Sunday, December 6, 2009

Strategi Anwar Mengalih Perhatian

Ringkasan tulisan KU SEMAN KU HUSSAIN (Mingguan Malaysia)

Kenapa Anwar Ibrahim meminta pemerhati bebas dari Australia dalam PRU13?

Anwar sengaja menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya di negara ini dengan melontarkan syor yang beliau sendiri menjangka tidak akan dilaksanakan. Anwar sebenarnya tidak perlu menjawab atau mengulas pun sebab beliau meminta pemerhati bebas dari Australia.

Kalau benar sistem politik negara ini tidak demokratik, sudah tentu pembangkang tidak mampu memperbaiki prestasi dan mencapai kemenangan jauh lebih besar daripada sebelum ini. Sebenarnya Anwar sendiri mengakui tahap demokratik yang menjadi amalan dalam pilihan raya sebelum ini. Maka mempertikaikan pilihan raya yang dikatakan tidak demokratik bukanlah keutamaannya.

Sebenarnya, ini adalah usaha membina persepsi awal sekiranya pembangkang gagal mengekalkan rekod pencapaian dalam PRU12. Anwar mengharapkan rakyat melihat bahawa kegagalan pembangkang disebabkan sistem pilihan raya yang tidak telus dan bukannya penolakan rakyat terhadap pembangkang.

Anwar sangat memahami kesukaran pembangkang menzahirkan janji-janji dalam manifesto. Selepas Mac 2008 hingga sekarang, pembangkang gagal memberikan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat di negeri-negeri yang dikuasai. Ini adalah kerisauan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Untuk menutup kelemahan pembangkang yang sebelum ini banyak mengkritik kerajaan, Anwar perlu mencari pendekatan menunjukkan bahawa semua ini berlaku disebabkan sistem kerajaan tidak demokratik, bukan kegagalan pembangkang.

Anwar bukan tidak tahu Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd memuji amalan demokrasi di Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara ini tidak lama dulu.

Tetapi bagi kita, pujian ini bukanlah mengejutkan kerana Malaysia bukanlah negara yang baru belajar mengenal demokrasi seperti negara-negara dunia ketiga yang mundur. Pujian Rudd itu tidak ada apa-apa yang luar biasa kerana kita yakin dengan tahap demokrasi yang dibentangkan sepanjang 12 kali Pilihan Raya Umum diadakan di negara ini. Malah pujian itu tidak sedikit pun membuatkan kita berbangga kerana pilihan raya yang demokratik bukan luar biasa di negara ini.

Tetapi Anwar pula yang menganggap pujian Rudd itu sebagai kenyataan diplomatik untuk menjaga hubungan baik antara Australia dan Malaysia. Kita kena tanya kenapa Anwar dengan mudah menganggap pujian itu sebagai kenyataan diplomatik?

Semasa hangat berkempen menjelang PRU12, antara isu yang dihamburkan pembangkang kepada rakyat adalah pilihan raya yang tidak demokratik.

Tidak demokratik maknanya tidak ada keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya di negara ini. Mereka cuba menyakinkan rakyat bahawa pilihan raya negara ini hanya satu formaliti kerana keputusannya sudah ada sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

Sebenarnya kecenderungan Anwar bergayut kepada kuasa asing di luar negara bukanlah perkara baru. Beliau mencari pengaruh untuk membawa campur tangan asing dalam negara ini untuk kepentingan politik, bukan demi keadilan kepada rakyat. Kalau kita masih ingat, Anwar pernah mencetuskan kontroversi apabila mencari "perlindungan" di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur kerana mendakwa menerima ancaman bunuh.

Anwar tentu tahu sistem pilihan raya di Australia sendiri dipertikaikan tahap ketelusan dan demokratiknya. Tetapi kerana mahu mengalih perhatian kepada isu yang melingkari dirinya, timbullah syor meminta penglibatan pemerhati bebas dari Australia. Malah mendakwa antara punca tidak ada demokratik dalam pilihan raya negara ini ialah media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan.

Kalau benar kerajaan mencengkam media arus perdana, tidak ada sukarnya untuk memantau dan mengawal seketat-ketatnya kebebasan tidak beretika sesetengah media baru dan bercetak yang menyokong pembangkang.

Kita kena beritahu Anwar kalau benarlah kerajaan memegang media arus perdana, media milik pembangkang juga diharamkan sama sekali. Tetapi kerana adanya demokrasi perkara itu tidak berlaku walaupun Anwar menjaja bahawa sistem politik negara ini tidak demokratik di luar negara.


Komen AM : Serupa juga dengan tindakan dia memburuk-burukan badan kehakiman dan mahkamah di Malaysia. Jadi bila dia gagal dalam kes yang dibicarakan di mahkamah dia akan kata,

"Tengok, betul tak apa aku cakap, mahkamah Malaysia memang tidak adil dam mengikut telunjuk pemerintah"

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM