Thursday, December 31, 2009

Bila Wanita Mula Mengomel

Bila wanita mula mengomel, memang susah hendak berhenti.

Semalam Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim meminta Mohd Nazri meletakkan jawatan kerana kegagalannya memastikan wakil rakyat BN hadir ke Parlimen. Ini berikutan kes 14 Decembar, dimana budjet 2010 hanya berjaya diluluskan dengan majoriti 3 undi.

Hari ini exconya pula bersuara. Datuk Jamelah A. Bakar berkata, sekalu menteri yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal parlimen, Mohd Nazri patut sedar bahawa beliau yang harus dipertanggungjawabkan dan mengakui kesilapan.

Apapun AM rasa, tak perlulah nak tuding sana tuding sini. Simpanlah jari itu untuk perkara yang lebih berfaedah.

Jika semua orang tahu tanggung-jawab masing-masing, jika semua orang tahu apa matlamat mereka bila menawarkan diru untuk jadi ahli parlimen dan jika semua faham bahawa mereka wajib hadir ke parlimen untuk membahaskan isu-isu untuk kepentingan rakyat, perkara seperti yang terjadi pada 14 December itu tidak mungkin akan berlaku.

Sekarang ini tak perlu dah nak bising-bising lagi. Yang terlibat perlu belajar dari kesilapan dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Jadikan niat untuk tidak ponteng persidangan parlimen sebagai azam tahun baru 2010.

Dalam pada itu, tolong-tolonglah tanya bekas Ketua Wanita, Tan Seri Rafidah Aziz kemana menghilang. Walaupun dia bukan lagi ketua wanita UMNO, tetapi dia masih ahli parlimen. Rasanya boleh dikira dengan jari berapa kali dia menghadiri persidangan dewan rakyat.

Pihak Lain Semua Tak Betul

Itulah yang boleh diungkapkan tentang sikap pemimpin pembangkang terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh pihak lain, jika ianya tidak menguntungkan mereka.

Yang terbaru, cadangan SPR yang ingin mencadangkan agar tempoh bertenang dilanjutkan kepada 24 jam, dan bukannya selepas jam 12 malam seperti yang dipraktikkan selama ini dan masa penamaan calon dilanjutkan kepada tiga hari.

Antara alasan yang diberi oleh SPR ialah untuk mengelakkan kekecohan yang mungkin akan berlaku dalam masa-masa terakhir sebelum berlakunya pengundian. SPR mesti telah melakukan penyelidikan sebelum sesuatu cadangan itu dikemukakan kepada kerajaan.

Sebaliknya pemimpin pembangkang, Salahudin Ayub mengatakan bahawa cadangan SPR itu tidak masuk akal dan remeh-temeh.

Beliau juga menemplak SPR dengan meminta agar ditunjukkan padanya kekecohan dan bentuk keganasan yang didakwa suruhanjaya itu sehinggga perlunya meminda akta berkenaan. Seolah-olah Salehuddin Ayub tidak pernah berada di Malaysia setiap kali menjelang hari penamaan calon dan hari mengundi.

Kita tahu tabiat pemimpin dan penyokong parti pembangkang ialah cabar mencabar dan 'memprovoke'pihak lawan. Saat-saat menjelang pengundian dan semasa penamaan calon itulah yang biasanya digunakan oleh penyokong PAS untuk mewujudkan ketegangan. Jadi jika cadangan SPR itu diterima oleh kerajaan, maka nampaknya mereka tidak lagi berpeluang untuk memulakan ketegangan itu.

Monday, December 28, 2009

Raja Petra, Pengkhianat Dan Penjenayah Yang Bacul

Gayanya macam orang berpendidikan tinggi. Cara bercakapnya (tulisannya) macam dia seorang yang arif tentang undang-undang.

Dia sangat berani. Ditambah, terlalu ramai orang yang percaya kepadanya. Semasa dia ditahan pihak berkuasa pada kali pertama, blognya telah berjaya mengumpul RM1.5 juta dalam beberapa hari sahaja. Sumbangan dari pembaca blognya yang bersimpati dengannya.

Rupa-rupanya dia tidak lebih dari penulis blog 'tempelan' yang menulis untuk suka-suka. Rupa-rupanya dia tidak lebih baik dari pendatang haram Indonesia yang menggunakan dokumen palsu untuk ke negara lain.

Sekurang-kurangnya pendatang haram Indonesia, walaupun menggunakan dokumen palsu, datang ke Malaysia dengan niat yang baik, untuk mencari sesuap nasi.

Tetapi anak raja seorang ini, bukan sahaja tidak berani bertanggung-jawab atas segala perbuatannya, tetapi dia yang sentiasa bercakap tentang undang-undang, rupa-rupanya tanpa rasa malu dan rasa bersalah, telah menggunakan pasport haram untuk ke luar negara untuk lari dari berhadapan dengan undang-undang.

Lepas ini, siapa pun boleh buat seperti yang dilakukan oleh Raja Petra. Buat blog free untuk tabur fitnah sehingga negara jadi huru-hara. Kemudian bila rasa tak selamat, lari dan sembunyi di luar negara.

Orang seperti Raja Petra dan sepecies yang seumpama dengannya, sebenarnya tidak layak untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia. Orang ramai kena sedar, bahawa Raja Petra adalah seorang penipu besar, yang sanggup mereka cerita memburuk-burukkan pemimpin negara sehingga ramai rakyat terperdaya. Jika negara ini hancur sekalipun, dia tidak akan rugi apa-apa.

Pihak berkuasa diharapkan tidak lagi 'terhegeh-hegeh' untuk menangkap pengkhianat negara itu dan hadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

UMNO Jadi Kambing Hitam PAS

Semalam, dikhabarkan ada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong Dan Pengundi PAS Negeri Selangor (GKPPNS)telah mengadakan dmostrasi dan merancang menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, menuntut agar PAS keluar dari PR.

Dari 'penampilan' mereka yang membuat demostrasi itu, memang tidak kelihatan wajah-wajah orang PAS. Walau bagaimanapun adalah tidak betul jika ingin mengatakan bahawa mereka adalah orang UMNO, seperti yang didakwa oleh Mahfuz Omar. Beberapa pemimpin PAS termasuk Mahfuz berkata, mereka itu bukan orang PAS, sebab "saya tidak kenal mereka". Dahsyat juga Mahfuz jika dia boleh kenal semua ahli PAS.

Apapun AM tidak berminat untuk mempertikaikan siapakah sebenarnya mereka atau dalang disebalik perbuatan mereka. Apa yang pasti, PAS dan parti pembangkang memang telah siap dengan prisai setiap kali berlaku perbuatan orang (orang-orang) yang boleh mencemarkan nama baik parti mereka. Dulu masa zaman reformasi, yang bakar bendera, bakar harta awam, mereka tuduh itu perbuatan orang UMNO. Bila ada demostrasi 'kepala lembu' mereka kata perbuatan itu didalangi oleh orang UMNO. Bila ada demostrasi mendesak PAS keluar dari PR, itu juga kerja UMNO. Bermaksud kerja yang buruk-buruk semuanya dilakukan oleh orang UMNO. Orang PAS buat yang baik-baik sahaja (kut)

AM tidak nampak sedikit pun sebab, kenapa orang UMNO perlu sibuk-sibuk meminta PAS keluar dari pakatan yang menunggu masa untuk hancur itu. Jika pun mungkin (atas dasar kepentingan orang Melayu dan Islam)UMNO ingin meminta PAS keluar dari pakatan, kenapa perlu berselindung disebalik nama PAS? Olah sebab itu, AM beranggapan mereka yang berdemo itu sememangnya ahli atau orang yang mengundi PAS semasa pilihanraya yang lalu. PAS kena sedar bahawa bukan semua perbuatan atau dasar yang mereka jalankan disukai oleh semua ahli mereka.

Tetapi jika mereka itu bukan ahli PAS, tetapi sekarang baru menyesal atas perbuatan mereka (mengundi PAS semasa PRU-12) AM cuma nak cakap, PADAN DENGAN MUKA KORANG.

Thursday, December 24, 2009

Pegawai Tentera Dan Imam Muda

Rupa-rupanya rasuah ada dimana-mana. Rupa-rupanya rasuah tidak boleh dikaitkan dengan anggota polis dan ahli politik sahaja. Kalau adapun polis makan rasuah, mereka hanya menerima RM20 hingga RM100 sahaja.

'Kehilangan' enjin jet pemintas yang bernilai RM50 juta dari simpananya (dan hari ini dikhabarkan di kesan berada di Argentina) menunjukkan jenayah rasuah paling besar, yang melibatkan kakitangan kerajaan (setakat hari ini) berlaku dalam angkatan tentera, pasukan yang paling penting dalam menjaga keselamatan negara.

Dalam isu yang berlainan, kes Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, seorang imam muda dikatakan terlibat dalam sendikit penikahan, yang mengenakan bayaran antara RM3000 hingga RM4000 sekali nikah (nikah kali kedua). Jika nikah kali pertama, tidak mungkin menggunakan khidmat sendikit.

Selama ini pasukan polis kena kritik depan belakang, atas dan bawah samada oleh parti pembangkang mahupun oleh penyokong kerajaan. Anggota tentera tidak pernahpun dikritik. Lebih teruk lagi, kerajaan biasanya dijadikan kambing hitam atas kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang tidak berintregreti.

Kita mungkin boleh membayangkan identiti orang yang terlibat dengan sendikit. Mukanya bengis, memakai rantai leher dan duduk bersama-sama perempuan cantik di kelab-kelab malam sembil minum arak. Tidak terlintas difikiran kita, orang yang berperwatakan warak, berjanggut dan tidak pernah meninggalkan sembahyang, terlibat dengan sendikit haram.

Apa nak jadi dengan kita?

Dengan siapa harus kita mengadu? Golongan yang sepatutnya menjadi pelindung jasmani dan rohani, telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang sesuka hati mereka, hanya untuk mendapatkan kesenangan dunia.

Dengan bayaran RM3000, seorang imam yang tahu dia tidak mempunyai tauliah, telah dengan berani menikahkan orang lain. Adakah dia akan melakukannya jika mendapat bayaran RM50 atau secara percuma? Tidakkah itu dinamakan rasuah?

Jika itulah mantaliti pegawai tentera dan seorang imam, maka tidak hairanlah jika setelah tidak ada jawatan (tidak mendapat side income) maka mereka menyertai parti pembangkang dan menghentam kerajaan siang dan malam. Walaupun sebelum ini makan minum mereka adalah hasil dari gaji yang diterima dari kerajaan, tetapi setelah tidak berkhidmat dengan kerajaan, mereka menuduh kerajaan zalim, korapsi dan sebagainya. Sebenarnya bukan kerajaan yang bermasalah tetapi jiwa mereka yang kotor.

Jika sebelum ini kita merasakan "mungkin betul juga apa yang diperkatakan oleh bekas imam atau bekas tentera, kerana mereka telah berada dalam kerajaan dalam tempoh yang lama" tetapi setelah mengetahui ada antara mereka yang tidak bermoral sejak berkhidmat dengan kerajaan lagi, maka kita patut berfikir 10 kali sebelum mempercayai kata-kata sesetengah bekas tentera dan bekas imam.

Tuesday, December 22, 2009

Bukan Senang Nak Senang...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitakan mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Rasanya yang menjadi penyebab kepada 'kesukaran' ini berpunca dari PAS bila presidennya Hj Hadi Awang, dilaporkan dalam laporan muka depan akhbar bahasa Cina menegaskan beliau tidak 'berminat' untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.

Semua orang tahu DAP dan PAS telah wujud sejak sekian lama dengan latar belakang dan matlamat yang sungguh berbeza. Jika ideologi pemimpin PKR boleh selari dengan ideologi DAP atau PAS, tidak mungkin mereka menubuhkan parti PKR. Lebih baik, sejak awal lagi mereka sertai PAS atau DAP.

Tidak seperti penubuhan Barisan Nasional. Semua parti utama adalah parti berlandaskan kaum. Jadi untuk menyatukan ketiga-tiganya Melayu, Cina dan India, tertubuhlan Barisan Nasional. Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang mewakili masyarakat India. Jika 'kepelbagaian' PKR yang mempunyai ahli dari berbagai bangsa boleh diterima, kenapa tidak dibubarkan PAS dan DAP dan ahli-ahlinya menyertai PKR? Kenapa perlu ada parti komponen?

Hakikatnya AM rasa, hanya PKR sahaja yang beria untuk menubuhkan parti komponen. Melihat dari urusetia konvensyen yang hanya terdiri dari pemimpin PKR, semua orang boleh menjangkakan bahawa mereka memang tidak sepakat sejak dari awal. Tidak keterlaluan jika dikatakan, logo parti komponen itu juga mungkin direka oleh orang PKR, tanpa ada perbincangan dengan pemimpin DAP dan PAS terlebih dahulu.

Empat dasar yang dipersetujui dalam konvensyen tersebut iaitu mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara, tidak lebih dari manifesto pilihanraya sahaja. Tidak ada yang boleh menarik minat rakyat yang 'diatas pagar' apatah lagi penyokong BN.

Kesimpulanya, penubuhan parti komponen antara PKR, DAP dan PAS hanyalah raktorik. AM pasti ianya tidak akan berjaya dilaksanakan, sekurang-kurangnya sehingga PRU-13. Cakap memang senang. Bagaimana hendak menyakinkan rakyat jika mereka pun tak yakin?

Bukan Menghina...



Selama ini setiap kali berceramah, nama Yusuf Al-Qadhrawi hampir tidak boleh lekang dari mulut Anwar Ibrahim.

Dalam isu sumpah lahanat, Anwar Ibrahim memberatahu dunia bahawa Yusuf Al-Qadhrawi telah melarangnya bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful. Seolah-olah penasihat Anwar Ibrahaim adalah ulamak besar. Ulamak-ulamak di Malaysia ini seolah-olah tak ada kelas. Paling tidak, apa yang hendak dikatakan ialah, seolah-olah dia begitu rapat dengan ulamak terkenal itu.

Baru-baru ini Yusuf Al-Qadhrawi hadir ke Malaysia. Antara aturcara lawatannya ialah mengadakan ceramah Maal Hijrah di Masjid Negeri Shah Alam. AM tak pasti samada acara itu adalah acara rasmi kerajaan negeri atau aktiviti Masjid Negeri berkenaan.

Apapun apa yang ingin AM perkatakan ialah, kenapa Anwar tidak duduk berhampiran dengan 'rakan karibnya' itu? Dari gambar yang disiarkan, menampakkan Anwar duduk di celah-celah jemaah yang lain, sehingga terpaksa 'memanjangkan leher' untuk melihat Yusuf Al-Qadhrawi berceramah. Bukan di saf pertama dan bukan di sebelah Yusuf Al-Qadhrawi.

Sebelum itu, dalam blog-blog dah heboh bahawa Anwar Ibrahim akan memberikan ucapan alu-aluan. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menggambarkan kepada masyarakat bahawa walau dalam keadaan apa sekalipun, hubungan ulamak tersohor ini dengan Anwar Ibrahim tetap akrab. Maksudnya kawan-kawan Anwar Ibrahim adalah ulamak besar.

Saturday, December 19, 2009

PAS Tidak Bermusuh Dengan UMNO

Dalam Sinar Harin hari ini, diberitakan bahawa PAS sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam 'sesetengah' isu.

“Sesetengah pihak salah anggap peranan PAS di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

“Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

“Presiden PAS sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

“Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam PAS yang sama dengan UMNO dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

“Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Pstt..cuma nak tanya, kenapa tidak ada seorangpun ahli parlimen PAS yang menyokong blanjawan yang hampir-hampir tidak dapat diluluskan beberapa hari lalu tu?

Sebenarnya orang UMNO tidak pernah mencari musuh dengan orang PAS. Malangnya sesetengah pemimpin PAS tidak sudah-sudah menghasut pengikutnya untuk bermusuhan dengan saudara seagama dalam UMNO. Dalam masa yang sama mereka boleh berbaik-baik dengan orang bukan Islam yang terang-terang mempunyai agenda tertentu.

Kenyataan Hadi Awang itu sedikit sebanyak sudah pasti akan membuatkan si batu api dalam PR mula tak senang duduk. Dua tiga hari ini pasti ada kenyataan balas dari pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Kita tunggu je la.

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah


Selamat menyambut tahun baru 1431 hijrah kepada muslimin dan muslimat. Selamat berhijrah kepada yang lebih baik dari tahun lepas.

Kepada semua saudara seagama dari UMNO, PAS dan PKR marilah kita rapatkan saf dan berganding bahu untuk memastikan maruah bangsa dan agama kita dapat terus dipertahankan.

Walau dimana kita berjuang, walau dalam kelompok apa kita berada dan walau siapapun kita, berpeganglah kepada 'tali' Allah. InsyaAllah kita tidak akan hanyut dibuai oleh nafsu yang menanam sikap benci, marah dan khianat sesama bangsa yang seagama.

Jangan ada perkataan TETAPI. Katakan YA kepada perpaduan dan katakan YA kepada persaudaraan.

Politik adalah kuasa dunia yang tidak kekal. Kuasa yang kekal adalah kuasa Allah S.W.T.

Jangan jadikan kita terus tersepit di dunia yang semakin sempit. Jangan jadikan diri kita dipergunakan oleh orang-orang yang berkepentingan. Buanglah sikap ego dan amarah. Berhijrahlah kepada sikap saling bermaafan dan saling menyayangi.

Tanah ini warisan nenek moyang kita, yang diamanahkan kepada kita untuk ditinggalkan kepada jenerasi akan datang. Jangan sampai mereka meratap hiba di atas pusara, dik kerana kehilangan segala-galanya, dikala kita sedang 'aman di sana'. Ketika itu air mata tidak berguna lagi.


Wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

Antara Dua Gadis Sunti...

Berita Pertama: (Sumber Harian Metro)

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Berita Kedua: (Sumber Blog Mazidul Akmal Sidik)

Pemilik kedai alat tulis, Lim Boon Chong, 34 tahun, dituduh menyiram air panas ke tangan amahnya pada jam 10 pagi, 1 November lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun, didenda dan disebat. Bagaimanapun suspek tidak mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan Hakim Yong Zarida Sazali dan diikat jamin RM6,000 sehingga sebutan semula kes, 1 Januari 2010.

Sekali baca, dua cerita tersebut tidak ada kena mengena langsung.

Untuk pengetahuan, gadis yang kena siram air panas itu, dikatakan berusia 15 tahun. Dalam usia semuda itu, dia telah merantau jauh dari negaranya, Indonesia untuk mencari rezki membantu ibubapanya yang miskin. Dia pasti tidak dapat menghidu bahaya yang sedang menanti takdirnya disini.

Gadis Malaysia yang berusia 14 tahun, kebiasaannya masih bersekolah dalam tingkatan dua. Suara-suara nakal dari lelaki dewasa, biasanya akan berkata "bulupun belum tumbuh lagi".

Nadanya kotor, tetapi itulah gambaran bahawa, lelaki dewasa (kebanyakannya) beranggapan gadis seusia 14 tahun adalah anak-anak kecil, 'yang tak tahu apa-apa'.

Sebenarnya bukan mereka (gadis kecil) itu 'yang tak tahu apa-apa'. Sebaliknya ramai dari kita yang 'tak tahu' dan ibubapa yang tak pernah ingin ambil tahu, bahawa anak-anak mereka sudah meningkat dewasa dan mengetahui banyak perkara yang kita semua tidak tahu (dan perlu mula untuk ambil tahu)

Adakah perisitiwa itu akan berakhir disini?

Wakil Rakyat Buat Hal Lagi.

Semalam adalah hari penting kepada semua ahli Parlimen, dimana undian dilakukan untuk meluluskan budjet 2010.

Malangnya semalam, PM dan DPM terpaksa bergegas ke Parlimen untuk mengambil bahagian 'mengangkat tangan' menyokong budjet tersebut. Hampir-hampir sahaja budget itu tidak dapat diluluskan kerana kesemua 63 ahli parlimen pembangkang menolak dan BN haya menang 3 majoriti. Ramai ahli parlimen BN tidak hadir.

Mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku?

Bagi AM dalam hal ini, kedua-dua pihak (Ahli Parlimen BN dan Ahli Parlimen Pembangkang) patut disalahkan.

Yang dari BN (melainkan menteri yang ada tugas rasmi)memang patut disalahkan 150%.

Soal nak melancong, nak urus business, nak melawat kawasan dan apa juga alasan, bukan ini masanya.

Undian untuk meluluskan budjet bukan dilakukan setiap hari. Setahun sekali, tak kan tak boleh lupakan perkara lain dan datang ke Parlimen.

Parti pembangkang mungkin menunggu-nunggu kalau-kalau kekecohan berlaku dan kalau-kalau budget tersebut gagal diluluskan. Silap-silap akan ada satu lagi pilihanraya. Adakah mereka cukup yakin akan dapat menguasai 2/3 kerusi parlimen jika diadakan semula pilihanraya?

AM tak nampak sedikitpun, kenapa Ahli Parlimen dari pembangkang tidak harus menyokong menyokong budget tersebut, jika bukan atas sebab peribadi. Adakah budget pertama DS Najib tersebut sebenar-benarnya harus ditolak?

Ini bukan masanya untuk 'memadan mukakan BN' atau nak tengok siapa menang siapa kalah. Budget adalah untuk kepentingan rakyat. Ini soal perbelanjaan negara, termasuk untuk membayar gaji kakitangan kerajaan, infrastruktur dan lain-lain. Kalau budjet tak lulus, macam mana nak bayar gaji kakitangan kerajaan (termasuk ahli parti pembangkang yang bekerja dalam sektor kerajaan)? Bagaimana kemudahan untuk rakyat hendak disediakan?

Inilah akibatnya jika kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat. Kalau bercakap, masing-masing mendakwa dialah hero rakyat. Seolah-olah dia seorang yang pandai membela rakyat. Tetapi bila perkara yang terang-terang untuk rakyat, ada yang tidak hadir dan ada yang menolak.

Nampaknya DS Najib terpaksa memerah otak sekali lagi untuk mengubah sikap ahli parlimen BN yang suka ponteng dari menghadiri persidangan.

Tuesday, December 15, 2009

Sukan Sebagai Jambatan Perpaduan..

Dulu surau dan masjid adalah tempat menyatukan umah islam. Tetapi ungkapan itu sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Masjid dan surau sudah menjadi medan percakaran sesama umat.

Minggu lepas, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim memberitahu bahawa bola sepak boleh menyatukan masyarakat, tanpa mengira fahaman politik.

Rupa-rupanya betul.

Hari ini, setelah menunggu selama 20 tahun, Pasukan Bolasepak Malaysia melangkah ke perlawanan akhir SEA Games, setelah menang dengan bergaya ke atas Laos 3-1. Sebelum itu Malaysia berjaya menundukkan musuh tradisi Thailand dengan 2-1.

Itu tak cukup hebat.

Sana sini, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, tanpa mengira ahli UMNO atau ahli PAS, sama-sama memberi sokongan terhadap pasukan negara. Mereka tidak bercerita tentang politik, tetapi bercerita tentang bola.

Semua (peminat bolasepak) memandang ke kaca tv yang menyiarkan secara langsung perlawanan itu.

Rakyat Malaysia telah berjaya melupakan pertelingkahan politik masing-masing selama 90 minit. Permulaan yang bagus.

Tahniah Rakyat Malaysia.

Friday, December 11, 2009

Kelantan Tidak Berani Sahut Cabaran...

Semua orang tahu pemimpin parti pembangkang memang suka mencabar, terutamanya Anwar Ibrahim. Yang paling mereka suka sekali ialah cabaran untuk berdebat. Tetapi semua orang juga tahu, pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim memang takut bila kena cabar. Tak berlulah AM beri contoh.

Cara pemimpin pembangkang menyelesaikan sesuatu isu, selain dari mengajak rakyat berdemostrasi di jalan raya ialah, menggunakan saluran mahkamah. Ada orang tanya, mengapa nak guna mahkamah sedangkan selama ini mereka menuduh mahkamah Malaysia berat sebelah dan dikuasai oleh pemerintah.

Jawapannya mudah. Tujuan mereka menuduh mahkamah sebagai berat sebelah dan dikuasai oleh kerajan ialah kerana, ianya merupakan persiapan awal, jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka. Maka senanglah mereka kata, bahawa segala tuduhan mereka selama ini adalah benar belaka. Hakikatnya mereka masih percaya kepada mahkamah. Jika tidak, masakan setiap isu yang ada, mereka akan bawa ke mahkamah. Sikit-sikit saman, sikit-sikit buat laporan.

Isu yang terbaru, ialah tentang tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Hari itu AM dah tulis tentang, kenapa kerajaan Kelantan tidak membawa tuntutan minyak ini ke mahkamah. Biar mahkamah tentukan. Dulu pernah ada ura-ura isu ini akan dibawa ke mahkamah, tetapi senyap begitu sahaja.

Baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar kerajaan Kelantan agar membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah. Semalam Nik Aziz kata, dia akan sahut cabaran Nazri.

Hari ini dalam Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa dilaporkan berkata, "kerajaan Kelantan tidak akan tergesa-gesa membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, sebaliknya menggunakan percaturan politik semasa terlebih dahulu" (dibaca, tidak akan tergesa-gesa membawa isu tuntutan ke mahkamah)

Beliau menambah, "Hujah yang dilakukan di luar mahkamah akan memberikan satu impak kepada rakyat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah salah"

Nampak tak?
Kalau benar mereka yakin berada dipihak yang benar dan kalau benar mereka sebenarnya berjuang untuk rakyat Kelantan, kenapa tak berani ke mahkamah?

Sebab,
dengan berceramah, mereka boleh memanipulasikan fakta. Mereka boleh menggunakan kepintaran berpidato dengan maki seranah, untuk menaikkan semangat kebencian rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat. Itu matlamatnya.

Sedangkan jika ke mahkamah, kemungkinan besar mereka akan kalah. Jadi habislah isu untuk dipermainkan. Disitu mereka akan kerugian.

Antara Dua Darjat


Dipemikiran orang Malaysia, kedudukan itu amat penting, tanpa mengira siapa yang menilai dan meletakkan seseorang di kedudukan itu.

Dulu masa zaman sekolah, kita sering ditanya, nombor berapa yang kita perolehi semasa peperiksaan.

Lalu selalunya pujian akan diberi kepada orang yang mendapat nombor satu, dua dan tiga. Orang yang mendapat nombor belasan dan puluhan akan dianggap bodoh.

Malangnya kita terlupa nak tanya, nombor satu daripada jumlah keseluruhan. Jika dibandingkan, nombor satu dari 20 orang murid dan kelas yang kurang cerdik dengan nombor 10 dari keseluruhan 40 orang murid di kelas pintar, rasanya yang nombor 10 itu patut diberi pujian.

Serupa juga dengan gelaran 'datuk' yang diperoleh oleh seseorang. Ada orang kata, ada gelaran datuk dari negeri-negeri tertentu sangat mudah diperolehi. Malah ada yang kata, ianya boleh dibeli. Ini bermaksud setiap datuk yang ada di Malaysia ini tidak mempunyai taraf yang sama.

AM secara peribadi tidak sedikitpun merasa kita patut cemburu bila Anwar mendapat kedudukan itu. Yang lebih penting kita kena fikir ialah, siapa yang memberi gelaran itu dan meletakkan dia ditaraf itu? Cuma belek-belek antara penerima anugerah itu, adakah antaranya pemikir-pemikir islam dari Mesir dan lain-lain negara Timur Tengah? Atau mungkinkah ada penerima gelaran itu yang pernah menerima hadiah nobel keamanan yang memang diiktiraf oleh dunia?

Sebenarnya, yang cuba dipasakkan dipemikiran orang Melayu sekarang ialah, Anwar sememangnya seorang yang tida tolok bandingnya. Anwar adalah seorang pekikir agung. Anwar adalah pemimpin masa hadapan. Anwarlah satu-satunya orang yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Persoalannya, benarkah begitu?

Apa Rasionalnya Menaikkan Harga Mas Kahwin?


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan bermula 1 Januari 2010, mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor dinaikkan kepada RM300 setelah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini.

Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda.

Kalau martabat wanita boleh dinilai dengan mas kahwin, maka adakah wanita Johor hanya bernilai RM22.50? Bagaimana dengan mas kahwin 'senaskah al-quran'?

Hakikatnya AM rasa, martabat seseorang (lelaki dan perempuan) tidak boleh dinilai dengan jumlah wang.

Kadang-kala keputusan orang yang ada kuasa ini, memang melangkaui pemikiran orang kebanyakan. Rasanya tidak ada siapa yang berani menyatakan bahawa martabat wanita Selangor ketika ini ialah bernilai RM80.

Ada orang kata, dengan kenaikan nilai maskahwin boleh menyebabkan bertambahnya anak dara tua. AM fikir alasan itu tidak boleh diterima, kerana yang tak kahwin selama inipun, bukan kerana mas kahwin. Yang menjadi beban biasanya, ialah perbelanjaan kahwin (termasuk alasan belum dapat seru). Apapun, kenaikan mas kahwin yang tiba-tiba seperti itu, menampakkah JAIS tidak berfikir panjang sebelum melaksanakan sesuatu perkara.

Datuk Mohammed Khusrin Munawi kata lagi, perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin.

Sejak bila agaknya duit mas kahwin digunakan untuk menampung perbelanjaan kenduri kahwin? Setahu AM mas kahwin adalah hak pengantin perempuan. Tidak ada sesiapa, termasuk suaminya yang boleh menggunakan duit mas kahwin itu.

Setelah berbagai isu diperkatakan tentang jabatan agama islam, AM pasti isu kenaikan maskahwin ini juga menjadi satu lagi isu yang akan terus diperkatakan. Sebenarnya, boleh sahaja menaikkan nilai mas kahwin, tetapi alasannya kenalah kukuh dan jumlahnya janganlah keterlaluan. Macam nak cari untung pulak.

Wednesday, December 9, 2009

Pakatan (sebahagian) Rakyat Malaysia


Dikhabarkan satu konvensyen PR akan diadakan pada 19hb December 2009 di Shah Alam. Antara lain ianya sebagai satu titik mula penggabungan tiga parti, PKR, PAS dan DAP.

Bila AM lihat logonya, kelihatan hanya 'pecahan logo PKR' (logo mata). Manakala loga DAP dan PAS tidak kelihatan langsung. AM cuma dapat melihat logo dengan satu warna (orange). Jadi tak dapat nak komen tentang warna yang melambangkan warna rasmi setiap parti dalam Pakatan Rakyat Malaysia (PRM)

Dari segi nama, ianya lebih mirip kepada nama Parti Rakyat Malaysia iaitu parti yang bergabung dengan parti keADILan dan membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nampaknya dari segi logo dan nama, PKR telah mendominasi parti yang akan menjadi pesaing kepada BN pada pilihanraya ke 13 nanti.

Dari ciptaan logo, dengan tiga anak bulan yang bersambung antara satu sama lain, membentuk satu bulantan, ianya mungkin menggambarkan tiga parti yang bergabung (PKR, PAS dan DAP) atau mungkin menggambarkan maksud tiga bangsa utama Malaysia (Melayu, Cina dan India)

Jika ianya melambangkan jumlah parti gabungan, bermaksud PRM tidak bersedia untuk menerima parti lain sebagai salah satu parti gabungan dalam PRM. Sebaliknya jika ia memberi maksud tiga bangsa utama di Malaysia, AM terfikir apa perasaan keluarga Singh dalam DAP yang cukup lantang itu bila bangsanya diketepikan begitu sahaja?

Apapun, sekali pandang macam logo hari kebangsaan pun ada..:)

Tuesday, December 8, 2009

Sedarlah Melayu lupa diri

MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.

Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita "Maluyu" produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.

Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;

"For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for 'orientation' at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:

1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.

2) Basic food, thus a friend's sister dropped off much needed rations of chocolates and 'kacang'.

3) How to wash your 'smalls' (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.

4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God's chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society..."

Isu ini sebenarnya bukan satu perkara besar, kerana semua orang maklum akan modul dan tujuan Kursus Biro Tata Negara ini. Tetapi ramai juga "Maluyu" yang dangkal akan sejarah, yang bodoh to read between lines, dan bebal memahami tujuan asal kursus Biro Tata Negara ini.

Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.

Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.

Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?

Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu.

Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.

Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang "Maluyu" ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.

BTN sebenarnya memang platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.

BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan "Ah, tak pe," "Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan," "Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah."

Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka?

Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!

Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?

Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman.

Sifat PHD (Penting diri, Hasad, Dengki) adalah sifat semula jadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah.

Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.

Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi (layakkah Mariam ditaja Mara ke luar negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai tender terbuka (mampukah syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu syarikat bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut sistem First Come First Serve), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka.

Memang ramai orang "Maluyu" profesional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai kaum Melayu bagi memberi laluan kepada bangsa Malaysia tanpa kaum.

Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor

Sunday, December 6, 2009

Bagaimana Modul BTN Versi Nazri Aziz?


AM tidak pernah mengikuti kursus BTN. Tapi AM tidak pernah nampak (dan tak pernah tahu) bahawa orang yang keluar dari kursus BTN, menjadi militan atau mempunyai sikap perkauman yang tebal.

BTN disertai oleh semua bangsa, jadi secara logik tidak mungkin dalam kursus tersebut diterapkan isu perkauman. Apapun itu hanya tanggapan AM sahaja.

Malangnya, bila parti pembangkang membangkitkan sesuatu isu, seperti biasa ada menteri yang tak senang duduk. Selama ini tidak timbulpun isu untuk mengubah modul BTN. Setelah berpuluh tahun BTN diadakan, adakah agaknya menteri mencadangkan agar modul BTN dikaji untuk kebaikan semua rakyat? Kenapa bila pembangkang buka mulut, maka mula kelam kabut macam kucing kehilangan anak. Bak kata P Ramlee, "ko nak mampus?"

"Katalah(komen)... kritiklah, tapi kabinet dah buat keputusan untuk rombak modul BTN agar lebih relevan," begitulah kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Benarkah setiap keputusan kabinet tidak boleh dikritik?

Setahu AM (betulkan jika AM silap) dalam minggu-minggu kebelakangan ini tidak adapun mesyuarat kabinet yang membincangkan isu berkenaan BTN. Mengapa Nazri boleh kata ini keputusan kabinet? Keputusan kabinet atau keputusan dia sendiri?

Dulu AM pernah tulis berkenaan sikap sesetengah menteri yang lebih sudu dari kuah. Jika benar dia memantau setiap jabatan yang berada di bawah kementeriannya, tidak mungkin sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu oleh pembangkang.

AM tetap berpendapat, pembangkang boleh menyalak dan boleh kritik apa sahaja, tetapi jika sesuatu dasar itu dibuat mengikut prosedur, mengikut kehendak majoriti rakyat, apa yang hendak dipedulikan dengan desakan pembangkang? Memang dah itu kerja pembangkang. Kalau tidak masakan dinamakan pembangkang?

Samada Nazri takut sangat dengan DAP atau memang dia sendiri tahu bahawa ada modul dalam BTN yang tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya. Sebab itu dia beria kata modul BTN akan dirombak. Baru sekarang?

Semua orang tahu, BTN disertai oleh semua bangsa di Malaysia. Tidak cukupkah ianya mencerminkan gagasan satu Malaysia?

Pembangkang sebenarnya risau jika rakyat mula taat dan setia kepada negara (melalui kursus BTN), peluang mereka untuk mempengaruhi rakyat akan tipis. Hanya rakyat yang tidak ada semangat cintakan negara sahaja akan mudah dipergunakan oleh parti pembangkang terutamanya DAP dan PKR. Sebab itu mereka beria sangat minta BTN dihapuskan.

AM harap tidak ada seorang lagi Zahid Ibrahim dalam barisan kabinet Najib sekarang ini.

Strategi Anwar Mengalih Perhatian

Ringkasan tulisan KU SEMAN KU HUSSAIN (Mingguan Malaysia)

Kenapa Anwar Ibrahim meminta pemerhati bebas dari Australia dalam PRU13?

Anwar sengaja menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya di negara ini dengan melontarkan syor yang beliau sendiri menjangka tidak akan dilaksanakan. Anwar sebenarnya tidak perlu menjawab atau mengulas pun sebab beliau meminta pemerhati bebas dari Australia.

Kalau benar sistem politik negara ini tidak demokratik, sudah tentu pembangkang tidak mampu memperbaiki prestasi dan mencapai kemenangan jauh lebih besar daripada sebelum ini. Sebenarnya Anwar sendiri mengakui tahap demokratik yang menjadi amalan dalam pilihan raya sebelum ini. Maka mempertikaikan pilihan raya yang dikatakan tidak demokratik bukanlah keutamaannya.

Sebenarnya, ini adalah usaha membina persepsi awal sekiranya pembangkang gagal mengekalkan rekod pencapaian dalam PRU12. Anwar mengharapkan rakyat melihat bahawa kegagalan pembangkang disebabkan sistem pilihan raya yang tidak telus dan bukannya penolakan rakyat terhadap pembangkang.

Anwar sangat memahami kesukaran pembangkang menzahirkan janji-janji dalam manifesto. Selepas Mac 2008 hingga sekarang, pembangkang gagal memberikan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat di negeri-negeri yang dikuasai. Ini adalah kerisauan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Untuk menutup kelemahan pembangkang yang sebelum ini banyak mengkritik kerajaan, Anwar perlu mencari pendekatan menunjukkan bahawa semua ini berlaku disebabkan sistem kerajaan tidak demokratik, bukan kegagalan pembangkang.

Anwar bukan tidak tahu Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd memuji amalan demokrasi di Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara ini tidak lama dulu.

Tetapi bagi kita, pujian ini bukanlah mengejutkan kerana Malaysia bukanlah negara yang baru belajar mengenal demokrasi seperti negara-negara dunia ketiga yang mundur. Pujian Rudd itu tidak ada apa-apa yang luar biasa kerana kita yakin dengan tahap demokrasi yang dibentangkan sepanjang 12 kali Pilihan Raya Umum diadakan di negara ini. Malah pujian itu tidak sedikit pun membuatkan kita berbangga kerana pilihan raya yang demokratik bukan luar biasa di negara ini.

Tetapi Anwar pula yang menganggap pujian Rudd itu sebagai kenyataan diplomatik untuk menjaga hubungan baik antara Australia dan Malaysia. Kita kena tanya kenapa Anwar dengan mudah menganggap pujian itu sebagai kenyataan diplomatik?

Semasa hangat berkempen menjelang PRU12, antara isu yang dihamburkan pembangkang kepada rakyat adalah pilihan raya yang tidak demokratik.

Tidak demokratik maknanya tidak ada keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya di negara ini. Mereka cuba menyakinkan rakyat bahawa pilihan raya negara ini hanya satu formaliti kerana keputusannya sudah ada sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

Sebenarnya kecenderungan Anwar bergayut kepada kuasa asing di luar negara bukanlah perkara baru. Beliau mencari pengaruh untuk membawa campur tangan asing dalam negara ini untuk kepentingan politik, bukan demi keadilan kepada rakyat. Kalau kita masih ingat, Anwar pernah mencetuskan kontroversi apabila mencari "perlindungan" di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur kerana mendakwa menerima ancaman bunuh.

Anwar tentu tahu sistem pilihan raya di Australia sendiri dipertikaikan tahap ketelusan dan demokratiknya. Tetapi kerana mahu mengalih perhatian kepada isu yang melingkari dirinya, timbullah syor meminta penglibatan pemerhati bebas dari Australia. Malah mendakwa antara punca tidak ada demokratik dalam pilihan raya negara ini ialah media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan.

Kalau benar kerajaan mencengkam media arus perdana, tidak ada sukarnya untuk memantau dan mengawal seketat-ketatnya kebebasan tidak beretika sesetengah media baru dan bercetak yang menyokong pembangkang.

Kita kena beritahu Anwar kalau benarlah kerajaan memegang media arus perdana, media milik pembangkang juga diharamkan sama sekali. Tetapi kerana adanya demokrasi perkara itu tidak berlaku walaupun Anwar menjaja bahawa sistem politik negara ini tidak demokratik di luar negara.


Komen AM : Serupa juga dengan tindakan dia memburuk-burukan badan kehakiman dan mahkamah di Malaysia. Jadi bila dia gagal dalam kes yang dibicarakan di mahkamah dia akan kata,

"Tengok, betul tak apa aku cakap, mahkamah Malaysia memang tidak adil dam mengikut telunjuk pemerintah"

Kebebasan Media dan Bersuara.

AM tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim, bahawa media di Malaysia tidak bebas dan tidak 'memihak kepada pembangkang', atau lebih tepat lagi dikontrol oleh kerajaan.

AM rasa setiap akhbar dan ketua pengarangnya, mempunyai hak untuk menyokong siapa yang mereka rasa hendak sokong. Akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Sinar Harian merupakan bukti bahawa bukan semua akhbar memihak kepada kerajaan. Apatah lagi jika ingin menuduh bahawa media dikontrol oleh kerajaan.

AM sendiri membaca Harakah dan Suara Keadilan. Rasanya belum sekalipun AM menjumpai artikel yang boleh dikatakan 'memuji kerajaan'. Kesemua berita (rencana) hanyalah tertumpu untuk mengutuk dan memburuk-burukkan kerajaan. Jika dulu mamak meletakkan akhbar Harakah di kaunter, tetapi kini Harakah dan Suara keadilan boleh didapati di mana-mana. Malah di pasar malam juga orang menjual akhbar Harakah dan Suara keadilan.

Jika dilihat dalam Sinar Harian malah kadang kala di Utusan Malaysia dan The Star, banyak tulisan-tulisan dari lidah pengarangnya, mengkritik secara pedas, terhadap kerajaan dan menteri-menteri tertentu. Itu tidak termasuk akhbar-akhbar Tamil dan cina, yang langsung 'tak bagi muka' kepada kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, dalam blog-blog anti kerajaan setiap saat membuat tuduhan-tuduhan dan lemparan kata-kata kesat terhadap kerajaan. Rata-rata tulisan tersebut adalah tuduhan liar dan pesepsi negatif sipenulis, tanpa berfakta dan tanpa disertakan bukti.

Kelakarnya, walaupun kerajaan tidak mengambil tindakan kepada penulis blog, ramai juga yang meletakkan 'anonymous' sebagai gantinama mereka. Mungkin kerana tidak ada keberanian atau sekadar 'berhati-hati'.

Bukan setakat fitnah, malah segala bentuk cacian yang terlintas di kepala, akan ditulis oleh penulis blog. Untuk menggambarkan betapa buruknya kerajaan Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, pihak pembangkang (terutama Anwar Ibrahim) sering menuduh media dikontrol oleh kerajaan.

Bayangkan jika benar kerajaan Malaysia zalim dan menghalang kebebasan bersuara. Rasanya blog yang setiap hari kita boleh baca, yang penuh dengan kejian dan cacian, akan pasti kena block. Kerajaan boleh buat itu semua (block laman web) tetapi inilah bukti kerajaan yang mengamalkan kebebasan bersuara.

Cuma terserahlah kepada pembaca untuk menilai dan mempercayai apa yang dibaca.

Thursday, December 3, 2009

Namimah.

Sedikit masa dulu, AM pernah menulis tentang dosa sesama manusia yang lebih sukar terhapus, berbanding dengan dosa kepada tuhan. AM bukan ustaz (walaupun ada janggut), tetapi AM suka berkongsi ilmu yang AM ada sikit-sikit. Tak rugipun kongsi ilmu.

Nampaknya kita (blogers) terlalu seronok bercerita tentang sesuatu perkara yang kita tak tahu hujung pangkalnya. Kebanyakannya kita dengar dari mulut orang. Orang itu pula dengar dari mulut orang lain. Bila ditanya "siapa kata begitu?", kita akan jawab "ada orang cakap". Masalahnya siapa yang orang yang cakap tu?. Tak tahu.

Penghinaan dan kutukan yang tertinggi pada abad ini rasanya ialah tuduhan terhadap Najib sebagai orang yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya. Budak-budak sekolah rendahpun dah pandai sebut 'Najib Altantunya'. Siapa yang ajar kalau bukan yang lebih dewasa dari mereka. Persoalannya, yang lebih dewasa itu mendapat cerita itu dari mana? Adakah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri Najib membunuh atau mengarahkan orang membunuh Altantunya?

Zaman Tun Dr Mahathir dulu, sasterawan negara (yang dinaikkan martabatnya oleh kerajaan sehingga bergelar sasterawan) Datuk Shahnon Ahmad, menerbitkan buku bertajuk "Shit". Dia menggelarkan Tun Mahathir sebagai firaun, pukimak, kepala tahi dan segala macam penghinaan. Agak-agaknya, apakah dosa Tun Dr Mahathir kepada Shahnon Ahmad sehingga beliau dicerca sedemikian rupa?

Dalam akhbar hari ini dilaporkan, Nik Aziz sebagai berkata,

"Surat khabar menimbulkan Nik Aziz (buat) begitu, menantunya begini, bini dia, menantu dia nak ambil harta Kelantan. Mereka ini puak 'namimah'. Namimah ini bukan sahaja berdosa dengan Tuhan tetapi juga dengan orang. Kalau kita berdosa dengan Tuhan kita minta ampun dengan Allah saja, tetapi berdosa dengan orang, kita bukan saja kena minta ampun dengan Allah tetapi juga dengan orang dan jelaskan apa yang dibuat"

"Sekarang kalau datang dan beritahu saya minta maaflah tok guru, kalau saya beri bolehlah. Kalau tidak (cari) maaf sendirilah. Kuasa Allah beri kepada manusia untuk jga lima perkara, antaranya air muka dan harta. Bukan kuasa Megna Carta, bukan kuasa PBB"

Bayangkan, orang yang bergelar tok gurupun belum pasti boleh memaafkan dosa orang yang 'memfitnahnya'. Jika kita andaikan Tun Mahathir dan Najib itu lebih jahil dari Nik Aziz, mahukah mereka itu memaafkan dosa orang yang memfitnah dan mencerca serta menghina mereka dan keluarga mereka?

Wednesday, December 2, 2009

Demostrasi Jalanan, Jangan Jadikan Budaya Kita.


Dulu, demostrasi jalanan pernah diadakan di Malaysia, tetapi hanya pada isu-isu tertentu. Semasa Perdana Menteri Israel melawat Singapura, semasa lawatan pasukan kriket Israel ke Malaysia, semasa membantah pencerobohan USA ke Iraq (hanya beberapa contoh) Walaupun dianjurkan oleh parti politik, AM rasa ianya dilakukan atas semangat Malaysia. Walaupun mungkin ianya dianjurkan oleh PAS, orang UMNO pun ikut serta.

UMNO tidak menjadi 'penganjur tegar' demostrasi ketika itu (MUNGKIN) kerana, 'chif' pendemostrasi sedang selesa duduk dikerusi empuk dan berjawatan tinggi dalam UMNO.

Kebelakangan ini (setelah chif terlepas, dan menjadi sebahagian dari pembangkang)parti pembangkang mengadakan demostrasi, hampir dalam setiap permasalahan yang timbul. Hampir setiap isu.

Dulu, kerajaan mungkin rasa macam nak pitam memikirkan soal demostrasi jalanan itu yang satu ketika, hampir setiap minggu diadakan di Kuala Lumpur. Bukan setakat peniaga merungut, tetapi pelabur asing pun rasa cuak untuk melabur di Malaysia. Habis segala harta benda hancur. Malah satu ketika, para demostrasi telah memasuki PWTC, dimana terletaknya pejabat UMNO Malaysia. Alhamdulillah para penyokong UMNO tidak melakukan perkara yang sama ke atas pejabat PAS di Jalan Raja Laut itu.

Dulu AM pun seronok dengan demostrasi. Jumpa kawan-kawan dan berjalan atas jalanraya tanpa kena langgar dengan kenderaan yang lalu lalang. Maklumlah seluruh jalan raya dipenuhi oleh orang.

Tetapi betullah kata orang, pengalaman mengajar kita erti dewasa. Bila melihat para demostrasi mula memecahkan harta benda awam dan membakar kenderaan orang yang tak bersalah, AM rasa its too much.

Masa berdemostrasi, meraka tak pernah fikir bahawa mereka hanya merupakan sebahagian dari rakyat Malaysia. Tetapi mereka mengatakan bahawa mereka mewakli sura majoriti rakyat. Pirahhh.

Sejarah membuktikan bahawa kerajaan yang dibina dengan kekerasan, dengan hasutan dan dengan perasaan benci membenci, tidak boleh mentadbir dengan selesa. Contoh yang terdekat di Indonesia, Thailand dan Philippines. Pemimpin negara boleh jatuh dengan demostrasi jalanan. Tetapi sejauh mana pemimpin baru yang naik itu akan berjaya mentadbir dengan selesa tanpa gangguan dari penyokong pemimpin yang digulingkan?

Di Malaysia, belum sampai ketahap itu (menjatuhkan kerajaan), tetapi demostrasi sudah hampir menjadi budaya. Demokrasi tidak menghalang rakyat untuk bersuara dan berhimpun. Tetapi di Malaysia, rasanya demostrasi jalanan tidak begitu sesuai. Setiap negara mempunyai cara hidup dan budaya yang berbeza.

Pemimpin-pemimpin baru, bagi negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor mungkin dapat menceritakan perasaan sebenar mereka bila berhadapan dengan para demostrasi. Mereka tidak boleh menuduh para demostrasi sebagai samseng, kerana budaya itu yang mereka amalkan semasa pemerintahan BN. Jika yang berdemostrasi sekarang ini dianggap samseng, maka mereka (pemimpin pembangkang) juga adalah samseng. Mereka juga tidak boleh tuduh UMNO sebagai dalang demostrasi itu, kerana dulupun UMNO tuduh mereka sebagai dalang, tetapi mereka menafikannya.

Malah di Kelantan, rasanya demostrasi anti pemimpin merupakan yang julung-julung kali berlaku dalam sejarah Malaysia. Jika ditakdirkan Nik Aziz tertekan dengan demostrasi itu lalu meletakkan jawatan, adakah mungkin penggantinya nanti akan merasa lebih selesa tanpa diganggu gugat?

Bila berlaku demostrasi, persoalan yang selalu ditanya ialah "siapa penganjur demostrasi itu", tetapi kenapa kita tidak bertanya siapa yang memulakan budaya demostrasi jalanan? Lebih dari itu, pernahkah ada antara kita yang mula berfikir bahawa demostrasi jalanan sememangnya tidak harus dijadikan budaya rakyat Malaysia?

SAHABAT-SAHABAT AM