Tuesday, May 4, 2010

Kita, Polis dan Jenayah...

Sekarang ni, cerita yang paling hot sudah tentunya kisah remaja yang kena tembak oleh polis.

Rasanya lebih ramai yang ingin mencari kesempatan dari betul-betul menunjukkan simpati kepada keluarga mangsa.

Bagi sesetengah pihak, inilah masanya peluang digunakan sepenuhnya untuk menunjukkan betapa polis Malaysia adalah polis yang tidak boleh dipercayai, penjenayah berlesen dan pembunuh bertauliah. Bukankah selama ini memang mereka bersungguh-sungguh memburukkan imej polis, mahkamah Malaysia dan kerajaan Malaysia.

Jadi peluang ini tidak boleh didibiarkan lepas begitu sahaja. Lupakan tentang anggota polis yang mati ditembak penjenayah, persetankan dengan berapa ramai isteri yang kehilangan suami dan anak kehilangan ayah, semata-mata kerana ayah dan suami mereka adalah polis. Polis yang meletakkan nyawanya dihadapan sebagai benteng untuk mempertahankan 26 juta rakyat Malaysia dari diganggu gugat keselamatannya.

AM rasa ibu kepada penjenayah nombor satu Malaysia, Botak Chin atau Bentong Kali, akan tetap mengatakan anaknya seorang yang baik, berbudi bahasa dan tidak pernah melakukan kesalahan. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk mempertahankan kita selain dari ibu kandung kita sendiri?

Adakahkah antara kita atau penjenayah sebenar yang memberitahu ibubapanya bahawa dirinya adalah seorang penjenayah atau sering melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang? Jadi pelik sangatkah jika ada ibu yang sambil mengalirkan air mata memberitahu bahawa dia yang melahirkan dan membesarkan anaknya, jadi dia tahu segala-galanya tentang anaknya itu.

Apakah yang harus diperkatakan terhadap ibu yang melahirkan dan membesarkan anak-anak yang baik-baik, sedangkan dia tidak melarang sianak keluar pada jam dua pagi dan bagaimanakah anak-anak baik yang sentiasa menerima nasihat yang baik-baik boleh memandu kereta tanpa lesen sedangkan dia (mungkin)tahu bahawa usianya baru 15 tahun?

Jika kita mempunyai anak yang belum balik ke rumah walaupun ketika jam menunjukkan pukul 2 pagi, tidakkah kita patut merasa curiga bahawa anak kita mungkin mencampuri orang yang tidak sepatutnya dia campuri? Atau adakah kita sewajarnya mencurigai diri sendiri jika kita tidak merasa apa-apa pun kerana sudah pasti ada yang tidak kena dengan kita dan keluarga kita.

Opss..bukan bermaksud menambah luka hati siibu yang kehilangan anak.

Tetapi berlaku jujurlah kepada semua. Simpatilah kepada orang yang kehilangan anak tetapi dalam masa yang sama jangan diletakkan martabat polis itu lebih hina dari anjing yang menggonggong dan mengigit kaki kita. Bolehkah kita tidur lena tanpa ada polis peronda yang sentiasa meronda dipersekitaran kita dikala kita sedang bermimpi indah atau sedang baring di atas badan?

Berapa ramai anggota polis yang telah mati ketika bekerja menjaga kita dan harta benda kita. Berapa ramai antara kita yang pernah menjenguk keluarga anggota polis yang telah meninggal dunia atau adakah antara kita yang pernah menghadiahkan alfatihah kepada roh anggota polis yang telah meninggal dunia?

Berfikirlah secara rasional bukan emosional. Bertindaklah secara bijak dan bukannya hanya menemplak dan menyalak.

SAHABAT-SAHABAT AM