Monday, December 28, 2009

Raja Petra, Pengkhianat Dan Penjenayah Yang Bacul

Gayanya macam orang berpendidikan tinggi. Cara bercakapnya (tulisannya) macam dia seorang yang arif tentang undang-undang.

Dia sangat berani. Ditambah, terlalu ramai orang yang percaya kepadanya. Semasa dia ditahan pihak berkuasa pada kali pertama, blognya telah berjaya mengumpul RM1.5 juta dalam beberapa hari sahaja. Sumbangan dari pembaca blognya yang bersimpati dengannya.

Rupa-rupanya dia tidak lebih dari penulis blog 'tempelan' yang menulis untuk suka-suka. Rupa-rupanya dia tidak lebih baik dari pendatang haram Indonesia yang menggunakan dokumen palsu untuk ke negara lain.

Sekurang-kurangnya pendatang haram Indonesia, walaupun menggunakan dokumen palsu, datang ke Malaysia dengan niat yang baik, untuk mencari sesuap nasi.

Tetapi anak raja seorang ini, bukan sahaja tidak berani bertanggung-jawab atas segala perbuatannya, tetapi dia yang sentiasa bercakap tentang undang-undang, rupa-rupanya tanpa rasa malu dan rasa bersalah, telah menggunakan pasport haram untuk ke luar negara untuk lari dari berhadapan dengan undang-undang.

Lepas ini, siapa pun boleh buat seperti yang dilakukan oleh Raja Petra. Buat blog free untuk tabur fitnah sehingga negara jadi huru-hara. Kemudian bila rasa tak selamat, lari dan sembunyi di luar negara.

Orang seperti Raja Petra dan sepecies yang seumpama dengannya, sebenarnya tidak layak untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia. Orang ramai kena sedar, bahawa Raja Petra adalah seorang penipu besar, yang sanggup mereka cerita memburuk-burukkan pemimpin negara sehingga ramai rakyat terperdaya. Jika negara ini hancur sekalipun, dia tidak akan rugi apa-apa.

Pihak berkuasa diharapkan tidak lagi 'terhegeh-hegeh' untuk menangkap pengkhianat negara itu dan hadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

2 comments:

Cetusan said...

bila ambik isi Blog musuh boleh merenung diri,walaupun tak semua betul..angin dan pokok bergoyang kerana ada orang goyang mungkin,

bila blog kroni asyik memuji perfect..

AnakMerdeka said...

Betul, sebab itu AM suka baca blog anti kerajaan. Walaupun kadang-kala sakit hati bila membacanya, sekurang-kurangnya minda kita boleh terbuka. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang mereka faham dan apa yang mereka tidak puas hati terhadap sesuatu isu.

SAHABAT-SAHABAT AM