencontohi apa yang diamalkan oleh ahli politik luar negara (walaupun ada sedikit kesamaan dengan politik Hong Kong)

AM masih ingat bagai mana Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri dituduh diktator, kuku besi, maha firaun dan sebagainya. Malah ada sastrawan negara yang diangkat namanya oleh kerajaan dikedudukan paling mulia, sanggup menulis buku dengan menggelarkan Tun Dr Mahathir sebagai PukiMak, Kepala Tahi dan sebagainya. Kartunis Zunar, telah melukis lakaran Dr Mahathir yang berhidung besar untuk dijadikan bahan ketawa orang ramai.

Gelaran-gelaran dan penghinaan terhadap Tun berakhir setelah persaraannya.

Zaman Tun Pak Lah yang terkenal dengan sikap lemah lembutnya, tidak juga terlepas dari penghinaan. Tidak ada sesiapa akan lupa bagaimana Pak Lah dimemekkan dengan "Badawi di negara arab bela unta, tetapi badawi di Malaysia bela babi".

Nampaknya pemimpin pembangkang sangat merestui celaan-celaan kepada pemimpin. Mungkin atas alasan, Allah juga mencela.

Zaman mencela dan mencerca pemimpin nampaknya berakhir setelah Pak Lah bersara. Kini parti pembangkang telah mengubah starategi dengan membuat fitnah. Mungkin mereka beranggapan bahawa 'presentage' untuk memenangi hati rakyat lebih besar dengan cara memfitnah berbanding dengan cara mencela. Buktinya politik adu domba dan politik persepsi telah menjadikan parti politik pembangkang, menang besar dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Setelah merasakan strategi itu (memfitnah) boleh mendatangkan hasil yang lumayan, maka secara tiba-tiba muncul berbagai fitnah terhadap Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Beliau didakwa terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Saribu. Tidak cukup dengan itu, isteri beliau juga menjadi sasaran serangan fitnah. Tidak pernah terjadi sebelum ini, isteri ahli politik terutamanya isteri PM diserang sebegitu teruk.

Bagi orang yang mahu berfikir (walaupun sekejap), jika DS Najib berkuasa mengarahkan pegawai polis membunuh orang, kenapa dia tidak boleh mengarahkan polis menutup kes berkenaan dari diketahui umum? Kenapa perlu ada siasatan, ada penangkapan dan seterusnya ada orang yang didakwa di mahkamah? Pembaca boleh lah membuat rumusan sendiri.

Berita terbaru, Suara Keadilan dalam terbitannya telah mendakwa bahawa Menteri Besar Perak telah ditahan oleh pihak berkuasa Amarika setibanya ke negara berkenaan, untuk menyertai misi pelaburan kerajaan negeri selepas namanya ada dalam senarai pengganas dan kemudian diarah pulang.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk dalam Mingguan Malaysia hari ini berkata,

"Tujuan sebenar mereka bukan mahu menyampaikan fakta yang benar, tetapi lebih kepada berita yang berbaur propaganda. Ia hanya bertujuan mempengaruhi masyarakat untuk menjatuhkan parti lawan,"

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata, pihaknya sedia berdepan dengan Menteri Besar itu di mahkamah bagi menyelesaikan mengenai perkara tersebut.

Yang AM dah nampak lucunya, bila beliau berkata,
"Kalau beliau nak saman itu haknya, kami sedia menghadapinya di mahkamah nanti, tapi kami harapkan prosedur mahkamah yang betul-betul adil tanpa campur tangan politik,"

Belum apa-apa, belum lagi Zambri membuat laporan polis, pihak mereka telah cuba mengelirukan rakyat dengan menggambarkan bahawa keputusan mahkamah akan dicampuri oleh tangan politik.

Maksudnya mudah, mereka tidak takut melakukan fitnah. Mereka tidak takut didakwa dan didenda. Mereka tahu bahawa persepsi yang hendak mereka tanam dibenak pengikut-pengikutnya ialah, mahkamah Malaysia tidak adil dan dicampuri oleh orang politik.

Yang lebih penting, kemarahan mereka terhadap Zambri memang tidak ada penghujungnya setelah kuasa yang ada ditangan, tiba-tiba hilang dirampas oleh Zambri (walaupun pada hakikatnya bukan Zambri yang merampas kuasa mereka). Bagi mereka, orang bernama Zambri itu harus dihapuskan dari pesada politik di Perak. Setidak-tidaknya Zambri mesti diaibkan secukupnya.

Selain dari kes (jika DS Zambri membuat laporan polis) yang pastinya akan tertangguh, tertangguh dan tertangguh, mereka tahu apa pun yang berlaku mereka tidak rugi apa-apa. Yang rugi ialah Datuk Zambri yang namanya telah tercemar. Mereka yakin rakyat pasti akan percaya kepada tuduhan itu.

Bagi orang yang mahu berfikir (walaupun seketika) jika Datuk Seri Zambri adalah penjenayah, semasa tapisan untuk menjadi calon wakil rakyatpun dia dah tak lulus. Apa istimewanya Zambri hingga UMNO sanggup melindunginya, jika benar dia ada rekod jenayah? Kalaupun memang ada nama 'Zambri' dalam senarai 'black list' pihak berkuasa Amarika, adakah bermaksud orang itu ialah Zambri Abdul Kadir, Menteri Besar perak itu?

Adakah jenis politik seperti ini yang kita harapkan akan terus diamalkan di Malaysia? Jijik dan sungguh meloyakan.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM