Friday, May 17, 2013

Siapa Sebenarnya Hantu?


Dikala pihak pembangkang, terutamanya ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ghairah menjaja keseluruh negera melalui sesi perhimpunan Blackout 505, AM ingin mengajak masyarakat merenung kemungkinan yang berlaku sebaliknya, berpandukan ‘andaian’ AM yang tidak mustahil boleh dilakukan oleh pihak pembangkang. Apapun ini hanyalah andaian, bukan tuduhan.

Pihak pembangkang begitu yakin dengan dakwaan mereka bahawa SPR adalah agen UMNO/BN dan telah melakukan penipuan termasuk mendakwa wujudnya pengundi hantu semasa proses pilihanraya.Malah dalam situasi tertentu, ada warganegara Malaysia yang tanpa usul periksa, telah dipukul kerana mendakwa mereka itu adalah warga Bangladesh yang dijadikan pengundi hantu untuk mengundi BN. Tidak kurang juga berlaku, pengundi melayu telah diprovoke oleh petugas parti pembangkang, dengan soalan samada mereka adalah rakyat Malaysia atau rakyat Indonesia dan meminta mereka menunjukkan my kad.

Andaian saya ini, berpandukan kepada beberapa kenyataan pemimpin SPR bahawa senarai pengundi yang dimiliki oleh SPR, tidak ‘link’ dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika ini benar, maka pihak SPR, terutama pekerja ‘sementara’ yang dilantik ketika pilihanraya, sudah pasti tidak dapat menentukan “keaslian” seseorang pengundi tambahan pula, mereka tidak disediakan alat pengesan keaslian mykad.

Lalu, apa akan berlaku jika ada pihak tidak bertanggungjawab, membuat kad pengenalan palsu dan diberikan kepada pengundi hantu dari Singapura, Taiwan, Hong Kong dan China untuk mengundi pembangkang terutamanya DAP?

Untuk menuduh pihak kerajaan menggunakan taktik ini adalah sangatlah sukar dan tidak masuk akal, memandangkan rupa paras orang melayu sangatlah berbeza dengan paras rupa orang Indonesia ataupun Bangladesh.
Jadi, jika AM beranggapan, perbuatan memasukkan pengundi hantu lebih mudah dilakukan oleh DAP dengan menggunakan warga China, Hong Kong, Singapura dan sebagainya, kerana rupa paras mereka sangat sama dengan orang cina Malaysia.

Dengan mengambil kira jumlah pengundi cina yang terlalu ramai ketika hari mengundi dan penampilan mereka yang ‘sangat mencurigakan’ dari segi berpakaian dan datang secara berkelompok, AM mempunyai asas untuk mempercayai apa yang AM fikirkan.
Proses ‘membuat’ pengundi hantu ini, mungkin bermula dengan persiapan rapi seperti berikut.

1. Disediakan beberapa petugas untuk menyemak daftar pengundi di website SPR dengan memasukkan dua belas digit nombor mykad. Jika nama yang dimasukkan itu didapati tidak wujud dalam senarai pengundi berdaftar SPR, maka proses ‘pengumpulan’ nombor kad pengenalan pun bermula dengan mengasingkannya mengikut katagori jantina.

2. Proses kedua ialah, dengan mencari seberapa ramai rakyat asing berketurunan cina, melalui sindiket haram, seperti pusat pelacuran, karoke dan kelab malam serta disekitar Petaling Street, Bukit Bintang, Kepong, Cheras dan sebagainya yang saya pasti terlalu ramai warga China berada disana, duduk dengan selesa tanpa ada orang mengesyaki bahawa mereka bukanlah warganegara Malaysia.

3. Proses ketiga, setalah dikumpulkan mereka itu secara berperingkat, sindiket pembuatan kad pengenalan palsu mula dijalankan. Semua orang tahu, bukan setakat kad kridit, malah wang palsu terlalu mudah untuk dicipta, jadi adakah terlalu sukar untuk membuat mykad palsu?

4. Proses keempat ialah, proses pendaftaran dengan SPR. Semua sedia maklum, SPR akan melantik wakil dari setiap parti politik untuk memudahkan proses pendaftaran pengundi baru dan pemindahan alamat. Proses ini akan digunakan sepenuhnya oleh DAP untuk mendaftarkan seberapa banyak yang mungkin, individu yang telah dikumpulkan tadi, menggunakan kad pengenalan palsu yang dibuat. Mungkin, dengan bantuan kakitangan SPR, proses pendaftaran ini akan berlaku dengan cepat. Jangan lupa, bukan semua kakitangan kerajaan adalah penyokong kerajaan. Jadi tidak mungkinkah ada kakitangan SPR yang bersekongkol dengan DAP?

5. Proses seterusnya ialah, memastikan ‘pengundi-pengundi hantu’ tersebut hadir dihari pengundian sebagai pengundi berdaftar, tanpa ada sesiapa yang boleh mempertikaikan identiti mereka, kerana mereka mempunyai ‘mykad’. Ada sesiapa bertanya? Kakitangan dan petugas SPR yang bertugas dipusat mengundi tidak ada hak untuk mempertikai atau memeriksa ketulinan mykad yang dibawa, kerana itu ‘bukan tanggungjawab’ SPR.

Berlandaskan kebarangkalian lima proses yang AM andaikan di atas maka pihak-pihak yang berkenaan perlu lebih berwaspada.Kita tidak mahu, dikala Anwar Ibrahim terpekik terlolong mengatakan ada pengundi hantu, sebenarnya mereka yang menggunakan khidmat pengundi hantu.

Tuesday, February 5, 2013

Antara Felda, Peneroka dan Mazlan Aliman



Faktanya :
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.
Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

Sejak penubuhannya hingga sekarang, berpuluh ribu/beratus ribu rakyat miskin dari seluruh pelusuk negara, telah dapat mengubah nasib mereka dari kedaifan kepada hidup lebih selesa dan senang. Malah, rasanya kehidupan masyarakat di kawasan felda lebih baik dan senang dari kehidupan masyarakat luar yang tidak terpilih sebagai peneroka.

Sebenarnya jika ada peneroka yang merasakan nasib mereka tidak terbela dan merasakan mereka tidak suka ditempatkan di rancangan felda, mereka mempunyai pilihan untuk meninggalkan felda dan pulang ke kampung asal mereka.

Jadi, tidak timbul perseolan seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak bahawa, anak-anak peneroka tidak terbela, hidup susah dan tertindas di rancangan felda.

Lalu, AM tertanya-tanya, apakah motif sebenar Mazlan Aliman menghasut peneroka untuk membenci kerajaan. Sedangkan beliau adalah anak isteri kedua kepada peneroka felda dimana jika ayahnya hidup susah, beliau tidak akan mampu beristeri dua hingga melahirkan Mazlan Aliman.

Tuesday, January 22, 2013

Rapuhnya Pendirian Agama Mereka...


AM tidak bermaksud untuk bercerita secara detail tentang perkara-perkara berkenaan agama, kerana kita sudah mempunyai guru agama dan ulamak yang cukup ramai di luar sana. Mintalah pendapat dari mereka, jika kita kurang faham.


Apapun, jangan sampai tersalah memilih guru. Jangan memilih guru dari kalangan pemimpin dan ahli PAS. Mereka itu adalah munafik. Syaitan yang cukup jelas.


Baru-baru ini, bila isu penggunaan kalimah Allah hangat diperkatakan, dengan begitu tegas (raut wajahnya) Presiden PAS Datuk Sri Haji Hadi Awang dalam satu sidang akhbar bersama Datuk Sri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan islam. Keesokan harinya, Datuk Nik Aziz dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin juga membuat kenyataan untuk menyokong penuh 'kenyataan rasmi presiden'.

Adakah sesiapa (terutama penyokong PAS)yang mempertikai, atau setidak-tidaknya merasa sangsi, dengan pendirian para ulamak dan ustaz dari PAS berkenaan, ketika mereka membuat kenyataan itu?

Seminggu selepas itu, Majlis Syura mengadakan mesyuarat dan membuat ketetapan bahawa kalimah Allah, adalah hak mutlak penganut islam. Dengan tidak semena-mena, golongan yang seriang digelar ulamak dan tok guru tersebut, membuat pusingan U.

Persoalannya, mengapa perlu menunggu mesyuarat untuk membulatkan pendirian? Adakah sebelum mesyuarat, Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Nasarudin, tidak terfikir tentang apa yang difikirkan semasa bermesyuarat dengan majlis syura? Adakah pendirian berkenaan agama, perlu dimesyuaratkan terlebih dahulu untuk membuat kata putus?

Beginikah caranya pemikiran golongan ulamak PAS yang kononnya hendak menegakkan undang-undang islam di Malaysia? Masih nak percaya lagi?


AM : Menunggu-nunggu Majlis Syura PAS mengadakan mesyuarat untuk membincangkan kemelut "amat Hadi Awang'....atau Majlis Syura sememangnya bersetuju dengan amanat yang mengkafirkan ahli dan pemimpin UMNO berkenaan?

SAHABAT-SAHABAT AM