Rupa-rupanya rasuah ada dimana-mana. Rupa-rupanya rasuah tidak boleh dikaitkan dengan anggota polis dan ahli politik sahaja. Kalau adapun polis makan rasuah, mereka hanya menerima RM20 hingga RM100 sahaja.
'Kehilangan' enjin jet pemintas yang bernilai RM50 juta dari simpananya (dan hari ini dikhabarkan di kesan berada di Argentina) menunjukkan jenayah rasuah paling besar, yang melibatkan kakitangan kerajaan (setakat hari ini) berlaku dalam angkatan tentera, pasukan yang paling penting dalam menjaga keselamatan negara.
Dalam isu yang berlainan, kes Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, seorang imam muda dikatakan terlibat dalam sendikit penikahan, yang mengenakan bayaran antara RM3000 hingga RM4000 sekali nikah (nikah kali kedua). Jika nikah kali pertama, tidak mungkin menggunakan khidmat sendikit.
Selama ini pasukan polis kena kritik depan belakang, atas dan bawah samada oleh parti pembangkang mahupun oleh penyokong kerajaan. Anggota tentera tidak pernahpun dikritik. Lebih teruk lagi, kerajaan biasanya dijadikan kambing hitam atas kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang tidak berintregreti.
Kita mungkin boleh membayangkan identiti orang yang terlibat dengan sendikit. Mukanya bengis, memakai rantai leher dan duduk bersama-sama perempuan cantik di kelab-kelab malam sembil minum arak. Tidak terlintas difikiran kita, orang yang berperwatakan warak, berjanggut dan tidak pernah meninggalkan sembahyang, terlibat dengan sendikit haram.
Apa nak jadi dengan kita?
Dengan siapa harus kita mengadu? Golongan yang sepatutnya menjadi pelindung jasmani dan rohani, telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang sesuka hati mereka, hanya untuk mendapatkan kesenangan dunia.
Dengan bayaran RM3000, seorang imam yang tahu dia tidak mempunyai tauliah, telah dengan berani menikahkan orang lain. Adakah dia akan melakukannya jika mendapat bayaran RM50 atau secara percuma? Tidakkah itu dinamakan rasuah?
Jika itulah mantaliti pegawai tentera dan seorang imam, maka tidak hairanlah jika setelah tidak ada jawatan (tidak mendapat side income) maka mereka menyertai parti pembangkang dan menghentam kerajaan siang dan malam. Walaupun sebelum ini makan minum mereka adalah hasil dari gaji yang diterima dari kerajaan, tetapi setelah tidak berkhidmat dengan kerajaan, mereka menuduh kerajaan zalim, korapsi dan sebagainya. Sebenarnya bukan kerajaan yang bermasalah tetapi jiwa mereka yang kotor.
Jika sebelum ini kita merasakan "mungkin betul juga apa yang diperkatakan oleh bekas imam atau bekas tentera, kerana mereka telah berada dalam kerajaan dalam tempoh yang lama" tetapi setelah mengetahui ada antara mereka yang tidak bermoral sejak berkhidmat dengan kerajaan lagi, maka kita patut berfikir 10 kali sebelum mempercayai kata-kata sesetengah bekas tentera dan bekas imam.
2 comments:
sebagai seorang yang ada 'basic military background',saya sebenarnya cukup sedih bila ada segelintir anggota tentera yang menerima rasuah sampai sanggup menggadaikan maruah dan keselamatan negara kita...harap pihak yang terlibat dalam skandal kehilangan enjin jet f-5E ni dihukum dengan hukuman yang setimpal....
SALAM aM,
1.Isu rasuah lagi??haaa..haaa gelak lagi aku..kan dah AM bagi tau dulu inikan budaya kita semua rakyat 1malaysia tak kira budaya,bangsa dan agama dari kecil hingga ketua..besar atau kecil imanyaa sama jee...haaa..haaa..baik UMNO baik pembangkang,baik kerajaan, baik kerja swasta,pemaju,bankers, usahawan..semuanyalah nak pulus..heee..pengali kubur kalo tak hulur tak gali kubur tuu..atau paling kuat sekali jee dia gali percuma..kali kedua bila tak hulur jangan harap nak gali lagi..heee..heee..jadi imam kalo tak ade upah..emmm alamat le kebulur..macam mana nak hanta anak pi jordan and mesir..kalo tak ada upah macam mana nak beli harta (tanah,rumah,kereta)..bila ada harta senangle hidup tu sikit..terdesak boleh jual untuk buat belanja terutama bila zaman semakin moden,maju,canggih..
2.paham-paham lah am..selagi tak kiamat salagi tulah budaya ini wujud..malah akan lebih teruk lagi..takut-takut nanti bila kiamat dan nak mati pun nak rasuah juga kat malaikat..heee..takutnya..
3.AM..tanya ni..ko ade rasuah sapa-sapa tak??atau orang rasuah ko?..alah paling kecik pun pi belanja minum sikit kat kedai..pastu tolong adjustkan apa-apa patut kee.or tolong sikit-sikit kee..yang penting sama-sama rasa..sama-sama tolong..sama-sama dapat..sama-sama kenyang..sama-sama seronok...'yahooo'...'orang memberi kita merasa'..orang tak beri kita pun cabut lari..takut nanti asyik jadi tempat mengadu,tempat menolong orang jeee..sampai bila nak tolong orang ye takk..diri sendiri sapa nak tolong..
4.Am kalo ko bukan kaki rasuah..aku nak mintak tolong sikit..jom kerja dengan aku..heee..heee..aku bagi upah jeee..urusan di setiap agensi ko tolong uruskan..kalo diorang ada mintak-mintak ko tolong sergah..atau ko tolong report kat SPRM..yang penting kerja mesti jalan..bisnes mesti jalan..semua berjalan lancar..kalo berjaya aku nak cadangkan ko jadi ' runner' yang paling suci di muka bumi Malaysia ini dan bolehlah direkemenkan kepada agensi lain..
wasalam..t.kasih..
'anon tanpa nama' ikhtiar selagi bernyawa.
Post a Comment