Saturday, December 19, 2009

PAS Tidak Bermusuh Dengan UMNO

Dalam Sinar Harin hari ini, diberitakan bahawa PAS sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam 'sesetengah' isu.

“Sesetengah pihak salah anggap peranan PAS di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

“Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

“Presiden PAS sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

“Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam PAS yang sama dengan UMNO dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

“Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Pstt..cuma nak tanya, kenapa tidak ada seorangpun ahli parlimen PAS yang menyokong blanjawan yang hampir-hampir tidak dapat diluluskan beberapa hari lalu tu?

Sebenarnya orang UMNO tidak pernah mencari musuh dengan orang PAS. Malangnya sesetengah pemimpin PAS tidak sudah-sudah menghasut pengikutnya untuk bermusuhan dengan saudara seagama dalam UMNO. Dalam masa yang sama mereka boleh berbaik-baik dengan orang bukan Islam yang terang-terang mempunyai agenda tertentu.

Kenyataan Hadi Awang itu sedikit sebanyak sudah pasti akan membuatkan si batu api dalam PR mula tak senang duduk. Dua tiga hari ini pasti ada kenyataan balas dari pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Kita tunggu je la.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM