Thursday, June 26, 2008

Apa Dah Jadi PR

Pinjam lirik lagu Salim, "Engkau bagai air yang jernih, di dalam bekas yang berdemu, akhirnya kotoran itu terlihat, kecucian terlindung jua.."

Kalau niat didalam hati tak betul, macam mana pun orang akan perasan. Tuhan akan tunjukkan tembelang kita. Aku bukan tujukan kepada orang PKR atau PAS jer..orang UMNO pun kalau jalan tak betul sama gak. Jangan kita terlalu bongkak bila berkuasa, jangan mendabik dada, "aku lah yang paling betul, orang lain semua salah."

Kisah ketidak serasian antara PAS dan PKR sebenarnya dah aku nampak masa aku berada dlm PKR lagi. PAS memang kuat walaupun tak sekuat UMNO. Tetapi PKR tak sekuat PAS pun. Dan pemimpin PKR memang menyedari hakikat ini. DAP pulak, tak lebih macam sambal belacan jer, ada bagus, tak adapun org still boleh makan nasi. Begitu lah ibaratnya. Jangan perasan dengan mengatakan kejayaan PR merampas beberapa negeri dalam PRU12 baru-baru ini menunjukan PR kuat. Sebenarnya tak. Yang buat PR menang kerana ada usaha sabotaj calon BN oleh ahli-ahli BN sendiri.

Pemimpin PKR memang tinggi darjat, tinggi ilmu dan tinggi putarbelit. Mereka menggunakan kesemua kesempatan yang ada, untuk mempengaruhi PAS dan DAP untuk membentuk satu kumpulan yang kuat. Malangnya, belum cukup untuk menumbangkan BN secara total.

Kesedarhanaan PAS yang kadang kala boleh juga buat orang keliru, dengan pendirian yang tak begitu jelas, suka mengambil sikap "tangan terbuka", terima siapa sahaja untuk bersekongkol dengannya tanpa menduga muslihat rakan niaga dan sanggup menjilat ludah sendiri, boleh membawa kesan buruk kepada imej parti yang bertunjangkan Islam itu sendiri akhirnya.

Dalam apa juga keadaan, aku lihat PKR banyak merancang, membuat spekulasi dan menganjurkan ketegangan. PAS pula seperti imejnya selama ini, seperti sedang diarah membuat kerja. Manakala DAP berperanan seperti managing diractor dalam sebuah syarikat. Semua kerja mesti dibuat mengikut telunjuknya. Kerana dia tahu, dia (DAP) mempunyai share yang banyak dalam PR.

Itulah sebenarnya PR. Pakatan Rakyat. Sebutannya sendiri memang tidak jelas. PAKATAN. Berpakat..merancang sesuatu yang belum pasti. Berpakat untuk berkahwin belum tentu kita berjaya sampai kejinjang pelamin. Aku lebih suka nama lama BA, Barisan Alternatif.. nampak lebih jelas maksud dan hala tujunya



No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM