Bila wanita mula mengomel, memang susah hendak berhenti.
Semalam Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim meminta Mohd Nazri meletakkan jawatan kerana kegagalannya memastikan wakil rakyat BN hadir ke Parlimen. Ini berikutan kes 14 Decembar, dimana budjet 2010 hanya berjaya diluluskan dengan majoriti 3 undi.
Hari ini exconya pula bersuara. Datuk Jamelah A. Bakar berkata, sekalu menteri yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal parlimen, Mohd Nazri patut sedar bahawa beliau yang harus dipertanggungjawabkan dan mengakui kesilapan.
Apapun AM rasa, tak perlulah nak tuding sana tuding sini. Simpanlah jari itu untuk perkara yang lebih berfaedah.
Jika semua orang tahu tanggung-jawab masing-masing, jika semua orang tahu apa matlamat mereka bila menawarkan diru untuk jadi ahli parlimen dan jika semua faham bahawa mereka wajib hadir ke parlimen untuk membahaskan isu-isu untuk kepentingan rakyat, perkara seperti yang terjadi pada 14 December itu tidak mungkin akan berlaku.
Sekarang ini tak perlu dah nak bising-bising lagi. Yang terlibat perlu belajar dari kesilapan dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Jadikan niat untuk tidak ponteng persidangan parlimen sebagai azam tahun baru 2010.
Dalam pada itu, tolong-tolonglah tanya bekas Ketua Wanita, Tan Seri Rafidah Aziz kemana menghilang. Walaupun dia bukan lagi ketua wanita UMNO, tetapi dia masih ahli parlimen. Rasanya boleh dikira dengan jari berapa kali dia menghadiri persidangan dewan rakyat.
2 comments:
Salam hormat...
I guess Nazri should not remain silence on the statement made by Wanita Umno likewise he might be mark as coward.
And I guess they do not want him anymore and try to pull him down.
What ever it is, this is the way politicians did towards ensuring their political survival and not the people who elected them.
Pissttt, pissttt! Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: PRU-13 kita pakat2 tukaq, no harm of trying whattt...
Tukaq?
Sekarang pun separuh nyawa lagi yang tinggal bila kena perintah oleh PR...
Sekurang-kurangnya daging busuk, dicuci-cuci dimasak boleh juga dimakan. Tetapi kalau dah tahu itu bangkai, dicuci macam mana sekalipun tidak boleh juga dimakan.
Sekali cukup...hehehe
Post a Comment