Friday, December 18, 2009
Selamat Menyambut Maal Hijrah
Selamat menyambut tahun baru 1431 hijrah kepada muslimin dan muslimat. Selamat berhijrah kepada yang lebih baik dari tahun lepas.
Kepada semua saudara seagama dari UMNO, PAS dan PKR marilah kita rapatkan saf dan berganding bahu untuk memastikan maruah bangsa dan agama kita dapat terus dipertahankan.
Walau dimana kita berjuang, walau dalam kelompok apa kita berada dan walau siapapun kita, berpeganglah kepada 'tali' Allah. InsyaAllah kita tidak akan hanyut dibuai oleh nafsu yang menanam sikap benci, marah dan khianat sesama bangsa yang seagama.
Jangan ada perkataan TETAPI. Katakan YA kepada perpaduan dan katakan YA kepada persaudaraan.
Politik adalah kuasa dunia yang tidak kekal. Kuasa yang kekal adalah kuasa Allah S.W.T.
Jangan jadikan kita terus tersepit di dunia yang semakin sempit. Jangan jadikan diri kita dipergunakan oleh orang-orang yang berkepentingan. Buanglah sikap ego dan amarah. Berhijrahlah kepada sikap saling bermaafan dan saling menyayangi.
Tanah ini warisan nenek moyang kita, yang diamanahkan kepada kita untuk ditinggalkan kepada jenerasi akan datang. Jangan sampai mereka meratap hiba di atas pusara, dik kerana kehilangan segala-galanya, dikala kita sedang 'aman di sana'. Ketika itu air mata tidak berguna lagi.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment