Semalam, dikhabarkan ada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong Dan Pengundi PAS Negeri Selangor (GKPPNS)telah mengadakan dmostrasi dan merancang menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, menuntut agar PAS keluar dari PR.
Dari 'penampilan' mereka yang membuat demostrasi itu, memang tidak kelihatan wajah-wajah orang PAS. Walau bagaimanapun adalah tidak betul jika ingin mengatakan bahawa mereka adalah orang UMNO, seperti yang didakwa oleh Mahfuz Omar. Beberapa pemimpin PAS termasuk Mahfuz berkata, mereka itu bukan orang PAS, sebab "saya tidak kenal mereka". Dahsyat juga Mahfuz jika dia boleh kenal semua ahli PAS.
Apapun AM tidak berminat untuk mempertikaikan siapakah sebenarnya mereka atau dalang disebalik perbuatan mereka. Apa yang pasti, PAS dan parti pembangkang memang telah siap dengan prisai setiap kali berlaku perbuatan orang (orang-orang) yang boleh mencemarkan nama baik parti mereka. Dulu masa zaman reformasi, yang bakar bendera, bakar harta awam, mereka tuduh itu perbuatan orang UMNO. Bila ada demostrasi 'kepala lembu' mereka kata perbuatan itu didalangi oleh orang UMNO. Bila ada demostrasi mendesak PAS keluar dari PR, itu juga kerja UMNO. Bermaksud kerja yang buruk-buruk semuanya dilakukan oleh orang UMNO. Orang PAS buat yang baik-baik sahaja (kut)
AM tidak nampak sedikit pun sebab, kenapa orang UMNO perlu sibuk-sibuk meminta PAS keluar dari pakatan yang menunggu masa untuk hancur itu. Jika pun mungkin (atas dasar kepentingan orang Melayu dan Islam)UMNO ingin meminta PAS keluar dari pakatan, kenapa perlu berselindung disebalik nama PAS? Olah sebab itu, AM beranggapan mereka yang berdemo itu sememangnya ahli atau orang yang mengundi PAS semasa pilihanraya yang lalu. PAS kena sedar bahawa bukan semua perbuatan atau dasar yang mereka jalankan disukai oleh semua ahli mereka.
Tetapi jika mereka itu bukan ahli PAS, tetapi sekarang baru menyesal atas perbuatan mereka (mengundi PAS semasa PRU-12) AM cuma nak cakap, PADAN DENGAN MUKA KORANG.
No comments:
Post a Comment