Wednesday, January 20, 2010

UMNO Belum Kuat...

Pantang pahlawan Melayu pada zaman dahulu ialah, bertikam dengan orang yang tidak mempunyai senjata atau tangan diikat. Itu dinamakan bacul.

Walaupun yang dicari ialah kemenangan untuk menunjukkan seseorang itu lebih gagah dari yang lain, mereka biasanya tidak akan pukul curi atau menyerang orang yang tidak mempunyai senjata. Bak kata Aziz Satar, "kalau berani one bye one la"

Hari ini ada orang UMNO merasa gembira bila mendengar berita bahawa Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai oleh Datuk Khalid Ibrahim, dibubarkan.

AM rasa, adalah sesuatu yang silap jika orang UMNO merasakan parti pembangkang sudah merasa semakin lemah, apatah lagi merasakan bahawa UMNO semakin kuat dan mula diterima semula oleh rakyat.

Dan lebih silap lagi jika ada pemimpin UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian yang mula merasakan mereka boleh duduk sila panggung sambil berhayal bulan jatuh ke riba.

Walaupun mungkin boleh sedikit lega dengan perkembangan terbaru itu, orang UMNO sepatutnya teruskan kerja menarik semula orang-orang Melayu terutamanya golongan muda untuk mendekati UMNO.

Apa yang berlaku muktahir ini, bila ada pemimpin pembangkang keluar parti atau cawangan parti pembangkang dibubarkan, bukanlah petanda bahawa kekuatan BN/UMNO telah berada ditahap maksimum.

"Sebuah kereta itu tidak boleh dikatakan lebih 'power', jika hanya dapat memotong kereta lain yang sedang 'parking' di tepi jalan kerana kehabisan minyak"

Apa yang kita hendak ialah, UMNO boleh berdiri dengan kekuatan sendiri tanpa boleh diganggu gugat dan bukan 'kelihatan gagah' disebabkan pihak musuh tidak mempunyai senjata atau kehabisan peluru.

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Kalaulah semua barisan kepimpinan parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kalur berdemo pasai bahasa kebangsaan ini mempunyai tahap pemikiran seperti anda, nescaya dijamin (oleh Lever Brothers) akan sentiasa mendapat penghormatan tinggi dari rakyat 1Najis oppsss silap taip daaa... Tiap kali taip nama Najib sure tereja Najis...

Kah kah kah!!!...

AnakMerdeka said...

Najis tu dekat-dekat dgn nama Nik Ajis...hehehe

Kamal Sanusi said...

Sama saja kedua-dua pemimpin tu. Dah ler cetek akal, ada penasihat keliling pinggang pun kaki telan.

Heheeheee...

SAHABAT-SAHABAT AM