Tuesday, December 8, 2009

Sedarlah Melayu lupa diri

MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.

Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita "Maluyu" produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.

Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;

"For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for 'orientation' at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:

1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.

2) Basic food, thus a friend's sister dropped off much needed rations of chocolates and 'kacang'.

3) How to wash your 'smalls' (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.

4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God's chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society..."

Isu ini sebenarnya bukan satu perkara besar, kerana semua orang maklum akan modul dan tujuan Kursus Biro Tata Negara ini. Tetapi ramai juga "Maluyu" yang dangkal akan sejarah, yang bodoh to read between lines, dan bebal memahami tujuan asal kursus Biro Tata Negara ini.

Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.

Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.

Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?

Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu.

Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.

Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang "Maluyu" ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.

BTN sebenarnya memang platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.

BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan "Ah, tak pe," "Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan," "Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah."

Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka?

Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!

Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?

Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman.

Sifat PHD (Penting diri, Hasad, Dengki) adalah sifat semula jadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah.

Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.

Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi (layakkah Mariam ditaja Mara ke luar negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai tender terbuka (mampukah syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu syarikat bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut sistem First Come First Serve), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka.

Memang ramai orang "Maluyu" profesional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai kaum Melayu bagi memberi laluan kepada bangsa Malaysia tanpa kaum.

Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor

3 comments:

DI PINTU RAKSI (DPR) said...

Apa la yang depa risau sangat pasal BTN ni.DPR sendiri dah ada 3 sijil BTN, tak da plak ada yang dah kena takek dengan parang. Yang DPR dapat dari BTN hanyalah semnagat cintakan Malaysia. Yang jadi masalahnya puak2 lain yang mempertikaian perlembagaan yang termaktub seperti hak keistimewaan orang Melayu, Agama Islam & Raja2 Melayu. Kalau tak sentuh, orang Melayu tetap akan bertoleransi & menjaga kepentingan semua kaum.

warisan ksl said...

Salam AM!Nak tahu kenapa Dasar Ekonomi Baru tidak mencapai target.Sebabnya senangnya sahaja ada ramai orang MULUYU seperti Si Mariam ni.Kerajaan hantar mereka ni belajar,dan dapat projek besar dan mengaut keuntungan besar dan jadi kaya raya atas DEB.tUJUAN KERAJAAN ADALAH dengan memberi peluang yang besar kepada mereka apabila mereka berjaya mereka dapat mengagihkan kekayaan,pengetahuan mereka kepada anak bangsa mereka.Tetapi malangnya apabila mereka berjaya mereka lupa dan menghina anak bangsa mereka sendiri.Ini YANG AKU SELALU SEBUTKAN dalam ulasan-ulasan sebelum ini persoalan sebenar orang Melayu adalah masalah sikap.Kita tengok berapa ramai orang Melayu yang berjaya tapi tidak pun membantu bangsa sendiri.Berapa ramai orang Melayu yang kaya raya buat Yayasan seperti Yayasan Al-Bukhari SATU YAYASAN MILIK PERSENDIRIAN YANG BANYAK MEMBANTU ORANG MELAYU YANG SUSAH.Tapi malangnya hanya ada di Kedah.Bayangkan jika satu negeri satu Yayasan yang buat seperti Yayasan Al-Bukhari.Aku rasa ramai orang Melayu dapat maju ke hadapan dan dapat bersaing dengan bangsa lain.AM dan rakan-rakan kalau pergi ke Kedah singgah ke Jalan Langgar Alor Setar Kedah.Satu yayasan yang berjaya membina masjid,hospital,sekolah Tahfiz,Pusat Kebajikan Masyarakat,pusat perniagaan khas untuk orang Melayu dan terbaru hendak menubuhkan Universiti.Semua itu dibuat hasil daripada keuntunganyang didapati dari projek-projek yang didapati dari kerajaan Malaysia dan luar negara.Syed Al-Bukhari ni patut kita puji orangnya kurang bercakap tapi banyak jasa membantu orang Melayu.Bayangkan la kalau semua orang melayu yang berjaya buat macam dia.....Nak suruh Khalid Ibrahim buat rentikan la....Nak bela kereta pun masih pakai duit kerajaan Negeri.Punya la berkira.Dah kaya masih kedekut....

warisan Ksl said...

Sudah 52 tahun Merdeka.Cukup la Orang MELAYU bertoleransi dengan kaum lain.Kini giliran kaum lain pula kena "menerima" pula Kontrak Sosial yang seperti yang terdapat didalam perlembagaan.TAK CUKUP KE LAGI APA YANG MEREKA SUDAH DAPAT SELAMA INI.TAK PAYAH LA NAK MEMPERTIKAIKAN KONSEP KETUANAN MELAYU.SELAMA NI PUN MEMANG ORANG MELAYU IBARAT MENUMPANG DITANAHAIR SENDIRI KERANA SIKAP SABAR,MENGALAH DAN TERLALU BERTOLERANSI DALAM SEMUA PERKARA.KITA ORANG MELAYU SANGGUP BERKONGSI APA SAHAJA SELAMA INI KENAPA PULA KAUM LAIN TAK BOLEH.TETAPI SAMPAI BILA KITA HARUS BERSABAR........AGAK-AGAK MANA-MANA YANG TERLALU MEMPERSOALKAN KETUANAN MELAYU AKU BERPENDAPAT APA KATA KORANG BERHIJRAH KE NEGARA YANG LEBIH AMAN ATAU BERHIJRAH KE NEGARA YANG MENGAMALKAN KONSEP KESAMARATAAN.AGAK-AGAK BOLEH HIDUP ATAU TIDAK...Kalau dilihat negara kita dengan negara luar aku rasa kita boleh dikatakan beruntung.Kalau susahpun kita masih boleh makan lagi.Kalau nak keluar berjalanpun masih boleh boleh dikatakan aman.tiada ancaman dan huru-hara.Aku pun tak tahu tang mana si Anwar ni cakap negara kita tak aman...pasal sejak dari 1997 yang banyak buat huru-hara aku tengok si Anwar dan rakan-rakan sewaktu dengannya.Kepada si Mariam ni aku cadangkan kau berhijrah sahaja la...ke Amerika ke,Britain ke,Australia ke takpun kau hijrah dekat Afghanistan.Sana kau tengok boleh hidup atau tidak...Ini dikatakan orang Melayu yang tidak sedar diri.Penulisan kau ni buat aku payah tidur kerana geram....

SAHABAT-SAHABAT AM