Tuesday, December 22, 2009

Bukan Senang Nak Senang...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitakan mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Rasanya yang menjadi penyebab kepada 'kesukaran' ini berpunca dari PAS bila presidennya Hj Hadi Awang, dilaporkan dalam laporan muka depan akhbar bahasa Cina menegaskan beliau tidak 'berminat' untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.

Semua orang tahu DAP dan PAS telah wujud sejak sekian lama dengan latar belakang dan matlamat yang sungguh berbeza. Jika ideologi pemimpin PKR boleh selari dengan ideologi DAP atau PAS, tidak mungkin mereka menubuhkan parti PKR. Lebih baik, sejak awal lagi mereka sertai PAS atau DAP.

Tidak seperti penubuhan Barisan Nasional. Semua parti utama adalah parti berlandaskan kaum. Jadi untuk menyatukan ketiga-tiganya Melayu, Cina dan India, tertubuhlan Barisan Nasional. Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang mewakili masyarakat India. Jika 'kepelbagaian' PKR yang mempunyai ahli dari berbagai bangsa boleh diterima, kenapa tidak dibubarkan PAS dan DAP dan ahli-ahlinya menyertai PKR? Kenapa perlu ada parti komponen?

Hakikatnya AM rasa, hanya PKR sahaja yang beria untuk menubuhkan parti komponen. Melihat dari urusetia konvensyen yang hanya terdiri dari pemimpin PKR, semua orang boleh menjangkakan bahawa mereka memang tidak sepakat sejak dari awal. Tidak keterlaluan jika dikatakan, logo parti komponen itu juga mungkin direka oleh orang PKR, tanpa ada perbincangan dengan pemimpin DAP dan PAS terlebih dahulu.

Empat dasar yang dipersetujui dalam konvensyen tersebut iaitu mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara, tidak lebih dari manifesto pilihanraya sahaja. Tidak ada yang boleh menarik minat rakyat yang 'diatas pagar' apatah lagi penyokong BN.

Kesimpulanya, penubuhan parti komponen antara PKR, DAP dan PAS hanyalah raktorik. AM pasti ianya tidak akan berjaya dilaksanakan, sekurang-kurangnya sehingga PRU-13. Cakap memang senang. Bagaimana hendak menyakinkan rakyat jika mereka pun tak yakin?

2 comments:

EpOoL De DrAGoNiZeR said...

Betul tu saudara AM.. PKR adalah parti yang tidak tahu hala tuju, tiada matlamat utama yang mapan. Mereka hanya mahu menjadi perdana menteri... Bagaimana pula dengan DAP dan PAS? Mereka juga ingin menjadi perdana menteri jika menang kelak... Hah, susah betul perkara yang susah ni.. hehehehe..

AnakMerdeka said...

Pernah tak sesiapa ingat masa kecil-kecil dulu (kalau duduk kampung lah) ada satu permainan yang diberi nama 'enjit-enjit semut'...

Tangan disusun dengan keadaan yang atas mencubit belakang tangan yang berada dibawah. Maka sama-sama akan bernyanyi..enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas...diteruskan lagi, enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas...

Maksudnya, semua orang ingin menjadi yang di atas. Tetapi dalam proses naik atas itu, tanpa disedari rupa-rupanya mereka telah berada di bawah.

Begitulah perumpamaan PAS, DAP dan PKR. PAS merasakan mereka boleh menggunakan DAP dan PKR untuk berkuasa. DAP pula merasa, mereka boleh menggunakan PAS dan PKR untuk jadi lebih kuat. Manakala PKR merasakan dengan menggunakan PAS dan DAP, hajat mereka akan tercapai.

Percaya atau tidak, DAP dan PAS kini sebenarnya berharap sangat yang Anwar Ibrahim akan didapati bersalah (dalam kes liwatnya)dan dimasukkan ke dalam penjara. Maka persaingan akan lebih terbuka antara DAP dan PAS.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak dapat menghidu tingkah laku pemimpun mereka.

SAHABAT-SAHABAT AM